Don’t forget, as you sow so shall you reap…….!!!
Stop your brutal aggresion and get lost!!!.
RAFAH (Egypt): David Hammerstein from the European Parliament is Jewish and on Sunday, he was part of an eight member team of European parliamentarians to cross into Gaza for about 90 minutes to observe the situation on the ground.
“Obviously, this has been very emotional for me. My heart is broken. I love Israel, but I love life and humanity more,” said Hammerstein, who lost 14 family members in the Holocaust.
“What Israel is doing is stupid and suicidal for its future in the Middle East. If you cause so much hatred, you will reap lots of pain,” he said after his brief visit to Gaza.
He said the Palestinians in Gaza were so happy to see the group and to know they had not been forgotten by the international community.
“They kept touching us, shaking our hands and hugging us. It drove me to tears.
“They are such beautiful people. We saw so many little children there, two, three, four-year-olds, on the streets and they are so beautiful,” he said, adding that there were many destroyed buildings and roads, with rubbish strewn all over and people with hardly anything to eat and no clean drinking water.
This is the first representation from the European Parliament to enter Gaza since the start of the conflict.
Hammerstein chastised the European Union (EU) which he said should “stop acting like an NGO paying for what Israel breaks”.
He said the group of parliamentarians planned to push for a resolution on Gaza tomorrow, asking for an immediate ceasefire and urging EU countries to make Israel comply with international humanitarian laws.
Hammerstein said closing Gaza to journalists stopped the world from seeing what was really going on there and allowed Israel to do what it liked with impunity.
“It’s a disgrace. We want the border opened and the blockade to end,” he said.
The Gaza strip, which is only 45km long and between six and 12km wide, is wed–ged between Israel and Egypt, with its borders fen–ced up. With the border crossings to both Israel and Egypt closed, 1.5 million Pales–tinian are trapped inside the narrow tract of land and cannot escape the bombings.
Luisa Morgantini, vice-president of the European Parliament and who led the delegation, said Palestine was like a second home to her because she had been coming here many times in the last 25 years.
“I felt I wanted to stay in there with them. There are so many women and children there and they have a lot of dignity.
“There is nothing in the shelter to eat and the women are queuing to get food for the kids.
“The people of Gaza can’t pay the price for Israel’s arrogance or Hamas firing rockets into Israel.
“We want the massacre to stop,” she said.
Morgantini said she also felt guilty and responsible that after so many years of Israel and Palestine tensions and fighting, “we (the world) have still not been able to solve the problem”.
The group was allowed to enter Gaza during the day’s three-hour ceasefire period. But even before the group left Gaza, the Israeli F-16s were already racing across the skies and shelling areas in this tiny strip of land.
2 Comments:
Salam,
