Rabu, 11 Mei 2011

Malaysia Semakin di Ambang Malapetaka Ciptaan Sendiri???

Kini saban hari apabila negara-negara jiran kita dilanda gempa bumi, negara juga semakin kerap merasai gegarannya.

Ini sama sekali tidak berlaku dahulu. Semasa penulis masih kecil dahulu orang-orang tua selalu berkata, Malaysia terselamat dari gempa bumi, gunung berapi dan lain-lain malapetaka kerana di bumi ini masih ramai wali Allah dan ulamak pewaris para nabi.

Walaupun tiada nas yang jelas tentang perkara ini, begitulah hormatnya orang-orang tua kita dahulu kepada golongan ulamak apaligi golongan wali.

Ini kerana selain mengajar agama golongan ini selalunya menjadi pembimbing dan pemangkin di dalam menyatu-padukan umat Islam.

Tetapi seirng perubahan masa, kini semuanya telah berubah... Jika dahulu gempa bumi begitu asing kepada kita kini tsunami pun telah pernah menyapa bumi bertuah ini...

Adakah ini bermaksud golongan wali dan ulamak telah semakin berkurangan sehingga rahmat dan perlindungan Allah s.w.t . terhadap bumi dan penghuni bumiyang kita huni ini kini juga semakin terdedah kepada malapetaka dan bencana?

Pastinya golongan alim dan ilmuan agama wajar memenuhi kekosongan ini di dalam memainkan peranan untuk menyatu-padukan umat Islam/Melayu. Negara memerlukan ulamak jantan yang boleh berperanan dan bukannya hanya bersuara demi populariti dan kepentingan diri.

Mudah-mudahan ramai yang akan menyambut cabaran ini... Yang pasti umat Melayu/Islam perlu bersatu-padu agar negara dan rakyaat tidak dihimpit oleh malapetaka yang mereka tempah!!! Klik sini untuk ke posting asal.



 

blogger templates 3 columns | Make Money Online