Isnin, 22 Disember 2008

BERSYUKORLAH RAKYAT MALAYSIA



Nukilan Kuntakinte;

Salam, bagus lah Pak Lah meletakkan keutamaan isu perkauman sebelum melepaskan jawatan, keterbukaan yang diamalkan oleh Pak Lah telah disalah guna, diambil kesempatan oleh golongan yang tak mengaku recist tetapi recist dalam erti sebenarnya. terlalu banyak Allah S.W.T perturunkan berbagai2 kejadian untuk dijadikan fomula otak berfikir, semua kejadian bukan sekadar disebelah kita, bukan sekadar di tempat tinggal kita malah di dalam negara kita, malah di negara2 jiran kita, malah di negara2 nun jauh tak terlihat dik mata kecuali melalui ASTRO, semuanya kejadian yang dilimpahkan oleh NYA untuk dinilai oleh kita, kejadian bermacm kejadian diperturunkan, ada negara yang sebangsa tetapi bergaduh mati-matian, ada negara berserban, berjubah semua penduduknya tetapi berbunuh - bunuh, ada negara kulit nya sewarna tapi bertembak2, apatah lagi kulit lain warnanya terutamanya di tempat kita yang maih bertahan dan terus bertahan, tapi mampukan terus bertahan sedangkan semacam tak jemu2 dugaan dan tekanan di lontar dengan sembunyi tangan oleh segolongan manusia sebangsa dan sewarna kulitnya dan akhirnya di sokong oleh golongan lain warna kulitnya, kenapa ini berlaku.

Tak heran kalau di negara lain bergaduh kerana pemerintahnya menyekat kebebasan rakyat dalam semua aspek tetapi di Malaysia semua kebebasan diberi, semua harta negara dinikmati, semua peluang di rasai, berbanding negara lain ada negara dipaksa walau berbilang bangsa tetapi bahasa dipaksa mengunakan satu bahasa, ada negara kaya dengan hasil bumi tetapi bangsa luar yang nikmatinya rakyat tempatan makan kus - kus sejenis ubi lenyek, ada negara satu agama akibat lain mazhab berbunuh2-an, ada negara satu warna kulit sama2 susah dan mengemis tetapi bertempur antara satu sama lain. Apa kah ini semua yang di tayang kan oleh Allah kepada kita langsung tidak menyusuk didalam kalbu kita, tak terterima dik otak kita, tak tertawan dik hati kita untuk membayangkan kalau kita seperti mereka bagaimana truk nya hidup kita, bagaimana agaknya rasa kita, bagaimana jadinya anak2 keturunan kita, bagaimana rupanya negara kita, lansung tak berhatikah kita dengan petunjuk2 tersebut.

Adakah terlalu di manja2 kan sangat, adakah kerana terlalu senang, adakah terlalu selesa, adakah kerana terlalu tenteram, adakah kerana terlalu baik pemerintah, adakah terlalu berlembut kerajaannya, semua petunjuk dibuang tepi dan dianggap propaganda kerajaan dalam menasihat rakyatnya, satu Kementerian di wujudkan semata menjaga Perpaduan, satu Menteri dilantik, beribu2 dikalangan rakyat dipilih untuk memegang jawatan dan dibayar gajinya kearah melaksanakan kerja kearah menjaga perpaduan, bukan baru dah berabad di wujudkan dan usaha ini berjaya, kenapa sejak baru2 ini usaha demi usaha dilakukan untuk menghancurkannya, apa nawaitunya, apa maltlamatnya, apa fokusnya....sedih apabila teringatkan pesanan dan amanat arwah tok nenek dizaman kita yang berlaku.


Walau apa pun teman percaya ramai lagi manusia di muka bumi ini masih bijak, masih cerdik, masih rasional, masih boleh berfikir, masih tak di buai mimpi, masih tahu menilai buruk dan baiknya, usaha Pak Lah mesti di laksanakan dengan dokongan kuat dari kita selaku rakyat, kita perlu tolak sama sekali cara zionist ini, cara yahudi ini, kekuatan patut di beri kepada Pak Lah untuk meninggalkan negara dalam keadaan baik kepada Dato Seri Najib.InsyaAllah.