Orang-orang Islam di merata dunia sedang tindas atau pun akan tindas selagi negara-negara Islam terutamanya Ulama-ulama negara-negara Islam tidak bertindak!.Ulama-ulama Negara-negara Islam perlu berani dan berwibawa membawa kebaikan dan keharmonian untuk Ummah.ramai pemimpin politik Islam sudah terkeluar dari landasan sebenar Islam..ada pemimpin negara-negara Islam berfahaman komunis,berfahaman liberal,berfahaman Kuku besi atau atokrasi,berfahaman fuedal dan bermacam-macam lagi.Ulama yang digelar Sebagai pengganti dan waris Nabi perlu berani dalam Penyatuan Ummah...Ummah sedang dalam tenat.Ulama -ulama bukan sekadar beri penjelasan perkara berkaitan syariah Ibadah sahaja mereka juga perlu berani beri penjelasan tentang hukum-hukum Jinayat atau pun Hukum Kenegaraan.Ulama perlu unify (bersatu) hukum kembali.Kini bukan lagi menjaga surau atau mesjid dikampung-kampung saja atau pun menjaga pemimpin kerajaan negara masing-masing.Suara Ulama perlu lantang apabila menyentuh keharmonian Agama Islam bukan di negaranya tapi menerusi suara dunia Islam...harapan OIC menjaga kepentingan Umat Islam dunia telah hilang kepercayaan.Suara mereka adalah suara dunia Islam.Takat menjaga jabatan kerajaan Cik gu sekolah agama pun boleh tapi kewibawaan sebagai ulama yang dihormati di seluruh dunia Islam jarang ada!.Mungkinkah Negara malaysia akan bkal mewujudkan Ulama-ulama berkarisma dan Waris nabi ini untuk kesluruhan Umat Islam yang sedang dalam bahaya...Dulu Kristian sedunia bersatu untuk bertekad menghancurkan Islam dalam "Perang Salib"..apakah kita masih menunggu apabil kota Mekkah diserang baru kita nak bersatu!.Pada masa itu kita sudah pun lambat!!!seperti isu Palestin...selepas lebih dua minggu diserang 24jam (maknanya 14 kali 2= 28 hari)baru nak bersidang..baru nak hantar...baru nak cadang..hapraak kita semua.Ramai pemimpin di negara Islam cuma budak suruhan Amerika..malu kita...jangan dok sembang pasai hero kampung lagilah tolong!!!kini dunia Islam diancam dihina...mana maruah kita?.Dalam negeri pun kita tak bersatu...asyik bertelagah..hukum hudud..negara Islam..negara hadari..negara Madani!!!.Hapraak kita semua..malu..malu sebagai Umat Islam yang cakap besar..Habuk pun Tarak!!!.Berhentikan pasai cakap pasai Palestin..inikat utara setiap hari Umat Islam mati kena siksa dengan askar pun kita tak peduli..nak cakap pasai Arab...Amerika..standard kita darjah enam saja..Muslim Thailand telah dibunuh cara kejam Dari Tahun 2004 hingga kini sudah seramai 3,000 orang Islam!.Tolong baca lapuran tahunan Amnesty International!!!!mengelegak darah Mamak yang Islam ini..yang disiksa dan dibunuh itu warga Thai yang beragama Islam dan Bertutur DALAM BAHSA MELAYU dan dekat dengan kita!!!!!apa kementerian luar buat?.Wassalam.
KEKEJAMAN ASKAR BANGKOK TERHADAP PENDUDUK ISLAM SELATAN THAI - AMNESTY INTERNATIONAL.
DITANAM HIDUP-HIDUP SELURUH BADAN KEDALAM TANAH DAN DI LEMASKAN DENGAN BEG PLASTIK!!!.
PENDERITAAN PENDUDUK ISLAM SELATAN THAI(JIRAN) YANG DILUPAI?
Penderaan yang sadis oleh Tentera Bangkok terhadap umat Islam di Selatan Thai memang dikenali di kalangan penduduk Melayu Islam Selatan Thailand.Pendedahan "Amenesty International " sebuah badan yang mengawasi Hak-Hak Kemanusiaan AntaraBangsa dalam lapuran khasnya setebal 34 muka surat telah mendedahkan kekejaman dan penyiksaan lampau yang dilakukan oleh askar-askar Thailand ke atas penduduk Selatan Thai yang terdiri dari keturunan Melayu Islam dalam sidang media khas pada Selasa 14,Januari 2009,di Bangkok.
Kes 1: Seorang penduduk yang berkerja sebagai penoreh getah,ditangkap oleh askar pada februari 2008.Dia telah siksa terlalu kejam selama 2 minggu tanpa henti.Dia telah dipukul begitu teruk dan disodomi dengan kayu.Dilemaskan dengan menggunakan beg plastic.
Kes2: Seorang wanita dan anaknya di bawa oleh askar.Wanita itu dipukul untuk mnegetahui kedudukan suminya konon adalah anggota militant pemisah.Anaknya dibawa ketempat lain untuk melemahkan wanita supaya dia mengaku dia tahu di mana suaminya.
