Pak Lah: Final mission to cool racial tensions
Pandangan penulis;
Elok sangatlah tu, kerana dari pengamatan penulis kebelakangan ini perpaduan kaum di Malaysia berada ditahap yang membimbangkan. Resah juga rasanya dengan sentimen-sentimen perkauman yang dimainkan oleh ahli-ahli politik tanah air. Dikhuatiri kelak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya isu permasalahan perkauman ini gagal ditangani dengan baik dan sempurna oleh semua pihak.
Penulis juga ingin memperinci beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kepada ketegangan kaum. Salah satunya ialah suasana politik didalam negara. Apabila kerajaan memerintah gagal mendominasi kuasa politik maka situasi ini akan memberikan lebih ruang kepada golongan-golongan tertentu untuk menjalankan kegiatan provokasi mereka.
Mereka-mereka ini gemar mengunakan isu-isu sensitif terutamanya mengapi-apikan sentimen-sentimen perkauman dengan niat mengujudkan gambaran bahawa terdapat kelemahan pada dasar dan polisi yang ada. Pada mereka, inilah cara termudah untuk menimbulkan perasaan ketidakpercayaan kumpulan-kumpulan tertentu terhadap integriti dan kompetensi kerajaan yang memerintah.
Diharap sangat agar mereka ini memberhentikan perbuatan seperti ini kerana ianya bukan sahaja menimbulkan rasa ketidakselisaan dan kebimbangan dihati rakyat malah akan mengundang risiko menjejaskan ketenteraman awam
Isu pengagihan dan jurang ekonomi antara kaum juga menjadi punca kepada ketidakstabilan perpaduan. Penulis berasa perkara ini paling sukar untuk diatasi dan ianya salah satu faktor terjadinya ketegangan kaum sebagaimana yang berlaku pada 13 may 1969. Jadi faktor jurang ekonomi antara kaum ini perlu diatasi secara serios oleh kerajaan bagi mengendurkan ketegangan didalam masyarakat berbilang kaum.
Sorotan dari peristiwa hitam tersebutlah maka DEB telah diujudkan dan ianya telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum terdahulu kerana mereka yakin bahawa perbezaan kekayaan antara kaum perlu diperbetulkan bagi mengelakan peristiwa tersebut berulang lagi kembali. Perlulah difahami bahawa dasar yang diwujudkan ini bertujuan mengimbangi atau mengurangkan penguasaan sesuatu fungsi ekonomi kepada sesuatu kaum sahaja.
Malang sekali akhirnya dasar-dasar DEB yang telah kelihatan semakin hampir menepati objektifnya telah dipertikaikan. Dasar tersebut telah dituduh cuba mendiskriminasi kaum lain kerana ianya kelihatan seperti hanya memberikan peluang dan keistimewaan kepada kaum Bumiputra . Isu peluang dan keistimewaan kepada bumiputra inilah yang mungkin telah membangkit rasa kurang senang kaum lain kepada dasar dan polisi negara sejak sekian lama.
Pandangan penulis, DEB adalah satu dasar yang baik dan telah pun mencapai kejayaan walaupun belum sepenuhnya iaitu menghasilkan peningkatan ekonomi kepada kaum bumiputra bagi mengimbangi penguasaan ekonomi kaum Cina dan India tanpa pula mengenepikan kepentingan mereka maupun mengurangkan kekayaan mereka.
Selain dari yang disebut diatas satu lagi faktor penentu kejayaan atau kegagalan perpaduan antara kaum ialah akhbar dan blog. Wartawan akhbar dan penulis blog perlu memainkan peranan dalam menyemai semangat perpaduan dan muhibah antara kaum. Mereka juga perlulah berhati-hati serta waspada dalam menyiarkan berita, artikel atau menyuarakan pendapat masing-masing serta perlu faham dan bertanggungjawab akan impak dan akibat dari penulisan mereka.
Jadi kesimpulannya, bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan maka marilah kita semua tanpa mengira kaum, peringkat atau ideologi mengambil iktibar dari peristiwa hitam 1969. Sejarah tersebut harus kita jadikan garis sempadan agar kita sentiasa sedar dan faham bahawa segala tindak-tanduk kita perlulah ada had-had tertentu yang tidak wajar kita langkaui.

