Salam, episod 10 bulan yang lalu diimbau kembali, setelah bertelingkah dan berkelam kabut 3 parti berlainan idiologi mahu memerintah negeri Perak, beberapa calon di kemukakan untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan shah, raja yang memerintah negeri Perak darul Ridzuan, yang juga ketua Agama Islam bagi Negeri Perak, maka dipersembahkan kepada Tuanku oleh Ketua2 Parti masing2 antaranya Ngey Ko ham wakil DAP, Zulkifli Ibrahim wakil PKR dan Nizar jamaluddin wakil PAS, masing2 mengemukakan calon kecuali DAP yang terpaksa akur akan undang2 tubuh negeri Perak hanya menetapkan mereka yang berbangsa melayu saja boleh di pertimbangkan oleh Tuanku untuk dilantik sebagai MB, dalam masa yang sama Tajol Rosli selaku Pengerusi UMNO ng Perak juga mengadap Tuanku untuk mempersembahkan Calon MB kerana di dakwa pakatan Rakyat bukan pertubuhan yang berdaftar dan didakwa tidak cukup kerusi jika diasing2 asing kan kedudukan kerusi mengikut parti masing2 sedangkan BN sebuah Pertubuhan berdaftar menjadi satu Parti yang mempunyai 28 DUN yang menang UMNO 27 dan MCA 1, atas kebijaksanaan Tuanku ketika itu mempertimbangkan pula bukti surat pengakuan atas tidakan kecekapan 3 parti mengemukakan surat menyokong dan persetujuan bergabung menyokong antara satu sama lain 3 parti tersebut maka Tuanku menolak cadangan dan dakwaan Tajol Rosli dan dengan akur dan patuh tajol dan UMNO menerimanya malah tanpa henti Tajol terus mempelawa PAS bergabung dengan UMNO untuk menubuh kerajaan dengan menawarkan MB dan 5 exco diberi kepada PAS, Tetapi tawaran tersebut pantas ditolak oleh Nizar dengan kata2 lebih baik bergabung dengan DAP orang cina daripada bergabung dengan UMNO, berbalik semula kepada peranan Tuanku, maka setelah Tuanku mempernilaikan pula calon2 yang dikemukan oleh 3 parti tersebut maka Nizar Jamaluddin diperkenankan oleh tuanku atas dasar beliau yang paling layak diatas kelulusan dan perwatakan beliau, maka menjunjung kasih lah pemimpin2 PAS, DAP dan PKR terhadap tuanku kerana memperkenankan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baru dan memperkenankan Nizar jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke 10.
Justeru itu Majlis mengadap untuk mengangkat sumpah Menteri Besar diadakan di Istana Bukit Chandan di Balairong Seri Istana Bukit Chandan berlansunglah episod Nizar dititah mengadap kehadapan DYMM Sultan Azlan Shah dengan mengangkat tangan kanan bersaksikan kerabat dan orang besar Negeri dan dif2 kehormat termasuklah wakil rakyat dari UMNO dan BN menyaksikannya walaupun berat mata memandang, maka lafaslah sumpah taat setia kepada Raja serta sumpah menjalankan tugas sebagai MB dan sumpah simpan rahsia diakhirnya lafaz diseru DAULAT TUANKU!!!.
Begitulah juga yang berlaku terhadap episod terbaru terhadap kerajaan baru yang dipersembahkan kepada Tuanku dan begitu juga lah episod mengankat sumpah tata setia dilafazkan oleh Dr Zambry sebagai MB ke 11 yang baru.
Apa yang mengusarkan kuntakinte, adakah Nizar telah terkena "BADI" sumpah, adakah nizar telah ditimpa "BADI" daulat, adakah Nizar telah menerima "BADI" taat setia terhadap Tuanku yang sememangnya cukup berdaulat sebagai seorang Raja Negeri Perak yang mengakibatkan badan diri Nizar tidak tentu arah, tidak tenteram, tidak normal sebagai seorang yang dikatakan pejuang Islam, gila lakunya, gila lagaknya, gila perangainya, memang bukan calang2 orang mampu mengadap Sultan didalam Istana Bukit Chandan malah di depan Balairong Seri, berdiri bulu roma teman, sebab teman pernah juga 2 kali masuk ke balairong Seri menerima Pingat Ahli Mangku Perak (AMP) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (bukan nak suka2 cerita dapat pingat) tapi nak maklumkan perasaan benar apa yang teman rasai tubuh badan teman ketika mengadap Tuanku di Balairong Seri.
