Inilah pertama kali dalam sejarah Negara begitu ramai calon bebas bertanding di kawasan DUN yang dikelilingi ladang kelapa sawit. Boleh masukkan dalam Book of Guiness Rekod Malaysia..ha..ha...kenapa perkara ini berlaku?.
1. Calon terdahulu adalah seorang Calon bebas yang menang bertanding tapi kalah dalam kehidupan seharian sebagai ahli politik yang jadi model insan untuk masyarakat diwakilinya. Dalam PR12 memanglah UMNO atau MIC tidak menumpukan perhatian sebenarnya pada kawasan undi Bukit selambau ini. Jadi tidak keterlaluan jika di katakana kemenangan ketika itu diperolehi itu bukan sebenarnya menang dengan kekuatan sebenar.
2. Jika di teliti secara mendalam, menggundi calon bebas adalah seperti menebarkan garam di laut. Tanpa parti seseorang calon bebas tak kemana. Persoalan yang kita perlu fikirkan, adakah kemungkinan mereka ini bertanding cuma ingin memasuki parti politik yang lain untuk mendapatkan Imbuhan pangkat atau wang? Jadi janganlah penggundi Bukit Selambau merugikan undi yang perlu digunakan secara bijaksana..membazirkan terhadap calon bebas-bebas ini yang tak tentu halatuju ideologi politik mereka.
3. Umno sekarang bukan UMNO yang ada pada di PRU12 dengan nakhoda baru bahtera UMNO pastinya terus gagah dalam menghadapi segala rupa rintangan dan badai. MIC juga tentunya akan bermatian berkempen kerana maruah pemimpin besarnya dan partinya terletak pada pilihanraya ini. Pada amnya BN dah faham apa isyarat dan keperluan rakyat jelata serta terus menjadi parti yang akan membawa kemakmuran rakyat. Kalau orang dah insaf perlu diberi peluang sekali lagi. Inilah masanya penggundi Bukit Selambau membuktikan mereka juga mahu arus pembangunan seperti ditempat-tempat lain untuk generasi akan datang. Janganlah kerana marahkan pijat bakar kelambu. Parti rakyat yang berjanji mcm-mcm semasa PRU12 tidak laksanakan satu apa pun janjinya. Sama seperti di Permatang Pauh. Kunjunglah ke Permatang Pauh apa perubahan yang telah berlaku?. Negara ini negara yang sedang membangun kalau tempat kita tidak membangun dengan inspirasi negara membangun apakah gunanya parti yang mewakili kita?. Maka cuma BN yang boleh lakukan ini kerana pengalaman memerintah selama 51 tahun. Maka undilah BN untuk genarasi akan datang untuk menikmati dari negara yang makmur ini. Fikirkan dan renungkan janji palsu maha pembohong itu. Mereka ini tetap dalam pembohongan dengan janji berbagai-bagai jenis. Janganlah termakan dengan janji pembohong ini. Undilah Barisan Nasional.Wassalam.
Penulisan saudara Mamak Hj.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
5 Comments:
Bergemuruh bunyi sokongan perwakilan UMNO pada PAU yang bersidang di PWTC.
Pemimpin UMNO : Sokong Pembersihan UMNO!
Perwakilam UMNO : SOKONG!!!!!!!!!!
Pemimpin UMNO: Sokong usaha kembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO!
Perwakilan UMNO : SOKONG!!!!!!!
Pemimpin UMNO : Sokong kekalkan RASUAH dalam pemilihan pemimpin!
Perwakilan UMNO: SOKONG!!!!!!!! SOKONG!!!!!! SOKONG!!!!!!!
Ex-Umno, dengar apa pula Ex-PKR cakap.
Bergemuruh bunyi BA (kepompong PR) berjanji seribu janji sebelum 803 . Selepas PR12, satu pun tak jadi, malahan menyalahkan Umno bagi tiap satu kegagalan dan kebodohan sendiri (hingga orang ambil gambar dia bogel pun salah Umno) - abok pun tadak - (sebenarnya PR sekedar pandai buat kandang babi - berlagak pandai buat istana konon)
Pemimpin PR (terutama PKR) kata kerajaannya bersih, telus padahal duit rakyat buat repair kereta peribadi; duit rakyat S buat beli lembu sedekah kat rakyat WP, bangsa asing diberi tanah 1000 tahun, bangsa sendiri tak payah; lulus rasmi 1000 ekar, tak rasmi cekup 1000 hektar ... dll skandal (termasuk skandal upah sex) hingga PR sendiri akui mereka hilang lajak pergerakan kerana kerakusan PKR.
