Syabas YB Khairy Jamaluddin diatas keberanian masuk kegelanggang PAS untuk hadir dalam forum wacana perdana "Transformasi Politik Malaysia" anjuran urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan.
Hahaha. terkejut kerbau juga mereka dengan kehebatan YB, memangkah hero mereka didalam setiap persoalan yang diajukan. Biarkan, bagi mereka tahu kehebatan Khairi Jamaluddin sebenarnya.
Hahaha. terkejut kerbau juga mereka dengan kehebatan YB, memangkah hero mereka didalam setiap persoalan yang diajukan. Biarkan, bagi mereka tahu kehebatan Khairi Jamaluddin sebenarnya.
Apa yang penulis faham semasa debat tersebut Husam musa menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno.
Hahaha, lebih terror dari Ustad Fidauskah atau dari Datok Dr. Mashitahkah?Kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih faham tentang pendekatan dan stail pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz, berdasarkan LGE terlebih membaca buku-buku al kisah Khalifah Al-Rashidin.
Hahaha, apakah dengan membaca buku-buku tersebut membuktikan dan dipercayai bahawa LGE telah benar-benar faham dan menghayati konsep pemerintahan Islam.?
Wahai PAS aku pun dah baca dah kisah-kisah tu di perputakaan semasa aku sekolah menengah lagi dan ianya juga termasuk didalam tek-tek subjek agama di sekolah. Aku juga yakin bahawa semua ahli UMNO pun tahu dan faham kisah-kisah perjalanan hidup Rasullah s.a.w dan Khalifah selepasnya dan mungkin ada yang lebih arif tentang hal-hal ehwal keagamaan dari Husam sendiri.
Di dalam debat tersebut Husam juga terlepas kata untuk melaksanakan hudud itu setelah diasak dua kali oleh Khairi.
Tetapi amat mengelikan hati ialah keesokan nya setelah di bidas hebat oleh pemimpin yang berstailan Khalifah yang terlebih membaca al kisah Khalifah Umar, kenapa Anta tercungap-cungap, tanpa malunya mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.
Eheeewahh, sudah ada perjanjian yang ditandatangani tak mahu laksanakan yeee…
Wahai PAS kau orang tak tahu ke selama ini kerajaan telah melaksanakan Hukum Syariah Islam di Malaysia sebagai contoh muamalatnya, munakahatnya cuma perlaksanaan sebahagian hukum jinayatnya iaitu hukum hududnya yang masih ditangguh.
Jadi sekarang, tak perlulah lagi nak kata kerajaan menolak perlaksanaan Hukum Hudud ye, kerana kerajaan tak pula pernah menolak. Faham-fahamlah sendiri kau orang sendiri pun dah mengakui kesukarannya.
9 Comments:
bagus jugak tu KJ yea tapi awak tak berapa bekenan sangat dgn budak si KJ tu. tapi bila dia berani berentap dgn husam tu kira awak sokong je la. padan muka si husam tu memang PAS nie parti yang tak bleh pakai.
JIRO#####
Salam Bang Tuah...
Apa dah jadi dengan PAS ni.
Jadi selama ini PAS menipu umat ISLAM di Malaysia.
Nak laksanakan hukum HUDUD pun kena tanya DAP & PKR dahulu kah???
Tindakan Husam itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuannya sebagai bersifat politik semata-mata.
Napelah Husam ni, melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.
Tahniah KJ... diatas keberaniannya masuk ke kubu kuat PAS... walaupun KJ Dicabar kekanan, digertak kekiri, namun Jack lihat pada malam itu semangat KJ begitu hebat, sedikit pun tidak goyang dengan gertakkan yang datang dari kanan dan kiri itu.Cuma Husam sahaja yang goyang dengan Lee Guan Eng...
Ni la masanya bg tuah kita nak PALAM Husam... Bukan selalu dapat macam ni.. hahahahahak...
Bg Tuah Sebenarnya Jack begitu sibuk dalam beberapa hari ni... insyaalah.. ada masa kita sembang di chat roll..
Salam Perjuangan
CJ
emmm.... dgr cita, selama jack tak de ni bg tuah goda Mawar yea... kita tgk sapa yg kena... hahahahahahak
ha, tulah, terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, apa dah jadi encik? Cakap senang.
Kalau begitu kisahnya, nampak gaya..
DAP lebih faham Islam dari PAS le...
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Assalamualaikum,
Nampaknya ada orang-orang Pas sekarang ini lebih takutkan Anwar dan Lim kiat Siang daripada mengatakan yang Hak
Dan mereka juga sanggup memperlekehkan undang-undang islam.
