Ahad, 17 Januari 2010

CAH KETING DAN ABOVE THE LAW


'Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan,"


Nik Aziz akui 'cah keting'


Oleh RAHANA MOHD DAHARI

pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 16 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting' semalam.

''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.

''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini.

Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam seharusnya berdoa bagi memohon perlindungan daripada pelbagai masalah dan kejahatan.

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa.

''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.

Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menolak permohonannya untuk menuntut royalti minyak di kawasan bertindih Kelantan dan Terengganu, beliau berkata, kerajaan negeri tetap berhak membuat tuntutan.

''Itu hak Datuk Seri Mustapa namun dia tidak ada hak untuk menentukan rezeki orang lain. Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan," katanya.

UTUSAN ONLINE


KOMEN PENULIS..

BAGUSLAH KALAU DAH FAHAM BAHAWA SETIAP KEBURUKAN BUKAN HANYA TERTUMPU KEPADA ORANG LAIN SAHAJA. PAS PUN TAK TERLEPAS DARI SIKAP BURUK, BUSUK ATAU HIKAYAT ALMENANTUNYA KERANA PELAKON-PELAKONNYA ADALAH TERDIRI DARI INSAN BIASA YANG LEMAH DAN TAK MUNGKIN TERLEPAS DARI NAFSU INGIN BERKUASA, INGIN BERHARTA, INGIN TERNAMA, INGIN KELIHATAN HEBAT DAN LAIN-LAIN KEBUSUKAN.

INGIN MEMETIK KATA-KATA NIK AJIS..

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa.


''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.

BAGUS, ITU ADALAH SATU NASIHAT YANG BAIK. TAPI JANGANLAH KETERLALUAN MENCEMUH BANGSA MELAYU KERANA AWAK TU PUN MELAYU, PAS PUN MELAYU.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA ORANG MELAYU ISLAM DAH SEMEMANGNYA TAHU DAN FAHAM KITA BOLEH BERDOA DIMANA-MANA SAHAJA DAN PADA BILA-BILA MASA...MALAH DALAM HATI PUN KITA BOLEH BERDOA KERANA KITA FAHAM ALLAH SWT ITU MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.

LAGI SATU KENYATAAN YANG ENTAH APA-APA

''Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan," katanya.

NI TAK PAYAH PAKAI LAW NI APA KE HALNYA..COMPIUS PENULIS DENGAN KENYATAAN INI…!!!

24 Comments:

C L J said...

eeeleh dia pun chah keting gak. Cuma dia pandai buat cara terlindong dan payah nampak je. Yang dia dok buat terang terangan tu terhadap saudara Islam yang tak masuk puak dia jer. Siap guna doa doa dan peralat Islam lagi.

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah,

Islam hanya sekadar pakaian untuk mengaut keuntungan, menipu umat Melayu Islam...... perangai tetap juga berlatarkan syaitan dan iblis.....

Tanpa Nama said...

Cah keting amendanya...kalau lah UMNO tak gila cah keting, dah lama Kelantan dalam tangan dah!!! ini menunjukkan mental UMNO ni jauh ketinggalan ke balakang...Pas cah keting ke, tak cah keting ke, Pas tetap maju ke depan gak, sedangkan UMNO sendiri berbalah..memang nak terkubur pun, makin lama makin lenyap...

Ni apa hal plak..si Nazri kata penduduk malaysia timur boleh plak guna kalimah Allah ni??? apa hal ni?? bengong betul UMNO ni...ala..ni sume nak pilihan raya jer...kan nampak sgt UMNO ni hipokrit bermain politik..aku sejak dulu lg tak caya langsung pd UMNO ni..sewel betul...lebih sewel dari org sewel

Tok Pambu said...

Apa nak heboh sangat, yang pasti BN/UMNO tumbang pada PRU13 nanti.

Dulu BN/UMNO sudah tumbang di Semenanjung, cuma Sabah dan Sarawak selamatkan BN/UMNO.

Isi agama ini akan menyebabkan BN/UMNO tumbang tersungkur di Sabah dan Sarawak pada PRU13 nanti.

Sokongan kami terhadap PR akan tetap teguh dan akan ber tambah2 teguh menjelang PRU13.

Yang pasti BN/UMNO sudah tiada harapan lagi untuk bangun.

HIDUP PR!

MATI BN/UMNO!

Hang Jebat said...

Salam.....

