--- " MELAYU HANYA BOLEH SELAMAT APABILA KUAT DAN KUAT APABILA BERSATU PADU " --- " MELAYU PERLU BANGKIT KEMBALI, BANGKIT BUKAN UNTUK MENYERANG, TAPI BANGKIT UNTUK MENCARI JATIDIRI, YANG TELAH SEKIAN LAMA HILANG"
---"JAUHI PUAK JUAK MELAYU YANG SANGGUP MENGADAI APA SAHAJA DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT"
Ku Li perlu nilai kedudukannya dalam UMNO – Muhyiddin
BESUT 13 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO emandang berat tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu.
"Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan Pusat atau platform UMNO... saya dimaklumkan ia ditaja oleh Pas.
"Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Januari lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, Kelantan.
Muhyiddin berkata, bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalti minyak.
"Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.
"Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li,” katanya. – Bernama
HMMM..TAK TAHU NAK KOMEN APA..NAK TELAN MATI EMAK..NAK LUAH MATI BAPAK.
TAPI PENULIS LEBIH RASPEK PENDIRIAN TOKOH SEUMPAMA DATO IBRAHIM ALI, DS ZAHRAIN..ATAU DS CHUA JU MENG. TAK SUKA DAN TAK LAGI SEHALUAN MEREKA CHOW..!!
15 Comments:
Darth Anwar
said...
Ku Li adalah antara pemimpin-pemimpin UMNO yang gilakan kuasa tetapi tidak tahu cerminkan diri sendiri untuk menilai kemampuan dirinya.
Orang seperti beliau sepatutnya berusaha dahulu bersungguh-sungguh untuk merampas kembali Kelantan dari PAS sampai dapat, bukannya berangan-angan ingin bertanding kerusi Presiden UMNO.
Dia sepatutnya sedar bahawa kekalahan UMNO & BN di Kelantan adalah kerana dia yang menubuhkan Semangat 46 dan bekerja sama dengan PAS dalam tahun-tahun 90-an dahulu.
Wahai Tengku Razaleigh, betulkan kesilapan kau itu dahulu sebelum gah untuk bercakap apa-apa tentang politik - termasuk dalam isu royalti minyak.
komen dari saudara Dart Anwar telah mengingat saya semula mengenai punca-punca kenapa Kelantan jatuh ketangan PAS, terima kasih atas komen yang boleh kita semua fahami.
AbgTuah, tentang Ku Li saya rasa kekecewaan berpanjangan dari apa yang sangat dia harapkan dulu sehingga kini tidak dipenuhi maka itulah antara punca beliau bertindak sedemikian.
Ingat, masa dia berbaik semula dengan Tun Dr Mahathir setelah S46 dibubarkan, saya dapat membaca bahawa ada sesuatu yang Ku Li harapkan dari Tun M ketika itu..namun tiada juga apa-apa...tetapi Ku Li malu nak berterus terang.
Itulah yang saya rasa antara punca-puncanya mengapa Ku Li seakan-akan bersikap merajuk hinggakan Petronas pun diheret sama dalam hal ini sedangkan beliaulah yang lebih memahami semua prasyarat serta perjanjian yang termeterai diantara Petronas dengan sesuatu kerajaan negeri itu pasal dia dululah antara pengasas Petronas serta pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Petronas.
Species macam Kuli ini, sama saja macam Zaid kuta togok air sejuk, mereka takde pendirian dan prinsip, dimana mereka melihat ada tempat untuk dipijak untuk buasudah terang lompatan, mereka akan ke situ. Species yg macam gitu adalah species yg sudah terang takyat bersuloh, yg keciwa, putus asa, tidak ada harga diri. Tanyalah kepada diri mereka, pada sisa2 hidup mereka yg sudah setengah badan di alam kubor, apakah sumbangan mereka kepada masyarakat? Apakah pengorbanan mereka kepada negara dan bangsa? Mereka akan kojol dalam kekeciwaan, dan anak2 bangsa tidak akan kenang mereka, kerena kehidupan mereka hanyalah membuat perkara2 yg sia2 dan merugikan bangsa dan negara. Cuma mereka je yg syok sendiri dan buta dan pekak untuk melihat kebinasaan yg mereka lakukan. Harap2 mereka sedar dan insaf sebelum ajal mendatang di depan pintu rumah mereka pada waktu itu semua sudah terlambat.
