BERIKUT ADALAH KOMEN SEORANG ANON DI BLOG TUAH...
Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga, pada Abang Tuah, kalau Ilmu tak tinggi mana jangan nak pandai2 cakap ttg agama, baca kitab jawi pun tak reti, semagat hanya dililit kepala dengan kain kuning, lalu menjerit.. daulat tuanku.. nanti padah jawapnya... setakat baca buku2 versi hadari naik semangat nak bela agama, tapi sebenarnya semangat bangsa.. teman nak pinjam semangat sultan Muhammad al-Fatih.
Abang Tuah ni tinggi semangat bangsanye, tapi teman nebgok erdogan teringat teman pada sultan muhammad yang berbangsa Turkey, orang turkey sejarahnya hebat, bangsanye hebat membela Islam keserata jagat, bila agaknya nak muncul sultan melayu sepertinya, atau ada menteri melayu yang berani seperti erdogan, orang turkey sudah membuktikan, melayu hanya pandai menghulur keris dan lilit kain kuning.
JAWAPAN DARI TUAH YANG BUDIMAN ..HAHA..HAHA..
Wah Kashaf betul awak ni ya
Boleh membaca tentang diri saya
Cuba awak jelaskan bagaimana cara
Internetkah atau bisikan jin sahaja
Ku sambut cabaran tuan hamba
Dengar sini ku punya cerita
Berhemahlah dalam berkata-kata
Jangan buat perangai lebai cilaka
Biar kail ku sejengkal sahaja,
Lautan dalam ku pukat tunda,
Tiada guna nafas mu dihela,
Kepada ULIL AMRI kamu DURHAKA..!!
Ku hunuskan keris tanda setia
Agama dan bangsa tetap ku bela
Tiada guna berserban di kepala
Jika hanya mencerca menghina
Bijak sungguh Hang Tuah berkata
Takan hilang melayu didunia
Melayu beradat lagi beragama
Mengapa TALIBAN yang kamu puja?
Kekuatan HADHARI pada konsepnya
Kenapa saranan baik sukar diterima
Selain lebai PAS jadi pengajurnya
Macam-macamlah beb lu buat cerita
Apa dipandang keluar negara
Sejarah Melayu 900 tahun kisahnya
Kini SULTAN pula yang kamu hina
Apakah PERAK menjadi penyebabnya
Tak terkecuali Mufti Negara
Kamu cemuh pula pandangannya
Kerana menyaggah puak derhaka
Mufti UMNO pula yang kamu kata
SULTAN yang arif lagi bijaksana
Telah menimbang dengan seadilnya
Jika keputusan PERAK sebaliknya
Berduyun pula Tok Guru memuji baginda
Wahai golongan manusia hina
Munafik gelaran yang selayaknya
Kepada SULTAN jangan DURHAKA
SULTAN PAYUNG AGAMA dan BANGSA.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
5 Comments:
Assalamualaikum!
Hebat Sungguh Tuah berkata
Berhemah berbudi dalam bicaranya,
Melayu beradat di bumi nyata,
bukan lebai yg mencaci tah apa-apa.
Daulat tuanku!
Petah sungguh Abg Tuah,
Hamba pun tak dapat berkata apa
Hanya satu nak ku ucapkan
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !
anon seorang yg tak layak diberi gelaran melayu. berani kalu buanglah bangsa melayu dlm kad pengenalan kamu anon bubuh le bangsa kamu india ke, cina ke atau yahudi tengok nak dak dia org terima kamu. rasanya buntut kamu ditendang mereka aje. sedo le diri. org macam kamu patut tak wujud di dunia ini.
syabas kerana petah berpantun melawan pengkianat bangsa
Post a Comment