Gila nya Nizar bagai di rasuk, gila nya bagai diganggu sesuatu, melawan juga Nizar perasaannya hingga sanggup beliau MENDERHAKA, ini bukti kenyataan beliau selepas Tuanku tidak perkenan kan permohonannya membubar Dewan Undangan Negeri, selama hidup teman ini satu2 nya anak melayu malah seorang MB sanggup MENDERHAKA terhadap Tuanku, bagaimana sekiranya selepas ini beliau kembali menjadi MB diatas satu2 hal kelak apa riaksi nya ketika itu, perkenankah tuanku terhadapnya untuk dilantik sebagai MB, semuanya itu bagai kan hilang dari akal fikiran dan hilang dalam pertimbangan, hilang dalam konsep sabar itu separuh dari iman, hilang bagai kan bukan seorang yang mempunyai ilmu agama didada sikap dan perangainya diluar normal2 seorang pemimpin Islam.
"BADI" yang terkena kepada Nizar mempetonjolkan "BADI" yang sebenar hati budi seseorang, terlalu angkuh mungkin, terlalu riak mungkin juga, terlalu gelojoh pun ada kemungkinan memberi kesedaran keoada kita bukan semua manusia dikurnia oleh Allah S.W.T mampu atau layak bergelar pemimpin, mungkin Nizar tak layak menjadi pemimpin tetapi beliau berkelayakan menjadi seorang IR yang berjaya membuat duit dalam perniagaan yang dikurniakan projek oleh Kerajaan Persekutuan dan kejayaan Kerajaan UMNO melahirkan seorang IR yang berjaya MAKA layaknya hanya sebagai seorang ahli perniagaan lahiran kerajaan UMNO atas perkenan dan kurniaan Allah S.W.T.
Boleh kah Nizar muhasabah diri, terfikirkah otak nya, atau tiada kah ulama2 dalam PAS mengingatkan nya atau menasihatkannya atau meminta beliau mengucap kalimah shahadah...., tak mampu ke Harun Din memberi air jampi kepada Nizar yang parah kelakuannya, seram teman lihat kelakuannya. gila kuasa, gila talak, gila bayang, gila kepayang, gila cinta, gila harta, gila pangkat dan berbagai2 gila lagi...ish..ish... sanggup sungguh sanggup ulama2 PAS hanya menonton dalam TV1, TV3, TV7 dan TV9 kelakuan Nizar tanpa menghulurkan bantuan sekadar ala kadar pun cukup lah... kesian anak bini Nizar, bagaikan kawan hanya dikala senang yang bapa dan suami nya ada di keliling sebelum ini... itu lah kalau BADI tak diurus dengan baik dan sempurna akibatnya.....sendiri fikir le yeop!!!! seram bulu tengkok teman.
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
21 Comments:
di ambil dari http://anwaribrahimblog.com/2009/02/09/selamat-menyambut-hari-thaipusam
Selamat Menyambut Hari Thaipusam
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Catatan, Demokrasi, Hebahan and Isu Semasa
Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.
Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengalahkan rakasasa tersebut.
Moga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah ini dan terus memperkukuhkan tekad buat mencipta Malaysia yang bebas merdeka dari rasuah dan kezaliman. Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
-------------------
nak cakap apa pun tak tau dengan anwar ni
Siapa yg lebih dahulu DERHAKA????????????????????
Rentetan peristiwa menderhaka dan menghina kuasa Raja-Raja Melayu:
1. Penderhakaan I pada 1983: Kuasa Raja-Raja dilucutkan oleh kerajaan BN yg menyebabkan baginda tidak lagi berkuasa utk menyatakan ‘tidak’ kpd Rang Undang-Undang yg diluluskan Parlimen dan DUN. Kuasa Yg DiPertuan Agong utk mengisytiharkan zarurat juga telah ditarik balik.