biarlah ku li nak cakap apa pun pasal royalti minyak, dia bercakap atas platform sebagai rakyat kelantan yang kuat semangat kenegeriannya. Begitulah sikap orang dari negeri cik siti wan kembang ini apabila mereka kecewa dengan pusat. Ku Li bukan kisah pun Pas memerintah kelantan, kaum mereka juga. Umno ini sebagai batu loncatan saja untuk mendapat kuasa dan duit dari pusat. Pas ke atau Umno ke yang memerintah kelantan sama saja semangat mereka. Nasiblah Ku li tak memerintah negara, kalau tak habis puak-puak dari negeri ini yang monopoli jawatan-jawatan kerajaan. Selagi ada saudara mara mereka habis mereka sumbat. Bukan ada semangat 1Melayu pun, janganlah melayu negeri lain nak perasaan sangat jadi penyokong pas ala-ala Tok Guru dari kelantan ni.Dia bukan peduli pun kalau Melayu negeri lain berpecah dan melayu jadi lemah dan dikuasai oleh bangsa lain. Tanggunglah sendiri bila kena tindas dengan puak-puak parti Dap yang memerintah.Ada Tok Guru ambil tahu masyarakat Melayu negeri lain yang tertindas. Sebab bukan orang melayu dari negeri dia. Tapi kalau menyesatkan orang melayu dialah orangnya dan bermodalkan ugama. Rasullulah suruh orang Islam bersatu, jangan buat fitnah, jangan mencerca semasa saudara tapi Tok Guru buat sebaliknya.
Kuli nie jenis "born loser". Masaalah dengan dia nie, bila kalah mula "merajuk" dan tak mahu terima kekalahan. Lalu gunakan mahkamah dsb. Peristiwa UMNO diharamkan serta penubuhan S46 adalah angkara Kuli.
Juga masaalah dengan dia nie adalah susah orang nak percaya pada dia selain orang-orang Gua Musang. Dia dikatakan pernah merajuk kerana Abdullah Ahmad Badawi tidak beri beliau apa-apa peranan langsung semasa AAB jadi PM.
Sebenarnya Kuli kalau bersara terus dari politik, beliau akan diangkat sebagai NEGARAWAN. Tetapi beliau kurang berakal dan apa yang beliau nampak hanya (macam Anwar) nak jadi PM. Mungkin beliau mahu dinobatkan sebagai calun pengganti Anwar (bila masuk Sg.Buluh nanti) dan menjadi PM selepas PRU13.
Mungkin nampak pelik, tetapi penyokong PAS bukan seperti penyokong UMNO, yang menyokong membuta tuli, lurus bendul ikut pemimpin yang korup. Penyokong PAS mempunyai prinsip mana yang betul, OK, mana yang salah harus ditegur, dilaporkan dan perlu dikenakan tindakan. Dengan cara inilah kita dapat memastikan hanya pemimpin yang betul-betul layak dan berkualiti akan mara memperjuangkan hak ahli, penyokong dan rakyat.
Ini seharusnya dijadikan panduan dan ikutan oleh penyokong UMNO. Janganlah hanya Ku Li berada di pentas pembangkang, maka kecoh nak bawa ke lembaga disiplin parti. Memang beliau layak memberi penerangan sebenar kerana beliaulah yang terlibat secara langsung ketika perjanjian royalti itu dibuat. Malah saya sungguh terharu Ku Li sanggup mengorbankan maruah dan imejnya di mata penyokong UMNO hanya kerana berpegang pada amanah Tun Razak, berkaitan pemberian royalti untuk kemajuan negeri pantai timur. Ini menunjukkan kematangan Ku Li dalam berpolitik. Malah memang selayaknya Ku Li yang menjadi PM bukannya Tun Mahathir yang penuh dengan tipu muslihat untuk menghalang Ku Li memegang tampok pemerintahan negara. Sila rujuk kembali peristiwa silam UMNO.
