PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan
Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.
Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.
3 ADUN Sudah jumpa Sultan
Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.
Perjanjian Yang Tidak Sah.
Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.
Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/
How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
16 Comments:
cuba bg ulasan skit ttg peristiwa yg telh berlaku dulu di perak,
yg mana ketika itu sltan perak iaitu sultan idris shah menyuruh mb perak ketika itu meletak jawatan tp mb x nak letak jawatan.
http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/mengenang-sejarah.html
Encik, saya juga dah letakkan artikal ni kat blog saya encik.
satu lagi,
masa anwar war2kan 16/9. agak2 sapa yg kata lompat parti x bermaruah?
sapa sbnrnya yg jilat ludah sendiri?
kuat betol la ko kencing org,ingat aku xreti membaca ke??g blajar law la wei
sapa kata xleh durhaka???mcm la (dema) tu sufi....solat pon tah cukup ke idak...cari aku kt perak bangkit
Jika pakatan terus memerintah habis tanah-tanah kerajaan yang diusahakan secara haram oleh taukeh-taukeh akan diluluskan pihak exconya.
Fikirlah orang melayu...
Jika dewan undangan negeri Perak di bubarkan. DAP akan meletakkan calon melayu. Tidak mustahil DAP akan menjadi MB. PAS janganlah berangan untuk dapat MB.
Fikirlah orang melayu...
Inilah kebijaksanaan Sultan Azlan
sejadah buruk..
aku tahu kau lawyer..tapi sama dengan nama kau...loyar buruk...
wahh..powerr lah aku punya komen...hehehe
"BADI" AKIBAT MELANGGAR SUMPAH DI HADAPAN SULTAN
Salam, episod 10 bulan yang lalu diimbau kembali, setelah bertelingkah dan berkelam kabut 3 parti berlainan idiologi mahu memerintah negeri Perak, beberapa calon di kemukakan untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan shah, raja yang memerintah negeri Perak darul Ridzuan, yang juga ketua Agama Islam bagi Negeri Perak, maka dipersembahkan kepada Tuanku oleh Ketua2 Parti masing2 antaranya Ngey Ko ham wakil DAP, Zulkifli Ibrahim wakil PKR dan Nizar jamaluddin wakil PAS, masing2 mengemukakan calon kecuali DAP yang terpaksa akur akan undang2 tubuh negeri Perak hanya menetapkan mereka yang berbangsa melayu saja boleh di pertimbangkan oleh Tuanku untuk dilantik sebagai MB, dalam masa yang sama Tajol Rosli selaku Pengerusi UMNO ng Perak juga mengadap Tuanku untuk mempersembahkan Calon MB kerana di dakwa pakatan Rakyat bukan pertubuhan yang berdaftar dan didakwa tidak cukup kerusi jika diasing2 asing kan kedudukan kerusi mengikut parti masing2 sedangkan BN sebuah Pertubuhan berdaftar menjadi satu Parti yang mempunyai 28 DUN yang menang UMNO 27 dan MCA 1, atas kebijaksanaan Tuanku ketika itu mempertimbangkan pula bukti surat pengakuan atas tidakan kecekapan 3 parti mengemukakan surat menyokong dan persetujuan bergabung menyokong antara satu sama lain 3 parti tersebut maka Tuanku menolak cadangan dan dakwaan Tajol Rosli dan dengan akur dan patuh tajol dan UMNO menerimanya malah tanpa henti Tajol terus mempelawa PAS bergabung dengan UMNO untuk menubuh kerajaan dengan menawarkan MB dan 5 exco diberi kepada PAS, Tetapi tawaran tersebut pantas ditolak oleh Nizar dengan kata2 lebih baik bergabung dengan DAP orang cina daripada bergabung dengan UMNO, berbalik semula kepada peranan Tuanku, maka setelah Tuanku mempernilaikan pula calon2 yang dikemukan oleh 3 parti tersebut maka Nizar Jamaluddin diperkenankan oleh tuanku atas dasar beliau yang paling layak diatas kelulusan dan perwatakan beliau, maka menjunjung kasih lah pemimpin2 PAS, DAP dan PKR terhadap tuanku kerana memperkenankan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baru dan memperkenankan Nizar jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke 10.
