Isnin, 3 November 2008

TARAK TIRIS PUNYA

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter yang telah digantung, kata Pengerusinya, Datuk Azmi Khalid hari ini.


Beliau memberitahu pemberita di Parlimen bahawa mesyuarat PAC mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan prosedur dalam proses tender pembelian Eurocopter.

Bagaimanapun, PAC memandang berat pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh kerajaan itu.
Azmi juga berkata, jawatankuasa itu mahu kerajaan lebih telus pada masa hadapan, dan menyarankan supaya panel semakan bebas ditubuhkan untuk pembelian-pembelian yang membabitkan perbelanjaan yang besar.
Menurutnya, PAC akan terus memantau urusan pembelian Eurocopter.

Petikal dari artikal http://www.pemudaenggang.wordpress.com/
Sumber malaysiakini

HAHAHA MANA ADA TIPU-TIPU SEPERTI YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN.

Berkaitan Helikopter EC725;

Perolehan Helikopter Eurocopter EC725 akan dilengkapai dengan alatan persenjataan dan navigasi yang serupa dengan yang di gunakan pakai oleh Tentera Udara Perancis. Ini termasuk juga keupayaan menjalankan misi navigasi di waktu malam dan tidak di miliki oleh mana fleet helikopter didunia selain Perancis.

Mengikut laporan, 12 EC725 yang akan diperolehi mampu dikonfigurasikan menjadi heli yang berkeupayaan tempur cari dan selamat (CSAR).

Selain dari boleh dikonfigurasi sebagai CSAR sepenuhnya EC725 juga memiliki ‘agility’ untuk beroperasi didalam kawasan petempuran sengit kerana dilengkapi plat 'armour' dikawasan tertentu pesawat. Sebagai perbandingan Nuri hanya memiliki keupayaan cari dan selamat biasa dan tiada keupayaan seumpama itu.

Pesawat EC725 juga memiliki satu lagi keistimewaan iaitu mampu meneruskan penerbangan dengan selamat walaupun berada dalam keadaan ketirisan dan kehausan minyak hidrolik.

EC725 telah membukti keupayaannya dibeberapa operasi CSAR berprofil tinggi termasuk Operasi 'Baliste a French aeronaval operation off Lebanon' pada tahun 2006 untuk membawa warga eropah keluar semasa serangan sengit Israel keatas Hisbullah di Lebanon.

EC725 boleh mencapai kelajuan sehingga 324 kilometer sejam dan mampu mengankut 28 penumpang selain krew pesawat.

Para penganalisa menjangka EC725 mampu juga dilengkapi dan di pasang dengan RWR (Radar warning Receiver), cannons 20mm, pelancar roket and machine guns.

Sumber rujukan –Bernama.

2 Comments:

Ali Abdullah said...

Salam,

Walau apa pun tindakan kerajaan untuk memantapkan pertahanan terutama yang melibatkan jutaan ringgit, pasti pembangkang akan meng'isu'kan perkara ni.

Mari pula kita cakap tentang kebudayaan, pendidikan atau aktiviti riadah. Tengok mana jenis punya pembangkang yang masuk topik.. Rasa-rasa takdaklah. Pasai pa? Pasai tak dak duit yang nak di'isu'kan. Betui tak?

AbgTuah said...

Salam,

Tergelak kawan. Betul tuh apai, selagi bukan depa yg handle wang kerajaan, tak akan ada puas hatinya.

Wah apai, ikon baru nampak. Cantik burung tu, lambang Negeri Sarawak.

Kawan lega juga dengan kenyataan keputusan penyiasatan PAC tu. Maka terbuktilah tidak ujud penyelewengan didalam proses perolehan Heli tersebut. Keputusan PAC tentu tak boleh disangkal lagi kerana ahli korumnya juga terdiri dari semua parti pembangkang.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online