Rabu, 29 Oktober 2008

PANGLIMA SALLEH

Panglima salleh berdiri ditengah.
Penulis ingin memaparkan semula kisah Panglima Melayu iaitu Kiai Salleh sebagai tatapan umum terutama bagi tatapan generasi muda yg tidak berapa faham tentang pahit getir pahlawan dulu mempertahankan agama, bangsa dan negara dari keganasan komunis.
Mohd Salleh bin Abdul Karim

Kiai Salleh atau Panglima Salleh, nama sebenarnya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan mempertahankan diri daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.
Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Bagi mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

8 Comments:

ApaiNgelai said...

Salam Abg Tuah,

Kalau dulu ada 'Pakatan Askar Bintang Tiga', sekarang reformasi dah..... dia dah jadi 'Pakatan Askar Bulan Tiga campur satu roket'. Ideologi tetap sama... Hak sama rata.

Itulah tertubuhnya PKR hasil dari pecahan PKM. Pemimpinnya pakar pemidato seperti Hitler. Penyokongnya ganas seperti Askar Nazi. Marilah bersama kita menentang penjajahan komunis-komunis ini. Kalau boleh lenyapkan PKR dan DAP. Hidup BN!

Mamak Penang said...

Salam,
Bangsa Melayu perlu sedar bahawa Zaman Kegemilangan Bangsa Melayu sudah berada di ambang abad ini.Kebanyakan Tamadun dan kemajuan Bangsa lain di dunia ini dah pun tamat.Mamak yakin satu masa ini kegemilangan Bangsa Melayu akan tiba!.Ini kenyataan.Apa yang perlu ialah persiapan diri untuk menempuh hakikat ini.Kesatuan Bangsa Melayu amat diperlukan untuk kearah ini."Allah tidak akan membantu nasib sesuatu Bangsa melainkan mereka menolong diri mereka sendiri".bangsa Melayu perlu menguatkan barisan yang sedia ada bukan satu barisan yang baru seperti Keadilan atau Pas.Yang sedia ada UMNO ini perlu diperbetulkan seperti Parti Koumintang,Taiwan.Maka pulihnya parti ini pulihlah Bangsa Melayu.Jangan lari dari kenyataan,kesalahan dan kesilapan yang lalu.Apa yang perlu ialah sikap pelajari dari kesilapan yang lampau dan terus memandang kehadapan untuk kemajuan bangsa.

Wasalam.

p/s:Salam Apai...dah pakai simbol dacing.Baguslah itu...mai kita guna timbang "digital"dari sekarang supaya senang untuk mengira!.Mamak masih gemar pakai dacing yang lama kerana tak perlu tukar bateri.Cuma perlu beriman semasa menimbang!.kerana Allah akan menimbang kita diakhirat kelak!.

HANG LEKIR said...

Assalamualaikum,

Satu cerita menarik dari kawan Panglima Saleh iaitu seorang guru silat.

Panglima Salleh pernah menentang 300 komunis di sebuah bukit seorang diri dgn hanya menggunakan parang panjang

Selepas beberapa jam,semua pengganas tersebut dapat ditewaskan

AbgTuah said...

Salam para Sahabat.

Selamat datang ke teratak buruk Tuah yg tak sepertinya ini. Tuah amat berbesar hati dengan kehadiran sahabat semua.

Ya, memang benar Apai, kita tidak boleh biarkan apa sahaja perkara atau ancaman yg boleh mengangu-gugat keamanan dan kesejasteraan negara kita ini.

Jadi marilah kita bersama-sama berusaha agar kemenangan sentiasa berpihak kepada agama dan bangsa. Marilah kita mencekalkan hati, menguatkan semangat, menambahkan ilmu dan menebalkan iman demi meneruskan perjuangan mulia ini.

Benar Mamak haji, Bangsa Melayu perlu sedar bahawa tiada jalan lain lagi untuk bangsa dan agama kembali cermerlang serta mencapai kemenagan melainkan dengan cara bersatu hati dan mengukuhkan kembali permaufakatan.

Benar Lekir, Kiai Salleh dan Tentera Selepang Merah berjuang dengan yakin, berani, tabah, tawakal dan iklas. Tuah dengar cerita mulut mengatakan beliau dan pengikut mengamalkan ilmu ayat empat. Sebelum keluar berjuang beliau memberikan pengikut minum air dari tempayan yg dipercayai dibacakan dengan doa. Pengikut akan diberikan sehelai kain merah setiap seorang, mungkin untuk dipakai sebagai selepang.

Dengar cerita air itu hanya air biasa bertujuan untuk menaikan semangat dan keyakinan pengikutnya. Manakala kain merah itu sebagai tanda untuk mengenali sekiranya perjuang terkorban.

Tanpa Nama said...

kalau nak contohi kiyai Salleh, ambillah perkara terasnya. Kehidupan beragama yang diamalkan bukan hanya semangat. Dengan semangat sahaja, kata orang2 tua 'mati katak je'. Kena ada sandaran yakni Rasulullah SAW yang telah perjelaskan setiap sesuatu tentang kehidupan. Jihad atas nama melayu adalah sesat. Jihad atas nama Islamlah satu2nya yang benar. jangan cuba dicampurkan dengan unsur2 lain.

ApaiNgelai said...

Salam,

Kawan seronok, ada juga insan yang masih cuba nak menerapkan roh agama kat dalam permainan politik ni hah. Alhamdulillah.

Ada masa nye kene juga balik kat landasan agama - bukan apa, tonyoh menonyoh, maki memaki, sumpah menyumpah, umpat mengumpat semua tuh dah sinonim dah jadi satu pakej dalam cakap-cakap politik nih.. Agak-agak lah, kuranglah ceria dan sunyi sepi bolg-blog kalau takdak suma sampah nih, betul tak?

Marilah sama kita ingat mengingati, cuba terapkan niali-nilai Islam kat dalam perbincangan waima pun perbalahan. Biar orang yang bukan Islam nampak cara-cara orang Islam bermuzakarah.. beradab. Kalau mampulah.....!

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,情色論壇

珍珠奶茶Eason said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online