Kes3: Kisah ini lagi menyayatkan hati..tiga penoreh getah telah di bawa askar.Salah seorang daripada mereka dipukul dengan sebatang besi sehingga menemui maut.Dua yang lain digantung kaki keatas dan kepala kebawah di jadikan “punching bag” tomoi (seperti beg pasir yang digunakan latihan tinju) i dan di tumbuk beratusan kali oleh askar-askar thai ala tinju Thai yang popular "Tomoi".Mereka juga disiksa dengan menusuk jarum di jari,muka dan di alat sulit.Tindakan yng langgsung tidak berperikemanusiaan!.Kisah-kisah lanjut boleh didapati di http://www.amnesty.org.uk/news_details.asp?.news
Sejak pemberontakan oleh penduduk-penduduk Islam Selatan Thai menuntut Hak Orang-Orang Islam di Selatan Thai yang memuncak pada tahun 2004 sehingga kini, dianggarkan seramai 3,500 pejuang Islam telah terkorban dalam konflik politik dalaman negara Thailand.45% daripada keseluruhan Tentera Thai sedang berada di Selatan.Siapakah pemisah pejuang Islam ini atau di gelar oleh kerajaan Thai "pengganas Selatan Islam Selatan Thai "?.Kenapa kita sebagai serumpun Melayu dan juga Saudara seislam tidak mengambil kisah dengan pejuang-pejuang Islam jiran tetangga ini yang semakin hari semakin di gasak dengan kejam oleh Tentera Thai?.Kenapa kerajaan Malaysia membisu dalam soal kumpulan pejuang Islam ini?.Dasar luar Negara kita belum cukup matang untuk menganjurkan penyelesaian secara pendamaian sejagat untuk umat Islam belum sampai ketahap yang dibanggakan atau masalahnya kemungkinan dasar negara-negara Asean yang mensyaratkankan urusan dalaman negara ahli-ahli tidak boleh campur tangan oleh negara lain dalam Asean!.(Ia juga mungkin sama dengan Perjanjian Kem Davis yang ditandatangani oleh Mesir dan Jordan dengan Yahudi ,yang mana Mesir tidak dapat lakukan apa-apa untuk kepentingan Kumpulan Hamas).Bukankah pada suatu masa dulu bila krisis Politik negara memuncak media utama negara-negara jiran ini terutamanya Thailand,Singapura,Manila dan Indonesia terlalu fanatik dalam mengutuk Perdana Menteri kita yang dihormati dan sayangi pada masa itu Tun Dr.Mahatir untuk membela penentangnya yang dilucutkan jawatan.Laporan-laporan yang tidak berasas saban hari dikemukakan di muka surat pertama oleh pihak akhbar utama negara-negara jiran tetapi apabila kita yang serumpun,sebangsa dan seugama di zalimi di negara jiran ,surat khabar dalam negara ini menggunakan prinsip berdiam diri?.Sejarah bangsa Melayu di negara Siam ini ditindas dan dihalau dari kampung halaman bukan cerita baru.Kerakusan kuasa barat iaitu penjajah Perancis dan British dalam berlumba-lumba dalam penaklukan bumi Melayu di Utara semenanjung bukannya yang baru,Ia bermula apabila kedua negara penjajah ini menjadikan Negara jadi Hub untuk pendamaian.Negara Siam menggunakan kesempatan ini memperluaskan lagi Jajahan kerajaannya kearah Selatan dengan bantuan pihak British.Di samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani. Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa Siam, dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.Dari semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan tekanannya ke atas umat Islam di Patani. Banyak pemimpin masyarakat dan agama telah diseksa dan madrasah diarahkan tutup.Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. Ini kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita, termasuk orang-orang Islam di Patani. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam terumbang ambing pada ketika itu. Apabila meletus Perang Dunia Kedua, Pibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu untuk kepentingan menguasai keseluruhan willayah Pattani.Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak hingga tahun 1954. Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al-Fatani sebagai Yang Di-Pertua MAIP mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan:
1. Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
2. Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.
3. Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja
4. 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
5. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.
6. Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam.
7. Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.Inilah sedikit sebanyak perjuangan orang Melayu Islam Wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat.
Kesan perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor).
Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun kemudian yakni pada 1954.
Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954.Akhir sekali orang kata:Kuman diseberang laut nampak tapi gajah didepan mata tak nampak.Maka bermulalah perjuangan Islam Bangsa Melayu Islam Selatan Thai di Narathiwat,Yala dan Pattani sehingga sekarang.Semoga Allah sentiasa melindungi saudara-saudara ku di di Selatan Thailand.Amiin.Wassalam.
Sila layari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com. (Empayar Islam Benua Siam Kedah).untuk mendapatkan maklumat kegagahan Bangsa Melayu di suatu ketika dulu di nusantara ini yang dikenali TANAH MELAYU!!!!.
Post a Comment