Ahad, 11 Januari 2009

SYABAS...SYABAS...PEMUDA BN.


Satu perarakan yang diterajui oleh YB Khairy Jamaluddin dan Pemuda BN anjuran 'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' dari Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Palestin di Jalan U Thant telah berjaya menepati matlamat membantu kesensaraan rakyat Palestine disamping menyuarakan bantahan terhadap kezaliman pihak Israel.

Turut bersama dalam perarakan tersebut adalah ahli-ahli Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai oleh Presidennya Datuk Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO/BN Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Hamid Nazahar dan pemimpin-pemimpin pemuda parti komponen BN.

Tahniah kepada YB Khairy yang telah mencadangkan satu langkah dan idea yang bernas dalam isu kesengsaraan rakyat Palestin ini. Antara intipati daripada idea beliau ialah meminta kerajaan supaya memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat korporat atau individu yang memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin di Genting Gaza.

Perkara itu disuarakan oleh Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika sidang media

YB KJ juga telah berjaya membawa bersama pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam komponen BN untuk turut bersama membantu kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.Ini menunjukkan YB KJ mampu menarik sokongan daripada bangsa lain untuk sama-sama membantu rakyat Palestin

'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' yang diterajui Pemuda BN dan Pemuda UMNO Berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 yang diserahkan oleh Khairy kepada Duta Palestin ke Malaysia Abdel Aziz Abu Ghoush.

Demonstrasi aman secara aman dan berhemah begitu telah mampu menarik minat dan sokongan individu dan korporat daripada bangsa lain untuk sama-sama menyumbang dan membantu rakyat Palestin

Bijak….jika kita benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat Palestin, kita perlu melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan ada pengisian supaya ia memberi kesan . Bukan hanya sekadar membuat demonstrasi kosong berarak di jalanraya seperti mana yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi jangan ikut demonstrasi terjerit-jerit, tergila-gila, yang akhirnya kita dapat adalah bengkak anak tekak keesokan harinya. Dah kena minum air asam jawa pula…silap2 MC tak boleh pergi kerja…rugi produktibiti negara.

Jadi usah dipersoalan dan dipertikaikan lagi usaha dan pendirian BN terhadap keganasan Israel. Keberanian BN telah pun terbukti semasa berdemonstrasi secara aman bagi membantah kezaliman rejim Israel semasa lawatan setiausaha Negara Amerika Syarikat Cordelezza Rice datang ke Malaysia tidak lama dahulu.

Dalam kes Anuar ni berlainan, terlalu banyak fakta yang mengaitkan dia dengan NED yang termasuk di dalamnya adalah tiga cabang lain iaitu IRI, NDI dan CIPE yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi. Jadi oleh sebab itu maka ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa dia tidak selantang dulu, segarang dulu menentang. Wah dulu semasa dia dalam Abim bila kerajaan kelihatan sedikit sumbang dialah yang paling lantang bersuara. Kalau semasa reformasi atau berkempen wahhh bukan main lagi hebat berapi-api, menyembur-yembur dia dengan tomahan dan fitnahnya.

Jadi dia tak payahlah berdemonstrasi kalau takut pada terik panas matahari atau sakit pinggang. Yang kami minta adalah cuma PUBLISH aje di blognya pendirian dia tehadap isu ini. Sekurang-kurangnya dia kenalah berkata dangan kadar kekuatan seperti dibawah:

I HEREBY DECLARE CONDEMNING THE BRUTAL AGGRESION DONE BY ISRAELI ARMY ON GAZAN’S PEOPLE.

I ALSO DECLARE CONDEMNING AMERICA WHO SEEN AS NOT TAKING ANY POSITIVE ACTION TO STOP THE ATTROCITIES.

I HEREBY THEN URGE AMERICA TO STOP ISRAELI ARMY AGGRESION AND ISRAEL REQURED TO BACK-OUT FROM PALESTINIAN’S OCCUPIED LAND.