2. Penderhakan II pada 1993: Imuniti Raja-Raja dihapuskan oleh kerajaan BN, antara yg dilucutkan ialah kekebalan Raja utk didakwa di mahkamah. Sebelum 1993, Raja tidak boleh didakwa di mahkamah, selepas penghinaan yg dilakukan BN itu, Raja sudah boleh didakwa di mahkamah. Apa yg Karpal lakukan mendakwa Raja adalah hasil kerja BN pada 1993 dahulu. Jika BN tidak pinda perlembagaan pada 1993 pasti Sultan Perak tidak berpeluang utk didakwa di mahkamah. Apa yg berlaku hari ini adalah seperti satu komplot Karpal dan BN utk menghina Raja.
3. Penderhakaan III pada 2008, selepas PRU-12: UMNO Terengganu enggan menerima titah Sultan utk melantik org lain sebagai MB bagi menggantikan Idris Jusoh. Malah ada sepanduk menggelar Sultan sebagai ‘binatang’ yg dibawa oleh penyokong-penyokong UMNO. Penderhakaan UMNO yg memalukan.
4. Penderhakaan IV pada 2008, selepas PRU-12: UMNO Perlis enggan menerima titah sultan utk melantik org lain sebagai MB bagi menggantikan Shahidan Kassim. Penyokong-penyokong UMNO yg berang telah berdemonstrasi di depan istana Arau malah menendang pintu pagar istana. Penderhakaan UMNO yg memalukan.
5. Penderhakaan V pada 2009: Karpal Singh dan Nizar ingin menyaman Raja berdasarkan pindaan undang-undang yg dirintis oleh kerajaan BN pada 1993 yg membenarkan kesalahann Raja-Raja diadili di mahkamah.
Saya sokong supaya siapa saja penderhaka Raja wajar diadili, tidak kira org BN atau PR. Cuma utk hukum pemimpin-pemimpin BN yg derhaka kpd Raja-Raja dahulu tidak boleh dilakukan kini kerana khidmat mereka masih diperlukan. Kalau nak hukum biarlah kita hukum pemimpin-pemimpin PR sahaja, kerana mereka tidak berkuasa. Pemimpin BN yg tak berkuasa pula tak boleh sentuh, sebab mereka pun kebal jugak! Kuasa Raja-Raja Melayu sudah lama dihakis oleh dasar memperlekeh kuasa Raja-Raja oleh kerajaan BN dahulu, dan janganlah kita menambah luka Raja-Raja kita.
Daulat Tuanku!!
Cucu Panglima
badi porahhhhhhh!!!!
Badi tu setan lah...jembalang....dan iblis..
Saya percaya apa yang encik tulis. Sultan dan raja, jangan dipermain. Ini memang saya percaya.
Salam,
Thaipusam dengan anwar...ha!ha!masih ada lagi ke patung yang berupa anwar kat Batu Caves...saja nak tanya?.Kalau ada teringin mamak nak lihat gambaq patung itu kat blog tuah..ha!ha!..kita ramai-ramai pecahkan kepala opps..kelapa orang penang kata nyioq..lagi bagui!.Wassalam
Abg Tuah AMP. PJK. ....,
Nizar derhaka....? Merafa sembah MOHON derhaka (faham bahasa istana tak.... sia-sia je AMP, PJK tu...!) Mengikut UUTN Perak, beliau berpegang pada Art.16(6) dan sekarang mungkin akan dicabar di mahkamah... so belum derhaka pun... baru mohon tak ikut kata (bahasa melayu pasar...!)
Tambah sikit komen Tanpa Nama 3.14 (Cucu Panglima), baca lagi komen kat bawahj yg aku paste ni. Harap dapat ulasan/penjelasan dari Abg Tuah....Tak Melayu Hilang Di Dunia. (Kawan lebih sokong Hang Jebat.... Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah. Dalam hal ini, kawan lebih berkonsep sanggah PEMERINTAH (UMNO)... bukan Sultan tau! Sultan kawan tetap taat dan patuh)
==============================================
BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.
Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.
Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.
"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.
Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.
Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.
"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.
Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.
Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.
Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.
Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.
Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.
