Rabu, 3 Disember 2008

APAKAH ERTI SEBENAR"KETUANAN MELAYU"


Isu atau perselisihan kefahaman tentang “ketuanan Melayu”sering menjadi perbalahan di antara kaum di Negara Malaysia.Slongan ini wujud sebagai satu nafas dan semangat baru yang ditiupkan oleh golongan cendikiawan Melayu pada 1940 yang menjadi pemangkin kepada penyatuan Bangsa Melayu dalam menentang ‘Malayan Union’ yang di bawa oleh penjajah British.Ungkapan ini menjadikan kaum lain di Negara ini sentiasa resah dan gelisah sehingga menentang secara terbuka beberapa kali.Namun keredaannya masih belum nampak penyelesaian yang total.Seringkali ungkapan ini menjadi alat yang penting untuk ahli politik mahu pun dipihak kerajaan atau pihak pembangkang untuk mencari publisti murah.Kononnya mereka lah ‘hero’ dalam perjuangan kaum mereka.Akibat dari tindak-tanduk ahli-ahli politik yang tak berhemah ini seringkali mewujudkan satu keadaan keselamatan yang tak menentu di kalangan masyarakat di Negara ini.Walau pun kerajaan telah mengubah Akta Hasutan pada 1970 dengan menambahkan tiga lagi perkara dibawah Akta Hasutan dengan tidak dibenarkan menyoal atau berbincang secara terbuka berkenaan 1.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi,2.Kedudukan keistimewaan Melayu atau ketuanan Melayu,3.Perihal kedudukan Raja-raja Melayu, tetapi masih lagi yang berani mencabar pihak penguatkuasa dalam ucapan di khalayak umum.Sudah tiba masanya pihak penguatkuasa undang-undang negara mengambil tindakan tegas terhadap mereka sebelum keadaan menjadi buruk.Ahli-ahli Parlimen juga tidak dikecualikan dalam penguatkuasaan akta ini dalam sidang parlimen.Akta ini juga tidak boleh diubah tanpa diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.Dalam perkara ini kuasa mutlak dalam ketuanan Melayu di pegang oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu.Pihak ahli politik tidak mempunyai sebarang kuasa.Dengan itu orang-orang Melayu tak perlu gusar tentang hak mereka yang telah begitu kuat diperikatkan mengikut undang-undang Negara yang tertinggi.Yang perlu ialah penguatkuasaan undang-undang.Cuma segelintir ahli-ahli politik dari kalangan Melayu atau pembangkang sengaja ekplotasikan isu ini untuk kepentingan politik peribadi.

Pada tahun 2004 Dewan Bahasa Dan Pustaka memberi erti apa kah itu “Ketuanan Melayu”?

“Semangat cinta akan apa saja yang berkaitan dengan Bangsa Melayu seperti hak politik,Bahasa,Kebudayaan,Warisan,Adat Istiadat dan Tanah Air Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai Tanah Pesaka Melayu”.

Menteri Penerangan Malaysia Datuk.Ahmad Shabery Cheek pula berkata:

“Ketuanan Melayu tidak bermaksud pehubungan diantara “Tuan”(master) dengan Hamba (Slave) tetapi ia adalah bermaksudkan kepada Duli-Duli Raja dan Sultan yang satu ketika dulu pernah menjadi Tuan (masters) di Tanah Melayu tetapi demi rakyat mereka rela mengorbankan Tanahnya kepada Rakyat dengan persetujuan Perlembagaan Persekutuan demi kemerdekaan Tanah Air dari penjajahan British.Dengan sebab itulah mereka diberi keistimewaan kekebalan Undang-undang dalam atikel 182 perlembagaan Malaysia”.

Pada 28,April 2008 semasa Mesyuarat Tertinggi UMNO Pak Lah pula menerangkan:

“Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud bukanlah orang Melayu ingin mendominasikan kaum lain dengan kuasa atau paksaan.Orang Melayu adalah bangsa asal Tanah Melayu,mereka perlukan bantuan yang membolehkan kuatkan jati-diri mereka untuk maju dan berjaya.Sekiranya mereka tidak maju dan berjaya mereka bukanlah “Tuan”tetapi mereka Cuma kuli saja.Tiada siapa yang mahu jadi kuli di Negeri sendiri”.

