ARTIKEL
http://www.klpos.com/himpunan-jutaan-belia-2012/4582-hiburan-medium-sebar-dakwah-kepada-belia
VIDEO
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rqtD_UKAxLQ
How to Expand Your Business with UCaaS
Setahun yang lalu
--- " MELAYU HANYA BOLEH SELAMAT APABILA KUAT DAN KUAT APABILA BERSATU PADU " --- " MELAYU PERLU BANGKIT KEMBALI, BANGKIT BUKAN UNTUK MENYERANG, TAPI BANGKIT UNTUK MENCARI JATIDIRI, YANG TELAH SEKIAN LAMA HILANG" ---"JAUHI PUAK JUAK MELAYU YANG SANGGUP MENGADAI APA SAHAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT"
PUTRAJAYA 25 Mei – Hiburan boleh
dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan
kepada golongan belia masa kini.
Isu tersebut telah dibincangkan pada
program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan
Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.
Sham Kamikaze yang juga dikenali
sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli
panel bagi program berbentuk bual bicara ini.
“ Saya pernah menyertai bengkel yang
dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan
belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan
bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan
diajak untuk menunaikan solat berjemaah,” katanya.
Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa
bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah
yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.
Kenyataan tersebut turut disokong
oleh penyanyi rock terkenal negara, Datuk Hattan bahawa pendekatan tersebut
boleh diguna pakai dan harus diteruskan.
“ Saya sokong apa yang diperkatakan
oleh Sham dan usaha ini perlu diteruskan kerana ia akan mendatangkan kebaikan
kepada masa depan belia,” tambahnya yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota
Pahang (DIMP) sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang,
Sultan Ahmad Shah ke-81 bulan lepas.
Sementara itu, Pengerusi Gerak
Dakwah Gerakan Belia 4B Malaysia Anas Azizu berkata, mereka telah melaksanakan
beberapa program seperti Jejak Ulama yang mana sekumpulan belia bermotosikal
akan berkonvoi ke masjid- masjid yang terpilih di setiap daerah.
“Mereka yang terlibat dalam aktiviti
konvoi ini akan turut solat berjemaah bersama ahli masjid serta diberikan
tazkirah dan secara tidak langsung penyebaran dakwah kepada golongan muda dapat
disampaikan,” ujarnya.
Anas juga berharap pendekatan ini
dapat diteruskan dan pihak beliau akan berusaha untuk menjalinkan kerjasama
bersama rakan artis dalam meneruskan penyebaran dakwah ini kepada golongan
belia.
ARTIKEL
http://www.klpos.com/himpunan-jutaan-belia-2012/4582-hiburan-medium-sebar-dakwah-kepada-belia
VIDEO
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rqtD_UKAxLQ
Posted by AbgTuah at 6:41 PTG
0 Comments:
Post a Comment