Muafakat tunjang kekuatan BN - PM
KUCHING 13 Dis. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) terletak pada permuafakatan antara semua parti komponen dan kerelaan untuk berusaha supaya ia menjadi satu gabungan yang berpengaruh dan sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat.
Abdullah, yang juga pengerusi BN berkata anggota parti komponen BN perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku yang boleh menyebabkan BN menjadi lemah dan bermasalah.
“Apabila kita mengambil kira pengalaman ini, insyaallah, kita akan dapat melakukan lebih baik lagi di masa depan. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap Barisan Nasional,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang ke-21 di ibu pejabat SUPP di sini hari ini.
Beliau berkata BN menjadi kuat kerana telah menggabungkan seluruh tenaga di bawah panji BN dan menggunakan satu manifesto untuk rakyat dan dalam pilihan raya, kesemua calonnya bertanding atas tiket BN sebagai satu parti politik, yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.
“Kuatnya BN kerana muafakat. Kuatnya BN kerana kita bersedia mengamalkan amalan demokrasi, berkongsi kuasa, bertolak ansur, menjaga diri kita masing-masing supaya tidak membawa perkara-perkara (sensitif) yang boleh menimbulkan masalah sesama kita,” katanya.
“Kita mesti lebih banyak memberikan terhadap persamaan yang ada pada kita dan mengelakkan perbezaan pendapat yang boleh menimbulkan masalah kepada kita.
Semua ini perlu terus menjadi pilihan kita,” katanya sambil mengingatkan anggotanya agar terus memberi keutamaan kepada BN sebagai parti yang memerintah negara.
- BERNAMA
Pandangan penulis;
Kalau tak mahu kerajaan PR dengan pemimpin TERJERIT-JERIT berkuasa makanya pemimpin-pemimpin BN kenalah bijak berpakat dan berbincang baik-baik.
How to Expand Your Business with UCaaS
Setahun yang lalu
1 Comment:
ya betul sangat tu encik. Bincang dan muafakat, tunjang kekuatan.
Post a Comment