3 Comments:

Tanpa Nama said...

assalamulaikum,

Satu nukilan amat baik yg lahir dari kesedaran yang tinggi. Ya bershukorlah kita menjadi rakyat Malaysia dan ayoh kita bantu Pak Lah menjayakan misi ini....PERPADUAN.

Mohammad Roslan said...

Inilah "The Kuntakinte The Great"..memang sedar atau tidak kita perlu bersyukur sebagai rakyat negara ini tanpa mengira kaum...tetapi senario politik pada masa ini sedikit mengusarkan semua pihak yang menginginkan keamanan.Suasana Identiti Nasional,Perpaduan diantara kaum dan Hak-Hak Penduduk asal Negara sedang dalam kancah perbahasan!.Perlu diingat perkara seperti ini bukan saja hanya berlaku di negara ini tetapi ia telah berlaku pada Negara-negara Eropah semasa menuju ke arah Negara Maju.Fenomena seperti ini pasti berlaku pada negara yang menuju ke arah dari Negara membangun kepada negara maju.Di kebanyakan negara Eropah Barat,politik perkauman dan isu -isu rakyat yng penduduk asal telah menjadi topik utama dalam dalam pilihan-raya kebangsaan.Status quo rakyat yang memperolehi kewargaan menjadi isu yang hangat untuk parti-parti politik baru yang di negara ini seperti Parti Keadilan Rakyat yang kononnya memperjuangkan Hak Persamaan (Multi Racial)dan juga parti-parti politik negara ini yang mengamalkan sistem politik perkauman.Walau pun angin perubahan yang sedang berlaku tidak lagi membawa malapetaka yang serius kepada Negara tetapi kita kita mulai merasai keadaan politik negara berada pada Rapuh.Rakyat yang bertumpu pada parti politik ideologi yang baru dan parti politik tradisi perkauman perlu ingat apa jua tindakan melampau akan terjebak dalam kancah ketidak stabilan keselamatan negara.Keadaan mungkin menjadi huru-hara dan kacau bilau apabila isu nasional ini ditangani segera.Pak Lah sebagai orang lama dalam politik memahami keadaan yang wujud sekarang.Tidak ada gunanya kemajuan yang sedang kita sedang mengharungi tanpa kestabilan politik yang kukuh.Agenda politik baru dengan Hak persamaan adalah isu yang sangat sensitif.Negara Perancis telah mengalami rusuhan kaum semasa pilihanraya umum 2002 disebabkan isu seperti ini.Di Mana ramai orang Perancis beranggapan "Orang Immigran yang memegang Kad Pengenalan Perancis tidak mungkin boleh menjadi orang Perancis".Tetapi keadaan di negara Malaysia orang-orang Melayu lebih toleran dengan kaum lain..jangan pulak jadi "bila bagi betis jangan minta Peha"....Walau pun sipipit terbang tinggi seperti Enggang..sipipit tetap si pipit dan tidak boleh jadi si Enggang!.Walau pun orang Melayu berpegang pada "Buat baik berpada-pada ,dan buat jahat jangan sekali".Tapi jangan cuba nak jolok sarang tebuan................Wassalam.

kuntakinte said...

salam, mamak sifu utara, setuju sangat teman dengan komen mamak, manusia tak pernah puas, manusia itu pulak kalau di specific kan tertumpu kepada bangsa melayu, sentiasa bercemburu , sentiasa berhasad dengki dan berburuk sangka, jika di luas kan lagi umat Islam yang dipandang serong, yang di pandang penganas dan ala gansterism.

Melayu baru perlu di lahirkan, usaha kita perlu di ganda2 kan agar kita dapat mendidik anak2 kita yang memiliki 1st class otaknya, 1st class hatinya dan 1st class budinya, persaingan di masa depan cukup takut untuk dibayangkan jika kita gagal melahirkan generasi yang 1st class, TDM telah nampak semua ini, pernah di nasihatkan agar bangsa melayu bersedia menghadapi negara yang cukup mencabar, negara maju rakyat 2nd class mentality akan mengagalkan negara.

bangun lah bangsa ku, bangun lah generasi ku, bangun dengan erti kata bangun dengan otak yang 1st class, bangun dengan hati yg 1 st class, bangun dengan budi yg 1st class, kerana kita perlu di ingat akan disoal apa yg kita tinggalkan untuk bangsa kita kemudian hari.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online