MEMANG BETUI ABG TUAH, ITULAH AKIBATNYA KEPADA PENDERHAKA BERNAMA NIZAR NI, APA YANG DIA TUNGGU LAGI TU???
NIZAR KATA NAK PI COURT, TAPI TAK PI PUN LAGI...APA CERITA NI ABG TUAH??? APA KITA NAK BUAT NI?
Buat PARPU KARI dan Abg Tuah AMP. PJK.,
Tolong la perjelaskan komen #2 TanpaNama (CucuPanglima) dan komen yang aku paste kat atas tu.... nak tengok dari perspektif hangpa... dari perspektif blog PR aku dah jemu dengar.
Auuum !
SEKAYANG MANA ADA BANGSA MELAYU ! BANGSA MELAYU DAH PUPUS, YANG ADA HANYA BANGSA MALAYSIA,WARGA MALAYSIA, YANG ADA MELAYU HANYA KERETAPI TANAH MELAYU JE, EDEH LU TAK SEKOLAH KA ! INI SEMUA UMNO PUNYA PASALLAH
SEKARANG LU ORANG JAWAB DULU INI SOALAN, APA SEBAB LU ORANG TUDUH SULTAN TERENGGANU NATANG ! BUKANKAH UMNO JUGA TELAH DERHAKA ? BODOH PUNYA PAHLAWAN MELAYU
Salam:-
singamaraja...
Natang itu ditujukan kepada Ideris Jusoh bukan kepada sultan
singamaraja...
sebenarnya natang itu bukan ditujukan kepada sultan tapi kepada Ideris jusoh ..Baca dan amatinya baik-baik...jangan ikuti emosi yang terlampau...
Salam...
Betullah abangtuah nizar tu perlu air jampi..takut2 nanti kalau terlambat dia akan berpindah dari rumah mb kepada rumah..rumah apa ha..ialah rumah untuk orang cakap sendiri-sendiri tu..
Tuah,
Saya bekas tentera, tiada parti politik. Dah pencen perkhidmatan yang dipertuan agong. Tuan dilihat masih percaya kepada badi/daulat dsb. Masih ramai Melayu jenis tuan dimuka bumi ini. Saya mengikuti dengan rapat isu ini dikedua-dua belah pihak sebab saya anak Perak. Itu sebab saya berada disini dan juga di Tukar Tiub termasuk che det blog. Kerisauan Mahathir ada asasnya. Jika benar Nizar bersalah, kenapa hingga hari ini tidak dibawa ke Mahkamah oleh umno? Suratkhabar, Tv semua membicarakan hal daulat, tetapi tidak menyetuh yang lebih akademik seperti Perlembagaan dan undang undang tubuh negeri perak berhubung dengan pelucutan menteri besar. Saya...orang neutral melihat umno sebagai parti bangsawan bukan cendikiawan. Saya rasa perasaan saya dikongsi oleh ramai orang yang tidak berparti. Jika ini berterusan, golongan rakyat macam saya akan menjauhkan diri dari umno. Orang-orang melaka, penang...tiada sultan pun elok mereka hidup. umno juga agak kuat disana. Adakah kita perlu raja? mungkin....mungkin tidak. Negara beraja yang kuat cuma Britain itupun empayarnya pecah lepas perang dunia II. Kuasa dunia seperti Amerika,rusia cina dan yang baru menonjol seperti india tiada raja tetapi mereka lebih maju dari kita. Oleh itu saya menafsir institusi raja sebagai sistem politik bukan kuasa kuasa ajaib yang tidak boleh dipersoalkan.
Navy pencen
SALAM SEMUA SAHABAT..
TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN BERKUNJUNG DAN MELONTARKAN PANDANGAN.
BUKA TUAH TAK SUDI BERDISKUSI TAPI SIBOK DENGAN KERJA DAN UPGRADE BLOG..HEHE..HEHE
INSHALLAH TUAH AKAN CARI MAS UNTUK CUBA MENJAWAB SOALAN SEKADAR TERMAMPU. MUNGKIN RAKAN2 TUAH PUN BOLEH BANTU MENJAWABNYA.
