Pemimpin Umno terima baik cadangan Nik Aziz
ALOR SETAR: Pemimpin Umno menerima baik cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mahu Pas dan Umno duduk semeja berbincang bagi menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti itu.
Namun pada masa sama mereka mahu Nik Aziz serius berhubung perkara itu dan bukan bermain sandiwara untuk tujuan tertentu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Umno sentiasa mengamalkan dasar terbuka sekiranya Pas benar-benar ikhlas mahu mengadakan rundingan demi kepentingan Melayu.
"Umno sudah lama bersedia mengadakan rundingan dengan Pas tetapi bila ia hendak dilaksanakan timbul pula masalah," katanya.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata beliau menyokong cadangan itu, tetapi keliru dengan pendirian Nik Aziz yang sebelum ini berkeras menolak rundingan antara kedua-dua parti.
"Saya berharap Nik Aziz bukan sekadar omong kosong kerana sebelum ini beliau pernah menyelar tiga pemimpin tertinggi Pas yang berusaha ke arah cadangan sama sehingga mereka dikenakan
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata beliau berasa Menteri Besar Kelantan itu sudah hilang keyakinan terhadap rakan kongsinya dalam pembangkang berikutan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga masalah kepemimpinan DAP di Pulau Pinang.
"Kenyataan Nik Aziz itu menunjukkan beliau sudah sedar dan sedia untuk bersemuka dengan Umno atas dasar kepentingan negara dan bukan untuk kepentingan orang Islam dan Melayu semata-mata," katanya.
PADA PANDANGAN PENULIS...
...NIK AZIZ SEBENARNYA CUBA HENDAK MENGALIH PERHATIAN IAITU MENDIVERSIKAN ISU PANAS SEMASA..
DENGAN MENGELUAKAN KENYATAAN YANG LEMBUT MENCADANGKAN AGAR UMNO-PAS BERBINCANG DAN BERPAKAT TENTU PADA SANGKAANNYA DAPAT MENGALIHKAN ATAU MENGURANGKAN PERHATIAN TERHADAP ISU YANG SEDANG PANAS MENGELEGAK SEKARANG INI.
ISU PANAS MENGELEGAK YANG PENULIS MADSUDKAN ADALAH PEMBICARAAN KES SODOMI II DAN KES HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KEPIMPINAN KM PULAU PINANG LIM GUAN ENG YANG DIDAKWA DIKTATOR.
PADA NIK AZIZ JIKA ISU KEONARAN DAN KEDIKTATORAN SEKUTUNYA INI TERUS DIBIARKAN BERMAIN DI MUKA-MUKA DEPAN AKHBAR, DIPAPARAN-PAPARAN MEDIA DAN BLOG-BLOG MAKA LAMA-KELAMAAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PR DAN PAS PASTI AKAN TERJEJAS TERUK DAN AKHIRNYA AKAN TERHAKIS TERUS.
NIK AZIZ TAHU SELAIN DARI ISU HANGAT TENTANG ANUAR DAN LIM GUAN ENG ADA SATU LAGI ISU YANG PASTI MENARIK MINAT RAMAI DAN BOLEH MENJADI TOP HIT DI PERSADA POLITIK TANAH AIR IALAH ISU KERAJAAN PERPADUAN DAN ISU MUZAKARAH UMNO-PAS.
SEKIRANYA BELIAU BERJAYA MENGALIHKAN PERHATIAN AKHBAR..MEDIA DAN BLOG DARI BERTUMPU KEPADA ISU SODOMI II DAN KEDIKTATORAN LIM GUAN ENG KEPADA ISU MUZAKARAH MAKA IANYA AKAN MEMBERIKAN SEDIKIT RUANG KEPADA PAS UNTUK BERNAFAS KERANA TELAH MULAI LEMAS DAN TERCUNGAP-CUNGGAP DIDALAM KAPAL PAKATAN RAKYAT DILAMBUNG-DIHEMPAS TERUK OLEH BADAI TSUNAMI POLITIK DALAMANNYA.
JIKA NIK AZIZ BENAR-BENAR IKHLAS KENAPA BELIAU TIDAK MENGUSULKAN CADANGAN DUDUK SEMEJA UMNO-PAS BAGI MEMBINCANGKAN DAN MENCARI PENYELESAIKAN SECARA KOLEKTIF DAN KONSTRUKTIF ISU KALIMAH ALLAH KETIKA IANYA SEDANG KRITIKAL LAGI PANAS MEMBARA-BARA TEMPOHARI .
JAWAPANNYA SEMASA ITU PAS BELUM LAGI DALAM KEADAAN BENAR-BENAR NAZAK SEHINGGA MEMAKSA NIK AZIZ MENGELUAKAN KENYATAAN YANG BOLEH DIIBARATKAN MENJILAT KAHAKNYA SENDIRI.
TOKOH SEPERTI NIK AZIZ INI ORANG LAMA YANG AMAT TERROR BERPOLITIK SAIKOLOGI..FAHAM DAN MASAK BENAR AKAN SAIKOLOGI DAN JIWA MELAYU YANG BERKEHENDAKAN PENYATUAN UMMAH. DI ATAS KEFAHAMAN TERSEBUT..MAKA MUDAH BAGINYA UNTUK KEPENTINGAN KEPARTAIAN POLITIKNYA MENARIK ATAU MEHULUR TALI BESAR YANG BERADA DITANGANNYA.
