Ahad, 14 Disember 2008

TERIMA KASIH KERAJAAN


Harga petrol, diesel bersubsidi nelayan turun 13 sen mulai selasa


KUALA LUMPUR 13 Dis. — Harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember, umum Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini.
Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen.
Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel.
“Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan.
“Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.
Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
“Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya.
Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.
— BERNAMA


Pandangan penulis,

Setelah harga petrol dan diesel mengalami penurunan beberapa kali, sekarang harga bahan api bersubsidi kepada golongan nelayan pula akan diturunkan. Penulis dapat melihat kerajaan amat perihatin dengan masalah rakyat dan bersungguh-sungguh membantu dari berbagai segi bagi memastikan rakyat tidak terhimpit dan dapat melalui kemelesetan ekonomi global yang sedang teruk melanda.

Jadi saranan kepada pihak penyokong-penyokong pembangkang, tak payahlah lagi menunggu Pak Nuar dengan teori minyaknya. Tak perlu lagi teori minyak Pak Nuar kerana kerajaan BN lebih bijak mengatur dan menangani masalah rakyat dengan baik. Kerajaan BN melakukannya bukan dengan janji kosong atau air lior tetapi dengan usaha dan perlaksanaan yang terbukti.

Kepada para nelayan, rajin-rajinlah kelaut, jangan selalu MOGOK, nanti kami tak dapat makan ikan, banyak makan daging boleh kena penyakit darah tinggi.



Hanya yang dapat penulis katakan ialah ucapan TERIMA KASIH KERAJAAN
.

7 Comments:

Tai said...

Ya, inilah dia kerajaan perihatin. Tapi encik, depa kata umpan pilihanraya encik.

Tanpa Nama said...

Tak pula yang hendak berdemo untuk menyatakan sokongan ataupun berterima kasih kepada kerajaan..dimana Mat Sabu pakar demo dari Pas..adakah Islam mengajar supaya kita tidak bersyukur..kerajaan pun ada hati perut juga..tak sanggup melihat rakyatnya sengsara..cuba membantu dimana yang boleh..walaupun pada seketika kerajaan terpaksa juga berkorban demi kebajikan rakyatnya walaupun dikritik hebat...
Terima kasih kerajaan BN. Aman, Makmur Dan Sejahtera.

Tai said...

yalah, depa cuma nak lihat keburukan saja encik.

MAWAR BERDURI said...

salam tuah?

mawar di lahirkan d perkampungan Nelayan yang aman dan permai..uhuh yang best nya nelayan tempat mawar ni terdiri drpd mereka yang senatiasa berusaha tak kira minyak turun kah naik kah..demi menjamin bekalan ikan dan udang segar mencukupi utk daerah sandakan maka dengan itu mereka tidak pernah mogok..uhuh

oleh yang demikian sandkan dan sabah secara amnya menjadi negeri yang mempunyai bekalan makanan laut yang segar, murah dan sedap.(kempen ZOOM melawat lah ke Sabah)

kesmpulannya jangan suka mogok agar nelayan walau di mana tmpt seklipun kan menyumbang kpd kemantapan eko negara. tak g2 tuah?

sekarang nelayan2 kat kg ni dapat subsidi lagi bulanan rm 200. ok lah 2. minyak pun dah turun..memang layaklah tq 2 kerajaan. sekian

Jeepers Creepers said...

pedulikan saje kalau umpan politikpun..ikutlah kata nik aziz. bagi gula ambik, bagi kain ambik tapi pangkah rahsia sendiri..nelayan seharusnya bersyukur sebab kerajaan prihatin berbanding dengan negara lain..

kuntakinte said...

Salam, teman terfikir jugak tahun 60an semasa tok dan bawa sekali ayah teman berkayuh sampah pergi menangkap ikan, ketika tu tak terfikir dik kepala otak mereka bergantung kepada kerajaan untuk membesar kan anak2 dan cucu, teman terfikir sebagai seorang anak bekas nelayan kampung besar nya teman bermula daripada keringat mereka mengayuh sampan, ternyata impian mereka untuk memastikan kehidupan generasi mereka tercapai juga.