1- Dari segi perjanjiannya, Kelantan dan Trengganu mmg tidak layak dapat royalti - ini terbukti apabila Nik Aziz enggan masuk mahkamah - dah tahu akan kalah - Tapi orang PAS sokong membuta tuli.
2- Penggunaan Nama Allah oleh Kristian - Nik Aziz sokong dan penyokong PAS sokong juga membuta tuli.
3- Kerajaan Kelantan rugi RM50 juta gara2 al-menantunya Nik Aziz - orang PAS masih angguk membuta tuli.
Dari mana anda perolehi fakta tersebut? Utusan Malaysia? Berita Harian? TV3? TV1? atau pembohongan pemimpin anda?
Saya ingin menjemput anda datang ke kelantan, berjumpa Tuan Guru sendiri mendapatkan penjelasan mendalam berkaitan penggunaan nama ALLAH. Apa yang anda saksikan di kaca TV atau suratkhabar hanya kata-kata Tuan Guru yang telah di potong dan tidak disiarkan sepenuhnya. Tuan Guru memberikan hujah berdasarkan Al-Quran dan sunnah, mengapa perkara tersebut tidak disiarkan? Juga mengapa tidak disiarkan berkaitan kata-kata Tuan Guru yang berkaitan "dalam keadaan mana perkataan Allah itu tidak boleh digunakan". Malah, penerangan Tuan Guru juga adalah dari perspektif kehidupan manakala penerangan Haron Din adalah dari perspektif akidah. Mohon saudara kaji secara mendalam sebelum menyebarkan fitnah yang secara tidak langsung, mengaibkan diri saudara sendiri atas kedangkalan dan kecetekan ilmu agama. Islam itu perlu di kaji dan di pelajari dari akar umbi, bukan hanya mencapai pucuk sahaja. Semoga Allah membuka pintu hati saudara untuk mencari kkebenaran dan mendapat kerahmatan Allah di dunia dan akhirat.
Begitu juga dengan dakwaan penyelewengan menantu Tuan Guru, ianya juga satu mainan politik. Mengapa tidak di heret ke Mahkamah? Melawatlah ke Kelantan, dengar sendiri penjelasan, dan lihat bukti, barulah buat kesimpulan.
Berkaitan royalti minyak, juga dapatkan fakta yang sahih, baca penerangan Ku Li.
Saya datang dari keluarga yang terdiri dari ramai ahli politik yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan juga yang menerajui parti pembangkang. Saya dapat dengar cerita sebenar dari kedua-dua pihak.
Pada pandangan saya politik Malaysia menuju kehancuran. Disebalik 1Malaysia dan ketuanan Melayu, Melayu sebenarnya tidak punyai apa-apa lagi. Semuanya telah hilang sedikit demi sedikit sejak 50 tahun dahulu. Disebalik laungan ketuanan Melayu, orang Melayu umpama menang sorak kampung tergadai. Bukalah perlembagaan 153 hak istimewa bumiputera, cuba saudara kaji apa lagi yang tinggal??? Hanya namanya sahaja.
Anda adalah contoh tipikal org2 PAS yg akan menggelepur bila kita berikan hujah yg kuat.
1- Isu rasuah Kerajaan negeri Kelantan - SPRM dah pun bukak siasatan hasil pendedahan Kickdefella sendiri, dah kena serbu pun ofis depa. Kenapa nak suruh saya repot lagi? Harakah tak siar cerita tu ke? Kesian.... Bacalah sikit media main stream.
2- Tau pun Melayu cuma tinggal nama saja. So kenapa nak terus kecilkan hak Melayu ni dgn cara bersekongkol dgn KAFIR HARBI yg mahu dilangkah mayat mereka dulu kalau nak laksanakan hudud?