Justeru itu Majlis mengadap untuk mengangkat sumpah Menteri Besar diadakan di Istana Bukit Chandan di Balairong Seri Istana Bukit Chandan berlansunglah episod Nizar dititah mengadap kehadapan DYMM Sultan Azlan Shah dengan mengangkat tangan kanan bersaksikan kerabat dan orang besar Negeri dan dif2 kehormat termasuklah wakil rakyat dari UMNO dan BN menyaksikannya walaupun berat mata memandang, maka lafaslah sumpah taat setia kepada Raja serta sumpah menjalankan tugas sebagai MB dan sumpah simpan rahsia diakhirnya lafaz diseru DAULAT TUANKU!!!.
Begitulah juga yang berlaku terhadap episod terbaru terhadap kerajaan baru yang dipersembahkan kepada Tuanku dan begitu juga lah episod mengankat sumpah tata setia dilafazkan oleh Dr Zambry sebagai MB ke 11 yang baru.
Apa yang mengusarkan kuntakinte, adakah Nizar telah terkena "BADI" sumpah, adakah nizar telah ditimpa "BADI" daulat, adakah Nizar telah menerima "BADI" taat setia terhadap Tuanku yang sememangnya cukup berdaulat sebagai seorang Raja Negeri Perak yang mengakibatkan badan diri Nizar tidak tentu arah, tidak tenteram, tidak normal sebagai seorang yang dikatakan pejuang Islam, gila lakunya, gila lagaknya, gila perangainya, memang bukan calang2 orang mampu mengadap Sultan didalam Istana Bukit Chandan malah di depan Balairong Seri, berdiri bulu roma teman, sebab teman pernah juga 2 kali masuk ke balairong Seri menerima Pingat Ahli Mangku Perak (AMP) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (bukan nak suka2 cerita dapat pingat) tapi nak maklumkan perasaan benar apa yang teman rasai tubuh badan teman ketika mengadap Tuanku di Balairong Seri.
Gila nya Nizar bagai di rasuk, gila nya bagai diganggu sesuatu, melawan juga Nizar perasaannya hingga sanggup beliau MENDERHAKA, ini bukti kenyataan beliau selepas Tuanku tidak perkenan kan permohonannya membubar Dewan Undangan Negeri, selama hidup teman ini satu2 nya anak melayu malah seorang MB sanggup MENDERHAKA terhadap Tuanku, bagaimana sekiranya selepas ini beliau kembali menjadi MB diatas satu2 hal kelak apa riaksi nya ketika itu, perkenankah tuanku terhadapnya untuk dilantik sebagai MB, semuanya itu bagai kan hilang dari akal fikiran dan hilang dalam pertimbangan, hilang dalam konsep sabar itu separuh dari iman, hilang bagai kan bukan seorang yang mempunyai ilmu agama didada sikap dan perangainya diluar normal2 seorang pemimpin Islam.
"BADI" yang terkena kepada Nizar mempetonjolkan "BADI" yang sebenar hati budi seseorang, terlalu angkuh mungkin, terlalu riak mungkin juga, terlalu gelojoh pun ada kemungkinan memberi kesedaran keoada kita bukan semua manusia dikurnia oleh Allah S.W.T mampu atau layak bergelar pemimpin, mungkin Nizar tak layak menjadi pemimpin tetapi beliau berkelayakan menjadi seorang IR yang berjaya membuat duit dalam perniagaan yang dikurniakan projek oleh Kerajaan Persekutuan dan kejayaan Kerajaan UMNO melahirkan seorang IR yang berjaya MAKA layaknya hanya sebagai seorang ahli perniagaan lahiran kerajaan UMNO atas perkenan dan kurniaan Allah S.W.T.
Boleh kah Nizar muhasabah diri, terfikirkah otak nya, atau tiada kah ulama2 dalam PAS mengingatkan nya atau menasihatkannya atau meminta beliau mengucap kalimah shahadah...., tak mampu ke Harun Din memberi air jampi kepada Nizar yang parah kelakuannya, seram teman lihat kelakuannya. gila kuasa, gila talak, gila bayang, gila kepayang, gila cinta, gila harta, gila pangkat dan berbagai2 gila lagi...ish..ish... sanggup sungguh sanggup ulama2 PAS hanya menonton dalam TV1, TV3, TV7 dan TV9 kelakuan Nizar tanpa menghulurkan bantuan sekadar ala kadar pun cukup lah... kesian anak bini Nizar, bagaikan kawan hanya dikala senang yang bapa dan suami nya ada di keliling sebelum ini... itu lah kalau BADI tak diurus dengan baik dan sempurna akibatnya.....sendiri fikir le yeop!!!! seram bulu tengkok teman.
kuntakinte,
komen ko cam ada bau2 kurafat jer.
atau pun mmg kurafat.