Sudah banyak kali umno termasuk dalam perangkapnya sendiri. Nak kata bodoh nampak macam cerdik tapi nak kata cerdik nampak macam makin bodoh. Aku tak bermaksud nak kata Umno bodoh tapi tektik umno tu yang bodoh. Kali ini kita lihat umno lagi sekali akan masuk perangkap yang dipasang sendiri dalam kes 50 juta. Kita tunggu dan lihat aje.

Diantara teknik pernah gagal dan terpalit tahi kemuka sendiri :

1. Pearakan kepala lembu. (walaupun umno tak mengaku menjasi dalangnya tetapi hakikatnya semua orang tahu). Kebodohannya, penggunaan kepala lembu itu sendiri, sebagai lambang protes,kenapa tak gunakan kepala kambing dan sewaktu dengannya.

2.Memainkan isu rampasan arak oleh Pas selangor.Kebodohannya mereka lupa bahawa perjualan arak berluasa berlaku sejak dizaman umno memerintah tetapi mereka tidak pernah bertindak pun.

3. Isu DAP dengan perjuangan Islam oleh Islam. Kebodohannya, secara tak disedari mereka telah mengiktiraf pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sebenarnya. Kata - kata Karpal, LANGKAH MAYATNYA JIKA PAS INGINKAN WUJUDKAN NEGARA ISLAM diulang tayang beribu - ribu kali. Tanpa mereka sedariumno mengakui mereka bukan berjuang untuk Islam.

4. Dalam usaha membersihkan imej umno dari rasuah. Kebodohannya memilih Khairil sebagai Ketua pemuda dengan alasan bersalah tetapi boleh bertanding, dan Isa Samad di Bagan Pinang dengan alasan sudah insaf dan dikenakan hukuman. Rakyat ketawa pada umno.

5. Isu Haji TGNA. mereka kaitkan dengan rasuah. Kebodohannya mereka ingat orang melayu akan termakan dengan isu ini. Namun mereka lupa pemikiran orang melayu pemberian untuk menjalankan kerja ibadah dipandang mulia.Dalam ISlam , dalam membuat amalan ibadah tidak kira kedudukan darjat seseorang. Rakyat ketawa pada umno.

6. Isu terbaru, Isu kalimah Allah. Islam di semenanjung dan sabah serawak berbeza dikastakan oleh umno.

7. Cukuplah dulu.... aku sibuk sikit ini.

Basuh Baju said...

udah2la tu abang tuah nak serang Nik Aziz tu. Adalah lebih baik Abang Tuah kaji sejauh manakah tahap pentadbiran negeri2 di bawah Pakatan. Takpun tengok dasar bersama mereka yg banyak kelompongan atau dlm erti kata lain sekadar beretorik dan repackage.

Bukan apa, bila kita burukkan Nik Aziz, org lain pun boleh burukkan Najib atau personaliti2 dlm BN.

Politik begini dah bosanlah. Anak muda macam saya naik menyampah. Sikit2 tu okeylah tapi kalau dah selalu nak main politics of hatred- sampai ke bili tahap politik kita nak berubah..

Tak gitu abang tuah? :)

Ali Abdullah said...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ali Abdullah said...

Nalapambu,

Agak2 kalau BN tetap menang yang mati itu awak kut? hehehehe....

Abgtuah, kawan tahu sedikit bahasa Iban...

"Awak ke sidak PAS ya cas keting dirik mpu.. sorry laban jako jai"

heheheh :P

Tanpa Nama said...

Umno kini dilihat semakin tak tentu arah...mereka kini dibwh najib semakin lemah...najib tiada lampu ajaib utk memulihnya UMNO...apa yg boleh dikatakan adalah cengkaman UMNO terhdp parti bersama BN dan rakyat semakin lemah dan pudar akibat pelbagai isu yg tdk dpt mereka tangani dgn sempurna...rakyat semakin marah kpd UMNO/BN akibat kelembapan najib dan kerajaan menyelesaikan permslhn rakyat dan isu yg membelit UMNO/BN....

-org dudk ditgh2-

Tanpa Nama said...

Salam Abg Tuah..

nak ulas kata2 kanda Jebat

Ulasan No1 Hang Jebat:-
Kebodohannya, penggunaan Manusia berserban dan berkopiah bergelimpangan mcm lembu itu sendiri, sebagai lambang protes,kenapa tak gunakan kepala DAP dan sewaktu dengannya.

