Ahad, 17 Januari 2010

TAIK BURUNG HINGGAP ATAS KEPALA SENDIRI.




PENULIS TAK MAHU NAK ULAS LAGI TENTANG ISU KALIMAH ALLAH KERANA DITAKUTI AKAN MEMANASKAN LAGI ISU INI. PENULIS PERCAYA PADA KEBIJAKSANAAN KEPIMPINAN KERAJAAN MENYELESAIKANNYA.
TAPI SATU PERKARA PENULIS HARAP SEMUA PIHAK TERMASUK PEMIMPIN PEMBANGKANG USAH LAGI MEMANASKAN ISU NI. SEMUA SEPATUTUNYA BERTANGGUNG JAWAB MEREDAKANNYA. INGAT API TU KECIL MENJADI KAWAN BILA DAH BESAR AKAN MENJADI LAWAN. NANTI TAK TAHAN PULA KERANA KEPANASANNYA.

OH YA NI ADA BERITA TAK KURANG HANGATNYA.

HEHEHE…MAHAL ISU NI…LIMA PULUH JUTA PUNYA ISU…!!!

Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.

“Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.

“Kerajaan akan beli daripada syarikat tu, bayar, dan kita akan jual balik kepada peniaga yang terpaksa keluar itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memasak Bubur Asyura di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemunting, Beah, Bachok dekat sini hari ini.

Pengakuan itu mencetuskan polemik baru dalam politik dan kerajaan negeri Kelantan selepas krisis dalaman PMBK yang diterajui menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Semalam sebuah laman blog, Kikcdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.

Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta semata-mata untuk menjaga air muka Nik Abdul Aziz selepas beliau berjanji bagi memberikan aras tersebut kepada para peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.

Menurut blog tersebut, kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan jumlah sebenar tapak bazar itu hanya 0.6 hektar.

Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Pada 13 Disember lalu, Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mendesak PMBK memenuhi janji Nik Abdul Aziz kepada mereka berhubung dengan penempatan di premis yang baru.

Desakan itu dibuat selepas mereka hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya jumlah sebenar yang harus dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat terbabit, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata:

“Masih lagi dalam rundingan saya ingat. Terserahlah kepada jawatankuasa yang dilantik dan diketuai oleh timbalan saya (Datuk Ahmad Yakob).

“Kita akan menunaikan janji asal kepada para peniaga untuk mendapat premis di aras bawah,” ujarnya - UTUSAN

HEHEHE..!! WELL, BAGUSLAH TU WAHAI NIK AJIS OII. SIFAT MENGAKU KESILAPAN SENDIRI TU SEMEMANGNYA SIFAT YANG BERANI DAN TERPUJI.

TETAPI YANG MENJADI TANDA SOAL KENAPA SETELAH DIDEDAHKAN OLEH BLOGGER KICKDEFELLA BARU NAK MENGAKU.

ITULAH..ESOK-ESOK MATA TU JANGAN ASHIK NAK TEROPONG KEARAH KESALAHAN DAN KESILAPAN BN DAN KERAJAAN SAHAJA. SESEKALI KENA TEROPONG JUGA KEARAH KITA…MANA TAHU ADA TAIK BURUNG KE..TAIK KELAWAR KE..JATUH HINGGAP KE KEPALA SENDIRI.



3 Comments:

hilbert said...

Salam AbgTuah,

itulah Nik Aziz selalu mesti mau buat sebab dia selalu buat silap sehingga banyak orang jadi keliru...termasuk dia sendiri.

bila buat silap mesti berani mengaku dan bukannya menyalahkan pihak lain... macam di Kelantan, bila PAS dah jadi kerajaan disana maka merekalah yang bertanggungjawab keatas semuanya, baik buruk mesti pandai atasinya bukan main lepas tangan saja...

Awanama said...

Salam Abg Tuah, pd hemat saya,isu bazar perlu dikorek dr asasnya. Rasanya tapak/tanah adah dimiliki oleh KER PERSEKUTUAN..TAPAK BALAI POLIS LAMA KB..IKUT U2 TANAH YANG DIGUNA UNTK MKSUD PERSEKUTUAN SBLUM ATAU MASA MERDEKA TERLETAK HAK KPD PERSEKUTUAN ..PER 166 PERLEMBAGAAN..KER NGRI TAK BERHAK KECUALI TELAH DILEPASKAN OLEH KABINET. JIKA TAK TANAH ITU PUN HARAM.TOLONG PAKAR2 JELASKAN.TK

cikgu matematik bukan tok guru mantik said...

Saman Timbermine Sdn Bhd 800 Juta

Gantirugi kepada Sensa Timur Sdn Bhd 50 juta

Jumlah Perbelanjaan 850 juta

Budget perbelanjaan pengurusan bagi satu tahun negeri Kelantan 400juta

Peratus nak bayar akibat saman /gantirugi yang memberi bukti kepada bad governance/ tadbir urus buruk birokrasi negeri Kelantan ialah seperti formual dibawah

850,000,000 bahagi 400,000,000 darab 1005

212.5 %

Keputusan

mana mana pakar ekonomi syarikat/negeri akan geleng kepala lihat jumlah defisit yang terlalu amat besar

sebaiknya defisit tak boleh melebihi 30% dari perbelanjaan asas negeri

ehmm takkan orang Kelantan masih jumud politik lagi

1-harga petrol naik bantah-buat demo
2-harga gula naik 20 sen nak buat demo
............................
3-negeri kena saman tak buat demo ker
4- negei nak jadi bankrap tak buat demo ker
???

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online