Selasa, 9 Februari 2010

PELANTIKAN SULTAN AZLAN SAH IKUT PERLEMBAGAAN – MAHKAMAH

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan – Mahkamah


PUTRAJAYA 9 Feb. – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin. – Bernama

5 Comments:

Tungaklangit said...

saya berada di hadapan Istana Keadilan Putrajaya dan melihat gelagat penyokong nizar ni sungguh memalukan kerana ketika kumpulan anak muda dari UMNO membaca doa dan mengaminkan doa... golongan yang dicucuk hidung oleh DAP ini meneriak pelbagai caci maki kepada org UMNO...

sedih betul melihat gelagat kaum yang menolak ketentuan ALLAH ini

Z-MAY said...

itulah kebenaranya...

jgn biarkan negara dikuasai golongan yg belajar tinggi tapi tak berilmu, serta golongan yg tak berilmu tp berlagak berilmu...

ISAC said...

Sekarang masa bekerja untuk DS Dr. Zambry dan barisan Exconya.

Utamakan rakyaat bukan berpolitik X sudah2 mcm Pakatan....

Tanpa Nama said...

Sembahayang hajat puak-puak sesat tu dah tak berapa makbul...depa sembahayang hajat nak tunjuk kat orang, sembahayang kat tepi jalanlah, tengah jalanlah.....tapi kalah juga...Kita sembahayang diam-diam dirumah..sembahayang tengah malam...tak kabo orang pun...

Tanpa Nama said...

betulke semayang atau lepak kat dangdut or nite club2 berseronok dgn gro2 n tegok arak... cam biasa bila ada perhimpunan agong umno di pwtc... bro ni mcm x biasa lak... saya ni ex umno dah tahu sgt sifat2 dan ciri2 juak2 munafik n fasik dlm umno...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online