Rabu, 7 Januari 2009

PAS DIKATAKAN BEGITULAH.

Penulis selalu tertanya-tanya apakah PARTI PAIh masih relevan. Terfikir juga mungkin beberapa sebab di bawah yang membuatkan ianya diminati.

Dikatakan sering bertukar-tukar ideology mengikut keadaan dan keuntungan politik, dulu Negara Islam, sekarang Negara Kebajikan, lusa Negara DAPshutPAS. Hehehe, satu taktik yang bijak.

Dikatakan mengiyakan pengunaan ayat suci Al-Koran oleh bukan Islam semasa mereka berceramah. Hmm, ini pun satu lagi contoh kebijaksanaannya iaitu bagi menarik minat bukan Islam mendalami Al-Koran. Agak-agak penulis tentu ramai dikalangan DAP dan PKR yang dah memeluk agama Islam.

Dikatakan belum lagi dapat mengotakan janji-janji untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Malaysia. Ish, ish…tak perlu kerana masih terdapat banyak lagi pokok terung belanda di merata-rata tempat. Gunakan terung belanda aje untuk menaikkan taraf ekonomi. Ohh yaaa, susah-susah…tebang aje balak tu…

Dikatakan mengunakan agama untuk kepentingan politik. Yang ni penulis kurang faham sikit…agama untuk kepentingan politik ke atau politik untuk kebaikan agama. Penulis kena balik belajar agamalah.

Dikatakan kerap melontarkan tomahan, fitnah dan mengaibkan sesama insan dengar nada berlawak semasa berceramah. Hmm, bergurau aje tu agaknya,..ehhh apa salahnya, tentu boleh mengakrabkan dan merapatkan pertalian siratulrahim diantara ummah. So pihak TV kalau kekurangan pelawak maka bolehlah ambil mereka sebagai pelawak gantian.

Dikatakan telah menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam. Bagus juga tu kerana jika kenduri-kendara kurang sikit nak keluarkan kad jemputan boleh jimat wang belanja kenduri…hehehe bijak-bijak.

Dikatakan telah menyebabkan pulau-memulau antara masyarakat islam. Hah, yang ni lagi bagus kerana dengan cara begitu lebih banyak penempatan dan kampong baru boleh di buka…kerana mereka yang dipulaukan tentu akan keluar kampong bagi mendirikan penempatan baru.

Dikatakan mendiamkan diri apabila pihak sekutu mencampuri soal sensitif bangsa melayu dan urusan agama islam. Ini pun tindakan bagus, dengan mendiamkan diri orang tak nampak strategi sebenar, boleh bergerak dalam senyap. Wahhh, sungguh bijak memang bijak.

Dikatakan Pemerintahan Negeri Kedah adalah pemerintahan terpuji kerana beri tiket masuk percuma menonton bola di Stadium. HuhHuh…baik punya taktik…ulur dulu tarik kemudian…sekarang dengar kabarnya kekanak pun kena bayar…

Dikatakan gagal menghalang konsert dangdut-screwed-sewel di Stadium Shan Jahan di Selangor dan tarian mambo-jambo-jambu jalanan di Penang. Hmm, mungkin sesekali sekutu perlukan hiburan agaknya dan baik juga untuk pengembangan seni budaya di Malaysia. Jadi biarkan, biarkan, biarkan….lah.

Dikatakan disatu tempat dulu-kala ada sembahyang jumaat mesjid ada dua Iman. Ini lagi satu usaha membantu kerajaan meramaikan ahlil agama, jadi setiap mukim akan ada ramai imam-imam, tak perlu takut kekurangan imam lagi.

Dikatakan kerap mengecat dinding bangunan dan rumah milik mereka dengan warna hijau. Ish, ish,ish, lagi satu kebijasanaan mereka, kerana penyokong boleh disarankan berniaga cat warna hijau sahaja kerana pasti akan terjual laris…jadi ekonomi penyokong akan bertambah baik. Oh lupa…penyokong juga boleh berniaga ketayap putih…itu pun menguntungkan juga.

Dikatakan membuka pusat asuhan kanak-kanak berjenama sendiri sehingga anak-anak kecil mereka pandai bijak menyebut-yebut AME’NO YAH’AT dan PIR’UNN-PIR’UNN. Walau bagaimana pun mereka hanya tahu menyebut tanpa mengerti apa yang disebut. Tak mengapa bagus juga tentu dapat membantu melentur lidah mereka di dalam PRONOUNCIATION.

