Ahad, 7 Februari 2010

PENULIS MENGAKU NIK AJIS MEMONG ADO HOK NIKMATE ROYALTEA…!!

 

 DARI SEGI UNDANG-UNDANG TAK DO SIAPO PON YANG BERHAK MENGHALANG NIK AJIS DAN KELANTE UNTUK MENIKMATE ROYAL TEA..!!


 Hak Kelantan dapat royalti harus dikaji pelbagai sudut

KUALA LUMPUR: Soal hak terhadap pembayaran hasil minyak oleh Petronas harus dilihat dari pelbagai perspektif undang-undang yang berkaitan dengannya, kata seorang pengamal undang-undang.

Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata soal siapa yang berhak kepada pembayaran wang sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum oleh Petronas, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri terbabit, tidak hanya tertakluk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Beliau berkata, peruntukan Seksyen 4 PDA yang memperuntukkan pembayaran wang tunai oleh Petronas bagi hasil yang diperoleh kepada kerajaan Persekutuan dan negeri perlu dibaca bersama dengan beberapa peruntukan perundangan yang lain.

Ini termasuk Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, Kanun Tanah Negara 1965 dan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan dengan jelas hak kawasan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, katanya di sini, semalam.

Peruntukan lain, termasuk Akta Pelantar Benua 1966 serta Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982, katanya yang juga rakan kongsi utama tetuan Hafarizam, Wan & Aishah Mubarak.

“Isunya sekarang sama ada minyak itu diperoleh dalam perairan negeri atau di luar negeri," katanya.

Menyentuh tuntutan yang dibangkitkan kerajaan negeri Kelantan terutama hak mereka ke atas eksplorasi petroleum secara usaha sama kerajaan Malaysia dan Thailand di Teluk Siam, beliau berkata walaupun ia hanya 150 kilometer (km) dari Kota Bharu dan 180km dari Pattani, Thailand, kawasan itu terletak di luar kawasan tiga batu nautika bersamaan 5.5 kilometer yang menjadi sempadan negeri itu.

"Untuk kerajaan Kelantan membuat tuntutan terhadap royalti minyak, ia mesti tidak lebih daripada tiga batu nautika, itulah yang dikatakan sebagai sempadan negeri dan keluar saja dari tiga batu nautika sehingga 200 batu nautika, ia adalah Zon Ekonomi Eksklusif Kerajaan Malaysia.

"Jadi tuntutan royalti bagi eksplorasi petroleum di kawasan ini terletak di bawah Akta Pelantar Benua 1966 yang menyatakan dengan jelas segala hak untuk membuat eksplorasi dan eksploitasi sumber asli termasuk petroleum terletak di Malaysia, akan dibuat kerajaan Persekutuan," katanya.

Kerajaan Malaysia dan Thailand sudah menandatangani perjanjian pada 1979 bagi mewujudkan Pihak Berkuasa Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) untuk membangunkan kawasan bertindih pelantar benua antara kedua buah negara seluas 7,250km persegi terletak di bawah Teluk Siam di Laut China Selatan, dan keuntungan dari hasil eksplorasi itu dibuat secara sama rata.

Pada 26 Januari lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Kerajaan Pusat memutuskan RM20 juta wang ihsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini. - Bernama

DOH FAHE KO...??


18 Comments:

Tanpa Nama said...

nik aziz dan pas sepatutnya bershukor diatas wang ikhsan yg diberika kerajaan..

ni tidak..dah di beri betis nak peha pula ..

dasar tidak tahu bershukor langsung..

Tanpa Nama said...

Puak hamPAS ni sengaja nak buat kecoh..pada hal mereka tahu benar mereka tak layak. Mereka ramai penasihat undang-undang yg tahu legal dan hak cari gali minyak. Cuma mereka ingin menghangatkan isu agar kerajaan di lihat jahat..
Tapi yang dikesali ada juga insan yg berdiri di atas pentas pembangkang yang mungkin ingin mencari populariti setelah tidak lagi porpular.

Nasionalis1982 said...

Hakikatnya, PAS Kelantan tak berani nak bawa kes ini ke mahkamah walaupun beberapa ugutan dibuat.

Jika mahkamah tak menyebelahi mereka, telan air liur sajalah ye..

Royalti hilang..wang ihsan pun hilang..

Tanpa Nama said...

