Isnin, 15 Disember 2008

TEKNIK-TEKNIK MENGESAN GAMBAR PHOTOSHOP

SAMPEL PERTAMA

Beberapa perkara yang perlu diperhatikan bagi memastikan samada gambar digital adalah asli:

1. Logikal gambar.
2. Perpektif gambar.
3. Pendedahan cahaya objek-objek.
4. Resolusi objek.
5. Kesan ‘smuge’ dan ‘sharpen’.

Sebagai contoh cuba kita lihat gambar TPM agak tidak logik berada pada kedudukan tersebut kerana terlalu rapat pada meja sehingga kelihatan menghimpit kemeja. Juga beliau seorang yang besar dan tinggi, jadi bahagian perut beliau sepatutnya lebih banyak kelihatan. Sekiranya beliau berkedudukan begitu maka kaki beliau tentu tidak muat diletakan dibawah meja. Yang paling tidak logical tidak pula kelihatan langsung bahagian kerusi yang diduduki. Lagi satu, macammana Razak baginda boleh meletakan sikunya ke dada TPM, bukankah itu pelik.

Kelihatan pendedahan cahaya kepada ketiga-tiga wajah didalam gambar tersebut berbeza-beza. Itu menunjukan bahawa wajah didalam gambar tersebut diambil diketika yang berlainan.

Resolusi objek bagi ketiga wajah didalam gambar tersebut berbeza-beza, kerana diambil mengunakan kamera, setting, apature dan jarak yang berbeza.

Jika diperhatikan secara terliti wajah mendiang Altantuya kelihatan ianya diedit, iaitu kelihatan kesan smuge pada wajah dan keliling kepala.

Jadi penulis amat pasti bahawa gambar tersebut bukanlah yang asli melainkan gambar yang di PHOTOSHOPkan.


SAMPEL KEDUA


Jika diperhatikan pada gambar yang kedua, didapati pengedit adalah seorang yang pakar dibidang perpektif dan logical. Saiz wajah keempat-empat orang di dalam gambar tersebut adalah begitu seimbang saiz dan logikalnya bersesuaian dengan kedudukan dan gerakan badan..

Tetapi terdapat kelemahan pada pendedahan cahaya dan ianya adalah amat ketara, kerana pendedahan cahaya pada keempat-empat wajah didalam gambar adalah amat berbeza diantara satu dengan lain.

Selain dari itu terdapat kelemahan yang amat ketara juga dari segi resolusi wajah keempat-empat orang didalam gambar tersebut dan itu juga menunjukan bahawa keempat-empat wajah tersebut diambil dengan mengunakan kamera, setting, exposure dan jarak yang berbeza.

Pengedit adalah seorang yang mahir didalam teknik enhancement dan smugging. Kesan enhancing dan smugging tidak jelas kelihatan didalam gambar tersebut.

Kelemahan paling ketara pengedit adalah dia lupa bahawa warna kulit wajah dan badan adalah berbeza, itu menunjukan dengan jelas dan membuktikan bahawa badan keempat-empat orang didalam gambar tersebut adalah kepunyaan orang lain.

Jadi pada pandangan penulis gambar yang kedua juga adalah hasil PHOTOSHOP.

Nasihat penulis, jangan percaya sangat pada gambar digital yang di ambil dari internet, lebih-lebih lagi yang diambil dari blog-blog pemangkang.

GAMBAR YANG TERDAPAT DIDALAM ARTIKEL ADALAH SEBAGAI SAMPEL UNTUK TAJUK ARTIKEL INI, DAN TIDAK DIKAITKAN DENGAN SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG KEPADA YANG HIDUP ATAU MATI.

3 Comments:

Mr Joker said...

cara paling senang untuk kesan gambar superimpose atau tak ialaah dengan teknik zoom.

klu guna cs3 blh zoom smpi beratus2 kali. gmbar impose akan nampak pecahan warna yaang ketara.

Tai said...

Wah, kalau gitu, ada yang dah salahgunalah teknik ni kan?

kuntakinte said...

Salam, kalau sample yang pertama ada orang percaya habih, teman percaya juga gambar sample kedua, he..he..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online