Ulasan No2 Hang Jebat:-
Kebodohannya PR lupa bahawa isu rampasan arak sengaja dikecohkn konon menunjukkn PAS buat keje yg akhirnya tunduk & sujud dgn big boss DAP..mmg terserlah kebodohannya

Ulasan No3 Hang Jebat:-
Kebodohannya, secara sengaja menerima & percaya dgn KAFIR DAP utk bersekedudukan dgn PAS yang jelas menolak perjuangan Islam sebenarnya selepas Karpal Brkata "LANGKAH MAYATNYA JIKA PAS INGIN WUJUDKAN NEGARA ISLAM".
Tanpa mereka sedari UMNO sebagai Saudara SeIslam yg mengucap Kalimah Syahadah & melaksanakan Fardu ain/kifayah..Berjuang utk agama & bangsa tanpa perlu diakui &diragui.

Ulasan No4 Hang Jebat:-
Kebodohannya tak memahami sistem demokrasi yg dipilih dgn undi yg melonjak dari rakyat yg byk ketawa kononnya..oleh Isa Samad di Bagan Pinang adalah hukuman rakyat ketawa pada PR

Ulasan No5 Hang Jebat:-
Isu Haji TGNA. Dikaitkan dengan rasuah. Kebodohannya mereka lupa pemikiran pemberian rasuah untuk menjalankan kerja ibadah dipandang mulia oleh PAS.Dalam Islam, dalam membuat amalan ibadah tidak kira kedudukan darjat seseorang dan wajiblah dari sumber yg halal dan tiada keraguannya. Sedekahlah pada org yg tak mampu.Niat dan Jiwa itu harus putih dan bersih dahulu Rakyat ketawa pada PR.

Ulasan No6 Hang Jebat:-
Isu terbaru, Isu kalimah Allah. orang Islam dalam PR itu sendiri yg merosakkn dan membakar Isu ini hingga ke mahkamah..jgn menunding jari bile kafir makin berani.. kenapa sesumpah tu diam membisu.. Bile org2 Islam bangkit menentang..????

Tanpa Nama said...

Serikandi melayu...

Anda memang hebat..hebat dlm memperjuangkan hujah bodoh anda..memang anda berfikiran bodoh dan tetapi masih tidak dapat meyakinkan org tentang hujah bodoh anda itu...tak perlu aku ulas hujah2 bodoh anda itu..yg nyata hujah bangang anda (sama bangang dgn tuan empunya diri) adalah sama dgn hujah Utusan meloya hari2..bahkan sudah bosan didengar...balik2 hujah yg sama..tak kira dlm media perdana, blog dan sbgnya..tu tndanya UMNO ni tidak krreatif dan SAMPAH....hujah bodoh anda mebuatkan UMNO lebih ditertawakan!!!! ha..ha..ha..aaaa

Tanpa Nama said...

Salam.....

Uikkk...marah nmpkkkk...hikhikhikhik

kalau yer pun marah...belasahlah dgn hujah..bukan dgn emosi..mcm budak lum sunat jer...

kahkahkahkahkahkahkahkahkah
wakakakakakakakakaka
kikikikikikikiki

Tanpa Nama said...

Serikandi melayu...

Ke...ke...ke...ke...geli ati aku tengok engko...patut lah lum sunat..cakap pun merapu jer!! ke..ke..ke...

ko..ko..ko..ko...memang bangang pun...kalau takat apa yg ekau kata tu bersepah dlm utusan!!! ...woi!! lu ni minda lapok la...common bro..!!! lu membodohkan diri sendiri...

ke..ke...ke...ke...guling2 aku gelak...biul betul...gi lah daftar klinik tuk sunat...baru lah macho sket...ki..ki..ki...

Tanpa Nama said...

CAMNER LAH BUDAK TIN KOSONG NI BOLE SESAT DLM BLOG ABG TUAH NI..

ABG OIIIIIII

Tanpa Nama said...

POMPUAN MANE ADE CONTROL MACHO BAIYA..CONTROL AYU LAK NGEK

Tanpa Nama said...

KALAU NAK BUAT PERANGAI BUDAK2 KAT SINI..TERKINJA-KINJA MCM TAK CUKUP SIFAT..GENTIKAN LAH..NAK PANGIL APE PUN TAK TAU..DAH NAMA NYE TANPA NAMA..AKU PANNGGIL BERUK KANG KO NANGIS

Tanpa Nama said...

serikandi melayu...

oooooohh !! takut yer..!!! sebab selama ni korang asyik kutuk sana, kutuk sini hanya syok sendiri, kerana yg kutuk2 UMNO ni puaka2 awak gak...apa gunanya cam tu...setiap blog harus dedahkan kpd umum..biar umum nilai lepas tu tibai...