ABANGTUAH
Tak perlu kita berdailog dgn orang-orang yg begitu taksub dgn nuar. Bgi mereka nuar adalah pemimpin yg serba baik walaupun dia melakukan kerja-kerja laknat ia tetap mulia di sisi mereka. Andaikata nuar jual negara ini kpd singapore atau amerika, atau israel, itu dianggap betul dan bijaksana Moga-moga Allah memberi petunjuk kpd nuar dan kuncu-kuncunya.
Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga, pada Abang Tuah, kalau Ilmu tak tinggi mana jangan nak pandai2 cakap ttg agama, baca kitab jawi pun tak reti, semagat hanya dililit kepala dengan kain kuning, lalu menjerit.. daulat tuanku.. nanti padah jawapnya... setakat baca buku2 versi hadari naik semangat nak bela agama, tapi sebenarnya semangat bangsa.. teman nak pinjam semangat sultan Muhammad al-Fatih.
Abang Tuah ni tinggi semangat bangsanye, tapi teman nebgok erdogan teringat teman pada sultan muhammad yang berbangsa Turkey, orang turkey sejarahnya hebat, bangsanye hebat membela Islam keserata jagat, bila agaknya nak muncul sultan melayu sepertinya, atau ada menteri melayu yang berani seperti erdogan, orang turkey sudah membuktikan, melayu hanya pandai menghulur keris dan lilit kain kuning.
Wah Kashaf betul awak ni ya
Boleh membaca tentang diri saya
Cuba awak jelaskan bagaimana cara
Internetkah atau bisikan jin sahaja
Ku sambut cabaran tuan hamba
Dengar sini ku punya cerita
Berhemahlah dalam berkata-kata
Jangan buat perangai lebai cilaka
Biar kail ku sejengkal sahaja,
Lautan dalam ku pukat tunda,
Tiada guna nafas mu dihela,
Kepada ULIL AMRI kamu DURHAKA..!!
Ku hunuskan keris tanda setia
Agama dan bangsa tetap ku bela
Tiada guna berserban di kepala
Jika hanya mencerca menghina
Bijak sungguh Hang Tuah berkata
Takan hilang melayu didunia
Melayu beradat lagi beragama
Mengapa TALIBAN yang kamu puja?
Kekuatan HADHARI pada konsepnya
Kenapa saranan baik sukar diterima
Selain lebai PAS jadi pengajurnya
Macam-macamlah beb lu buat cerita
Apa dipandang keluar negara
Sejarah Melayu 900 tahun kisahnya
Kini SULTAN pula yang kamu hina
Apakah PERAK menjadi penyebabnya
Tak terkecuali Mufti Negara
Kamu cemuh pula pandangannya
Kerana menyaggah puak derhaka
Mufti UMNO pula yang kamu kata
SULTAN yang arif lagi bijaksana
Telah menimbang dengan seadilnya
Jika keputusan PERAK sebaliknya
Berduyun pula Tok Guru memuji baginda
Wahai golongan manusia hina
Munafik gelaran yang selayaknya
Kepada SULTAN jangan DURHAKA
SULTAN PAYUNG AGAMA dan BANGSA.
Salam, sdr. cucu pang5 dan tak sanggupngakutuah, usah le nak seleweng fakta dan selewengkan kefahaman rakyat, cukup sekadar otak2 sedara yg terseleweng itu teman tak peduli. 1983 dan 1993 kuasa Sultan bukan dilucutkan tapi di letakkan kuasa Institusi raja2 dibawah pelembagaan, bagi mengimbangi antara kuasa raja dan hak rakyat,memang itu perjuangan UMNO, bijak dan bersopan santun dalam menjaga Raja terus dihormati dan didaulatkan dan menjaga hak2 rakyat, bergantung lah pada isu TIDAK LAH SAMPAI MENDERHAKA DAN MENAHAN SERTA MEMBALING KASUT PADA KERETA YANG DINAIKI OLEH RAJA MUDA DAN RAJA DI HILIR PERAK, yang muka botol cuka dan botol kicap tak nampak sekor habuk pun, semuanya muka2 melayu.