Ok, lagi satu khas untuk adek Irfan Al-Keilani:

Kita rakyat Malaysia yang sedang menikmati kemakmuran, kemewahan, rezeki yang melimpah-ruah dan keamanan yang berpanjangan seharusnya menghargai jasa kerajaan Malaysai yang telah mampu mengadakan itu semua untuk kita.

Jangan ikutkan perangai tipikal pembangkang yang menyanggah kenyataan tersebut dengan berkata ‘ITU TELAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KERAJAAN MEMERINTAH’’ …inilah retorika yang sentiasa bermain di bibir mereka…

Memang benar itu tanggung-jawab kerajaan memerintah…tapi dengan kebijaksanaan kerajaan menjana semula pendapatan negara dari hasil mahsul kutipan cukai pendapatan dan lain-lainnya lah yang membuat kita mampu menikmati segala kemudahan dan kemewahan ini yang sedia terdiri dan ada ini.

Ingatlah kutipan cukai pendapatan individu dan koporat bukanlah sebanyak pun mana bagi menampung kos perbelanjaan negara setiap tahun. Hasil dari kebijasanaan kerajaan dan pemimpin BN yang melaborkan, memperniagakan semula hasil mahsul tersebutlah maka negara telah memdapat keuntungan bernilai bertrilion ringgit bagi menampung perbelanjaan perubatan percuma, pendidikan percuma, menanggung pembelajaran awak di MRSM selama bertahun-bertahun. Juga mampu memberikan segala macam subsidi yang di nikmati oleh perbagai peringkat dan lapisan masyrakat dan lain-lainnya yang terlalu banyak untuk disenaraikan.

Cuba awak fikirkan dimana sebahagian negara didunia sekarang ni telah hampir nazak dengan keadaan ketidakstabilan ekonomi global, kerajaan Malaysia masih berdiri gagah tegap tanpa goyah dalam menghadapinya. Ini bukanlah bertujuan untuk mengampu atau bersandarkan terhadap sesuatu kepentingan…tetapi fikirkanlah…disinilah kita dapat menilai mutu kepimpinan yang sedia ada di negara kita ini. Kebijasanaan, kebolehpercayaan dan keupayaan yang sukar dipertikaikan. Ya inilah yang kita panggil pemimpin dengan kepimpinan kelas pertama.

Jadi hargai jasa kerajaan iaitu Ulil Umri tersebut sebagaimana awak menghargai jasa ibubapa awak yang telah berjasa membela menaggung awak dari kecil sehingga dewasa.

Jadi jangan terlalu cepat teruja dan terus ternoda dengan kata-kata manis pihak yang tak bertanggung-jawab yang hanya bermodalkan air lior sahaja bagi memikat perasaan dan hati awak.

Saranan saya, awak tinggalkan lah sementara dunia berpolitik, awak tumpukanlah terlebih dahulu kepada pelajaran, kejarlah cita-cita awak…jadilah insan yang berguna dan berjasa dikemudian hari kelak.

Wassalam….

12 Comments:

Tai said...

Ha encik, Mat Sabu kata, bagi duit kat BN untuk derma kat palastein tu nanti BN makan habeh. Tak guna. Nak derma kat Palastein, mai bagi kat Pas, depa akan bagi kat rakyat palastein. Kat tv3 tadi keluaq. Ada dengaqkah?

Tanpa Nama said...

untuk pengtahuan abg yg saya hormati, perbelanjaan saya di mrsm ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan bapa kesayangan saya....tidak timbul lgsg hasil dari kerajaan..yg kerajaan bekalkan cuma tempat untuk saya belajar...tetapi itu x blh dijadikan isu..kerana MMG TUGAS KERAJAAN MEMBERI PENDIDIKAN KPD SETIAP WARGANYA...sepatutnya, kerajaan memberi pendidikan hingga ke universiti SECARA PERCUMA...itu tugas sebenarnya..bkn memberi pinjaman dan mengenakan faedah atas pinjaman tersebut...

byk solan saya nk tnye kat abg..harap ang yg dihormati boleh menjawapnya....