3- Anda kata: Nik Aziz (yg setuju nama Allah digunakan utk mengkristiankan umat Islam di Malaysia) beri komen atas dasar kehidupan; Haron Din (Last Samurai PAS yg memperjuangkan aqidah) beri komen atas dasar aqidah. Saya nak tanya 2 soalan: [a] Yg mana lebih penting, kehidupan harian, ATAU aqidah? [b] Kalau anda mati, anda akan bawa rekod2 kehidupan harian ke mahkamah Allah, atau aqidah? Orang spt anda adalah salah satu dari sekian banyak bukti bhw orang2 PAS GAGAL DAN ROSAK AQIDAH kerana beraqidah dengan aqidah ALLAH MAHA SAMSENG LAGI MAHA MENCARUTI - aqidah ini juga disanggah oleh Haron Din.
4- Last but not least, saya adalah orang KELANTAN. Lahir di Kota Bharu, besar di Kota Bharu, bersekolah di Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Saudara mara saya ada di Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh, dll, dan juga di Tak Bai, Sg Golok dan Yala di Siam. So tak perlulah anda pertikaikan pengetahuan saya tentang Kelantan. Sebab saya orang Kelantan jugalah saya yakin dan berani kritik Tg Razaleigh.

Ya betul kata Darth Anwar... Ku Li patut sedar dirinya sendiri punca Kelantan kalah...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Salam AbgTuah,

kuli tak layak jadi pemimpin sebab kuli maknanya buruh kasar
Sejak Ku Li tinggalkan UMNO dan tubuhkan SEMANGAT 46 - jiwa dan dirinya sudah tiada lagi terpahat dalam UMNO - terbukti kan?
KU LI AND UMNO bukan lagi pasangan "sehati berdansa"
Kuli nie jenis "born loser". Masaalah dengan dia nie, bila kalah mula "merajuk" dan tak mahu terima kekalahan. Lalu gunakan mahkamah dsb. Peristiwa UMNO diharamkan serta penubuhan S46 adalah angkara Kuli.
Juga masaalah dengan dia nie adalah susah orang nak percaya pada dia selain orang-orang Gua Musang. Dia dikatakan pernah merajuk kerana Abdullah Ahmad Badawi tidak beri beliau apa-apa peranan langsung semasa AAB jadi PM.
Sebenarnya Kuli kalau bersara terus dari politik, beliau akan diangkat sebagai NEGARAWAN. Tetapi beliau kurang berakal dan apa yang beliau nampak hanya (macam Anwar) nak jadi PM. Mungkin beliau mahu dinobatkan sebagai calun pengganti Anwar (bila masuk Sg.Buluh nanti) dan menjadi PM selepas PRU13.
Mungkin nampak pelik, tetapi penyokong PAS bukan seperti penyokong UMNO, yang menyokong membuta tuli, lurus bendul ikut pemimpin yang korup. Penyokong PAS mempunyai prinsip mana yang betul, OK, mana yang salah harus ditegur, dilaporkan dan perlu dikenakan tindakan. Dengan cara inilah kita dapat memastikan hanya pemimpin yang betul-betul layak dan berkualiti akan mara memperjuangkan hak ahli, penyokong dan rakyat.
Ini seharusnya dijadikan panduan dan ikutan oleh penyokong UMNO. Janganlah hanya Ku Li berada di pentas pembangkang, maka kecoh nak bawa ke lembaga disiplin parti. Memang beliau layak memberi penerangan sebenar kerana beliaulah yang terlibat secara langsung ketika perjanjian royalti itu dibuat. Malah saya sungguh terharu Ku Li sanggup mengorbankan maruah dan imejnya di mata penyokong UMNO hanya kerana berpegang pada amanah Tun Razak, berkaitan pemberian royalti untuk kemajuan negeri pantai timur. Ini menunjukkan kematangan Ku Li dalam berpolitik. Malah memang selayaknya Ku Li yang menjadi PM bukannya Tun Mahathir yang penuh dengan tipu muslihat untuk menghalang Ku Li memegang tampok pemerintahan negara. Sila rujuk kembali peristiwa silam UMNO.
