Ahad, 4 April 2010

PARTAI KURAP RAKYAT PASTI TERSUNGKUR DI HULU SELANGOR..!!


Tempoh pembangkang kuasai Hulu Selangor sudah tamat

KUALA KUBU BARU 3 April - Sambil menyifatkan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai pinjaman, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, tempoh itu sudah tamat.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ini kerana kawasan itu merupakan kawasan tradisi BN dan sudah tiba masanya ia dikembalikan semula kepada BN.

"Tempoh pinjaman sudah tamat... cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang,” katanya ketika berucap kepada jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor di perkarangan Bangunan UMNO Hulu Selangor di sini petang ini.

Dalam ucapannya selama 15 minit bermula pukul 3 petang itu, Najib yang menyambut ulang tahun pertama sebagai Perdana Menteri hari ini berkata, kemenangan BN perlu sebagai tanda pulihnya keyakinan rakyat.

Beliau berkata, ia juga bagi mnembuktikan sentimen bahawa sokongan kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 hanyalah sementara.

Katanya, kemenangan itu juga boleh menyumbang kepada sasaran majoriti dua pertiga kerusi Parlimen BN sebagai parti pemerintah.

Najib juga berseloroh bahawa kemenangan itu penting untuk beliau berhadapan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang akan ditemuinya dalam lawatan beliau ke negara itu tidak lama lagi.

"Saya nak jumpa Obama dengan kekuatan politik...saya nak kata ”Mr President, Hulu Selangor is BN's constituent...walaupun Obama mungkin tak tahu Hulu Selangor itu di mana,” katanya yang disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir.

Najib juga mengiktiraf jentera pergerakan Wanita UMNO yang disifatkan sebagai tulang belakang BN bagi memastikan kemenangan di Hulu Selangor. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

KOMENTAR PENULIS...,

YES..KITA PASTIKAN KEMENANGAN UNTUK BN DI HULU SELANGOR. KITA MESTI LANGGAR..KITA MESTI GEMPORRR DENGAN SEPENUH TENAGA...KERANA MASANYA DAH TIBA UNTUK PAKATAN KURAP RAKYAT JATUH TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI DI HULU SELANGOR.

AYOHHHH...BN HULU SELANGOR BANGKIT...!!!


12 Comments:

Tanpa Nama said...

cuba fikir kenapa majoriti melayu tapi wakil orang india? tak masuk akal. apa orang melayu tk layak ke. tu lah dah bersekongkol dengan kafir. sama juga pr ada orang kafir juga . jadi tk boleh salah politik malaysia . dua dua ada orang kafir.jadi apa nk risau kalau kita kerjasama dengan israil yang bunuh palestine sebab palestin pun ada kristian dan islam.

Mohammad Roslan said...

Salam,
Pada 20hb. Oktober 1947 PUTERA - AMCJA melancarkan satu mogok yang terbesar hampir seluruh Malaya telah kaku dan beku. Mungkin anak-anak muda sekarang tidak tahu apa itu Mogok Nasional tetapi cuma tahu Reformasi. Dalam radio Malaya satu ucapan dari Gabenor General Malaya pada masa itu Mr.Malcolm MacDonald mengatakan:

"Benarkan saya bercakap sepatah dua, tentang masalah paling rumit di Malaya. Mana-mana realis boleh melihat di mana letaknya kesukaran ini terutama antara masyarakat Melayu yang merupakan rakyat pribumi negara ini dan masyarakat Cina yang telah memainkan peranan yang luas dalam kemajuan Malaya,".

Orang-orang India yang konservatif telah menubuhkan Parti Kongress India atau MIC. Tokoh seperti mendiang Tun Sambathan tahu nasib kaum India di negara ini adalah ditangan orang Melayu maka inilah sebabnya MIC bersatu dengan orang Melayu dibawah UMNO pimpinan Tunku. Mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka kepada UMNO menentukan Nasib generasi akan datang dalam Parti Perikatan. Mereka menjadi rakan kongsi selepas MCA bergabung dengan UMNO pada 1955 di mana telah bersetuju dengan satu formula yang mencatat sejarah didunia dengan persetujuan terima kedudukan Istimewa Melayu diganti dengan Kewarga- negaraan yang untuk orang-orang Cina yang berkelayakan dan dituruti dengan orang-orang India. Dengan penyatuan inilah Orang-orang Melayu dapat mengawal orang-orang Cina, dan gerakan bersenjata MCP, dan berani Menentang Malayan Union British. Tidak lupa juga tuntutan MNP untuk jadikan malaya ini sebagai Indonesia Raya. Dengan Penyatuan ini juga KMM dan Parti komunis telah lenyap begitu saja dalam arus politik negara. Maka inilah sejarah Parti Perikatan atau Barisan Nasional yang sebenar.