Pemimpin PKR sokong usaha kekalkan sokongan rakyat terhadap mereka ... tapi setahun memerintah, rakyat masih tunggu janji, walhal pemimpinnya dah dapat camray ... bersidang di bawah pokok ... dewan sidang dijadikan medan badut ... kena exile setahun dari Parliamen salahkan speaker ... berkejar ka Taiwan konon nak cari penyokong tapi berpesta ala-tian-chua-eli-wong dalam bilik ... pemimpin berebut kuasa bercakaran, berebut katak, main lompat katak ...
PR memetir jaja katuanan rakyat ... pada hal mengula-gula rakyat supaya memahkotakan mob rule, supaya rakyat berpesta berbaring atas jalan sambil mengibarkan bendera apa-ntah, supaya tiap jumaat rakyat berarak ka istana-istana raja, supaya rakyat berbasikal keliling negeri kemudian serbu palriman, supaya rakyat berdemonstrasi menuntut pampasan untuk pengganas kominis ... kalau diteliti ... semua orang tahu siapa setan di belakang semua huru hara ini.
Kepada pemimpin, blogger dan penyokong UMNO, sila jawab kesemua soalan rakyat.
1 - Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)
2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)
3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??
4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???
5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??
6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??
7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??
"ps: above questions quoted from a penangite."
Mr.Chong atau kaki Cong!,
Tuduhan ke atas seorang induvidu dengan tuduhan membunuh atau bersuhabat dalam sesuatu pembunuhan adalah satu tuduhan amat berat disegi undang-undang.Dengan "hear say" tanpa bukti kita melibatkan orang membunuh adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.Begitu juga YB Gobind sengaja membuat tuduhan itu di waktu sesi parlimen adalah satu tindakan yang amat bodoh apabila dengan berlindung di kekebalan undang-undang sebagai ahli parlimen.Kenapa beliau tidak membuat lapuran polis saja diluar parlimen mengatakan tiorinya.Sedarkah YB Gobind seorang yang tahu sebelok-belok tentang Undang-undang kenapa membuat tuduhan seperti itu diparlimen?.Kenapa dan apakah motif sebenarnya?.Cuba Mr.Chong fikirkan dengan berada di sudut Mr.Gobin!.Bapanya YB Karpal pernah menjadi termasyur kerana seringkali di gantung untuk persidangan parlimen ketika dulu.Ramai pengundi di kawasan Jelutong tahu kenapa?.Kerana kes beliau di mahkamah terlalu banyak perlukan penumpuan maka ia adalah satu desepsi untuk mengelak berada di Di parlimen sesi bahas untuk upah yang paling sedikit dengan masa terluang banyak.Maka YB karpal di tolak beberapa kali dalam PR kerana bukan beliau tidak bagus tapi sering digantung menjadi ahli parlimen kerana hujah yang sengaja mengekplotasikan isu yang tak releven.Maka YB Karpal dah sedar; rakyat dah memahami penipuan beliau.Maka anaknya YB Govind sekarang pulak gunakan kaedah yang sama untuk dapat menumpukan lebih masa di Mahkamah dari Parlimen.
Tentang C4 itu ia bukanlah hak milik tentera.Mungkin Mr.Chong tak tahu keadaan sebenar kem tentera atau pun mana-mana kem beruniform.Yang menjaganya Amri atau gudang senjata cuma adalah anggota bawahan yang perlu patuh pada pegawai tingginya.Dalam kes ini yang dituduh dan dibicarakan adalah pegawai-pegawai kanan yang mana mereka mempunyai akses yang luas.Bayangkanlah Kisah Kumpulan radikal Al-Ma'unah tahun 2000 yang memasuki kem tentera dengan berpakaian uniform pegawai telah mengambil sejumlah besar senjata termasuk roket launcer untuk berperang.Sekiranya Mr.Chong seorang anggota polis atau tentera memahami keadaan pegawai dn anggota bawahan.Perkara ini memang kelemahan yang berlaku dalam pasukan beruniform.Mungkin Mr.Chong tidak memahami peranan Menteri Pertahanan dalam Pasukan bersenjata.lagi pun Menteri pertahanan tidak terlibat dalam kegiatan harian anggota tentera.Fikirlah logikkah seorang Menteri pertahanan Mohon dengan General C4?.Untuk pengetahuan Mr.Chong Peledak C4 yang digunakan datangnya dari stor penyimpanan senjata Bukit Aman(Rujuk NST).Fikirlah...cerita kartoon anwar ini.
