PUTRAJAYA 23 Mei - Sebanyak 150
kenderaan dengan 100 buah kereta dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi telah
berkonvoi di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi mempromosi Hinpunan Jutaan
Belia Negara 2012.
Sebanyak 14 kelab dan persatuan kereta serta
empat kelab dan persatuan motosikal dari seluruh negara menyertai Konvoi Hari
Himpunan Jutaan Belia 2012.
Antara yang terlibat ialah anggota kelab
Lamborghini Kuala Lumpur , Blue Jcker, Kelab Honda, Kelab Exora dan Myvi Club,
selain dari itu club Motocross, kelab Scuter MUSC dan Kelab Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi.
Konvoi tersebut telah dirasmikan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Datuk Borhan Dollah.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali
sebagai peminat motor berkuasa tinggi turut menunggang motosikal Cam-Am Spyder.
berkonvoi bersama peserta pada acara tersebut.
Permulaan konvoi yang bermula dari Pejabat
Kementerian Belia dan Sukan mengelilingi Putrajaya dan berakhir di tempat yang
sama.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk
Shabery Cheek menjelaskan, acara Open Day Putrajaya yang menjadi pembuka
Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 menjadi antara tarikan aktiviti yang
melibatkan golongan belia yang hadir.
"Saya rasa tiada negara lain dalam dunia
yang menyerahkan kota pentadbirannya untuk beberapa hari kepada golongan belia
untuk melakukan apa saja yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran mereka
dengan pelbagai aktiviti yang mencorakan tenaga mereka yang memberikan gambaran
bahawa belia kita sebenarnya baik, kreatif, bertenaga, tersusun dan yang boleh
melakukan apa yang selama ini kita tidak dapat banyangkan.
"Jadi kepada orang ramai marilah kita
saksikan pertunjukkan sehingga malam ini yang bakal dihadiri 50 Ribu
pengunjung", katanya selepas menamatkan konvoi pembukaan Himpunan Jutaan
Belia 2012 di sini hari ini.
0 Comments:
Post a Comment