Selasa, 2 Disember 2008

KUNTAKINTE: UMNO MENANGKIS SERANGAN DARI SETIAP PENJURU


Salam, teman kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pulak oleh parti komponen dalam BN, sedih teman lihat pemimpin2 UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti2 isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan orang2 melayu, bukan hanya untuk orang melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang melayu di mukabumi ini, kestabilan orang melayu bermakna stabillah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti cina dan india serta bangsa2 lain di malaysia ini.

Chua Soi Lek yang kita kenali tak bermaruah, Chua yang kita sedar tak beretika kini mengambil kesempatan untuk menjadi hero dikalangan bangsanya konon nya pejuang kepada bangsa cina mengunakan isu perkauman menghidupkan suara api pembangkang dalam komponen, Ketuanan Melayu di sentuh, diulang2 kan isunya, berkali2 kita perjelaskan maka berkali2 lah isu ketuanan ini diulangi semata2 bertujuan untuk kepentingan diri sendiri demi mempopularkan kepopulariti yang hilang sejak dia melakukan seks zaman kini, sudah tentu populariti dikalangan bangsa cina akan di perolihi semula maka UMNO pula yang akan di benci kerana pertahankan isu tersebut. Akhbar Cina akan mula lah mempamerkan semula di dada akhbar mereka DS Hisham mencium keris, gambar KJ menunding jari kepada orang cina akan berulang2 ditayang kelak di dada akhbar mereka semata2 untuk memanaskan badan bangsa cina.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan melayu umpama melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itu lah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu yang disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Kesitimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, ini lah yang dikesan dan di cium oleh AN War dan pembangkang kelemahan UMNO dalam keadaan ini, itu lah kelemahan yang di lontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist. UMNO terpaksa bakar diri untuk menerangi melayu lain dan keseluruhan bangsa2 lain, ini lah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yag condong kura2 cuba memanjat, ini lah sedang berlaku, MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untong dengan senyum puas.

Chua Soi Lek di templak oleh Presidennya Ong Tee Kiat diatas keceluparannya, dan mengangap itu suara individu Chua Soi Lek untuk mendapat kepopulariti murahan, ini sedikit melegakan orang melayu, Ketua Wanita MCA turut mengambil kesempatan untuk popularkan diri dengan menyambung ungkapan jahat Chua, Presiden MCA perlu tegas, Ong perlu keras mengambil tindakan seperti yang diambil oleh UMNO terhadap suara berani Dato Ismail dengan mengantung keahlian UMNOnya, tetapi apakah tindakan MCA terhadap Chua dan Ketua Wanita MCA terhadap Isu yang serupa seperti Dato Ismail?, MCA perlu mengantung, mengugurkan jawatan mereka berdua demi menjaga semangat BN, celupar dan jahat tindakan mereka perlu dihukum tanpa kompromi.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati2 tetapi berani dan tegas.

Sedar atau masih lalai kah orang Melayu UMNO dan orang melayu keseluruhannya, mampukah kita hadapi keadaan ini, mampukah anak bangsa kita di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu, dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh melayu ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat2 cina yang dikuasai oleh cina secara total, apakah nasib anak cucu, cicit piat piut kita di masa mendatang, tak sedarkah oleh kita untuk bersatu kembali, perpaduan melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu, kita tersepit dalam isu ini, kita memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang melayu kini dilontarkan isu yang sama untuk kita pertahankan dengan di perhatikan oleh bangsa cina dan india dan akhirnya UMNO tidak mendapat sokongan. apa kah UMNO yang kukuh dan gagah perkasa sekian lama yang dapat mengatasi rekod pemerintahannya berbanding dengan parti2 besar lain di negara lain akan di robek2 di carik2 dengan gelojoh oleh bangsa cina dan india, apakah sejarah tanpa kubur seperti Parti2 besar seperti kongres di India, Gulka di Indonesia, Konsevertif di UK, LDP di Jepun yang berkubur tanpa Nesan akan berlaku kepada UMNO, mungkin YA atau mungkin TIDAK semuanya terserah kepada orang Melayu UMNO dan keseluruhan orang Melayu yang cintakan negara dan berkecuali.

