How to Expand Your Business with UCaaS
2 tahun yang lalu
--- " MELAYU HANYA BOLEH SELAMAT APABILA KUAT DAN KUAT APABILA BERSATU PADU " --- " MELAYU PERLU BANGKIT KEMBALI, BANGKIT BUKAN UNTUK MENYERANG, TAPI BANGKIT UNTUK MENCARI JATIDIRI, YANG TELAH SEKIAN LAMA HILANG" ---"JAUHI PUAK JUAK MELAYU YANG SANGGUP MENGADAI APA SAHAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT"
Posted by AbgTuah at 12:04 PG
5 Comments:
Salam,
Inilah akibat terlalu yakin dan taksub dengan Ulama Politik. Kadangkala kita tak tahu bezakan mana satu Islam dan mana satu kuasa Politik. Kita akui Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan. Tetapi Isu sini ialah "kuasa Politik". Parti Politik yang terbaik ialah memeberi peri mustahak kepada suasana politik dan pembangunan ekonomi serta membina rohani rakyat yang baik megikut garis panduan agama. Parti politik yang bermasalah adalah Parti Politik yang menjangkiti rasuah untuk membina kuasa politik.
Tentang Parti Pas ini apa yang kita takutkan bukanlah prinsip Islam mereka tetapi nama agama digunakan untuk cengkaman Kuasa Politik. Mereka gunakan kepandaian Putar (spining)untuk kepentingan kuasa politiknya.Ini bukan Salah Islam, tapi salah guna kuasa dan berunsur rasuah. Islam tidak mengatakan semua perbuatan pemimpin diredhai Allah.Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Ulama juga terdedah kepada salah dan silap (al-Araf ayat 75-76). Ahli-ahli Parti Pas perlu fikirkan. Janganlah berfikiran sempit dan takut mengiritik ulama-ulama Pas kerana sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w Abu Bakr r.a dan Umar membenarkan diri mereka dikritik.Cengkaman kuasa ulama di Parti Pas perlu dihindarkan. Yang tidak boleh kritik dan maksum hanyalah Allah s.w.t dan Nabinya Rasullulah s.a.w. kerana yang benar belaka.Wassalam.
Biasalah benda yang haram bila sampai ketangan puak PAS akan jadi halal,semua perkara yang selama ini mereka mainkan bila nak menghentam UMNO rupanya pihak mereka lagi teruk.
Tapi benda nie semua tak bawa kudis kat depa sebab Nik Aziz dah menjanjikan syurga betul tak.
Islam hanya pada nama tapi pendekatan lebih kepada parti haprak.
Majlis Fatwa PAS telah menetapkan bahawa mana-mana sumbangan yang berbentuk wang atau harta mudah alih dan aset hartanah adalah HALAL
Begitu juga mana mana sumbangan dalam apa bentuk sekalipon adalah HALAL demi PARTI (dibaca bukan kerana Allah)
Apa-apa pengorbanan ahli PAS, termasuk menggadai isteri dalam berbai'ah untuk PARTI (dibaca bukan kerana Allah) juga di kira HALAL
Mana-mana jenayah syariah dan jenayah sekular seperti Rasuah yang dilakukan oleh ahli PAS dan disorok oleh ahli PAS lainnya adalah HALAL
Ini kerana tiada tindakan diambil oleh itu perkara tersebut difatwakan oleh Majlis Fatwa PAS sebagai HALAL.
P/S Kenyataan ini hanya benar bagi mereka yang berugama PAS sahaja. Mereka yang berugama Islam tidak wajar mengiiya sesama manusia dan boleh dijatuhkan hukuman, Sekian.
Bukti Ruang Diskusi Nik Aziz Nik Mat -Fb
Salam ...
Biarlah hamba pula yang berhujah :
1. Kenapa tak dilaporkan pada SPRM. Surat bukti dah ada. tak payah nak melalak kesana kemari. Orang UMNO pun dah tak percaya pada SPRM ke. Sebab itulah puak- puak umno mudah kena tipu pada pemimipin mereka sebabnya pemikiran tahap......
Khas Abg Mamak Penang
Ulasannya :
(Kita akui Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan)
Ulasan aku : Tapi sayang UMNO telah memisahkan kedua- duanya. Sebab itulah pemimpin umno menentang keras hukum sebat kepada kartika.
Khas untuk penjejat awan.
Ulasannya.
(Biasalah benda yang haram bila sampai ketangan puak PAS akan jadi halal)
Ulasan aku :
Kata - kata tu bukannya begitu tapi begini,
Biasalah benda yang haram bila sampai ketangan puak UMNO akan jadi halal.
Buktinya : Puak umno menegaskan undang - undang Islam tidak dapat dilaksanakan di Negara kita kerana masyarakat majmuk.
Khas untuk anak bukit gantang :
Soalan yang ingin hamba ajukan < Kalaulah apa yang PAS fatwakan tu salah kenapa setiap kali bila diajak berdebat UMNO sentiasa menolak dengan seribu alasan.
Wahai Hang Jebat
siapa yang berdolak dalih? isu kerajaan perpaduan alahai mak seribu dalih.....siu kerjasama PAS dgn UMNO di Perak juga seribu dalih malah lebih teruk dari Puteri Gunung Ledang
hmmmm siapa yang berdalih?
Post a Comment