Selasa, 21 April 2009

N12 - PENANTI


N12 -PENANTI.

JUMLAH PENGUNDI: 15,421
PERATUSAN KAUM: M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % L: 0.57%

1. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDIN (PKR) (7,346)
2. DATUK ABDUL JALIL ABDUL MAJID (BN) (5,127)

MAJORITI: 2,219
JUMLAH UNDI: 12,657
PERATUS MENGUNDI: 82.08%
UNDI ROSAK: 184
PENYANDANG: DATUK ABDUL JALIL ABDUL MAJID (BN) (MAJORITI: 667 UNDI)

JIKA PRK DIADAKAN DI N12 PENANTI, PAKATAN RAKYAT AKAN MENGHADAPI MASALAH KERANA KEPERCAYAAN ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU SEMAKIN KUKUH KEPADA BARISAN NASIONAL KERANA PERALIHAN KUASA PM TELAH BENAR-BENAR BERLAKU DAN DS NAJIB JUGA MENGUMUMKAN SLOGAN ‘SATU MALAYSIA’ DENGAN BARISAN KABINET YANG AGAK SEIMBANG.

KEADAAN DI N12 - PENANTI UNDI BUKAN MELAYU TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN B.GANTANG BERKENAAN ISU 'SEMBAH DERHAKA'. DI BUKIT GANTANG KELEBIHAN ADALAH UNDI KESIAN/SIMPATI DARI BUKAN MELAYU ADALAH DI BERIKAN KEPADA NIZAR KERANA BUKAN MELAYU TELAH TERMAKAN BUDI BERKAITAN ISU PEMBERIAN TANAH 1000 EKAR KEPADA SEKOLAH ALIRAN CINA DAN ISU TANAH PAJAKAN 999 TAHUN. KATA BUDAK KAMPUNG LEBIH KURANG MACAM MARKAH KESIAN AJE.

DI P.PINANG TIDAK TIMBUL ISU 'SEMBAH DERHAKA' KEPADA BUKAN MELAYU KERANA MEREKA TIDAK TERHUTANG BUDI KEPADA FAIRUZ, MALAHAN MEREKA TENTU BERASA SERIK DENGAN KELEMAHAN BELIAU MENGURUSKAN KAWASANNYA. TIADA APA-APA KREDIT ATAU MARKAH KESIAN YANG PERLU MEREKA BERIKAN KEPADA CALON PAKATAN BAGI PRK AKAN DATANG INI.

TETAPI BERLAINAN KEPADA MELAYU ‘SEMBAH DURHAKA’ ADALAH SATU ISU BESAR YANG KESANNYA TIDAK BOLEH DIANGGAP RINGAN. SEMEMANG TELAH DIKETAHUI SEJAK BERATUS TAHUN DAHULU LAGI MELAYU SEMEMANGNYA PANTANG DURHAKA..JADI KEMARAHAN MELAYU KEPADA TINDAK TANDUK PAKATAN RAKYAT TETAP MENULAR HINGGA KE PENANTI KERANA SIFAT MELAYU RATA-RATA SAMA IAITU TETAP MEMPERTAHAN DAN MENYAYANGI INSTITUSI BERAJA. JADI TIDAK MUSTAHIL UNDI MELAYU AKAN BERPIHAK KEPADA UMNO/BN SEBAGAI MANA YANG BERLAKU DI BUKIT GANTANG.

ISU YANG AKAN MEMBAWA KESAN KEPADA KECENDERUNGAN UNDI DI PENANTI MENYEBELAHI BN ADALAH ISU KELEMAHAN PIHAK PAKATAN MEMILIH CALON YANG KURANG MENYERLAH SEBAGAI TKM 1 PULAU PINANG. SELAIN DARI ITU ISU BERKAITAN YB FAIRUZ DISIASAT OLEH SPRM DI ATAS PENDEDAHAN PIHAK PAKATAN SENDIRI IAITU BERKAITAN ISU KUARI JUGA AKAN MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA PAKATAN RAKYAT. ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU SUDAH TENTU TIDAK MENYUKAI CONTOH-CONTOH YANG TELAH DITUNJUKAN OLEH PAKATAN RAKYAT..DAN JUSTERU ITU TIDAK MUSTAHIL MEREKA AKAN MENGUBAH HALUAN DAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA BN.