Apapun aku berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar memelihara Agama Islam, memelihara Bangsa Melayu, memelihara Parti UMNO dan memelihara Negara, teman insaf diatas apa yang Engkau kurniakan dan jadikan adalah atas keredhaan mu jua, sesungguhnya padaMU jua aku berserah. amin ya rubil alamin.


Penulisan pena KUNTAKINTE

9 Comments:

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Penulisan yang baik dari KUNTAKINTE

Bloggers Pembela Negara said...

assalamualaikum.

salam ziarah

Ini siri lawatan ke semua rumah blogger blogger BPN yang bersemangat dan komited.

Moga ikatan kita akan semakin jitu dari hari ke hari. Apabila niat kita semua menjadi satu.

Jangan dihirau cacian orang bahkan jadikan sebagai satu semangat membakar obor perjuangan.

Berjuanglah demi mengharapkan keredhaan Allah sebagai Tuhan kita yang satu !!!

salam.

Taminsari said...

UMNO tidak berseorangan berjuang mempertahankan kedaulatan umat Melayu dibumi tercinta ini. Tugas kita berdiri teguh dibelakang UMNO untuk sama-sama berjuang menangkis segala bentuk serangan dari luar dan dalam. InsyaAllah.

Mohammad Roslan said...

Salam,

Satu cetusan dari lubuk hati insan intlectual dan dari seorang ahli biasa UMNO!.Dulu tahun 50an- 80an apabila saja isu Melayu ditimbulkan, UMNO menjadi pahlawan untuk menentang apa jua tohmahan.Kerana pada masa itu UMNO menjadi satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib Melayu.Parti PAS cuma side-liner yang memang suka Melayu dihentam kerana mereka fikir mereka pembangkang..atau "Vulture"yang suka makan bangkai!.Tunggu UMNO jadi bangkai dan boleh makan bangkai UMNO!.Dan Apabila di PR12 menampakan satu lagi "Vulture" yang sedang mengintai untuk makan bangkai UMNO!.Sebenarnya kedua-dua "Vulture" ini bukan dapat makan bangkai UMNO tapi menunggu Bangkai daging sendiri (Melayu) untuk dibaham!.Apa punya hinanya membiarkan dan menunggu untuk bangkai(Melayu)ini....Kamu semua bergaduhlah sendiri wahai orang Melayu kalau keadaan ini berterusab satu hari nanti kamu semua akan dikitai-kitaikan oleh bukan Melayu di negara kamu sendiri sekiranya kalau mereka dari Sabah dan Sarawak bersatu dengan bukan Melayu semenanjung!.Jangan ingat kamu semua dapat mempertahankan hak Melayu dengan berbagai-bagai parti yang sedia ada seperti sekarang...dan memikir sekiranya ada kesusahan baru boleh bersatu.Pada masa itu kamu semua akan terlewat."Demi masa, manusia itu dalam kerugian"... Kalau Bangsa yang tak ada perpaduan .. bangsa yang lemah,Kalau bangsa lemah maka Islamnya juga akan Lemah.Maka Islamnya lemah maka Negara akan lemah!.Sebenarnya pemimpin bukan Melayu sedang test perpaduan Melayu..tindakan balas pihak PKR dan PAS!.PKR adalah bahan uji MCA sekarang ...kalau pkr senyap maknanya dia menang dengan ideologinya parti percampuran etnik tetapi pemimpinya kalah mempertahankan hak Melayu!.Anwar cerdik tak cepat melatah seperti orang UMNO...fikirkan sendiri tentang senyum-sipu kedua-dua vulture's ini...siapa yang cerdik akan faham permainan politik mereka dan MCA...dr.Chuah..hah!hah!MCA suka berpolitik cara pemikiran berstrateji peperangan!!!!!......perlu kematangan dalam politik!!!.Jangan cepat latah...berfikir apa strateji musuh..Wassalam.