Terima kasih daun keladi, kalau ada beri lah lagi. Tahniah kerajaan Tahniah para Nelayan.

Sekarang kemungkinan zaman sudah berubah, bermula dalam tahun 70an kerjaaan berfikiran bahawa nelayan perlu di bantu oleh kerajaan, tanpa diminta dan didesak oleh nelayan atau mana2 pihak kerajaan perkenalkan cara moden selaras dgn kehendak zaman, kerajaan mula bertindak walau tanpa diminta, bantuan subsidi bot, enjin sangkut, pukat, minyak, modal, latihan dan sebagainya di beri, satu agensi dan persatuan ditubuhkan semata2 untuk menjaga industri perikanan sekaligus menjaga nelayan itu sendiri. bermulalah era nelayan moden dari satu generasi hingga ke genarasi ketika ini.

Nelayan kini mula merasa pengantungan demi pengantungan perlu diberi oleh kerajaan, dan kerajaan pula tiada masalah untuk membantu kerana sudah menjadi sikap kerajaan membantu dan menjayakan setiap manusia di Malaysia ini tak kira dia nelayan ke petani ke, pekerja ke, peniaga ke, penganggur ke, penagih dadah ke, banduan ke dan berbagai2 lagi. dalam kontek nelayan teman cukup berbangga dengan langkah yang diambil oleh kerajaan melalui YB Dato Mustapha Mohamed mengumumkan bantuan subsidi dan bantuan2 lain yang di luluskan oleh Kerajaan Persekutuan, langkah yang akan dapat meringankan dan memajukan sektor perikanan kita dan akhirnya nelayan dapat hidup seperti golongan2 lain demi memberi nikmat hidangan kepada umat kita.

Adakah usaha kerajaan ini dihargai, disanjung tinggi, kalau di hargai dan di sanjung kenapa semasa kerajaan memerlukan sedikit pertolongan hanya dengan memangkah untuk mengundi golongan nelayan tidak mengundi dan membantu kerajaan, kenapa kawasan2 pinggiran pantai ada juga yang parti UMNO/BN kalah, dimana sikap dan budi golongan ini, dimana sikap kesyukuran yang dituntut dalam Islam tidak dilafazkan, kenapa pihak yang memberi suap dimulut kita, akhirnya kita sepak dan terajang, dimana kata pepatah melayu sopan 'Pulau pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah budi yang baik di kenang juga'mungkin sudah boleh ditutup pepatah lama kerana mereka sudah ada pepatah baru, ' kalau bagi ambil, sokong belum tahu', tetapi teman faham niat kerajaan melakukan kebaikan tersebut bukan untuk mendapat balasan atau mendapat undi tetapi semata2 niat untuk bantu rakyat, bagaimana pula dengan sikap rakyat adakah tidak terfikir dik kepala otak kita dan hati kecil kita untuk membalas akan kebaikan kerajaan terhadap kita, apa pun kita doa kan agar tanpa ada yang berkecuali golongan nelayan akan lebih mewah, sejahtera, maju dan makmur. Ingat lah mengikut kata hati dengan dipengaruhi cakap-cakap kosong saja tidak dapat membantu kita ke mana2 malah boleh menyesatkan kita dari perbuatan baik yang patut kita laku kan pada yang berjasa dan ingatlah tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, bukan tangan yang menerima tidak baik TETAPI maksudnya kita disuruh untuk berterima kasih dan bersyukur diatas pertolongan dan bantuan yang dihulurkan oleh orang lain terhadap kita, barulah kita dipandang mulia disisi Allah S.W.T.

Tanpa Nama said...

Terima kasih Kerajaan........

Minyak naik sabarlah jgn lah ikut emosi.....

Minyak turun syukurlah kerana mmg patut keadaannya membenarkan ia diturunkan.........

Saya ni draser, pmukm atau farid ni abg tuah...

Salam Perjuangan BPN

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online