Isnin, 3 November 2008

KISAH LAMA YANG MENYEDIHKAN.


KEPUTUSAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep Malaysia yang cuba dibawa oleh Tunku yang dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.


Sumber rujukan daripada


8 Comments:

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Tengoklah apa yg terjadi pada orang Melayu Singapura sekarang?Lee Kuan Yew telah membawa masuk beribu-ribu orang Cina dari Hong Kong menjadi permanent resident di Singapura menyebabkan orang Melayu menjadi semakin minoriti.

AbgTuah said...

Salam,

Benar kata tuan hamba tu Lekir. Ditambah burukan lagi orang Melayu Singapura dipecah-pecahkan mengikut sukuan Banjar, Jawa, Boyan, Mamak, dan lain-lain bagi memecahkan kekuatan undi mereka. Keadaan berpuakan tersebut telah menular di Negara kita dimana ada puak UMNO, PAIh dan PRKss.

ApaiNgelai said...

Salam,

Sekarang ni pun dah nampak ura-ura nak 'mengsingapore'kan P.Pinang, Perak dan Selangor. Apakah masih lagi ada Melayu PKR dan PAS yang tido?

Menjadi tugas UMNO untuk membangunkan mereka semua dari tido. Kalau dah dikejutkan pun tak bangun juga, kene simbah guna air le jawabnya....

AbgTuah said...

Salam,

Tinggi harapan Apai, begitu jugalah harapan kawan agar UMNO, PAIh dan PKR dapat mencari titik pertemuan, titik permaufakatan, demi kebaikan semua Melayu, Islam dan semua bangsa.

Kita doakan ajelah, walau pun nampaknya harapannya amat tipis sekali.

Mamak Penang said...

Salam,

Yang paling penting ialah Orang Melayu perlukan minda yang ingin berdaya maju!.Mamak fikir apabila negara ini maju tanpa Minda orang Melayu maju.Orang Melayu akan ketinggalan di tanah mereka sendiri.Apabila ini berlaku,orang Melayu akan kecewa bukan kerana sikap mereka tapi dengan UMNO.Kerana selalunya modal pihak pembangkang ialah "apa telah UMNO buat selama 50 tahun memerintah untuk Melayu!.Tapi tak pernah pulak tanya apa orang Melayu buat untuk negara ini selama 50 tahun?.Selain dari menuntut subsidi kerajaan dan hak Istimewa tender dan lesen kemudian ali babakan!.Illusi parti PAS nak buat kerajaan Islam dan baru negara ini maju...!lagi sakitkan minda Melayu!.Megahlah kaum parti pembangkang dengan kerajaan ini yang tak pernah melutut kat Amerika selama ini seperti banyak negara-negara Islam yang lain didunia ini yang mempunyai hampir rakyatnya 98% Islam berjanggut dan pakai jubah!!!.Apa yang hampa parti PAS boleh buat...cuma mintak duit kerajaan pusat!. kalau tak bagi... mau potong kayu balak!.Tak ingat lagi ke satu masa dulu...nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun tak ada duit masa raya haji!.Keadaan akan berulang!.Memerintah negara bukan macam khutubah berapi kat Mesjid!.Ini baru tak sampai 1 thun memerintah nak bagi post tinggi kat bukan Melayu kalau 10 tahun memerintah lingkop Melayu!.

Yang sedih satu pihak ingin kuatkan mental Melayu yang satu pihak pulak nak lingkupkan Melayu.Bapak Mamak dulu suka cerita kisah Nabi-Nabi waktu kami kecil dahulu.Mamak masih ingat kisah sahabat Nabi yang tinggalkan Unta kenaikannya diluar Mesjid tanpa mengikat.Dan Nabi menegur sahabatnya dengan bertanya "kenapa kamu tinggalkan Unta kamu tanpa mengikat terlebih dahulu sebelum memasuki mesjid?".Sahabat Nabi jawab "Allah akan membantu menjaganya".Dan Nabi berkata "kamu pergilah mengikat dulu unta kamu selepas itu barulah kamu doa pada Allah supaya allah membantu menjaga unta kamu itu".Dengan ini kita sebagai hamba Allah perlu melakukan kewajipan kita selepas laksanakan kewajipan kita ,barulah memohon pada Allah!.menyerahkan bulat-bulat pada Allah tanpa berusaha adalah kerja orang malas dan balaq....Wassalam.

kiai hatim_al banjari said...

melayu2
macam mana kita mau jadi bangsa yang kuat??
lihat abg tuah singapura telah dimiliki org cina???
igat abg tuah melayu malaya sudah lupa daratan..
sekarang identiti melayu semakin luput ditelan zaman ???
lihat pemimpin2 bangsa melayu sekarang hanya pandai menjulang keris dan cakap manis dibibir.
hari ini lihat bahasa ibunda (melayu)sendiri digadai di tanah sendiri.mcm mana nak bela melayu di tanah yang sudah dimliki org(singapura)..

kiai hatim_al banjari said...

mamak penang jiwa melayu hanya dapat disatukan hanya dengan islam.melayu tidak dapat disatukan dengan pas ,umno,atau mana2 parti politik
lihat sendiri mana pihak yang memebawa kita kepada islam .dan yang mana pula pihak yang menjauh kan kita kepada islam ...

AbgTuah said...

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan.

tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

So Tuan kiai hatim_al banjari mana yg perlu kita pilih..pertumpahan darah berpanjangan atau keamanan

Nasik telah menjadi bubur.keputusan Tunku..ada baik dan juga ada buruknya..terpulanglah kepada kefahaman masing-masing..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online