Cerita pasal badi??iskh2..apehal la kuntakinte.Duk zaman bila ni??Takpolah kalau tu mentaliti ko.
Utk abg tuah,
checkout link nih.Ni pulak hujah dr prof UIA,UITM tak main la..kangkong sgt.
http://www.tvantara.com/v1/video?id=163
pastuh saya tambah lagi dengan artikel ni
`Under normal circumstances, it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal'
per Raja Azlan Shah,Constitutional Monarchy,Rule Of Law and Good Governance.
[Terjermahan secara harfiah: Di dalam keadaan biasa,Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen. Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]
Petikan diatas di pungut dari sebuah buku yang mana penulisnya bukan kepalang manusia. Penulisnya pernah menjadi,inter alia, Ketua Hakim Negara (Lord President), Yang Di Pertuan Agong dan sekarang ini seorang Sultan di Negeri Perak Darul Ridzuan (teman saya sdr.L ManKadir Samsi, dalam blognya tokperan.blogspot.com menyebut sebagai Darul Rasuah). Buku tersebut menyerlahkan sifat kecendiakawanan (intellectuallity) sang penulis yang cukup hebat.
Tentunya dengan credential `man of law', penulis memberikan hujjah yang cukup memberangsangkan khususnya bagi melahirkan pentadbiran/pemerintahan yang ampuh khususnya dalam kerangka hubungan dengan institusi Istana atas prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Malah saya percaya kepada para mahasiswa/siswi jurusan Undang-undang khususnya,buku ini tentunya menjadi semacam `bible' kepada mereka mentelaah subjek Undang-undang Perlembagaan.
Terlepas dari dilihat berniat menulis makalah undang-undang, saranan yang di berikan oleh Raja Azlan Shah didalam bukunya itu merupakan proposisi undang-undang yang menjadi amalan selama ini. Ertinya,didalam banyak keadaan-termasuk dan khususnya dalam soal pembubaran Dewan-Raja-raja tidak mempunyai pilihan melainkan untuk akur. Proses 'memohon perkenan' daripada Agong atau Raja-raja yang memerintah hanyalah sekadar formaliti, yakni, didalam bahasa yang mudah,Agong atau Raja tesebut tidak punya pilihan atau tidak boleh menidakkan permintaan tersebut.
Amalan ini bukanlah perkara baru jika di tinjau dari sudut historisnya. Tatkala Negeri-negeri Melayu dibawah penjajahan Inggeris (Prof.Emiritus Khoo Kay Kim berhujjah sebenarnya Negeri-negeri Melayu bukan di jajah tetapi bersifat Naungan), setiap Negeri Melayu menerima seorang Penasihat British yang juga di kenali sebagai Residen Inggeris. Penyebaran pengaruh atau perluasan penjajahan Inggeris di Negeri-negeri Tanah Melayu sebenarnya bermula di Perak dalam tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.
Bidang tugas Residen Inggeris ini ialah memberi nasihat kepada para Sultan dalam semua perkara membabitkan pentadbiran dan pemerintahan kecuali yang berhubungkait dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Nasihat Residen Inggeris ini wajib di patuhi dan Sultan tidak ada pilihan melainkan untuk akur. Bukankah tercatat didalam sejarah tanahair ada Raja Melayu yang diturunkan dari takhtanya semata-mata kerana `derhaka' kepada aturan Inggeris ini?
Setelah merdeka, pendekatan bahawa Raja-raja Melayu bertindak atau perlu akur dengan nasihat samaada Menteri Besar atau Perdana Menteri dijadikan sendi kepada pentadbiran negara-ianya bukan sekadar convention tetapi merupakan kuatkuasa undang-undang. Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan dalam demokrasi yang sihat tentulah prinsip ini menjadi trite law yang maha penting. Tambahan pula bukankah pentadbiran Malaysia diasaskan kepada model ala Westminster British dimana Queen hanya memainkan peranan formaliti sahaja sebagaimana yang di sebut oleh Raja Azlan Shah didalam magnum opus-nya itu?
Dah habis baca nanti baru kita sembang pasal nih lagi yer abg tuah
salam abg tuah?
adui lucunya ulasan c kuntakinte ke ape?
beguling2 aku ketawak di bawah meja ni hehhe
idea kah lagi 2? hebat bah buli masuk majalah apo jugak tu hehe tepat kepada sasaran. secara sinis tapi berkesan..syabas bette.