Tentang surat khabar Perancis Liberation yang ditulis oleh Arnaud Dubus yang sejenis dengan Anwar kita ini cuma eloborasikan tentang surat sumpah RPK dan P.BalaSubramaniam.Tahukah saudara Mr.Chong bahawa hanya satu tahun Anwar menerajui sebagai Menteri Kewangan malaysia dia dilantik oleh Time magazine sebagai 'The Best Finance Minister In the World".maka fikirlah kekuatan media luar yang berkerja kuat untuk Anwar ini.Duburs bukannya menuduh tetapi dia saja mengambil kenyataan bersumpah daripada kedua-dua orang ini.Seperti Mr.Chong maklum kedua dua kenyataan besumpah telah pun berkali-kali keluar diblog dan surat khabar negara kita.Maka fikirlah bolehkah kita menyaman surat khabar tersebut?.Bukankah kenyataan bersumpah RPK itu masih dalam perbicaraan makamah di negara ini.Bukan kah ia satu kebodohan Mr.Chong?.Fikir secara rasional.Jangan bawa hati yang marah menuduh dan mefitnah orang dengan tuduhan yang amat berat pembunuh.Pada suatu hari kita atau kelurga kita menerima tuduhan begitu rupa..apa perasaan kita?.Masalah kita di negara ini ialah apabila Kes yang ada kepentingan Pakatan rakyat menang di katakan pakatan rakyat telah menegakan keadilan.tetapi sekiranya kalah dikatakan keadilan makamah negara telah terkubur..hakim rasuah.mahkamah ikut telunjuk UMNO.Raja Melayu pun dikatakan UMNO rasuah.Inikah dikatakan keadilan atau rules of law dalam demokrasi?.Kita rakyat yang buat Rule tetapi kita juga menidakan rules.Siapa kerajaan sebanar bukankah yang menubuhkan kerajaan adalah sebahaian majoriti rakyat dan kumpulan minoriti rakyat yang kalah perlu mengikut kehendak majoriti bukan kah ini yang dikatakan rules of law dalam demokrasi.
Tentang saiful janganlah tegakan benang yang basah..Mr.Chong fikirlah ada kah dalam sejarah dinegara ini pernah seorang pemimpin politik dituduh gay?.Pernahkah?.Kenapa Anwar ini telah dituduh oleh ramai?.Pernah kah Mr.Chong melalui integorasi polis SB?.Senangkah nak tuduh seseorang yang terpengaruh dengan tuduhan seperti itu.Beranikah Mr.Chong tuduh?.Kalau Mr.Chong kata "Ini kerja Reverse Saikologi".Mustahil nak berdepan dengan peguam pembela anwar yang handal..tiada seorang pun berani dan sengaja mahu menjatuhkan maruah dirinya.Maka saiful ini membawa perkara ini pasai apa?.Kerana wang?.Buktikan Saiful ini telah menerima wang!,...Tidak Mr.Chong kalau seseorang dah berperangai peliwat begitu susah nak kembali kepangkal jalan.Naluri pembunuh,perogol atau peliwat susah nak diperbetulkan.Maka itulah undang-undang melarang mereka berada dalam kelompok manusia dengan menyumbatkan kedalam penjara kerana ahli masyarakat lain selamat dari manusia seperti ini.
Keadaan sebenar berlaku ialah "Deceptive Politik Anwar" perlu mempunyai kefahaman tinggi untuk memahami apa yang si nuar ini fikirkan.Suatu hari timbullah kebenaran kerana kebenaran ini seperti cahay dan kebongan ini seperti gelam.Keterangan akan menang ..sabar dan tunggulah masanya...regards.
Biasalah mamak pembangkang. Apa depa tau? Tuduh. Depa tu bersih, maksum encik.
Post a Comment