1. btl ke krisis ekonomi global x menjejaskan malaysia???blh abg berikan fakta yg jelas...jgn hanya berikan ucapan najib...

2. spe yg abg skg utk jadi pm malaysia??najib???klu najib blh abg huraikan skit tntg kes altantuya...

3. knpe pemuda bn x g kedutaan as??? bg support 2 adalah bnde yg naik...lps g kedutaan palestin n bg sumbangan g lak kedutaan us..npe x g????

byk lg la sy nk tnye...sy cuma tertanya-tanya je..n saya harap abg adalah org yg tepat utk segala pertanyaan ini..pertanyaan lain nnti sy tnya lagi...

terima kasih byk2 atas ingatan abg 2..tetapi mak saya menyuruh saya mencari ilmu..dan ini adalah merupakan ilmu smpingn utk mnambahkan lg ilmu sy yg kurg...terima kasi skali lg...

kuntakinte said...

Salam, ish..ish... kalau mamak bapak awak baca tulisan awak menyesal dia lahirkan awak didunia ni.. SEBAB 1) tak sedar diuntong, punca pendapatan mak bapak kita atas usaha kerajaan menarik segala bentuk pelaburan, menyediakan peluang pekerjaan, membolehkan rakyat dpt pendapatan, dgn pendapatan dpt membesarkan anak2 jadi manusia yg berguna dan akan menguntung mereka sekaligus negara, banding negara lain penganguran melimpah ruah takdirnya mak bapak awak tak tergolong dalam itu 2)3rd class mantality, otak yg memikirkan semua perkara patut percuma, dalam era globalisasi ini tak relevan ada warga muda seperti awak, menganggap segalanya percuma termasuk pendidikan, tiada negara pendidikan nya percuma kecuali negara yg ditimpa bencana mengharapkan sedekah negara lain. 3) Otak beku, malang anak muda spt awak, buruk baik diterima tanpa tapis dan mengunakan otak, sanggup bersekongkol dosa memfitnah manusia lain.

Ekonomi Negara dijangka akan terjejas hujung 2009, sekarang ini bertahan sebab negara kita mempunyai rezab yg mampu bertahan, masih terkawal, kerana pelaburan dan ekspot kita tidak tertumpu kepada satu ke dua negara tetapi banyak negara dan ekspot dalam bentuk berbagai sumber dan barangan di banyak negara tidak tertumpu satu ke dua negara, sebab itu di US bulan Dec 2008 saja 1.5 juta di buang kerja, Singapura 300 ribu diberhentikan kerja, tetapi kita masih bertahan, kalau adapun atas sebab masalah syarikat itu sendiri beroperasi secara kecilan dan tradisional.

Selebih nya awak pergi duduk di depan menteri kewangan minta dia ngajar awak dgn pegang rotan satu. pakai otak dan banyak membaca dan snetiasa bersangka-sangka baik pada orang lain dan positif kan diri, rasional kan otak baru hidup berjaya dan dibangga dik mak bapak.

Tanpa Nama said...

cukup la abg kuntaknite.. sian budak tu.. btul la apa dia ckp.. masih baru belajar.. banyak yg kna blajar.. mmg naluri remaja.. membantah.. lebih2 lagi kalau mind set telah dipacu untuk mendengar apa yg mereka nak.. tapi takpe.. dia masih ada masa utk belajar smua tu.. btul tak dik non.. cuma kalau nak blajar... banyak kan bertanya. bukan buat statement yg kurang berhemah..
ttg universiti tu.. aduhai... jgn la smpai mcm tu skali dik oii.. skolah yg ada ni pun.. jauh lagi baik dari apa yg ada diluar sana... dan kerajaan dlm dunia mana yg nak hilang populariti dgn mengabaikan tanggungjawab penting mereka;pendidikan nasional.. dan apa yg kita boleh nampak kerajaan telah menumpukn banyak usaha dlm membangunkan sistem pendidikan.. kalau tak pandai.. jgn la ditujukan terus pada prasarana.. USAHA!.. bagi la kemudahan yg tercanggih sekalipun waimah secara percuma.. kalau da pemalas tu.. tetap pemalas.. sekali lagi.. usaha.. dan terus berusaha..