BEZA PENGUNDI MELAYU DI PENANTI DAN B.GANTANG TIDAK BANYAK BERBEZA, CUMA LEBIH 9.03% SAHAJA. SEKIRANYA UNDI BUKAN MELAYU SUDAH TETAP ADA 26.75%. PIHAK BN MUNGKIN AKAN MENDAPAT 10 PERATUS DARI UNDI BUKAN MELAYU. INI TIDAK MUSTAHIL DAPAT DILAKUKAN KERANA DENGAN SUSUNAN BARU KABINET DS NAJIB DAN SLOGAN IKHLAS ‘SATU MALAYSIA’ SERTA KESUNGGUHAN BN MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT SUDAH TENTU AKAN MENARIK MINAT SERTA MENGEMBALIKAN SOKONGAN BUKAN MELAYU KEPADA BN.

JADI UNTUK MENANG BN HANYA MEMERLUKAN 42 % DARI 75.51 % UNDI MELAYU DAN INI TIDAK MUSTAHIL KERANA PADA PRU 12 UNDI BN HAMPIR KESELURUHANNYA DATANG DARI UNDI MELAYU.

UNTUK MENANG BARISAN NASIONAL CUMA PERLUKAN 42 % UNDI MELAYU DAN 10 % DARI UNDI BUKAN MELAYU.

ANALISIS ANGGARAN: -

MELAYU 42%
BUKAN MELAYU 10 %

DENGAN INI PELUANG BARISAN NASIONAL UNTUK MENANG PRK PENANTI ADALAH 52 %. DARI SEGI JUMLAH KIRAANNYA;

UNDI BN 52/100 X 12,657 = 6,581
UNDI PR 48/100 X 12,657 = 6,075

JUMLAH MAJORITI BN ADALAH 6,581 – 6,075 = 505 UNDI.

KEADAAN MUNGKIN AKAN MENJADI SEUMPAMA YANG BERLAKU DI PRU 11 DIMANA PENYANDANGNYA DATUK ABDUL JALIL ABDUL MAJID (BN) YANG MENANG DENGAN MAJOTITI TIPIS SEBANYAK 667 UNDI.

SEBENARNYA MENANG ATAU KALAH DI PRK PENANTI KELAK BUKAN LAH SATU ISU BESAR BAGI BARISAN NASIONAL. YANG MENJADI PERSOALANNYA APAKAH KEWAJARANNYA BERATUS JUTA RINGGIT WANG RAKYAT DIBELANJA HANGUSKAN HANYA UNTUK PRK SAHAJA DIDALAM KEADAAN KEMELESETAN EKONOMI. PERBELANJAAN YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK 4 PRK TERDAHULU BOLEH DIDIRIKAN DUA KE TIGA BUAH HOSPITAL ATAU SEKOLAH LENGKAP DAN MODEN UNTUK RAKYAT.

6 Comments:

PARPUKARI said...

BANG TUAH, KALAH MENAG BELAKANG KIRA, LAWAN KITA HARUS!

Tanpa Nama said...

ALAHAI ABG TUAH.. START KOMEN BAGI STATISTIK..PASTU BAGI ALASAN KENAPA BN AKAN MENANG..TETAPI PERENGGAN LAST TU SEMACAM TAK NAK ADAKAN PRK PULAK? MANE SATU BETUL? KALAU ADE KEYAKINAN UNTUK MENANG..SILA BUKTIKAN DENGAN PRK PENANTI. JGN SEKADAR MEMPERBODOHKAN PEMBACA DENGAN STATISTIK DAN PROPAGANDA. SELAMAT BERJUANG.

