Semasa begitu banyak fitnah dan tohmahan dilontarkan kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN.... Boleh dikatakan tiada sorangpun Ulamak di Malaysia yang menjadi Ulamak Jantan di dalam menemplak segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan tanpa disertakan dengan saksi, bukti video maupun bukti foto. Dalam Islam mudah, tanpa bukti ianya akan dikira sebagai fitnah!!!
Tukang fitnah yang kononnya anugerah tuhan di lihat begitu berleluasa memfitnah dengan disokong oleh parti yang kononnya mahu menegakkan hukum Allah s.w.t.
Kini apabila "pemfitnah" diaibkan" oleh senjata sendiri, apabila "pemfitnah" dimalukan oleh bekas rakan karib sendiri, mengapa pula ramai di antara ulamak yang dahulunya tak berapa nak jantan baru nak bercerita pasal halal dan haram??? Bukankah ini seperti kifarah dosa-dosa beliau? Ibarat, "buku bertemu ruas?"
Adakah menelanjangi maruah seseorang hukumnya haram jika ia dilakukan ke atas "Pemimpin Anugerah Tuhan" dan Pas? Tetapi jika mereka ini yang melakukan fitnah dan tohmahan hukumnya harus? Sunat muakad? Ataupun wajib?
Mengapa apabila batang tubuh Perdana Menteri DS Najib difitnah kononnya ada hubungan sulit dengan Alantunya, ulamak-ulamak hanya diam berpeluk tubuh???
Sekadar bertanya... Mudah-mudahan kita semua akan mendapat faedah... Yang jelas Ulamak di Malaysia harus lebih berperanan terutamanya di dalam menyatu-padukan dan memimpin umat... Jangan dibiarkan tragedi permusuhan Saidina Ali a.s. dan Muawiyah a.s berulang.....
Jangan dibiarkan perselisihan PLO dan Hamas diteruskan!!!
Orang Melayu/Islam mesti bersatu!!! Posting asal klik sini.