SIAPA TAK INGAT SEMASA TIBA PRU 12..KETIKA ITU NIK AZIZ MENGUNAKAN SENJATA SAIKOLOGI AIR MATA DUYUNGNYA, DIMANA KETIKA ITU GAMBAR AIRMATA DAN SLOGAN PERTAHAKE ISLENYE DISEBARKAN KESELURUHAN KELANTAN BAGI MENAGIH SIMPATI RAKYAT MEMPERTAHANKAN KELANTAN DARI KECUNDANG DITANGAN UMNO.
JADI..TAK MUNGKIN SEORANG AHLI POLITIK PEMBANGKANG YANG TERKENAL DENGAN HATI-BATU YANG SANGGUP MEMBERIKAN KATA DUA KEPADA KEPIMPINAN PAS YANG LAIN JIKA MENERUSKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN TIDAK LAMA DAHULU TETIBA CAIR LAGI LEMAH LONGLAI MENCADANGKAN MUZAKARAH-MESYUARAH UMNO-PAS.
PADA PENDAPAT PENULIS, ITU HANYA SELIT-BELIT POLITIK ORANG LAMA. PERCAYALAH APABILA BADAI YANG MELANDA PAKATAN KEMBALI TENANG BELIAU JUGA AKAN KEMBALI BERBISA TENTU UMNO JUGA YANG AKAN DIPATUKNYA SEMULA.
7 Comments:
Salam.
Pengalaman lepas telah mengajar kita utk berhati-hati. Disebalik imej ulama dan seorang tok guru, jangan lupa Nik Aziz ialah seorang ahli politik yg tidak sunyi dgn tipu muslihatnya. Jika benar dan niatnya ikhlas demi keutuhan dan perpaduan islam, cadangan Nik Aziz itu harus disambut baik. Tapi jika sebaliknya, lupakan saja.
Pada kebiasaannya Nik Aziz akan tukar fikiran dan pendirian pada saat-saat apabila keadaan akan menguntungkannya atau sebaliknya. Akhir sekali UMNO juga akan dipersalahkannya dan UMNO juga akan dilihat bersalah, kejam, penipu dan macam-macam persepsi buruk oleh mereka.
Jadi, jangan sekali-sekali terpedaya dan tertipu oleh kata-kata dari mulut Nik Aziz ini. Teruskan usaha "lawan tetap lawan".
cerita mesyuarah UMNO-PAS ini cerita dah basi yang nak dibangkit-bangkitkan semula oleh Nik Ajis. Tidak ada perpecahan orang Melayu berlaku kalau tidak fitnah-fitnah dari Nik Ajis dan pengikut-pengikutnya. Janganlah dilayan sangat isu ini dari orang yang hampir muflis politiknya. Hadapilah saja bala yang diturunkan oleh tuhan atas ketakburan dan bongkak Nik Ajis semasa partinya kuat.
kalau dari dulu berbaik sangka kan senang orang melayu tak berpecah sekarang baru nak berbaik sangka muking pemimpin umno ada jawapannya muking juga untuk selamatkan anak angkatnya bernama anuar supaya jangan dihantar ke sg buluh.
a ah ye.. bukan nak runding pasal kalimah ALLAH je ke.. hahahah
teringat aku ade budak UMNO tu kate mase kat TV..mana perginya PAS?? hahah apsal tak bejuang sndiri..
yang tak percaya pd Lim Guan Eng adalah UMNO, Brahim Katak dan org yg sekutu dgnnya aja...UMNO memang sasau kat PP skrg ni...maklumlah susah nak "masyuk" bila PR perintah PP....susah mau makan bro... itu aja yg menyebabkan UMNO bising...projek, tender, saham, alibaba...itu yg umno cari...bila melepas, terkedu dibuatnya...padan muka...politik UMNO ni sama jer dgn politik setan!!!!
bro tuah x ade artikel ker ku li support kerajaan negeri kelate isu tututan royalti petrol...??? kemunafikan n kefasikan umno terbukti... cakap bohong x amanah n merompak hasil negeri kelate hak rakyat kelate... sebab nak songlap duit utk beli keta2 mewah... ratus ribu... beli banglo... puluh juta... n nikah dgn artis2 muda or be a sugar daddy... baguih punya islam umno@hadhari... umno laknatullah... amin3x...
what .. Pas nak duduk semeja dengan umno bincang hal islam.
what... umno buat - buat terperanjat.
what ... umno kata pas sudah undur balik.
umno 0h umno.
sudah beribu kali dah pas ajak duduk semeja berbincang Islam. Umno je tak sanggub. umno yang taku bayang - bayang sendiri, bimbang perjuangan mereka diketahui umum tak selari dengan kehendak islam.
sudahlah abg tuah. ego mu menyerlahkan kebodohan diri mu.
setakat itu sahaja. Aku tak boleh lama -lama sangat mengadap ini kerana banyak urusan yang aku perlu selesaikan diawal tahun ini. Ada kelapangan kita bersua lagi.
sekian.
Post a Comment