Berita hangat terkini…gambar separa bogel seorang Anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong yang berbangsa cina berumur 37 tahun telah disebar melalui sistem MMS.
Menurut utusan online, difahamkan, gambar bogel itu diambil tanpa pengetahuan Elizabeth dengan menggunakan telefon bimbit sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu.
Dalam MMS berkenaan, ahli politik yang masih bujang itu berada dalam keadaan berbogel ketika sedang tidur di atas sofa.
Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh bekas teman lelakinya.
Penulis sebenarnya tidak berminat untuk mencari gambar tersebut kerana menyimpan atau menyebarkan gambar-gambar tersebut adalah salah disisi undang-undang dan juga dilarang oleh agama.
Cuma yang bermain difikiran penulis, bagaimanakah gambar-gambar tersebut boleh diambil. Mengikut laporan dari berita mengatakan bahawa gambar tersebut mungkin diambil oleh bekas teman lelakinya.
Persoalan yang bermain difikiran penulis, sejak bilakah penjahat tersebut menjadi bekas teman lelaki mangsa. Adakah sejak kebelakangan ini atau pun sejak sedari PRU 12 tahun lepas.
Berdasarkan dari laporan berita, penulis juga tidak menolak kemungkinan sebelum PRU 12 mereka masih lagi intim sebagai pasangan dan mungkin baru sahaja memutuskan perhubungan.
Penulis amat tidak bersetuju dengan tindakan bekas teman lelaki mangsa sengaja menyebarkan gambar-gambar tersebut bertujuan menjatuhkan imej mangsa demi membalas dendam.
Sepatutnya segala yang berlaku semasa masih didalam keintiman perhubungan mestilah dirahsiakan dari umum bagi menjaga maruah dan imej bekas pasangan masing-masing.
Ishh..ishhh..ishhhhh..kesian mangsa..apakah salahnya….musnah kerjaya politiknya..
Didalam keadaan begini mangsa terpaksalah meletakan jawatannya kerana adalah sukar bagi rakyat untuk menerima seorang wakil yang telah tercalar imejnya. Pihak PR sepatutnya usah juga mempertahankan perkara sebegini kerana bukankah PR amat terkenal mengariskan kredibiliti sesaorang pemimpin.
Walau bagaimana pun penulis tetap memuji tindakan bijak mangsa melapor perkara tersebut kepada pihak Polis.
Oh ya, pujian juga patut diberi kepada kesemua ahli PKR yang mulai mempercayai kewibawaan dan kebolehan pihak polis kita.
Kadang-kadang penulis tergelak sendiri mengenangkan bebagai kejadian pelik-pelik telah berlaku berkaitan BUKIT. Mula-mula kekosongan kerusi BUKIT GANTANG. Selepas itu berita hangat BUKIT SELAMBAU…dan terikini pula timbul kisah BUKIT LANJAN pula.
Maka tentu sekali sekelian ahli UMNO/BN akan berlari-lari menuju ke BUKIT-BUKIT tersebut bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan atau mungkin ditinggalkan.
Syabas Tuan GURU Nik Aziz..memang Tuan Guru seorang seorang USTAD yang telus mata..maka benarlah telahan Tuan Guru, bahawa UMNO AKAN BERLARI-LARI KE BUKIT-BUKIT….
Kah..kah..kah..ke BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT LANJAN…rupanya.
JADI WAHAI UMNO/BN MARILAH KITA SEMUA BERLARI MENUJU ARAH BUKIT GANTANG...BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT LANJAN....KITA RAMPAS SEMUA BUKIT-BUKIT TERSEBUT...KAH..KAH..KAH
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
6 Comments:
Salam Abg Tuah...
Haks...
Langsung tak bermoral betul org PKR ni... Bikin malu saja...
Kepada Eli Jangan salahkan orang lain kalau gambar anda terpapar di internet terutamanya dalam keadaan tanpa seurat benang kerana pasti ia menjadi bukti anda pernah melakukan sesuatu yang jijik.
Salam perjuangan
CJ
Pengajarannya ialah, jangan gatai tidok tanpa seurat benang. Awat dah takdak baju dan seluak nak pakaikah? Buat malu orang cina saja pun.
Eh, lari atas bukit bagoih encik. Bolehlah exercise.
Janganlah bercerita pasal moral kalau yang bercerita tu pun penyokong orang tak bermoral....bikin malu je....
salam abe tuah?
Wah suka pulak mawar cara mu mengulas. betul tu bagi pihak mawar2 kat muka bumi ni, mawar merasa tindakan kayu balak c elizabeth ni tak patut..di saat habis madu gambar dibuang2...
uh uh jadik nasiat mawar kepada bunga2 yang sedang mekar berkembang jagalah body dan peribadi. (betukar jadi ustaza pulak)
tapi pasal lari2 ke bukit tu lagi best, mawar pun nak join jugak ngan cadangan sedingin sajlu exercise wa wa menyehatkan badan dan stamina mana tau buli berperang join ngan jack jadik lanun kat lautan.
Salam Bang Tuah..
Selepas ini bukit's mana pulak ya..Bukit Mertajam, Bukit Melawati???
Dia buat PC cakap omputih,ramai melayu bertudung kat belakang, ada yg nangis,peluk2 plak. Apa dah jadi melayu perkara mcm tu pun nak tunjuk sokongan!
Klu melayu yg buat tak akan ada kaum lain nak tunjuk sokongan.
Klu nak sokong parti pun biarlah jgnlah nampak mcm tak hurmat nilai kita.
Klu beginilah sifat melayu yg sokong Anwar dan PKR, memang sah bangsa melayu akan tergadai nilai dan maruah mereka.
Sedarlah sebelum terlambat.
Post a Comment