Isnin, 1 Mac 2010

AKTIBITI ESPOT-ESPOT..?

 
Karikator hiasan..tak ada kena mengena dengan sesiapa..hanya pada Mr Brock sahaja.
Kelantan tidak harus berterusan 'eksport' rakyatnya


KOTA BHARU 28 Feb. - Kelantan tidak harus menjadi negeri yang berterusan 'mengeksport' rakyatnya ke negeri-negeri lain untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, ekonomi negeri perlu dijanakan dengan pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan untuk membuka peluang pekerjaan.

Katanya, fenomena rakyat negeri ini mencari rezeki di luar Kelantan begitu ketara berbanding negeri-negeri lain dan ia boleh dilihat dengan jelas apabila tiba musim perayaan.

"Kita dapat menyaksikan kebanjiran anak negeri yang bekerja di luar yang pulang ke kampung halaman masing-masing apabila seluruh jalan sesak dengan kenderaan dan begitu juga melalui penerbangan.

"Sehubungan itu, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan terutamanya perlu mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan negeri untuk menggerakkan ekonomi negeri," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian TMPoint TM Authorised Dealership di sini pada hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Sales dan Services Sdn. Bhd., Ahmad Khairul Razi Ismail serta Pengarah Urusan Prestige Channel Sdn. Bhd., Azmi Ali.

Selain itu, Awang Adek berkata, fenomena itu berkait dengan kegiatan ekonomi Kelantan yang agak malap dan salah satu contoh berdasarkan kepada kutipan cukai oleh pihak kastam.

"Kedudukan perniagaan di Kelantan tidak bermaya dan ini boleh dilihat dengan kutipan cukai termasuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan pada jumlah yang rendah iaitu RM34 juta setahun," ujarnya.

Beliau berkata, dari aspek pelancongan pun begitu juga apabila hanya 700,000 atau tiga peratus daripada sekitar 25 juta pelancong yang datang ke Malaysia berkunjung ke Kelantan.

utusan

WAHAI NIK AJIS..CUKUP-CUKUP LAH ASHIK BERPOLITIK DAN ASHIK MENUNTUT WANG ROYALTI.

KEBAJIKAN DAN PENGHIDUPAN YANG SEMPURNA UNTUK RAKYAT NEGERI KELANTAN TU YANG SEPATUTNYA LEBIH DIUTAMAKAN.

DARI MUDA SEHINGGA KE TUA TAK JEMU-JEMU LAGI KE ASHIK BERPOLITIK KEPARTIAN. SEKARANG DAH PUN TUA..JADI HABISKANLAH SISA-SISA UMUR TUA TU UNTUK BERBAKTI KEPADA RAKYAT PULA.

5 Comments:

YANG GAMBI said...

Benar sangat tu Abang Tuah.... tok guru Nik Aziz pun jadi-jadilah mengkafirkan puak-puak UMNO.....

Hang Jebat said...

Salam ...

Sumber ni dapat dari mana ?

oh.... dari awang adek.

Siapa awang adek tu...

oh .... Timbalan menteri kewangan yang telah mendakwa Pemberian Royalti pada terengganu selama i ni satu kesilapan.

eh Pm dulu termasuk Tun boleh terima ke kenyataan awang adek memperbodohkan mereka.

Sekarang ini Abg Tuah pun dah diperbodohkan juga.. keh ... keh...

Scud said...

pas berhajat nak menyaingi Indonesia. Lepas ni dia nak eksport pula ke luar negara.

boleh buat pitis woo bisnes ni hehehe

laila manja said...

Salam...sepatut nya rakyat kelantan yang berkerja diluar kelantan tu cukup cukup lah balik lah kenegeri mu tu ramai lagi anak negeri lain yang tak berkerja dengar cerita anak kelantan lah yang paling ramai berkerja dinegeri negeri dibawah pentabiran BN tak malu ke.

Tanpa Nama said...

Salam...
Ini lah strategi pas kelantan..yang umno tak nampak...biar ramai anak kelantan berada di seluruh M'sia yang boleh mengembangkan pengaruh pas....skrng ni telah berkembang ke negeri Selangor...PRU akan datang...jangan terkejut kalau ianya terus berkembang ke N9 dan Melaka pula....insyaallah

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online