Dikatakan selepas PRU 12 beribu-ribu pecacai-pecacai menyerbu pejabat kerajaan Negeri bagi menyelamatkan fail-fail dan dokumen kerajaan. Berbondong-bondong mereka datang, ada yang berkereta, bermotorsikal malah berbasikal pun ada, maka berhari-hari mereka berkawal dihadapan pintu-pintu pagar pejabat kerajaan tersebut. Lagi satu kepujian kepada mereka kerana dengan adanya pihak sukarela menjadi Pak Gad maka akan menjimatkan wang ringgit kerajaan membayar gaji Pak Gad. Nanti boleh juga masuk buku Guiness Malaysian Book of Record…tindakan terbodoh dalam abad ini.

Dikatakan telah mengakibatkan orang Islam bersembahyang di mesjid yang berbeza mengikut idelogi politik. Ini memang baik kerana ianya dapat memperbanyakkan mesjid-mesjid di dalam negara. Lagi pun kerajaan boleh berjimat kerana mesjid mereka dirikan dengan wang derma penyokong.

Dikatakan telah banyak mengeluarkan fatwa-fatwa pelik yang lebih memecah-belahkan ummah. Yang ni penulis puji juga kerana nanti boleh dibukukan senarai fatwa ‘AL-FATWATI PELIK’ untuk dijual keseluruh dunia. Ha, JANGAN LUPA FATWA UNDI PAS DAPAT PAHALA. LAGI SATU ‘BERSEKUTU DENGAN DAP MAKAM DARJAT TERTINGGI’.

Dikatakan telah mendoakan kemusnahan saudara seagama. Bijak betul kerana ianya bukan untuk UMNO kerana doa munajat tersebut sebenarnya dihalakan kepada golongan EARDOGAN.

Dikatakan telah gagal melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas di Kelantan, Kedah dan Perak. Ishhh…yang ni 0.00001 peratusan ajeeee. Bukankah undang-undang sekarang pun ada dalam Islam…hehehe bijak…sapa kata tu ye.

Dikatakan masih gagal membenteras judi, arak dan maksiat di Kelantan, Kedah dan Perak. Ishhh jangan salahkan PAIh kerana mereka hanya menjaga hati kenkawan aje.

Dikatakan telah mengunakan mesjid bagi landasan cita-cita dan kepentingan politik. Kenapa pula tak boleh, agama tak boleh dipisahkan dari politik…jika dipisahkan SAKULAR nanti.

Dikatakan telah bersekutu dengan PKR berkonsep Liberal dan DAP yang diketahui terang-terangan menolak Islam sebagai agama resmi dan menolak juga pembentukan Negara Islam. Inilah yang dikatakan taktik serampang dua mata…disamping dapat membantu Islam PKR, DAP pun tentu dapat di Islamkan.

Dikatakan telah mengurniakan hak milik kekal tanah di Kampong Rhu Berindang walau pun mereka tahu ianya tidak dibenarkan mengikut peraturan Majlis Tanah Negara. Hahaha taktik yang baik, sekiranya pengurniaan tersebut tidak sah maka kerajaan negeri dikatakan telah benar-benar berusaha dan tidak akan dipersalahkan lagi oleh rakyat…yang akan dipersalahkan adalah kerajaan pusat.

Dikatakan telah di tolak mentah-mentah oleh rakyat Terenganu semasa Pilihan Raya Umum ke-11 kerana gagal melaksanakan Hukum Hudud sebelum ayam berkokok. Tak dapat dipersalahkan, kerana ayam berkokok terlalu awal di Terengganu..hehehe

Dikatakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan TADIKA di negeri ini dikosongkan. Ish,ish,ish…kata NGEH tarak,tarak kunci!!!. Kata Nizar ehhh tak deeee punnn!!!. Habih tu sapa yang bagi arahan pada JKKK seluruh Negeri Perak. Tapi ini mesti taktik terbaru ni…bagus-bagus penulis pun belum faham.

Dikatakan penyokong dilarang membaca akhbar UTUSAN dan dilarang menonton TV 3. Penulis penyokong UMNO, tapi tak faham dan tak tahu apakemenda kerana penulis pun tak tengok TV dan tak baca akhbar..hanya mendengar apa yang DIKATAKAN oleh orang aje.

2 Comments:

Tai said...

ha encik, tulisan yang tersirat.l Ok tu.

kuntakinte said...

salam, cantek... abgtuah.. bagi lagi madah power root he..he..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online