tentang altantuya tu...
belajar2 dan rajin2 la melayari blog2 lain.. kalau da setiap hari baca MT.. baca pembangkang aje... susah la dik ooi.. ramai lagi bloggers yg objektiv seperti JebatMustDie (http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/07/07/a-logical-review-of-the-slander-on-datuk-seri-najib/)
.. dan ramai lagi.. mereka telah membuat kupasan selepas diselidik secara teknikal.. bukan hear-say aja.. agaknya. orang malaysia suka dengar pasal altantuya ni sebab
1. altantuya cantik
2. melibatkan hot-shot.. DS Najib
3. kisah cemburu dan dendam DS Rosmah
4. paling best skali sbb jumlah komisien yg diterima DS Najid tu sgt tinggi.. kalau kita dengar org dapat 5juta kita dah teruja nak amik tau.. inikan pulak 500juta. logik sikit la.. kalau DS najib nak terima komisien smpai 500juta... Roman Abrahamovic pun tepuk dahi... gila bapak punya obvious jumlah tu..

jadi.. bagus jugak pertanyaan tu.. itu baru nama belajar....
jgn buat statement yg menyakitkan hati lagi ye..

p/s sy bukan politics-blogger.. cuma insan biasa..
salam sejahtera

Tanpa Nama said...

salam kuntakinte...

terima kasih...parents sy amat berbangga ngn saya. 1) sy menyokong . 2) saya menolak pimpinan mengmbil duit rakyat...nmpknya saudara tidak mengenal ibu bapa saya..malahan ibu bapa saya membaca komen saudara...mereka berbangga dengan saya kerana berani meyuarakan pendapat...

saya amat terkilan dgn kenyataan abg tntg ibu bapa saya...

saudara..menyediakan peluang pekerjaan mmg tugas kerajaan..yg saya nk persoalkan terdapat penyelewengn dalam kerajaan...byk sgt contoh yg boleh diberikan...sy ada membaca antara janji kerajaan pr adalah untuk memberi pendidikan percuma hingga universiti...kan itu langkah yg bagus..knp kita tidak merebut peluang tersebut..knp kita kondem sblm memberi kuasa kpd mereka...cuba kita beri peluang kpd pr utk memerintah buat 1 penggal...kalau tak berpuas hati dgn pntadbiran mereka, kita boleh jatuhkan mereka..mgkin pada masa itu kita boleh berganding bersama..insyaAllah..


tntg altantuya...saya hanya membaca blog pembangkang??? salah pernyataan itu...saya suka membaca blog dari anwar dot com, gap, malahan abg tuah sndiri...

tnrg kes ini selalu terbit pertanyaan di otak saya yg hina ini..

1) mcm mn altantuya dibunuh dan dimana mereka mendapat bom c4 tersebut??

2) mcm mn lak isu gmbar mkn malam di paris yg dikatakan amy???

saya mulakan dgn 2 pertnyaan ini...harap2 ade sesiapa akan membantu saya..

terima kasih..moga dpt menambah ilmu di dada..

salam

Tanpa Nama said...

lagi 1 saya lupa..

tntg 3rd class mentality...

trima ksh sbb berfikir demikian..ini mugkin sbgai 1 peringatan kpd saya insan yg hina untuk meningkatkan pemikiran mnjadi 1st class mntality...

insyaAllah

Mohammad Roslan said...