UMNO memang sial..dia berkuasa utk berbuat apa saja kerana dia BERKUASA...!!! usahkah undang2 perjanjian Petrolium dikhianati, hukum dan Undang2 Allah pun mereka tak ikut...apa barang perjanjian petrolium bro???
Yang peliknya kata UMNO kelantan tak layak dapat royalti kerana tiada minyak di laut kelantan, tapi bagi pulak wang ehsan!!!! dan wang ihsan pulak tak dibagi pada kerajaan negeri, tapi dibagi kpd UMNO (JPP)...tak ke pelik tu!!!! hmmm,,dapat kat JPP, enjoy katak lah dia,kembung perut lah bro...bukan makan nasi tapi makan duit terus..sebab dh byk sgt duit!!!! kesian kita...terus menerus kena bodohkan UMNO....UMNO mmg tamak haloba..rezeki tuhan bagi, semua habis disapu mereka, seolah2 reezeki itu mak bpk dia punya...
dan mereka akan menyelewengkan segala fakta dan perjanjian demi memuaskan nafsu mereka...kah..kah..kah...

Tanpa Nama said...

Tanpa Nama 20:55.. mmg dasar penjilat hamPAS,,apa jika di bagi duit sepeti yg dituntut oleh TGNA, hidup kau bleh bertambah kaya ke ?.Itu aje ke rezeki yang tuhan bagi,takda rezeki lain lg ke kt dunia ini.. Sebenarnya mata dan hati anda telah trtutup dng penipuan yg tlah dlakukn oleh wali tahap selipar yang anda agung2 kn..

Tanpa Nama said...

Anon 21:17

Bodoh betul engko...kenapa bila kata kelantan tak layak (royalti) kerana lautnya tiada minyak, tapi bagi plak wang ihsan...lagi bodoh!! kalau tak der minyak, buat apa bagi wang ihsan...??? lagi bodoh...bukan soal dapat duit tu jadi kaya atau tidak...ini soal ketamakan dan UMNO membodohkan orang...nampak sangat UMNO jahat dan tidak adil...seblum trengganu jatuh ke Pas, dibagi royalti kepada KERAJAAN NEGERI TERENGGANU, tapi bila KERAJAAN NEGERI TRENGGANU bertukar tgn, wah, Trengganu tak layak terima Royalti plak...!!! tapi diganti wang ihsan, dan wang ihsan tu plak tak dibagi kpd KERAJAAN NEGERI TRENGGANU tapi dibagi ke poket JPP (UMNO)...apa benda lah...tak ker bangang dan jahat namanya tuh!! kerana politik, sanggup UMNO melangar perjanjian..tapi UMNO mana ada ikut undang2 dan perjanjian pun..semua dilanggarnya...sebab mereka amat TAMAK dan HALOBA dan SGT KEJAM dan AMAT JAHAT

Lim Pek Ha said...

quote"nik aziz dan pas sepatutnya bershukor diatas wang ikhsan yg diberika kerajaan..

ni tidak..dah di beri betis nak peha pula ..

dasar tidak tahu bershukor langsung.." unquote

kalau begitu, kita semua terima gaji sajalah, tak perlu terima bonus, elaun, mileage, lodging, dan lain2 tu

AbgTuah said...

MEMANG BETUL..

SEPATUTNYA HANYA LAYAK TERIMA GAJI DAN CLAIM SAHAJA..

BONUS DAN LAIN-LAIN ELAUN ITU BUDI JASA BAIK DAN BICARA KERAJAAN..

BOLEH BAGI DAN TAK SALAH KALAU TAK BAGI..

KAU BELUM CUKUP PENGALAMAN LAGI..

KAU LUM JUMPA ORANG YG TAK MAHU SEMUA ELAIN DAN BONUS..

AKU DAH JUMPA ORANG YG BETUL-BETUL KUAT AGAMANYA..

BELIAU BERKATA..BUKAN HASIL TENAGA BELIAU..

JADI WANG BONUS DAN ELAUN TU DI SEDEKAKAN PADA YG MEMERLUKAN..

AKU DAH JUMPA ORANG MACAM TU..TAPI TAK BANYAK..

YANG AKU JUMPA ORANG YG MACAM LIM PEK HA..DAN GOLONGAN SEMERTABAT HAMPAS..

WANG BONUS..ELAUN..BUKU TEK ..UBATAN HOSPITAL..SUBSIDI SAPU..JILAT..TELAN..

TAPI DAH DASAR LIDAH BIAWAK NAK UCAP TERIMA KASIH PUN BERAT..

DAH DASAR MULUT BUSUK TAK GOSOK GIGI..DI HINANYA..DICERCANYA..
DIHAMUNNYA..DITOMAHNYA
MEREKA YG MENGHULURKAN BANTUAN..
YG MENYUAPKAN NASI KE MULUT MEREKA..

AKU PERNAH JUMPA ORANG YG OK..YG TAK CAKAP BANYAK ..TAK PULA MENGHINA..MENCERCA..
TAPI MENOLAK WANG ELAUN DAN BONUS..