TebuHitam said...

Penanti..
Penantian satu penyiksaan..
Abg Tuah...
Bertuah la kau...
Masyarakat cina dan india dikatakan penentu kemenangan.Itu dulu...
Kini...
Masyarakat Melayu adalah penentu bagi kemenangan UMNO/BN.
Ayuh Melayu Penanti...
Kita benam Pakatan Rakyat.
Ingat pesan Hang Tuah..
"TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

MAWAR BERDURI said...

salam abe tuah?


kalau BN menang musti best! tak paya nak dengar, tenguk dan cuma untuk memahami drama free swasta, pelakon2 tak hebat mcm pontianak ely serta pelakon2 yang ingin menyambung pelajaran dan sanggup meletak jawatan sebab sudah kekeyangan makan harta orang. upss

mcm iklan pulak ni...

Mohammad Roslan said...

Salam Abang Tuah,
Mamak Penang amat setuju dengan stastitik abang tuah yang diberikan itu.Secara rambangnya BN masih ada peluang di DUN Penanti.Masalah utama BN kalah di Pulau Pinang di PR12 bukanlah kerana penggundi bukan Melayu.Selama ini pun yang memegang Jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang adalah dari kalangan Bukan Melayu.Ramai rakyat Melayu Pulau Pinang telah lama adapsi dengan Ketua Menteri dari kalangan kaum Cina.Tiada masalah.Harus memahami Senorio politik di Pulau Pinang Berlainan dari Negeri-Negeri lain di negara ini.Terutamanya dari segi majoriti pengundi bukanlah Melayu tetapi bukan Melayu.Undi Bukan Melayu amat diperlukan untuk kemenangan BN di Pulau Pinang.Ramai orang Melayu sukar akui keadaan ini tetapi itulah kenyataan yang sebenar di Negeri ini.Rakyat Pulau Pinang terdiri dari majoriti kaum Cina yang rata-rata sangat aktif dalam Peniagaan.Sebagai golongan Peniaga mereka memerlukan negeri yang aman dan makmur.Dalam kegawatan ekonomi global sekarang sebagai peniaga, kaum Cina memerlukan satu keadaan yang politik yang aman dengan masa depan yang ekonomi negeri yang menyakinkan.Tetapi Kerajaan yang diketuai oleh PR tidak lakukan dengan baik di Pulau Pinang.Ini perlu diakui.Inilah dasar yang asas perlu difahami oleh kerajaan Negeri dari inspirasi dasar negara yang selama ini dianjurkan oleh Negarawan Ulung Tun Dr.Mahathir Mohamad selama 21 tahun.Ekonomi Negara telah berkembang dan maju tetapi ada juga kelemahan dalam corak tadbir negara TDM ini; kerana dasar negara begini cuma akan memajukan bandar-bandar besar dan juga bandar baru Industri yang di monopoli oleh kaum peniaga yang terdiri dari kaum Cina.Walau pun dasar kerajaan TDM tidak meminggirkan petani dan nelayan tetapi dalam kajian sosio ekonomi pengaliran masyarakat dari kurang maju kepada maju akan berlaku.Maka penghijrahan beramai-ramai anak-anak muda yang ingin mengejar cita-cita dari desa,kampung dan pendalaman berpindah ke bandar-bandar akan berlaku.Penghijrahan anak-anak muda ke bandar-bandar ini lah telah terbentuk satu kelompok masyarakat yang miskin dibandar-bandar besar dan maju seperti George Town.Maka sebab itulah kampung-kampung setinggan telah mula mengambil tempat di bandar-bandar pesat membangun seperti George Town,Perai dan Seberang Jaya di Pulau Pinang.Mamak sebagai penduduk asal Pulau Pinang beberapa keturunan masih ingat lagi memang pada suatu masa dulu penduduk Melayu yang asli di Pulau Pinang disekitar bandar George Town amatlah kuarng bilangannya.Ini kenyataan.Ramai yang salah anggap orang Melayu Pulau Pinang Ketinggalan dalam arus kemajuan Negeri dibawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.Sebenarnya orang Melayu Pulau Pinang yang asal telah maju dengan kaum yang lain dari dulu lagi.Kedai-kedai emas dan juga restoran-restoran