Salam,
Kuntakinte...jangan taroh itu rempah lebih dlam kurmak lah..nanti pahit itu lauk kurmak.lari customer restoren nasi kandar abang tuah....
Untuk saudara Irfan yang keliru dan terseliuh otak memikirkan tentang mainan politik!,
Irfan al-alkeilani jangan pulak melatah apabila sering membaca tentang kisah Altantuya ini di blog-blog pembakang kerajaan.Biaq mamak cerita untuk kefahaman Irfan.Kisah pembunuhan altantuya ini memang menyedihkan apa tah lagi diletupkan dengan C4...amat menyayatkan hati.Payah nak cerita altantuya ini kerana ia masih dalam pembicaran.Ok ceritanya macam inilah...kamu pernah dengar cerita tahanan di lokap mati didera!.Kisah yang telah berlaku ialah kisah cinta kayu tiga dilakukan oleh seorang insan yang imannya lemah...ini kisah cinta yang tanpa pengetahuan orang lain kerana orang ini dah berumah tangga dan anak-anaknya sudah dewasa.Orang putih kata "forbiden Love"!.Apabila wanita yang dilamun cinta ini mendapati kekasihnya telah menjauhkan dari cintanya maka dia datanglah menagih kasihnya kepada jejaka gayut ini.Oleh kerana jejakanya seorang ternama dan sudah beristeri mungkin bakal jadi ahli politik maka jejaka ini mintaklah pertolongan dari datuk temenggung untuk menjauhkan si kekasih kesuma dewi ini dari ganggu kehidupannya.Maka Datuk Temenggung pun dikirimnya dua pahlawan perkasa dari kalangan pengawal Istana untuk membantu sahabat yang berada dalam tekanan jiwa ini.Pahlawan-pahlawan perkasa ini pula pantang lihat wanita yang cantik lagi gebu...jadi berlakulah...untuk menutup rahsia pahlwan perkasa ini pada masa tak ada cara yang lain cuma ada sedikit peledak yang disimpan (peledak yang terlebih dari sesi latihan dengan tentera dari kerajaan Maharaja Cina Manchu yang terakhir.Maka timbulah keghairahan untuk uji peledak simpanannya pada tubuh badan manusia.Pahlawan berdua ini dapatlah kemahiran diri dalam bahan peledak dan juga sekali gus dapat hapuskan bukti sahih kesalahan mereka.Kesalahan pahlawan perkasa ini ialah 1.Nafsu membawa padah 2.Untuk menutup perbuatan nafsu..pembunuhan 3.Untuk menutup pembunuhan..penghapusan bukti!.Ini cuma tiori terhadap pahlawan-pahlawan ini.Cuma Allah saja tahu cerita sebenar yang berlaku..

Jadi persoalan sekarang ialah apa kena mengena dengan Tengku Mahkota?.Tengku Mahkota difitnahkan oleh seorang putera raja mat jenin yang teringin sangat menjadi sultan empunya negara.Penghalang besarnya adalah Tengku Mahkota dan penasihat di raja yang telah bersara.Untuk menyingkirkan penasihat di raja dibawahnya wayang kulit yang berjudul correct..correct.Untuk menjatuhkan tengku mahkota pulak dibawanya cerita pembunuhan gadis kesuma dewi!.Ini semua kerja Raja Mat Jenin dari negeri ceruk utara!.Maka fahamilah apa yang tersirat..sukar nak beri pandangan dalam hal kerana ia masih dalam perbicaraan mahkamah.Maka yakinlah terhadap keupayaan Tengku Mahkota ini.Wassalam.

Tanpa Nama said...

Salam Mamak...

Hari ni Mamak buat kisah bangsawan Tengku Mahkota, Dewi Kesuma Dewi, Tengku Jenin dan ...wahhh...amat menyayat hati dan terpegun sejenak Tuah menbacanya.

Buat Irfan...terima kasih kerana selalu membaca artikel Tuah...tak apa untuk menyuarakan pandangan tetapi setiap sesuatu itu kena ada juga keseimbangannya dan kerasionalannya. Tuah sibok sikit kebelakangan ni...tapi Tuah akan cuba juga berinteraksi dengan Irfan. Walaubagaimana pun abg2 dan pak cik2 seperti Kuntakinte, Mamak, Apai, Melly dan Sedingin Salju sentiasa ada untuk cuba menjelaskan sesuatu perkara secara seimbang dan rational.

Wassalam....

abangtuah..

Tanpa Nama said...