Tai said...

Ha, betoi jugak kata mamak Penang. Betoi sungguh. Hampa orang melayu, la ni, kena pandai. Hampa kena ingat, kalau hampa asyik dok gelabah, depa syiok tengok. Sebabnya, orang yang gelabah ni, walau pun tajam pemikirannya, dia akan hilang idea. Toksah gelabah. Tapi atur strategi.

Kes Chua ni dan kes-kes lain, depa dah berani pasai depa syiok tengok penggelabahan orang. Apabila melayu sudah gelabah, maka, belum habis issue pertama, issue kedua akan dilancarkan. Sebab apa, sebab apabila keadaan belum sejuk dan apabila melayu dok gelabah dan kalut lagi, pemikiran payah nak jalan. Dan, apabila issue kedua ini timbul, maka, akan lebih gelabahlah melayu. Maka, semakin bercelaru dan tak dapatlah nak berfikir strategi musuh encik.

Untuk menajamkan pemikiran dan mengatur strategi serangan balas. melayu mesti cool. Cool dan relax. Apabila keadaan ini dibuat, maka akan terserlahlah kehebatan dan kebijaksanaan orang melayu.

Kena ingat, serangan demi serangan dilakukan terhadap Umno kerana orang Umnolah yang paling banyak gelabah. Ingat, jangan gelabah. jangan guna media untuk melepaskan penggelabahan hampa semua. Ingat, pembangkang amat seronok buat issue pasai orang Umno adalah orang yang paling suka nak menggelabah tak tentu pasai dan bukannya nak cari jalan tangkis balik apa yang depa kata.

Terima kasih kepada mamak Penang sebab menulis tentang gelabah ni. Dah dapat ilham untuk menulis daloam blog.

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Ada strategi dari catatan sejarah perang di Negeri China

Mereka akan bising-bising jika mereka tidak kuat

Contoh keadaan MCA sekarang

Tai said...

Aha, boleh terima jugak. Tulah cina. Penakut kalah.LEKIR
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
KUNTAKINTE: UMNO MENANGKIS SERANGAN DARI SETIAP PE...":

Assalamualaikum,

Ada strategi dari catatan sejarah perang di Negeri China

Mereka akan bising-bising jika mereka tidak kuat

Contoh keadaan MCA sekarang

Tam Dalyell said...

Belum ada pilihan lain. Laksanakan sahaja cadangan Mukhriz.

Untuk PRU13, bawa sarapan semeja PAS & UMNO.

Di mana PAS duduk, di situlah kuasa naik tahta. Malangnya sekarang ini bukan Melayu yang dapat manfaat dari kuasa ini.

kuntakinte said...

Salam, abangtuah malu ngak teman abangtuah hilight tulisan teman dan dikomen dik sahabat2... apa pun terimakasih.

Teman setuju jugak apa yang di ketengahkan dik sdr Dal, cuba UMNO dan PAS bersatu, kita bagi UMNO jawatan PM, wujud jawatan TPM 1 dari UMNO dan TPM 2 kepada PAS dan bahagi2 kan jawatan Menteri...... kita lihat bagaimana perubahan politik tanahair, dan dapat kita lihat macamana gelabah pulak si Cina dan India dan segelintir Melayu seperti AN War... PAS mungkin boleh terima sedangkan si Kafir Harbi macam DAP pun mereka boleh berkerjasama malah di buli di negeri2 tertentu kenapa tidak berkerjasama dengan UMNO.

UMNO pulak kena bersikap terbuka jangan kedekut unt berkongsi kuasa sesama melayu dan Islam.

Terimakasih pd sdr lekir diatas puji2an tu, tapi teman rasa macam tak layak je terima pujian tersebut maklumlah teman hanya semut merah, pujian patut pada abangtuah, apaingelai dan mamak sifu utara.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online