PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka
yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip
berparlimen.
Najib ketika berucap merasmikan
himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia
yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).
"Kalau kita melakarkan imej
seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini
bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.
"Begitu juga dengan mereka yang
sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan
santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara,"
katanya.
Perdana Menteri turut menggariskan
lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang
cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati
undang-undang.
"Yang boleh jadi contoh adalah
saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia
macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej
negara kita," kata Najib.
"Saya nak tunjuk imej himpunan
kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai
pun anggota polis.
"Polis pun agak lega, polis pun
tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang
boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.
"Belia bukan 'demo crazy'
tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada
kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa
dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.
ARTIKEL
VIDEO
1 Comment:
Hey there! This post could not be written any better!
Reading this post reminds me of my old room mate! He always
kept talking about this. I will forward this post to him.
Fairly certain he will have a good read. Thanks for sharing!
Also see my site :: acid stomach remedy
Post a Comment