Xenan,
Mamak respect argument awak cuma nak tanya satu soalan..siapa yang penjaga struktur asas perlembagaan.Sesetengah pihak mendakwa penjaga struktur asas perlembagaan adalah Raja-Raja Melayu,Sestengah mengatakan Hakim-Hakim..siap yang lantik hakim-hakim ini?.Kenapa Anwar ia benar nak Jumpa agung suatu masa dulu apabila kena pecat dari UMNO dan Sebagai TPM?.Ini lah persoalan yang perlu jawab oleh Melayu sendiri. YMM Tuanku Sultan sengaja meninggalkan rakayat membuat keputusan siapa yang berkuasa Parti Memerintah atau Tuangku Sultan?.Wassalam.
Terima kasih Mamakpenang,
Saya agak kabur dengan persoalan siapa penjaga struktur asas perlembagaan,Jadi ini adalah pendapat peribadi saya lah.
Mari kita explore apakah perlembagaan dulu:-
sumber wiki~
Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuknya, strukturnya, aktiviti-aktivitinya, sifat-sifatnya dan peraturan-peraturannya yang utama.
Pihak2 yg berkaitan dengan perlembagaan
1st Pihak yang berhak untuk menentukan(berkuasa meminda) perlembagaan ialah dewan rakyat.
2nd Mmg benar satu ketika dulu,Sultan berhak melulus atau menolak perubahan pada perlembagaan namun sejak 1983,DR M meminda Perkara 66 Perlembagaan supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara untuk tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara.
Masa krisis 1993 Perkara 181 [2] pula adalah untuk menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun~Sultan boleh disaman di mahkamah khas
3rd Hakim - Hakim cuma bersifat pelaksana(mentafsir) undang2 dalam perlembagaan.Pihak yg berkuasa penuh melantik hakim ialah sultan dengan nasihat PM dan Ketua Hakim Negara.As usuall peranan sultan selalu nya bersifat formaliti.
Saya cenderung mengatakan dewan rakyat adalah penjaga struktur asas perlembagaan atas kuasa dan hak meminda.
Pasal Anwar saya tak pasti dan saya pon tak pasti TPM jawatan mutlak atau lantikan.Kalau mutlak mmg kuasa perkenan pada Agung la.Sebab tuh die jumpa Agung kot.
"YMM Tuanku Sultan sengaja meninggalkan rakayat membuat keputusan siapa yang berkuasa Parti Memerintah atau Tuangku Sultan?"
Saya cenderung mengatakan kedua2 MB(nizar & Zambry)adalah sah oleh sultan.Ini kerana ada grey area dalam Undang2 tubuh negeri Perak sama seperti argument DR M.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/lompat-lagi.html#more
Inilah masalah nya kerana perlantikan zambry terlalu cepat tanpa membuat apa2 solusi pada nizar.
Xenan,
Good argument...and good answer...Mamak respect "Freedom of speech"...ya..Mamak heard Royal Family been sued and settle by Majlis Raja-Raja with concern in out-side court settlement.So in this case we are overacting run by the politicians both side.Karpal bit emotional..perhaps if possible and due respect for the Highness this case anwar should brought to Majlis Raja-Raja decisions.And Nijar should repect the YMM Sultan Of Perak word because t is something similar to a father and son disaggrement.The respect must be there..he been elder must set an example to the fellow citizen of Perak..and become matyr..ha!ha!.He been elected by his party PAS..so this his Party problem not Anwar or Karpal problems..PAS realy show whom they are!!!..The biggest culprit in this case!.Wasalam.
Simple Conclusion show simple mind perhaps?
"And Nijar should repect the YMM Sultan Of Perak word because t is something similar to a father and son disaggrement.The respect must be there..he been elder must set an example to the fellow citizen of Perak..and become matyr"
Malaysia is ruled by law and always be.Your conclusion above are baseless without any reference to law.Lets learn from Anwar on how to rampas kuasa on more proper way.
Anwar try to lure BN mp as many as can to join PR and topple BN govt.
1st - As he is really confident he has the number, he ask Speaker for no confident motion to PM.
2nd - The Speaker rejected and Anwar failed.
He failed but still he follow the rules.There other few way to "rampas kuasa" which i can explain per request.
The more important lesson is "follow and respect the rule"
Post a Comment