Kalau ikut kemarahan bangsa Melayu kepada sesiapa saja yang menderhaka kepada Raja Melayu dan jika negara kita ini tidak mempunyai undang-undang seperti di zaman dahulu, mungkin telah lama mereka yang menderhaka kepada Raja telah kita kirimkan ke suatu tempat untuk mereka berehat dalam keamanan.
Namun kita masih mempunyai undang-undang. Saranan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar Nizar di buang negeri adalah wajar. Tidaklah perlu dipertikaikan siapa KJ untuk menyaran perkara berkenaan, kerana beliau adalah anak melayu yang hidup berbudaya beraja, beliau juga mempertahankan hak budaya Melayu yang turun temurun hidup berbudayakan beraja.
Saranan beliau perlu di pertimbangkan. Jika Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, beliau perlu dibuang negeri dan beliau tidak layak tinggal di Perak kerana Perak adalah negeri yang beraja. Mungkin beliau boleh ke negeri-negeri yang mana Raja Negeri berkenaan mahu menerima beliau atau ke negeri yang tidak mempunyai raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.
Sebagai anak Melayu KJ berhak memendam rasa marah, kita ketepikan pasal politik, KJ berhak marah, bukan KJ saja, sesiapa sahaja yang bernama Melayu berhak marah. Yang tidak marah adalah Melayu yang biadab kepada Sultan yang termakan racun pembangkang untuk membenci Sultan. Apa hak pula bangsa asing hendak pertikaikan apa yang KJ luahkan, itu hak dia. Apa hak bangsa asing yang pertikaikan hak orang Melayu, ini hak kami, bukan hak bangsa asing.
Kita patut bangga kerana anak Melayu yang berani bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu.. Kalau kita terus hipokrates takut akan populariti dalam politik menjadi luntur kerana bercakap yang benar dan memperjuangakan yang benar adalah lebih baik kita jangan berbicara mengenai masalah Melayu dan bangsa Melayu. Kita seharusnya memberikan sokongan padu kepada KJ dan kita seharusnya jangan pertikaikan hak beliau untuk menyarankan agar Nizar di nyahkan dari negeri Perak.
Kita juga harus dapat membezakan antara hasutan dan juga dengan saranan, kita juga harus dapat membezakan ini adalah satu saranan yang serious yang diluahkan dengan niat, ini bukan perkara yang boleh kita permain-mainkan. Ibarat tercemarnya nama kepala Agama Islam di Negeri Perak, Ibarat tercemarnya nama baik pemimpin pertama di negeri Perak. Yang paling menyedihkan lagi, sikap kurang ajar penyokong Nizar yang sanggup menghalang kereta rasmi Sultan, ini adalah sikap yang paling biadab dan seharusnya Nizar bertanggungjawab ke atas perbuatan penyokong beliau. Apa hebat sangat ke Nizar ini, kebal sangat ke Nizar ini. Di sini kami menyokong penuh saranan KJ agar Nizar di buang negeri.
Kalau tidak boleh hormat dengan Raja Melayu, nyah kamu dari negeri Perak Darul Ridzuan. Bukan Perak Darul Karpal Singh atau Perak Darul Lim Kit Siang. Jika dahulu sebelum kepala mereka ini di saiko oleh Anwar Ibrahim, pantang mereka jika Raja Melayu di permainkan, sekarang mereka dah sama dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh.. Mereka penyokong PR dah sekapal dengan Karpal Singh.
Oleh KPMU
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
6 Comments:
Anonymous said...
berjihad bukan dengan membaca puisi atau main gitar. tak boleh pakai lansung.
February 16, 2009 9:03 AM
WAHAI ANON..
JIHAD BERBAGAI CARA..IKUT KEMAMPUAN.
MALAH DALAM HATI PUN BOLEH BERJIHAD..YG PENTING KEIKHLASAN..TAK MENGAJI KE?
abang tuah
kita melayu berbudi bahasa bersopan santun
itu yang pemimpin/menteri kita tak amik tindakan walau mereka ni dikira pelampau..
tapi demi maruah bangsa juga agama..
bertindaklah wahai menteri..
Auuum
Sekiranya mereka pelampau agama maka sya akan cakar mereka, jika pelampau bangsa biar aja deh !
HIDUP ABG TUAH...YALAH MINE, AKU TAK PAHAM BETUL, NEGARA KITA NI MACAM TAKDE KETUA JE....ADUH SEDIH AKU....INIKAH DEMOKRASI WAHAI PAKLAH???
malu aku jadi melayu baik jadi bangsa lain tapi ISLAM..tapi nak wat mcm mana dah mak bapak aku kaum melayu yg beragama ISLAM,kire nasib baik jugak sebab ISLAM, aku bangga aku ISLAM, sikit pun aku xbangga jadi org melayu.sebab orang MELAYU kebanyakan berhasad degki sesama bangsa.melayu yang tak ikut ajaran ISLAM.mat rempit majoriti kaum apa? MELAYU,bohsia kebanyakan kaum apa? MELAYU, gambar 3gp yang belambak dalam internet majoriti kaum apa? MELAYU..hai la MELAYU...memang layu...
Post a Comment