3 Comments:
ya, sokong apa yang encik tulis.
Salam Abg tuah....
Saya sokong pandangan abg tuah tuah....
Salam, bagus lah Pak Lah meletakkan keutamaan isu perkauman sebelum melepaskan jawatan, keterbukaan yang diamalkan oleh Pak Lah telah disalah guna, diambil kesempatan oleh golongan yang tak mengaku recist tetapi recist dalam erti sebenarnya. terlalu banyak Allah S.W.T perturunkan berbagai2 kejadian untuk dijadikan fomula otak berfikir, semua kejadian bukan sekadar disebelah kita, bukan sekadar di tempat tinggal kita malah di dalam negara kita, malah di negara2 jiran kita, malah di negara2 nun jauh tak terlihat dik mata kecuali melalui ASTRO, semuanya kejadian yang dilimpahkan oleh NYA untuk dinilai oleh kita, kejadian bermacm kejadian diperturunkan, ada negara yang sebangsa tetapi bergaduh mati-matian, ada negara berserban, berjubah semua penduduknya tetapi berbunuh - bunuh, ada negara kulit nya sewarna tapi bertembak2, apatah lagi kulit lain warnanya terutamanya di tempat kita yang maih bertahan dan terus bertahan, tapi mampukan terus bertahan sedangkan semacam tak jemu2 dugaan dan tekanan di lontar dengan sembunyi tangan oleh segolongan manusia sebangsa dan sewarna kulitnya dan akhirnya di sokong oleh golongan lain warna kulitnya, kenapa ini berlaku.
Tak heran kalau di negara lain bergaduh kerana pemerintahnya menyekat kebebasan rakyat dalam semua aspek tetapi di Malaysia semua kebebasan diberi, semua harta negara dinikmati, semua peluang di rasai, berbanding negara lain ada negara dipaksa walau berbilang bangsa tetapi bahasa dipaksa mengunakan satu bahasa, ada negara kaya dengan hasil bumi tetapi bangsa luar yang nikmatinya rakyat tempatan makan kus - kus sejenis ubi lenyek, ada negara satu agama akibat lain mazhab berbunuh2-an, ada negara satu warna kulit sama2 susah dan mengemis tetapi bertempur antara satu sama lain. Apa kah ini semua yang di tayang kan oleh Allah kepada kita langsung tidak menyusuk didalam kalbu kita, tak terterima dik otak kita, tak tertawan dik hati kita untuk membayangkan kalau kita seperti mereka bagaimana truk nya hidup kita, bagaimana agaknya rasa kita, bagaimana jadinya anak2 keturunan kita, bagaimana rupanya negara kita, lansung tak berhatikah kita dengan petunjuk2 tersebut.
Adakah terlalu di manja2 kan sangat, adakah kerana terlalu senang, adakah terlalu selesa, adakah kerana terlalu tenteram, adakah kerana terlalu baik pemerintah, adakah terlalu berlembut kerajaannya, semua petunjuk dibuang tepi dan dianggap propaganda kerajaan dalam menasihat rakyatnya, satu Kementerian di wujudkan semata menjaga Perpaduan, satu Menteri dilantik, beribu2 dikalangan rakyat dipilih untuk memegang jawatan dan dibayar gajinya kearah melaksanakan kerja kearah menjaga perpaduan, bukan baru dah berabad di wujudkan dan usaha ini berjaya, kenapa sejak baru2 ini usaha demi usaha dilakukan untuk menghancurkannya, apa nawaitunya, apa maltlamatnya, apa fokusnya....sedih apabila teringatkan pesanan dan amanat arwah tok nenek dizaman kita yang berlaku.
Walau apa pun teman percaya ramai lagi manusia di muka bumi ini masih bijak, masih cerdik, masih rasional, masih boleh berfikir, masih tak di buai mimpi, masih tahu menilai buruk dan baiknya, usaha Pak Lah mesti di laksanakan dengan dokongan kuat dari kita selaku rakyat, kita perlu tolak sama sekali cara zionist ini, cara yahudi ini, kekuatan patut di beri kepada Pak Lah untuk meninggalkan negara dalam keadaan bik kepada Dato Seri Najib.InsyaAllah.
Post a Comment