AKU PERNAH JUMPA ORANG YG MENOLAK DIVIDEN DAN BONUS ASB DAN ASN..MEREKA SEDEKAHKAN..KERANA KATA MEREKA WAS-EAS HASILNYA BERCAMPOR BAUR. YA OITU TERPULANG KEPADA MEREKA..IKUT PENDIRIAN MASING-MASING..

TAPI TAK RAMAI MACAM TU BOLEH DIKIRA DENGAN JARI..

TAPI YG BANYAK AKU JUMPA ORANG MACAM LIM PE HA..DAN GOLONGAN SEMERTABATNYA..HAMPAS

SESAH..
JILAT..
BANTAI..
LAPAH..
TELAN..

BETUL-BETUL MACAM ORANG KEBULOR PERUT KOSONG..

TAPI BUKAN SAHAJA PERUT KOSONG..MALAH OTAK PUN KOSONG JUGA..

Tanpa Nama said...

Ku Li perjelas hak royalti Kelantan [Bahagian 1]

lihat sendiri dari mereka yg terlibat dlm perjanjian tersebut supaya tidak dibodoh-sebodo-bodonya oleh 1malaysia..

http://www.youtube.com/watch?v=tEprN6DxWAA

Tanpa Nama said...

Fakta Telaga Minyak Kelantan & Isu Tuntutan Royalti: Ceramah 9.12.2009 (2)

rujuk bahan berlainan untuk mencari fakta dengan betul supaya tidak menjadi bodo 1malaysia.

di sini :http://www.youtube.com/watch?v=Fcn1iW_3MOM&feature=related

ISAC said...

Masih panas lagi bab ni yek....

TG NA pun dah mengalah kerana tahukan fakta, masih ada lagi "makrib" yang tak faham2 bahasa.....


Yang dari RM 1 Billion sekarang hanya mintak RM 40 Juta tu apa cita" Nak menipu ke? Cerita pasal Agama, mak datuk...hak orang pun nak dikebas....


Hasil RM 40 Juta mintak sampai RM 1 Billion.....

Tanpa Nama said...

disyorkan gugurkan saja tuntutan royalti dari kerajaan persekutuan..kelantan keluar dari malaysia sbb dah banyak rakyat kelantan di ainayai oleh umno / bn..tak payah susah susah lepas ni.

Tanpa Nama said...

soalan sy bro tuah ni one of the pengasas n ex pengerusi petronas???.
fakta adalah ku li one of the pengasas n ex pengerusi petronas dah hamba allah yg menandatangani perjanjian diantara petronas n kerajaan negeri.udah2 le tu bro tuah pencen le jadi si munafik n si fasik.lumayan ke habuan yg diterima jadi pencacai umno???.berkat ke bg makan anak bini.SALUTE pd ku li berani kerana benar n mendahulukan rakyat kelate yg majoritinye islam melayu.

Nurul said...

"AKU PERNAH JUMPA ORANG YG MENOLAK DIVIDEN DAN BONUS ASB DAN ASN..MEREKA SEDEKAHKAN..KERANA KATA MEREKA WAS-EAS HASILNYA BERCAMPOR BAUR. YA OITU TERPULANG KEPADA MEREKA..IKUT PENDIRIAN MASING-MASING"

itulah yang patut para menteri tu buat

Tanpa Nama said...

Tuah, kau memang bodoh, statement pun bangang., tentang royalti kelantan, itu memang perlu dibayar, contohnya, jika kelantan bukan salah satu negeri dalam malaysia, ada hak ker petronas tu nak gali minyak di kawasan perairan kelantan? hak pengalian itu diperoleh kerajaan malaysia(petronas) kerana kelantan., royalti 5% memang hak mereka.. kenapa nak dinafikan tentang ini jika bukan salah satu dari politik UNMO? Secara tak langsung duit pengalian minyak di kelantan umpama duit curi(Haram), diguna untuk pembangunan di dalam malaysia keseluruhan nya.,

Tanpa Nama said...

WA KAHKAHKAHKAH KAH..!!

BODO PUNYA KENYATAAN ANON DIATAS NI.

Tanpa Nama said...

IKUT LUNAS UNDANG-UNDANGLAH WAHAI ANON BODO..BUKAN MAIN IKUT RASA-RASA AJE.

Tanpa Nama said...

"AKU PERNAH JUMPA ORANG YG MENOLAK DIVIDEN DAN BONUS ASB DAN ASN..MEREKA SEDEKAHKAN..KERANA KATA MEREKA WAS-EAS HASILNYA BERCAMPOR BAUR. YA OITU TERPULANG KEPADA MEREKA..IKUT PENDIRIAN MASING-MASING"

baik tak payah masuk ASB dan ASN.
bijak..bijak..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online