Soi mamat sekor tu ha nak seleweng fakta dan nak burukan UMNO tak habih2 sedangkan hidup turun temurun pun atas perjuangan UMNO..tak perlu teman jawab, otak kalau jahat memang jahat...sdr simangamanja dah jawab...usah lah nak seleweng otak rakyat..tak tahu buat jgn cakap, bahaya jadi fitnah.. dosa macam membunuh yeop oi... 2008 di Perlis satu pihak cuba menyuarakan pandangan kepada Tuanku, akhirnya orang tu akur, akhirnya keputusan mutlak kepada Tuanku, itu lah rakyat namanya, tiadak sampai derhaka, lawan polis, guna masjid, guna budak sekolah agama, baling batu, baling kasut, tahan kereta untuk derhaka kepada Raja semata untuk puas perut politik kotor kita..2009 Yang di Pertuan di sama satu Syarikat, itu hal dia...Syarikat tu pun tahu gapa yang boleh atau tidak untuk menuntut keadilan, guna mahkamah, tak sampai buat demostrasi, kutuk sultan, kata sultan... diorang pun tahun sopan santun.. tak macam puak2 derhaka macam species korang ni... Di Kelantan macam juga di Terengganu dan Perlis..akhirnya hak mutlak pada Mesyuarat Majlis Raja2 Negeri Kelantan putuskan Tuanku Ismail Putra sebagai Raja Kelantan, puak2 tersebut akhirnya akur tak sampai kutuk merata kampung...., ini semua nak belit2 cerita agar rakyat terseleweng otaknya..phuiii.
Tuan Navy pencen dan tak sanggupngaku tuah .... tuan navy dan takngaku ni tahu ke UUTN Perak...kalau ilmu sejengkal jangan nak lagak sedepa... tua tak semestinya tahu semuanya... si takngakutuah tu ha... kata tindakan Nizar beruk hilang bunga tu betul tak Derhaka.. tuiii. 'SEMBAH MOHON MENDERHAKA", BERANI LAH CAKAP DEPAN tv BUKAN DEPAN tUANKU SEMATA2 NAK DAPAT SIMPATI DARI RAKYAT YANG BODOH2 MACAM KORANG... SEMBAH MOHON DERHAKA DIIKUTI DENGAN DIIKUTI DENGAN TINGKAH LAKU DAN KATA2 SEBELUM MENGADAP DAN SELEPAS MENGADAP dah tunjuk terang2 perbuatan dan perangai sebagai DERHAKA... lawan keputusan... tak terima titah Tuanku, nak saman Tuanku, lawan titah, duduk rumah MB tak malu punya muka, berceramah tuduh tuanku di ikut telunjuk UMNO..phuiiii ke batang hidung orang semua orang termasuk tuanku tak betul... kena batang hidung sendiri semua bagus..semua baik..phui..punya species.
Bio teman ajor menkome termasuk yang tua teman catitkan Undang2 tubuh Perak 1948, 1953 dan pindaan hingga 1 Januari 2008 yang diguna pakai sebijik teman pakai bahasanya agar tak dituduh teman pinda,
XVI (2,A) DULI YANG MAHA MULIA HENDAKLAH MULA2 SEKALI MELANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR PADA MENGETUAKAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ITU SEORANG AHLI DEWAN NEGERI YANG PADA timbangannya BOLEH MENDAPAT kepercayaan sebahagian besar daripada ahli - ahli dewan negeri itu - Maknanya kuasa ditangan tuanku berdasarkan majoriti sokongan satu2 pihak atau parti, dah laksana sebelum ini Parti DAP, PKR dan PAS selepas itu BN + Bebas sebab bebas istihar sokong BN ada dokumen bertandatangan suruhanjaya sumpah.