makanan,pengimport dan pengeksopot adalah milik orang melayu.Cuma mereka anggap mereka kaum minoriti dan mula merantau ke negari lain yang kurang persaingan dalam perniagaan dikalangan orang Melayu.Maka kekosongan mereka telah diganti dengan golongan mamak-mamak.Mamak-mamak Pulau Pinang sebenarnya asalnya dari orang-orang Melayu.Mereka ini bukanlah seperti mamak-mamak India Muslim yang terdapat di negeri-negeri lain.Mungkin ramai diantara orang Melayu salah tafsir dengan panggilan mamak ini kepada Melayu Pulau Pinang. Mereka ini bukan asing dari Melayu yang lain cuma melalui terdapat campuran sedikit darah India,pakistan,Afganistan atau Arab dengan perkahwinan percampuran dengan Melayu tempatan beberapa genarasi terbentuklah masyarakat yang digelar Mamak Penang.mereka ini sama seperti rumpun Melayu Jawa,Mandelin,Rawa,Bugis,Boyan,Melayu Siam,Melayu Sri Lanka,Melayu Afrika selatan dan Lain-lain.Genetik DNA mereka lebih keMelayuan dari orang India atau Cina. Maka janganlah mendengar tohmahan Melayu Pulau Pinang yang sebenarnya miskin dan papa kedana.Yang dikatakan miskin dan mundur itu adalah adalah orang-orang Melayu yang telah berhijrah dari Negeri-negeri lain untuk mencari rezeki dari arus kemajuan yang amat pesat dari pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Bekas Perdana Menteri kita yang disayangi Tun Pak Lah sebagai anak jati Pulau Pinang memang menyedari kesilapan pimpinan TUN Dr.Mahathir kearah wawasan 2020 yang akan melebarkan lagi kawasan vacum (hampa gas)diantara Desa,kampung dan pendalaman dengan bandar-bandar moden dan pesat membangun.di Kawasan ini penduduk majoritynya adalah orang-orang Melayu.Maka orang-orang Melayu diruang hampa gas yang di sebutkan mula merasai mereka telah ditinggalkan dalam arus kemajuan negara dan hasil kemajuan negara mereka tidak merasai sebagai pemilik negara ini.Di samping itu parti politik Pas yang ingin berkuasa menggunakan desepsi politiknya cuba memberi gambaran dengan memburukkan pemimpin negara.Apabila TUN Pak lah membawa misi Islam Hadari di PR11 populariti Parti Pas telah menurun mendadak di kalangan golongan orang-orang Melayu di kawasan hampagas ini.Program yang amat berjaya Tun Pak Lah ialah menukarkan port folio Kementerian Pertanian kepada kementerian Industri Asas Tani dan menjadikan Tan sri Muhydin Yassin sebagi menterinya.Banyak perubahan dilakukan untuk orang-orang Melayu dikawasan Vacum dibawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri sekarang.Jurang yang ditinggalkan oleh TDM telah dirapatkan.Apakah kita melupai jasa Tun Pak lah ini?.Tetapi selepas PR11 keadaan harga minyak dan ekonomi global mula mencengkam pimpinan Tun Pak Lah yang mustahil mengimbangkan keadaan ekonomi yang merundum dan tuntutan orang-orang Melayu yang dahagakan kemajuan di kawasan hampagas itu.Maka Hasilnya ialah keputusan PR12.Perlu kita memahami adalah mustahil seorang pemimpin boleh mengimbangkan tuntutan rakyat dalam kemelut ini.Cuma nasionalisma yang jitu akan kembalikan keyakinan Rakyat kepada kerajaan.Maka dengan itulah Perdana Menteri baru tidak berani menjajnjikan sesuatu yang diluar kemampuannya kerana keadaan ekonomi dunia sentiasa berubah.Maka seruan beliau "Satu malaysia" akan mengembalikan Nasionalisma yang jitu dalam setiap hati sanubari rakyat dinegara ini.Rakyat tidak seharusnya mendesak kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi kita perlu bersama kerajaan menyelesaikan masalah negara sebagai rakyat yang setia terhadap kemakmuran dan keselamatan negara.