Tun Dr.Mahatir Mohammad di blognya Che Det pada 16 May 2008 menerangkan:

“Memang Melayu menjadi Tuan,dalam Tanah Melayu dulu.Kerana Melayu tidak berusaha melawan penjajah maka di zaman Tanah Melayu dijajah yang jadi “Tuan”dan yang dipanggil “Tuan”oleh orang Melayu sendiri ialah penjajah British.Kita boleh panggil kita “Tuan”tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kepada mereka,memanggil diri kita “Tuan” tiada bermakna.Dalam 50 tahun kita Merdeka,kuasa politik ada pada kita.Ini membolehkan kita panggili diri kita “Tuan”.Tetapi kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan social juga.Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran di zaman teknologi tinggi.Tetapi kita amat kurang berusaha kearah ini.Kita lebih suka cari jalan mudah.Biar saja orang bekal segala-galanya kepada kita.

Nasib orang Melayu ada ditangan orang Melayu.Kita tidak jadi “Tuan”dengan mengungkit sejarah semata-mata.Kita boleh jadi “Tuan”jika kita berani bertindak,kita sanggup hadapi risiko,kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.Ketika itu tanpa memanggil diri kita “Tuan” dunia akan iktiraf kita sebagai”Tuan” sebenar”.

Saudara Datuk Anwar Ibrahim pada 15 April 2008 berkata:

“Ia bukan Ketuanan Melayu tapi ia adalah Ketuanan Rakyat”.

Nota Penulis:

Kita renungkanlah bersama agar konflik ketuanan di Negara ini tidak berpanjangan.

3 Comments:

Tanpa Nama said...

Ketuanan Melayu adalah satu kesesatan di sisi Allah dan RasulNya.

**Taliban**

jiro said...

Salam,

Taliban mcm mana enko boleh kata sesat pulak mana ajaran yang enko belajar nie enko nie terlalu ekstrim sangat. sebab tulah islam makin lama makin tenat sebab org mcm kamu le islam jadi tenat dan lemah satu dunia pandang islam rendah, satu dunia pandang islam penganas, satu dunia pandang islam pengotor sebab org macam kamu lah yang buat dunia pandang islam mcm tu. kenapa bila kita nak perjuangkan hak bangsa enko boleh kata sesat itu hak kita. hak kita yang akan dicuri oleh bangsa lain paham.... cuba enko bukak skit skop islam itu sendiri islam tu bukan mundur islam itu no satu makna no satu dalam semua bidang ekonomi, ketenteraan, ilmu, dan mcm2 lagi. untuk mendapatkan gelaran no satu nie semua umat islam mesti bersatu padu mencipta dan membentuk monopoli dlm bidang tersebut tetapi bagaimana kita kena gunakanlah akal yang waras yang telah dianugerahkan oleh Allah nie sepertimana kita tahu melayu majoriti islam bila perjuangkan hak melayu beerti islam. bila melayu dijulang islam terbilang dan gemilang dgn bila melayu berkuasa islam mudah tersebar dan barulah sedikit demi sedikit ekonomi dapat dipegang oleh islam bila ekonomi semakin maju maka islam dapat membeli kelengkapan ketenteraan yang canggih tetapi itu tidak cukup kita perlukan ilmu utk menggunalan kelengkapan yang canggih dan secara otomatiknya melayu islam berilmu berkuasa dan berdaya saing barulah islam dipandang agama no satu. kalau melayu lemah maka islam akan lemah percayalah taliban... jangan sempitkan otak enko tu tolong......

Tanpa Nama said...

Kalau ambil pendekatan Ketuanan Melayu itu ada tuan ada hamba, macamana pula slogan Hidup Melayu, yang tentunya kalau Melayu hidup maka bukan Melayu mati. Begitu ke. Bagaimana dengan 'puan', kalau ada tuan tentu ada puan. Kepuanan Melayu?. Kah kah.

Apalah dangkal sangat cara berfikir. Ketuanan Melayu perlu dilihat tuan daripada konsep tuan rumah. Melayu itu citra dan jati diri dan bukan sekadar melihatnya dari sudut bangsa yang begitu sempit. Kaum Cina dan India patutnya digelar dengan pengenalan bangsa imigran sahaja. Tak perlu Cina atau India.

Masalah dangkal dalam berfikir inilah menyebabkan Melayu sukar diterima, waima bahasa Melayu. Sedangkan Inggeris sebagai satu bangsa dalam konteks sempit tidak pula dilihat sedemikian. Taasub dan fanatik kepada keinggerisan pula diterima dengan reda.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online