skip ke artikel (6), JIKALAU SEKIRANYA MENTERI BESAR ITU TERHENTI DARIPADA mendapat kepercayaan sebahagian besar DARIPADA AHLI2 DEWAN ITU, KEMUDIAN HENDAKLAH DIA MEMPERSEMBAHKAN letak jawatan majlis mesyuarat kerajaan itu, DIKECUALIKAN DENGAN PERMOHONAN DULI YANG MAHA MEMBUBARKAN DEWAN NEGERI ITU - maksudnya kes Perak 3 dah loncat keluar parti masing2 jadi bebas dan istihar sokong BN, kerajaan Nizar dah tak dapat sokongan majoriti ahli dewan dia ngaku yeop..., dia hendaklah mempersembahkan letak jawatan semua ahli mesyuarat kerajaan negeri kalau dipohon untuk bubar DUN TETAPI tuanku tak perkenan bubar DUN maka semuanya kena letak jawatan berkuatkuasa dan Tuanku berhak melantik kerajaan yang mendapat sokongan majoriti mengikut timbangan tuanku, dalam kes Tuanku Sultan Perak dia panggil kedua2 pihak dan siasat dulu kebenaran dan mendapat pengakuan, tuanku temuduga 5 minit sorang yeop...mana nak ada tuanku macam ni punya baik...,memang lah tak kena batang hidung korang habih semua orang tak betul phuiii... paham ke apa yang teman catitkan..jangan nak seleweng fakta terutama undang2 tubuh Negeri Perak..sebuku tebal ada dalam tangan teman ni...kalau tak tahu diammmmm jangan jadi bodoh tak boleh di ajor..cerodik tak boleh diikut...asyik nak seleweng otak rakyat je tak habih2...
Teman nasihat pada si cucu pang5, takngaku tuah dan pencen navy balik pangkal jalan..usah lah terikut2 perangai AN War cucuk Karpal dan Nizar lawan Tuanku,,, ajhirnya dia menyorok belakang gelak dengan lim guan eng akibat buruk rakyat... dia negeri tak beraja boleh lah jadi haprak..teman dan rakyat Perak lain tak rela.... usah nak kaitkan cerita Negeri lain... diorang tak sampai derhaka..tak sampai tak taat pada ulil amri.. mati di kencing kubur dik cucu cicit mike esok baru padan dengan muka DERHAKA KORANG. Pencen pun makan duit kerajaan UMNO, hidup sampai sekarang atas kerja dan perjuangan kerajaan UMNO...duduk mengangkang dalam rumah sekali2 pergi ceramah pembangkang derhaka dah macam pandai semua hal phuiiiiii punya species DERHAKA.
hantar pulau jerjak kawan dengan beruk layak korang ni.
TQ Wassalam. amacam abangtuah, pantang teman melayu derhaka, macam kita menderhaka pada mak bapak jugak.. patut cincang bagi buaya makan daggn2 busuk diorang ni.
Salam Bro..
Hujah yang hebat dan tepat bertubu-tubi..
Boleh kawan jadikan rujukan..
Thanks..
Kah Kah Kah....ada lagi Melayu pecaya pada sumpah, badi, daulat....masa portugis datang kasi penampor sama itu mahmud, lari dia lintang pukang, masa jepon datang raja buat apa? nambah bini? masa bapak aku lawan bintang 3 kat tasek (Ipoh) raja buat ape? pegang pelio je? Ngarut le kamu yeop
Navy pencen
salam, sia2 jadi pencen Angkatan Tentera Di Raja Malaysia...Phuiiii punya Navy, ni la akibatnya jadi navy asyik kilatkan kasut makan gaji buta dapat pencen membuta....
Badi banyak istilah badi yeop!!!! bukak kamus phuiiii...badi juga maksud mengunakan perangai, sikap, kelakuan yang berkait dengan perangai negatif, buruk,lebih dikaitkan dengan perangai beruk, macam perangai Nizar melayu celup cina tu termasuk lah badi untuk navy pencen.. terlalu mabuk laut pasal tu perangai lansung tak bersyukur, membesarkan anak bini dengan duit gaji Kerajaan BN bagi habis jadi haram... pi tanya ustaz yang betul2 ustaz jangan tanya pada lebai speceis kau, kau tu kalau menentang ulil amri apa hukumnya pi tanya yeop pencen oi...
Bila bapak hang nak berjuang kalau raja pegang pelio pun bapak kau nampak, makna nya bapak kau kerja ampu pelio raja la..sepatut nya kau keturunan ampu pelio raja sokong raja.... hee... malu teman ada sedara seagama macam kau.sampai pelio raja pun bapak hang jaga. uwekkkkk nak muntah teman.
Post a Comment