Perkongsian kuasa Politik diantara UMNO dan parti komponen yang lain di Semenanjung cuma 70% untuk UMNO dan 30% untuk bukan Melayu.UMNO mengangap nisbah ini sangat adil. Kalau kerbau dipegang pada Tali orang Melayu pegang pada janji. Calon kalah atau menang adalah permainan politik. Tetapi semangat kongsi kuasa inilah membentuk Barisan Nasional begitu unik yang dipandang salah satu parti politik terbaik didunia. Walau pun kita rasa tidak selesa dengan calon MIC jikalau diletakan oleh pucuk pimpinanUMNO, kita perlu terima dengan hati terbuka. Kita perlu yakinkan kaum bukan Melayu di negara ini UMNO bukanlah tamak kuasa dan sentiasa bersedia kongsi dengan mereka pada masa yang sukar atau senang.Pada PR2008 UMNO sebenar tidak kalah. Kebanyakan majoriti besar dikawasan pengundi Melayu, umno telah menang cuma dikawasan majoriti kecil pengundi Melayu, bukan Melayu telah menyokong Parti Pembangkang. Perlu ingat di Hulu Selangor pengundi Melayu terdiri 52% itu bukan majoriti besar dan semuanya sokong UMNO..ada pengundi Pas dan Pengundi PKR.Maka UMNO juga perlukan sokongan pengundi Bukan melayu sekiranya calon dari UMNO. Sperti mana pengundi Melayu UMNO perlu sokong (kalau)calon itu dari MIC. Inilah dikatakan tolak ansur dalam Parti BN. Kita jangan merengek siapa calonnya. Pemimpin UMNO tahu siapa yang layak untuk dicalonkan. PR13 adalah cabaran yang terbesar kita perlu hadapi. Kalah menang bagi BN tak ada apa perubahan kerusi di parlimen tetapi bagi PKR ini adalah ujian paling getir yang perlu mereka harungi. PKR terutama ketua de factonya akan gunakan cara keji untuk mengapi-apikan pengundi Melayu disini dengan harapan pengundi Melayu terutama ahli UMNO akan sabotaj. Bagi pengundi UMNO di hulu Selangor fikirlah yang terbaik untuk Barison Nasional.Wassalam.

7sungai said...

Masa PRU 12 dulu pembakang main bubuh saja calun tak kira calun itu bolih berkerja atau tidak kepada rakyat di kawasan yg mereka menang kerana mereka tahu rakyat sudah tolak BN bubuh kayu pun bolih menang sama juga keadaan PRK H/Selangor sekarang BN diterima rakyat di semua kawasan bubuh siapa saja akan menang kerana rata rata rakyat sedar permainan politik kotor olih puak pembakang kerana tak buat kerja tak bela rakyat balas dan kaut hasil bumi selangor untuk peribadi dan keluarga yg ada pun berlakun saja betul kata PM pemerintahan PR di selangor akan tamat tidak lama lagi kerana PR hanya pinjam saja dan sepatut nya dikembalikan kepada BN memerintah.

7sungai said...

Masa PRU 12 dulu pembakang main bubuh saja calun tak kira calun itu bolih berkerja atau tidak kepada rakyat di kawasan yg mereka menang kerana mereka tahu rakyat sudah tolak BN bubuh kayu pun bolih menang sama juga keadaan PRK H/Selangor sekarang BN diterima rakyat di semua kawasan bubuh siapa saja akan menang kerana rata rata rakyat sedar permainan politik kotor olih puak pembakang kerana tak buat kerja tak bela rakyat balas dan kaut hasil bumi selangor untuk peribadi dan keluarga yg ada pun berlakun saja betul kata PM pemerintahan PR di selangor akan tamat tidak lama lagi kerana PR hanya pinjam saja dan sepatut nya dikembalikan kepada BN memerintah.

sasha2020 said...

