Ahad, 14 Disember 2008

Kerajaan sedia hadapi kemungkinan krisis ekonomi

Kerajaan sedia hadapi kemungkinan krisis ekonomi

Kuching 13 Dis. - Kerajaan telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul dari krisis ekonomi.
Perdana Menteri berkata, apa yang perlu ialah kekuatan dari muafakat dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
- Utusan

Pandangan penulis;

Penulis amat berkeyakinan bahawa kerajaan BN mampu menagani masalah dari krisis ekonomi yang sedang melanda sekarang. Penulis tahu bahawa kerajaan sekarang ini kukuh dan berpengalaman, bukanlah seperti kerajaan PR yang rapuh dan kurang pengalaman dengan pemimpinnya yang hanya pandai berdoa-doa, berjanji-janji dan pakar pula dalam ilmu MENJERIT-JERIT.

2 Comments:

Sedingin Salju said...

ya betul. Sekadar menjerit dan menabur janji, tak guna kan encik?

kuntakinte said...

Salam, teman berkeyakinan bahawa kerajaan berkemampuan menangani dan menghadapi krisis ekonomi dengan cemerlang berpandu kepada track record sebelum2 ini, kebijasanaan kerajaan dalam mengurus tadbir ekonomi negara memang dicemburui oleh negara2 lain, sebab itu perlu kekuatan sokongan dari semua pihak untuk memastikan kerajaan dapat menjalankan tugas mereka dengan tenteram tanpa di ganggu dan didomba oleh pihak2 yang tak patut campur tangan dan sentiasa mempolitikkan isu yang merisikokan kepentingan masa depan negara ini, terjerit sana sini memang mudah, walhal nikmat nya yang terjerit2 tu lah juga yang menimati nya dengan rakus.

Singapura negara yang 1st class mentadbir urus ekonominya pun sudah tergugat kewibawaan nya, tanpa mempedulikan hidup rakyat satu cara mudah yang diambil oleh Singapura dengan membuang pekerja, beribu2 pekerja tempatan dan rakyat Malaysia telah diberhentikan kerja, Amerika Syarikat bulan November saja telah memberhentikan pekerja seramai 340,000 ribu pekerja dan sepanjang tahun 2008 saja seramai 1.24 juta rakyat Amerika menjadi penganggur, Di Indonesia Berjuta2 rakyat yang baru menjadi penganggur, ini tidak termasuk penganggur tetap yang sekian lama tidak mempunyai pekerjaan, Thailand tidak terkecuali dari impak ekonomi ini tambahan pula dengan krisis politik di Thailand rakyat miskin menjadi mangsa, Di Perancis seramai 200,000 ribu pekerja di berhentikan kerja, di Britain ribuan pekerja hilang pekerjaan. TETAPI Malaysia masih bertahan, kenapa ini berlaku!!, semua ini berlaku kerana kekuatan Malaysia mengurus tadbir eknomi dengan kekuatan dan kebijaksanaan pemimpin kita, kekuatan berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung dengan orang lain seperti World Bank, IMF dan pasaran yang tidak bergantung pada satu2 produk saja, malah pasaran yang di buat tidak bergantung kepada satu atau dua negara saja memberi ruang yang cukup selesa kepada Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi ini.

Malaysia belum membuang pekerja, kilang2 yang besar2 belum menutup perdagangan mereka, hanya berlaku 1 ke 2 kilang2 kecil yang membehentikan pekerja dalam jumlah yang kecil hanya 20 ke 100 pekerja itu pun atas sebab masalah tanah dan sesuatu hasil produk yang tidak mencukupi malah ada produk diusahakan bukan secara skala besar meberi kesan kepada mereka, ia bukan masalah ekonomi negara. Hanya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mengeluh kerana di berhentikan oleh majikan Singapura, bukan salah kita Malaysia, bukan kita yang menyebabkan mereka berhenti, jikalau mereka bekerja di tanahair selama ini mungkin mereka masih bekerja sekarang ini, mereka tidak boleh menunding kepada kerajaan Malaysia apabila mereka ditimpa masalah, semasa senang dan gaji lumayan mereka diam menikmatinya apabila susah tak perlu menyalahkan orang lain, walau apapun teman rasa mungkin peluang banyak terdapat di Johor yang sedang membangun untuk mereka rebutkan nanti hanya usaha yang perlu dilakukan, sebab itu kata pepatah hujan emas negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik lagi hujan batu, kesetiaan susah senang kita kepada tanahair kita, dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung, jangan ditunding kepada negara yang kita tinggalkan apabila kita kembali dengan gagal dari negara orang lain.