Salam Irfan...

Berkaitan dengan gambar makan yang jadi kontraversi tu cuba rujuk semula artikel abgtuah bulan Dis 08...TEKNIK-TEKNIK MENGESAN GAMBAR PHOTOSHOP...

Tentang isu komisyen 500 juta tu nanti abgtuah cuba cuba cari dan republish komen yg pernah abgtuah buat berkaitan Projek Tim dan Program Teknologi trasfer tidak beberapa lama dahulu di blog kawan.

Cuma abgtuah nak bagi tahu...setiap contrak pembelian yang melibatkan wang berbillion ringgit...semua urusannya adalah di awasi, pantau dan di odit dengan secara terliti...bukan 500 juta..malah 500 ringgit pun sukar untuk tiris.

Tanpa Nama said...

hihihi.. gambar yg altantuya ngan najib tu mmg klaka tahap keramat punya... sy rasa irfan tu tak pnah tgk gamba tu kowt?.. hahaha.. sebab sgt la obvious nye yg gamba to touched-up tahap kronik.. rasanya bukan pakai photoshop kot?.. pakai paint yg kat windows jek tu.. hihi... sy ingat lagik org pertama yg bersungguh2 nak tunjuk gamba tu kat public adalah Tian Chua Batu.. waktu tu sy punya la cuak takut2 kalau benar la DS Najib terlibat.. tapi lpas tgk gamba tu.. alamak.... tak pro langsung... kalau nak diikutkan.. boleh je dia kena saman mcm mana teressa kok saman utusan.. tapi.. bukan cara kita nak saman orang smpai berpuluh juta.. itu cara pemimpin s'pore PAP nak bankrupkan opposition.. eh.. terlupa.. pemimpin DAP pun sama.. hihihi. btul tak?.. ini pengamatan sy aja...
p/s without prejudice

Mohammad Roslan said...

Salam melly,
DAP dengan PAP cuma bezanya Huruf "D" dan "P"nya sahaja.Tapi motifnya sama,"perkayakan bangsa yang telah sedia kaya"....Kalau DAP dapat menguasai negara ini pasti depa jual negara ini kat PAP!!!.Pada masa itu mereka buat "Hak Keistimewaan Bangsa C@#$ pulak!!!.Apa nak jadi dengan orang Melayu tak tahulah..Tanjung bagi kat India...bukit-bukau bagi kat Cina ...Niaga Nasi Kandaq bagi kat mamak...cuma Melayu dok syok kat tentang Kampung Melayu je!.Kalaulah ada seribu orang anak muda yang di berfikiran mcm Irfan yang dikatakan pelajar MRSM (school of essence of Malay brain)yang suatu hari nanti mewakili pemimpin Melayu dan asyik mempercayai dakyah-dakyah parti pembangkang terutamanya DAP dan PKR,walau pun otak bergeliga dalam akademik tapi mentalitinya masih perlu diasah oleh kementerian pembangunan luar bandar untuk memajukan dirinya dari berkata "I NO SPEAKING ENGLEEESH!!!!!.Wassalam.

Tanpa Nama said...

apa buleh buat... pasal hak tu.. no komen la dari saya.. sememangnya sy menyokong hak kita sebagai peribumi dan bukan bumi turut ada hak.. tapi.. yg paling penting.. sapa lebih menghormati.. kadang2 ada jugak org melayu tak sedar dek untung tak hormati hak sendiri.. mereka melihat pembangunan depan mata sahaja.. "org melayu dah bersedia.. jgn takut hadapi cabaran sekarang.. kita tak perlu bergantung pada hak-hak bumiputera lagi.. semua rakyat malaysia dapat sama rata.." maafkan sy ya.. amat tidak setuju sekali.. hak kita tetap hak kita.. pertahankan.. yg dah sedia tu bagusla.. tapi kena lah sedar yg ramai lagi perlukannya.. bukan kita menidakkan hak orang lain.. tapi.. kita mempertahankan hak kita.. kepada ANSARA.. harap2 sedar la.. :)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online