PANAS...
PKR LUMUT ISTIHAR BUBAR SERTA MERTA !!!
M.P. Shamugum (kanan)
menurunkan papan tanda perasmian di pejabat PKR Lumut selepas mengisytiharkan
membubarkan PKR Cabang Lumut di Sitiawan, Perak malam ini.
Tidak
sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan
sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila
satu persatu pemimpin, ahli dan penyokong mereka bertindak meninggalkan parti.
Terbaharu,
Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting
parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR.
Serentak
itu, mereka mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik
gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta
merta.
Shamugum
ketika ditemui pemberita memberitahu, keputusan itu diambil ekoran rasa tidak
puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar untuk
bertanding di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada
pilihan raya umum, 5 Mei ini.
0 Comments:
Post a Comment