Dalam kes ni teman sokong la KJ, tetapi bab ketua pemuda UMNO nanti teman amat tidak berkenan
Salam,
PAS sebenarnya lama telah berpecah dua sejak Allahyarham Ust.Fadzil Noor menghembuskan nafas terakhir.Yang mana satu pihak menghendaki Islam berunsurkan Ulama dan satu golongan yang muda yang hanya pentingkan kemenangan dalam politik dan meraih undi dari kaum lain dengan cara menipu.Kelemahan orang Melayu di kampung-kampung digunakan PAS sepenuhnya oleh parti PAS untuk tujuan ini.Satu kajian dilakukan oleh Patricia Martinez pada tahun 2005 (Rujukan NSTP Aug 10.31,2006)terhadap orang-orang Melayu membuktikan bahawa 80% orang Melayu mahu lebih dikenali sebagai orang Islam daripada orang Melayu tetapi hanya 57.3% menghendaki hukum hudud dijalankan di negara ini.Parti-parti Melayu yang berperanan menjaga hak Melayu perlu berwaspada dakyah PAS yang bermotifkan kekuasaan politik.Agenda parti PAS dengan hukum Hudud adalah agenda politik dan kekuasaan.Di tempat majoriti bukan Melayu depa tak sebut pun pasai hukum hudud tapi ditempat majoriti Melayu Islam mereka kobar-kobar dengan hukum hudud kembali.Mereka ingin menang dan berkuasa itu saja.Kelemahan orang Melayu pula dengan Islam kebelakangan sangat menonjol.Agama Islam adalah agama yang perlu fahaman..berpengetahuan and pemahaman ia bukan macam agama lain lain sukar difahami.Allah berkali-kali sabda dalam Al-Quran"Allah mempermudahkan untuk umatnya dalam segala urusan duniawi tetapi manusia ini menyusahkan diri sendiri dengan Nafsunya .Apa saja tuan guru atau pun orang-orang memakai jubah atau serban kata adalah kata-kata yang adalah betul belaka.Dengan sebab itulah bomoh-bomoh atau dukun pun selalunya menggunakan ayat-ayat al-quran untuk memesongkan tanggapan pelakuan sihir dan kurafat mereka dengan dibentukan jadi Islamik.Wal hal pada masa ini ahli politik bangsa asing dan bukan Islam pun dah pandai gunakan ayat al-quran dan cuba mengajar orang Melayu tentang sejarah hidup sahabat Rasullulah untuk meraih simpati dari penggundi Melayu.Agama Islam dijadikan sempit oleh golongan ulama-ulama politik ini,wal hal mereka tahu undang-undang syariah ini lebih luas dan untuk kesejateraan umatnya ,Tapi mereka yang menggunakan agama dalam politik ini menjadikan Islam sempit dan mentafsirkan mengikut selera nafsu mereka.Perhatikan selalu, Mereka yang menggunakan agama dalam politik ini selalu saja ini apabila membaca dua tiga surah dalam ceramah mereka untuk menunjukkan kehebatan Islamik.Perhatikanlah mukadimah-mukadimah penceramah-ceramah PAS berjela-jela sampai kita tak pernah dengar perkataan pun ada..ini semua untuk apa?.sengaja memesongkan para pendengar menunjukkan mereka ini lebih Islamik daripada pihak seteru yang lain.Bahasa-bahasa dan puisi arab diselitkan dalam ceramah supaya lebih Islamik..seolah-olah ceramah mereka ini seperti, Sami Budha dan Sami Hindu membaca mentera dalam bahasa Sanskrit yang sukar difahami.Maka terloponglah mulut orang-orang yang tak faham bahasa Arab dan Tafsiran Al-Quran ini.Dulu ada juga mereka katakan Parti Pas..Parti Allah..siapa undi Pas masuk syurga!..alahai..kerana orang Melayu makin pandai slongan-slongan ini diharamkan oleh majlis fatwa.Siapa yang mempunyai hak dosa dan pahala ini?bukankah itu urusan Allah?.Kalau tidak masih kedengaran slongan ini sampai sekarang.Cuma kita nak tanyalah..pada golongan PAS..sekiranya perjuangan pemimpin-pemimpin hampa (bukan perjuangan hampa..kerana kita tahu perjuangan hampa memang ikhlas)Ikhlas 100% kenapa dah berjuta solat hajat,berjutaan doa selamat dan dah lebih lima-puluh tahun ini Allah tak makbulkan doa pemimpin-pemimpin kamu!.Kalau apa jua perkara kalau tak direstui Allah dalam lingkungan 40 ubahlah pendirian kamu semua...ia termasuk 40 hari...40 bulan..atau pun 40 tahun kalau sanggup tunggu lepas 40 dekad manakan tahu.Orang kata "kalau musuh itu tak dapat kalahkan kita bersamalah dengan musuh itu dan berjuang dari arah yang lain...Sudahlah perjuangan kamu itu semua sia-sia belaka!.Masuklah ramai-ramai kedalam UMNO supaya kita sama-sama fikirkan satu jalan,satu misi,satu perjuangan yang sekata untuk menjadikan negara ini negara Islam yang tersohor di dunia ini.Lupakanlah perjuangan yang sia-sia ini yang penuh dengan kepura-puraan,bermuka-muka dan gila kuasa ini.Kalau kamu semua boleh bergabung dengan orang gila kuasa dan kafir yang lantang suarakan penentangan Islam apakah Melayu Islam UMNO ini lebih hina dari mereka itu.Janganlah berdendam kerana niscaya apai dendam itu akan membakar diri kamu semua yang berniat dan bertujuan baik menjadikan negara Islam ini.
Post a Comment