Kebijaksanaan dalam menjana pelaburan dikalangan GLC dan Agensi2 kerajaan seperti Tabung Haji, KWSP dan sebagainya berjaya dalam menghadapi pengangtungan kepada negara luar, kita mempunyai cukup modal dan cukup besar keuntungan pelaburan yang selama ini dilakukan oleh agengi kerajaan ini dan GLC memberi kekuatan dalam kita mengunakan dan mengisi rezab negara yang kukuh, pelaburan baru yang Malaysia lakukan di negara2 yang sedang membangun amat kena dengan masa dan ketika memberi kita ruang untuk mengelak dari menjadi mangsa krisis ekonomi negara, lonjakan keuntungan seperti MAS, Proton amat mengejutkan dan ini membuktikan serius nya kerajaan melakukan sesuatu dan meletakkan individu yang AHLI dan yang HAK mentadbir urusan perniagaan tersebut, bukti kerajaan bijak dan amanah.

Tetapi kerajaan perlu kuat dan stabil, untuk itu rakyat semua golongan perlu memberi dan menyumbang kepada kekuatan ini, tiada masa untuk kita berpolitik sepanjang masa, tiada masa untuk kita memfitnah antara satu sama lain, tiada masa untuk kita berpecah belah antara kaum, tiada masa untuk berdemostrasi, kerana kita perlu ingat yang susah kita, rakyat yang susah bukan mereka2 yang sememangnya kaya raya, bukan mereka yang menjadi menteri akan susah, bukan mereka yang menjadi Pengarah dan KSU Kementerian yang susah, bukan mereka yang duduk di GLC yang susah, bukan mereka yang berpangkat besar dalam kerajaan yang susah TETAPI yang susah dan bangkrap kita rakyat dibawah, di kampung, di bandar2 yang akan merana, Ingat lah sekali kita jatuh bukan mudah untuk kita bangkit kembali, ingatlah membina kejayaan ini amat susah dan amat panjang jangka masanya tetapi untuk runtuhkan hanya makan masa seminit dua saja keruntuhan akan berlaku, untuk dibina semula memakan puluhan tahun, yang jadi mangsa nya kita RAKYAT BAWAHAN, perlu2 dan amat perlu kita bersatu menyokong kerajaan untuk kuat kembali dan untuk menghadapi krisis ekonomi yang belum tahu sejauh mana teruknya, yang mungkin kepala tsunami nya belum singgah di Malaysia ini, sekarang mungkin dapat dipertahankan tetapi kedepan belum tahu, dan kita harap tidak teruk seteruk yang kita kita hadapi sekarang ini, dan mari2 lah sama2 kita berdoa kan kehadrat ALLAH S.W.T agar negara dilindungi dan dihindari dari bala bahaya ini dan memberi kekuatan kepada ulil amri dan khalifah kita dikalangan pemimpin2 negara untuk bekerja dan menangani segala isu yang boleh meranapkan negara dan umat, kita berdoa agar ditunjukkan kejalan yang mudah dan benar dalam melindungi umat menghadapi semua krisis yang ada dan yang akan datang. amin yarubbilalamin.

Ingatlah dalam kebaikan yang kita nikmati sekarang ini, belum tentu yang kita harapkan lebih baik dari sekarang akan menjelma dan menjadi hak milik kita, oleh itu pelihara lah apa yang di kurniaan inioleh ALLAH S.W.T sebaik mungkin, InsyaAllah kita selamat dunia dan akhirat.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online