Jumaat, 15 Mei 2009

Gadis sembunyi bayi bawah katil..di mana tu..?

SUNGAI PETANI:

PERBUATAN SEORANG GADIS MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH DAN MEMBUNGKUS BAYI LELAKINYA DENGAN KAIN BATIK SERTA DIMASUKKAN DALAM PLASTIK HITAM SEBELUM MENYEMBUNYIKANNYA DI BAWAH KATIL TERBONGKAR APABILA DIA MENGALAMI PERDARAHAN TERUK.

GADIS BERUSIA 27 TAHUN ITU DARI SEBUAH KAMPUNG DI BUKIT SELAMBAU DEKAT SINI, DAN CACAT SEBELAH MATA KINI DIMASUKKAN KE HOSPITAL SIK (HS).

SUMBER BERKATA, DOKTOR YANG MELAKUKAN PEMERIKSAAN KE ATASNYA MENDAPATI GADIS ITU MEMPUNYAI TANDA BARU MELAHIRKAN ANAK MANAKALA IBU BAPANYA TERKEJUT KERANA TIDAK MENYEDARI ANAK MEREKA HAMIL.

http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090514232841/Article/index_html


- ISHHH..APA NAK JADI NI..BERLAKU DI NEGERI MANAKAH KES INI ? EHH..KALAU TAK SILAP DINEGERI YANG DIPERINTAH OLEH SEBUAH PARTAI ISLAM. APAKAH LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PARTAI TERSEBUT BAGI MENGEKANG PERKARA SEUMPAMANYA DARI BERLAKU SEPANJANG PEMERINTAHAN MEREKA?

7 Comments:

Tanpa Nama said...

Kalau ADUN buat hal macam tu, rakyat pun ikut sama.

Tanpa Nama said...

waaa...
kalau mcm tu kat Penang, ramai la kaki buntut!
kat selangor byk la kaki bogel,
kat kelantan banyak la kaki ajaran sesat,
kat wilayah persekutuan byk lah kaki rasuah
tapi rasuah ni, semua negeri ada kaki, cuma dalam PAS dipanggil "hadiah".

kembara putih said...

Ni la padahnya biarkan UMNO berkuasa terlalu lama, agama Islam dibuang ke longkang, budaya maksiat dan kurang ajar di anuti remaja2. Lihatlah rancangan2 hiburan di TV, majalah2 lucah seperti Mangga yang halal penerbitannya. Jom Heboh yang mufti fatwakan haram pun masih diamalkan UMNO. Kalau di tahun baru, berduyun2 remaja berhibur sampai lewat pagi, bebas minum arak dan berzina.

Selama 50 tahun UMNO perintah Kedah dan selama itulah gejala maksiat diterapkan kpd remaja sehingga berakar umbi, adalah amat mustahil untuk PAS yang baru 1 tahun perintah untuk perbetulkan. Jadi sempena PRU13 akan datang mari lah kita sama2 tamatkan riwayat UMNO agar PR dapat perintah Malaysia. Di masa itu dapatlah kerajaan PR perbetulkan media dan TV ke arah melahirkan insan kamil.

kuntakinte said...

SALAM, hisss.... betul cakap kembaraputih tu... ini semua kerana UMNO... teman dah conggak dah mesti salah UMNO punya!!!

kalau telur ayam puak pengkhianat macam kembara ni hilang pu UMNO yang kena tuduh punya...

yang baik2 bagi kat depa...phuiiiipunya species pengkhianat dan penderhaka

Tanpa Nama said...

di orang maksum bro..yg buruk semua umno....biasalah...takkan tak tau...puak PR ni pnya mentaliti...

jatiseterus said...

Adakah Penguatkusaan di kedah di bawah kerajaan negeri Kedah atau kerajaan Pusat saperti Polis dan Tentera.

Apakah Ketua Agama Islam di Kedah adalah MB Kedah?(Nizar pecat Pegarah Agama Perak tak boleh sebab dia di bawah Kerajaan Persekutuan)

Apakah hasil Cukai yang dipungut di pintu masuk sempadan untuk kerajaan Negri atau Kerajaan Pusat?

Tanpa Nama said...

Pas patut belajar agama dari umno.. sebab tu ramai orang umno tak pakai tudung terutama pemimpin mereka.. tapi hati mereka baik, mereka tak pakai serban tapi hati mereka baik sebab mereka selalu kata orang pas fitnah di akhbar dan tv.. mereka tak pernah buat fitnah sebab itu tak ada orang umno kena tangkap akta hasutan.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online