Isnin, 1 Februari 2010

KERA JAAN RAKYAT: TELOR DI HUJUNG TANDUK.

 
GAMBAR HIASAN AJE NIE.

KEBELAKANGAN INI KITA DISAJIKAN DENGAN BERBAGAI ISU DAN KRISIS DI DALAM KEPIMPINAN PR. DARI ISU UNITY GOVERMENT, SELCAT, KALIMAH ALLAH, PERBEZAAN PENDIRIAN DAN KINI SEHINGGALAH KEPADA DAKWAAN DIKTATOR..

DISINI PENULIS NAK SENARAIKAN MENGIKUT KEFAHAMAN PENULIS SEGALA TOPIK PERMASALAHAN DAN KRISIS SESAMA SENDIRI ANTARA KEPIMPINAN PR YANG PERNAH DIBERITAKAN OLEH MEDIA.DAN BLOG . BUKAN APA, SUPAYA PENULIS TAK TERLUPA...RUGI KALAU TERLUPA..


1. ISU DIKTATOR - ZAHRAIN DAN GUAN ENG

2. ISU KOMPLOT DAN KUASA - KHALID DAN AZMIN

3. ISU KALIMAH ALLAH - ZULKIFLI DAN KHALID SAMAD

4. ISU FIRAUN KECIL - ZULKIFLI NORDIN DAN ZAIB IBRAHIM.

5. ISU ARAK DAN SELCAT - HASSAN ALI DAN DAP

6. ISU BERUNDING DALAM KELAMBU – HASSAN ALI DAN PAS

7. ISU PPMBK/KOL MAT - KINDEFELLA DAN NIK AJIS

8. ISU ALMENATUNYE - KINDEFELLA DAN NIK FAHMI

9. ISU AL 50 JUTANYE..

10. ISU AL KEK SPESIALNYE..

11. ISU MEE CELUP - NIK ABDUH DAN GENG MEE

ADUSS..ADUSSS…INI TAK BOLEH PAKAI NAMA 'KERAJAAN PAKATAN RAKYAT' TAPI NI LEBIH ' KEPADA 'KERA JAAN PENINGKAN RAKYAT' AJE NI. NAMPAKNYA KEADAAN MEREKA SEKARANG IBARAT TELUK DI HUJUNG TANDUK..

-------------------------------------
'Krisis politik parti pembangkang serius'

PKR tolak kepemimpinan DAP antara bukti: PM

PEKAN: Krisis politik parti pembangkang, terutama di Pulau Pinang kini pada tahap amat serius dan bukan sekadar masalah dalaman saja, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang kononnya masalah yang dihadapi itu hanya disebabkan perselisihan pendapat adalah tidak benar, sebaliknya membabitkan perbalahan serius antara pemimpin mereka.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan Umno atau Barisan Nasional (BN) sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang.

"Krisis politik pembangkang seperti yang berlaku di Pulau Pinang adalah satu penolakan yang jelas terhadap kepemimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

"Pertelagahan di kalangan pemimpin pembangkang itu bukan sekadar berselisih pendapat tetapi juga satu tanda hilang keyakinan sama sekali terhadap dasar dan apa yang dilakukan kepemimpinan sedia ada.

"Ini menggambarkan penerimaan terhadap dasar dan pentadbirannya (Guan Eng) sudah menyebabkan sekumpulan pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan yang saya anggap sebagai penolakan yang amat jelas terhadap pimpinan sedia ada," katanya pada sidang media selepas melancarkan Digital Pekan 1Malaysia, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib diminta mengulas krisis pakatan pembangkang di Pulau Pinang yang dilihat semakin serius apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim melabelkan Guan Eng sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu selepas Guan Eng gagal menunaikan janji pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu di GEORGETOWN, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mempertahankan Guan Eng menyifatkan Zahrain, seorang yang kecewa berikutan permintaannya tidak ditunaikan serta digugurkan daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR, tahun lalu.

Chow mendakwa syarikat disokong Zahrain tidak diberikan tender pengurusan penswastaan Kelab Golf Bukit Jambul oleh kerajaan negeri.

"Inilah punca kritikan terhadap Guan Eng, selain kecewa dalam politik selepas digugurkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pemerintahan parti pembangkang di negeri lain turut berlaku keretakan apabila wakil rakyat dan Ahli Parlimen mereka juga berselisih pendapat dalam pelbagai isu.

"Mungkin juga (krisis itu akan merebak ke negeri lain)...tak dapat kita nafikan kesan dan tempiasnya menular ke tempat lain.

"Seperti kita tahu, Setiausaha Agung PKR (Datuk Salehudin Hashim) sudah letak jawatan dan kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka pun sudah bercanggah secara terbuka. Ini bukan perselisihan pendapat tetapi perbalahan amat serius yang bergolak dalam parti pembangkang," katanya.

BERITAHARIAN

2 Comments:

Tanpa Nama said...

pr.. yang di kendong keciciran ,yang di kejar tak dapat, kesian org pkr/pas..

bRAVEhEART said...

Salam,
Telor dihujung tanduk? Erkk? Masih ada telor ke? Mmmm, kan elok dibuang je telor tu atau jeruk mcm telor tungtung.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online