aku mewakili kumpulan non-partisme...tak sokong sapa2..very genuine punya...tapi memang aku tgk UMNO kini semakin PARAH...apatah lagi lbh PARAH dgn adanya kamu yg tak macho mengulas ...cuma emosi bukan realiti...

nah skrg engko akan rasa bgmn org luar kutuk UMNO sb memang pandangan org luar ni memang tepat yg tdk ada kepentingan dan apa pengaruh...sebenarnya org lagi byk peluru nak tembak awak...dalam apa2 perkara saja....rasuah,skandal,doble standard,kuasa mempengaruhi pelbg pihak,penyelewenagn,politik kotor, ekonomi, pentadbiran, salah urus tadbir,perasuah, tak patuhi undg2,seleweng, tamak kuasa, salah guna kuasa...dan 1001 macam lagi....tunggu lain kali....

Tanpa Nama said...

serikandi melayu..

oooo...pompuan rupanya..macamanalah rupe engko bila mare yek...mesti sedepa mulut..boleh ikat ngan getah gulung lah..lepas kasi taruk cabai sket kat mulut ko tu...panaaaaazzzz

Tanpa Nama said...

PATUTLAH KO NI BUTA HATI...TAK TAU MEMILIH MANA KACA MANA PERMATA..
POMPUAN DGN LAKI PUN KO TAK BOLE NAK BEZA DLM BLOG NI..CAM NER LAH KO NAK PILIH PEMIMPIN..ADE KE LELAKI PAKAI GMBR BUNGA...DAH NAMANYA PUN SERIKANDI MELAYU BAIYA OIII...MMG SAH LAH KO NI TAK SUNAT LAGI...

Tanpa Nama said...

ade berani masuk chatroll lah..fight sana..ckp byk pun tak guna..tak de hal lah..ta kat ko punya isu tu..aku tambah lagi satu isu..ISU MELIWATI..ko lupa nak sebut

Tanpa Nama said...

nenek seri kandi melayu...

ala kalau takat isu meliwati...itu kalau betul pun isu peribadi jer...
ni isu PKFZ,isu enjin hilang,isu kes mahathir RM 100 Bilion,isu pak lah 270 Bilion,isu pasir ke singapura, isu pendtg haram,isu jambatan bengkok dah hangis beratus juta,isu bakun,isu petronas, isu tol, isu kalimah, isu tangkap pilih bulu,isu khir toyo rumah 24 juta,isu rumah pak lah 12 juta, isu KJ rasuh, isu Ku Adnan dgn kes video linggamnya, kes mahathir dgn video linggamnya, isu pendidikan, isu rasuah yg bermaaharaja lela sampai jatuh tercorot kedudkan malaysia, isu pulau batu putih yg jatuh akibat kebodohan snediri, isu kenaikan kos sara hidup, isu yuran budak sekolah, isu tarik balik duit asrama sekolah budak2, isu sana, isu sini...tak larat nak sebut dah...bagitulah kita termasuk engko terus diperdaya olh UMNO/BN...hasilnya semua merana....

ya...tanda kelemahan UMNO/BN...sebenarnya mrk lg teruk dr yg teruk...

AbgTuah said...

KEPUTUSAN MUKTAMAT..

SRIKANDI TELAH MENJAWAB HUJAHAN HANG JEBAT DENGAN BAIK DAN BERHEMAH SEKALI.

HANG JEBAT DAN PENGIKUTNYA TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN.

MEREKA MULA MENGUNAKAN TAKTIK JAHAT WARISAN LANUN..DENGAN MEREMEHKAN DAN MENYERANG PERIBADI SRIKANDI.

PEMENANG DIDALAM PERDEBATAN HEBAT INI ADALAH SRIKANDI..

TAHNIAH SRIKANDI..ANDA SEMEMANGNYA HEBAT..KEBANGGAAN KETURNAN MELAYU JATI

AbgTuah said...

HANG JEBAT DAN KUNCUNYA DITEWASKAN OLEH SEORANG SRIKANDI..

KAH KAH KAH ..!!

Tanpa Nama said...

Abg Tuah..

memang lah Seri kandi menang 100-0 bro...sebab pengadilnya adalah bos seri kandi!!! mcm org main bola la..pengadil dia adalah PENGURUS pasukan A, dah tentulah 100-0 kena lanyak kupulan B bro....ha..ha..ha..

Dia sendiri tendang jaring ke gol tanpa penjaga gol..lepas tu istihar menang...ha..ha..ha.. buat lawak betul Abg Tuah ni...lawak gila bodoh!!!! ha..ha..ha..ha..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online