Walaupun penswastaan IJN telah ditangguhkan tanpa diketahui tarikhnya ia menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian. Penswastaan bermakna proses "pemindahan pemilik perniagaan dari sektor awam (kerajaan) kepada sektor swasta(Perniagaan). Penswastaan di Negara ini bukanlah sesuatu yang baru, banyak agensi-agensi kerajaan telah diswastakan sebelumnya seperti Jabatan Bekalan Elektrik kepada TNB, Jabatan Bekalan Air telah diserahkan untuk meswastakan kepada negeri-negeri masing-masing, dan Pelabuhan,Lebuh Raya dan sebagainya. Namun rakyat masih keliru dan resah tentang tujuan kerajaan dalam penswastaan IJN atau pun dalam sektor kesihatan. IJN atau Institusi Jantung Negara ditubuhkan pada 1992 dan dikendalikan oleh IJN Holdings Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan IJN diletakkan di bawah MOF (bukanya di bawah Kementerian Kesihatan)ialah untuk memberi ganjaran yang istimewa kepada para kakitangan IJN dibawah skim gaji yang berlainan (istimewa) dari penjawat awam yang lain. Dari ini, kita ketahui kerajaan telah bagitu mengambil berat tentang kewujudannya IJN. Dari tahun 2007 hingga Nov 2008, IJN telah menerima 287,764 pesakit luar (out patient) dari jumlahnya 6,904 pesakit telah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru, 15,084 pesakit telah menjalani rawatan CARDIAC CATHETERISATION, INTERVENTION, ANGIOGRAMS dan ANGIOPLASTIS. IJN mempunyai 35 pakar yang tersohor.
Pada 18 Disember 2008, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, “pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu menanggung kos operasi Institut Jantung Negara(IJN). Tetapi mahu melihat hospital yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertinggkatkan lagi kecemerlangan”. “Beliau juga berkata IJN kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini, ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan terhadap rakyat malah kerajaan akan membina hospital yang serupa dengan IJN sekiranya ada kemampuan”.sumber: Utusan Online
KEBAIKAN PENSWASTAAN IJN
1. Boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya kerana akan menghadapi persaingan dengan intitusi swasta yang lain dengan kualiti yang lebih baik, kurang birokrasi, kurang penyelewengan, dan perkhidmatan yang cekap.
2. Walaupun keadaan insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk kakitangannya memuaskan tetapi apabila di swastakan kemungkinan semua kakitangan IJN akan mendapat insentif-insentif yang lebih daripada insentif yang ditawarkan pada masa kini.
3. Walaupun pada masa ini, IJN dikendalikan oleh Lembaga Pengarah terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian kesihatan dan kewangan kemungkinan mereka ini yang kurang kepakaran khusus dalam bidang pengurusan perubatan professional.Sekirannya pihak swasta mengambil alih sudah tentu mereka akan tentu akan membawa masuk lebih pakar-pakar yang khusus dalam perkhidmatan perubatan terutamanya dalam bidang pengurusan perubatan. Ini akan membuatkan IJN lebih berupaya untuk cemerlang. Dengan ini kerajaan dapat mengutip hasil cukai yang akan dibayar oleh pihak swasta dengan operasi yang menguntungkan.
4. Dari segi politik, penswastaan seperti biasanya boleh mengurangkan kecaman-kecaman dari pihak pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran kerajaan.Dengan ini populariti kerajaan akan bertambah baik. Sekiranya penswastaan ini berjaya memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya, keyakinan rakyat untuk menyokong terus kepimpinan kerajaan yang sedia ada akan bertambah baik.
5. Dengan sumber dana sedia ada , pihak swasta boleh memperbesarkan, meningkatkan lagi prestasi tanpa sebarang birokrasi kewangan.IJN boleh menjadi intitusi gemilang,cemerlang dan terbilang di rantau Asia mahupun di peringkat global di masa akan datang.
KELEMAHAN PENSWASTAAN IJN
1. Kerajaan hanya akan menjadi pemilik proxy dengan itu, penglibatan dan sebarang hak mengendalikan IJN kemungkinan terbatas dalam pentadbiran intitusi ini pada masa akan datang. Kerajaan perlu ingat mereka harus dipertanggungjawabkan dalam apa jua masalah yang akan menimpa rakyat kelak dengan pemberian kotrak ini dan bukannya ia di tanggungjawab ke atas pihak swasta yang mengendalikannya IJN.
2. Sekiranya syarikat swasta yang akan mengendalikan IJN boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dari sebelumnya; kerajaan akan dapat pujian dari rakyat tetapi sekiranya perkara sebalik; kerajaan akan menjadi kecaman dan cemuhan rakyat. Kemungkinan isu ini kecil tetapi rakyat akan mula hilang kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah dan dengan itu kemungkinan rakyat akan mengalihkan perhatian kepada pihak pembangkang (perlu diingat parti PAS memainkan isu "Negara Kebajikan").
3. Hospital adalah soal kebajikan sosial yang kerajaan perlu beri pada rakyat apabila di katakan Negara sedang menuju ke arah kemajuan.Apa lah gunanya sekiranya di katakan negara sedang maju dan makmur tetapi setiap hari kebajikan rakyat dicantas satu persatu.rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah perlu dibela. Kerajaan perlulah melindungi agensi-agensi kebajikan sosial seperti ini daripada menswastakan kepada pihak swasta yang hanya pentingkan keuntungan perniagaan sahaja.
4. Oleh kerana, pemberian kontrak kepada pihak swasta sekiranya tidak dilakukan secara transpiransi dalam sistem tender;rakyat akan beranggapan mungkin telah berlaku rasuah, kroni, dan neopotisma dalam pemilihan syarikat swasta untuk penswastaan tersebut. Perkara ini akan menjadi isu penting untuk parti pembangkang untuk meraih undi dalam pilihan raya ke-13 nanti.
5. Kerajaan yang dilantik secara demokratik adalah untuk menjaga kepentingan rakyat melalui sistem berparlimen yang bertujuan untuk mengawal selia segala aset negara yang sedia ada. Pihak swasta hanya bermotifkan keuntungan perniagaan akan mengagalkan objektif sosial yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang memerintah oleh rakyat.
6. Dengan penswastaan IJN, secara langsung rakyat tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam hak bersuara dan kerajaan kemungkinan kerajaan tidak dapat menguatkuasakan apa jua polisi kesihatan untuk rakyat dalam perkhidmatan IJN di masa akan datang.
7. Dengan hanya belanjawan negara untuk kesihatan 3%GDP adalah sukar untuk diramalkan kebaikan penswastaan seperti ini membawa apa-apa perubahan yang nyata kepada rakyat berpendapatan rendah.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berdoa agar kerajaan pimpinan baru Dato Seri Najib Tun Razak akan membuat keputusan yang terbaik untuk memastikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah nasib mereka sentiasa terbela.
4 Comments:
Salam,
Semuga apa jua usaha kerajaan akan memberikan munfaat kepada rakyat.
mintak izin ntuk mengambil maklumat.. :)
izinkan saya pinjam maklumat ya :)
Post a Comment