Dengan keadaan pelabur yang jarang berkunjung ke negeri ini sejak kebelakangan ini dan banyak kilang-kilang di Pulau dan Prai sedang ke arah penutupan perniagaan.Perniagaan yang berorientasikan ekspot tidak lagi seperti dulu.Banyak kontena kosong semakin bertambah di terminal kontena tanpa muatan untk diekspot.Setiap peniaga mulai runsing.Mungkin segolongan di luar Pulau Pinang tidak merasai kegawatan ekonomi dan masih tak sedar adalah golongan orang Melayu yang masih hebat berbelanja di shopping Komplek.Kerana kebanyakan orang Melayu adalah Makan Gaji dengan kerajaan.Maka Nafsu untuk berpolitik lebih tinggi dikalangan Orang Melayu dengan kaum-kaum lain di negara ini.Peniaga-peniaga yang rata-rata mengharapkan hasil dari perniagaan kecil atau besar sedang bertafakur.Pekerja-pekerja kilang yang saban hari diberhentikan atau sengaja majikan mencari helah untuk mereka berhenti,tiada kerja lebih masa,tiada elaun,seminggu kerja hanya 4 hari telah mencengkam kehidupan seharian mereka dengan memikirkan tentang berpolitik bagi mereka buang masa.Adakah kesalahan orang lain kita yang tanggung akibatnya.Apakah perlu bagi perlu Parti seperti PKR ini?.Perkara inilah membuatkan LKS marah dengan PKR! sehingga Anwar marah dengan LKS memberi amaran jangam sebut lagi pasal Fairuz anak emas dia di surat khabar!."bapak Borik Anak Rintik" inilah bermain dikepala pengundi kaum Cina Pulau Pinang.Dengan keadaan UMNO Pulau Pinang yang sentiasa bercakaran sesama sendiri lagi membosankan pengundi Melayu di Pulau Pinang.masalah dalaman Umno Pulau Pinang perlu ditanggani..berita-berita pertelingkahan kebudak-budakan Datuk Jalil Bekas calon Umno di DUN Penanti dan Datuk Arief Shah Adun Seberang Jaya amsih belum reda.Adakah penggundi Melayu senang dengan Datuk jalil kalau dicalonkan semula satu hal lagi.Apakah penyokong UMNO Datuk jalil akan terima hakikat sekiranya Datuk jalil tidak dicalonkan satu perkara yang perlu difikir serius.UMNO Pulau Pinang perlu mencari kekuatan sendiri dan berhenti bercakaran sesama sendiri jika mereka ingin UMNO memenangi kerusi DUN Penanti perlu bersatu secara Iklas dan perjuangan.Tun Pak Lah boleh lakukan lebih dari dulu sekiranya TUN ingin lihat Melayu Pulau Pinang bersatu dan menjadi kuat untuk terus hidup sebagai bangsa Melayu yang bermaruah dikalangan Majoriti kaum lain di Pulau Pianag.Hidup Melayu Pulau Pinang!!!.Wasalam.

Admin said...

Bang Tuah,

Penurunan statistik dari PRU ke PRK Permatang Pauh harus diperbaiki...moga-moga ada pertambahan di majoriti...di Kuala Mengkuang dan Guar Perahu, majoritinya amat kecil...kalau diberi peluang...insyaallah, mungkin berita gembira menanti kita!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online