Kalau bercakap tanpa fakta...orang akan kata cakap sedap mulut...atau kadang kadang orang kata bodoh

mana ada dalam malaysia, kawasan pilihanraya parlimen yg majoritinya orang india..Kalau macam tu, tak adalah kerusi untuk orang india..Itulah uniknya BN..yg mempunyai persefahaman yg tak ada dimana mana parti didunia pada masa ini.

Bagi aku, asalkan BN tak kira dari parti mana, kita akan sokong penuh..Wahai penduduk Hulu selangor, jatuhkan kerajaan campuran yg tak reti memerintah...
Kemenangan bagi BN.....

xpass said...

Tumbangkan Pakatan Rakayat, kuburkan sipeliwat yang tamak haloba nak jadi PM dan kuncu-kuncu PKR, DAP dan PAS yang rela ditunggang semata-mata untuk menghancurkan Malaysia yang kita cintai.

Tanpa Nama said...

BN KALAH BUKA MEKA BENCI BN TAPI TAK CAYA DEGAN DOLLAH PM YG ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ DAN ME HANTUNYA..KJ ITU AJAA. KAU LETAK SELUAT DALAM ANU WAR PUN PKR MENANG MASA ITU....'
" KAMI SAYANG PAK LAH "
( KEMPEN UMNO YG PALING BEBAL MASA TU )
ZAMAN DOLAH DA BERAKHIR...

Tai said...

Calon BN diumum pada 15TH April. Siapa di kalangan calon BN, sokong saja. Tak kiralah dari parti mana. Saya sokong penuh apa yang mamak penang tulis. Mana ada dalam dunia parti semacam BN ni? jadi, tak payahlah seperti kebudak-budakan, kalau bukan calon yang mereka sokong, mereka nak sabotaj. Dulu, tak semacam tu. Inilah masalahnya kalau dah buta sejarah. kerajaan kena wajibkan lulus sejarah dalam setiap peperiksaan.

Tanpa Nama said...

yeeaaahhhh... Melayu Hulu Selangor akan dpt wakil rakyat MIC, bestnya...
Boleh lah rasmikan surau2 dan masjid2 baru di sana, tolong bacakan doa lagi...
pas ni mereka akan buat sembahyang hajat di surau2 dan masjid2, mendoakan kemenangan Calon pilihan pemimpin mereka...
untuk warga melayu Hulu Selangor yang tidak dpt ke surau2 + masjid2, mereka diminta melakukan di rumah...
nanti dah menang, sama2 sembelih Qurban... hahaha...
seronok jugak ya tengok juak2 melayu Hulu Selangor tu berjuang bermati2an utk MIC...
Hidup Melayu Hulu Selangor.... bravo....

Mohammad Roslan said...

Salam,Tanpa nama ini jadi ajen mengadu- domba orang Melayu dengan India ke?. Apa jenis spesislah engkau ini?. Yang Pakatan Rakyat puja LGE, LKS, Karpal, Santiago Melayu kah?. Menteri Besar Selangor Khaled Ibrahim nak buat kandang babi terbesar dunia di Selangor apa hal?. Yang bertanding di Hulu Selangor adalah Parti Barisan Nasional. Parti UMNO tak bertanding di Pilihanraya. Tanpa nama dari mana?. Spesis Alien kah?. Tak faham Politik jangan dok kata macam-macam. Barison Nasional bukan berpegang kepada rasis yang rasis ini Tanpa Nama. BN untuk semua tak kira dia Melayu, Cina, India atau orang Pribumi Sabah dan Sarawak. Kalau Tanpa nama rasa Orang Melayu saja boleh bertanding kenapa tak usulkan kepada parti DAP atau Pakatan Rakyat. Parti Pas kononnya parti Islam dan Pemimpinya 100% Melayu pun letak calon bukan Melayu dan Bukan Islam di Negeri Johor pada PR2008. Mentaliti Tanpa Nama ini mentalnya tanpa Oksijen kot?.

penjejak awan said...

Masa PRU12"LEMBU" kalau dipakaikan serban dan jubah pun boleh menang.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online