Ahad, 24 Januari 2010

ANAK EMASNYE..?


Anwar pilih kasih


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berkecamuk selagi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan dasar pilih kasih terhadap 'anak emasnya' sehingga meminggirkan kepentingan seluruh ahli.

Bekas Ketua Pemuda PKR Selangor, Hamidzun Khairuddin mendakwa tindakan memusatkan kuasa kepada beberapa pemimpin tertentu tidak mampu menguatkan kedudukan parti dan Anwar, sebaliknya akan menghancurkan terus parti berkenaan.

Anak-anak emas yang dimaksudkannya itu ialah Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Penerangan, Latheefa Koya dan Pengarah Strategi, Chua Tian Chang.

"Peletakan jawatan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim dan pembubaran PKR Kuala Selangor hanyalah permulaan sahaja, saya yakin akan ada kejutan lain yang lebih besar memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri yang mencabar ahli-ahlinya untuk keluar parti.

"Saya difahamkan PKR Kapar juga akan berlaku sesuatu setelah tiga pemimpin kanan mereka dipecat atas dakwaan kononnya menyalahgunakan kuasa," katanya kepada UtusanMalaysia di sini hari ini.

Mursyidul Am Pas jangan lepas tangan

PUTRAJAYA 22 Jan. - Gabungan NGO Malaysia berharap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersikap 'lepas tangan' dengan membiarkan anak buahnya, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbau provokatif dan kontroversi mengenai Islam.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, berikutan Ahli Parlimen yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam itu terus 'buat hal lagi' dengan mengeluarkan kenyataan terbaru berunsur sedemikian, pihaknya mahu Nik Abdul Aziz berbuat sesuatu.

"Dalam hal ini, Tok Guru (Nik Abdul Azizi) boleh mengadakan kelas tambahan untuk Khalid Samad iaitu dengan memberi penerangan tentang hal ehwal Islam agar beliau dapat memahami dan membuat kenyataan yang lebih beretika pada masa depan.

"Apa yang pasti, tindakan beliau mempertikaikan Enakmen yang telah diwartakan sejak 1988 telah bertindak melangkaui dan mencampuri urusan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua yang menjaga hal ehwal agama Islam.

"Seharusnya perkara-perkara ini dibincang secara tertutup dan bukan mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu mencari publisiti murahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau: "Khalid harus memahami tujuan larangan penggunaan dan pencetakan kalimah Allah adalah untuk mengelakkan daripada terjemahan yang menyimpang dari maksud sebenar dalam Islam, bukannya melarang mereka menyebut.

"Itulah yang berlaku sekarang di mana Khalid sendiri masih mempunyai tahap kefahaman yang masih lemah dalam agama Islam," katanya.

utusan

3 Comments:

Mohammad Roslan said...

Salam,
Datuk Mustafa Ali pernah mendakwa TGNA lebih tebal Fanatiknya terhadap Anwar berbanding semangat mempertahankan dasar Parti Pas. Sasterawan terkenal Azizi Abdullah pernah mendakwa ramai ahli Pas, khususnya Pemuda Pas sangat terpengaruh dengan Anwar dan PKR khususnya dalam kempen pilihanraya kecil Permatang pauh yang lalu. Ramai orang Pas melaungkan "Reformasi" dari Takbir?...hahaha...kini Melayu di PKR lebih berlagak Islam dari Orang Pas?.Hahha...kita tunggu dan lihat dalam satu lagi Pilihanraya Kecil Di Permatang Pauh...DAP teringin letak calon mengantikan Anuar?...hahaha!

Tanpa Nama said...

SLM BRO..SEMUA ORG TAU BATERI 3A CIPTAAN ANUWAR BERLEGAR ANTARA 3 EKOR TU JUGAK. DIORANG TAK BLH NAK KONGSI KUASA SELAGI ANUWAR MASIH ADA. TU PSL DR SYED HUSIN JADI MANGSA SBB ORG TUA TU SEBAHAGIAN DR PAK TURUT ANUWAR. ADE BEBERAPA LAGI CUBA NAK NAIK TP AZMIN JD BATU PENGHALANG BROO!. YG PASTI AZMIN SEBENARNYA PEMBANCUNH KOPI PALING SETIA SAMPAI HARI NI HUHUHU

Tanpa Nama said...

Kpd UMNO...biar lah mereka dgn urusan mereka senddiri...jgn ko menyebok lah...mrk tak kacau ko pun...menyebok tak tentu pasal hari2...nyampah lah...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online