Kpd tanpa nama 17:47 di atas,
Penyokong PAS lah yg sokong membuta tuli. Bukti:
1- Dari segi perjanjiannya, Kelantan dan Trengganu mmg tidak layak dapat royalti - ini terbukti apabila Nik Aziz enggan masuk mahkamah - dah tahu akan kalah - Tapi orang PAS sokong membuta tuli.
2- Penggunaan Nama Allah oleh Kristian - Nik Aziz sokong dan penyokong PAS sokong juga membuta tuli.
3- Kerajaan Kelantan rugi RM50 juta gara2 al-menantunya Nik Aziz - orang PAS masih angguk membuta tuli.
Orang PAS tak sokong membuta tuli? Suda la.
Saudara Darth Anwar..
Dari mana anda perolehi fakta tersebut? Utusan Malaysia? Berita Harian? TV3? TV1? atau pembohongan pemimpin anda?
Saya ingin menjemput anda datang ke kelantan, berjumpa Tuan Guru sendiri mendapatkan penjelasan mendalam berkaitan penggunaan nama ALLAH. Apa yang anda saksikan di kaca TV atau suratkhabar hanya kata-kata Tuan Guru yang telah di potong dan tidak disiarkan sepenuhnya. Tuan Guru memberikan hujah berdasarkan Al-Quran dan sunnah, mengapa perkara tersebut tidak disiarkan? Juga mengapa tidak disiarkan berkaitan kata-kata Tuan Guru yang berkaitan "dalam keadaan mana perkataan Allah itu tidak boleh digunakan". Malah, penerangan Tuan Guru juga adalah dari perspektif kehidupan manakala penerangan Haron Din adalah dari perspektif akidah. Mohon saudara kaji secara mendalam sebelum menyebarkan fitnah yang secara tidak langsung, mengaibkan diri saudara sendiri atas kedangkalan dan kecetekan ilmu agama. Islam itu perlu di kaji dan di pelajari dari akar umbi, bukan hanya mencapai pucuk sahaja. Semoga Allah membuka pintu hati saudara untuk mencari kkebenaran dan mendapat kerahmatan Allah di dunia dan akhirat.
Begitu juga dengan dakwaan penyelewengan menantu Tuan Guru, ianya juga satu mainan politik. Mengapa tidak di heret ke Mahkamah? Melawatlah ke Kelantan, dengar sendiri penjelasan, dan lihat bukti, barulah buat kesimpulan.
Berkaitan royalti minyak, juga dapatkan fakta yang sahih, baca penerangan Ku Li.
Saya datang dari keluarga yang terdiri dari ramai ahli politik yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan juga yang menerajui parti pembangkang. Saya dapat dengar cerita sebenar dari kedua-dua pihak.
Pada pandangan saya politik Malaysia menuju kehancuran. Disebalik 1Malaysia dan ketuanan Melayu, Melayu sebenarnya tidak punyai apa-apa lagi. Semuanya telah hilang sedikit demi sedikit sejak 50 tahun dahulu. Disebalik laungan ketuanan Melayu, orang Melayu umpama menang sorak kampung tergadai. Bukalah perlembagaan 153 hak istimewa bumiputera, cuba saudara kaji apa lagi yang tinggal??? Hanya namanya sahaja.
Pendirian Nik aziz tidak konsisten..hari ni tak boleh..besok boleh..lepas tu tak boleh.
Ikut situasi dan keadaan dan lebih-lebih lagi keuntungan.
tong..tong..tong..untung..untung..ada untung
Yang mula-mula dedahkan isu al-menantunye dan PMBK tu bukan Utusan atau media arus perdana tetapi orang kuat PAS sendiri..
Usah putar belit faktalah..!!
Kuli pun sama..dulu kata tak boleh sekarang boleh pula..
Lidah macam ular..baik pun join puak hamPEH
Kpd Tanpa nama 2010 Februari 16 04:11:-

Post a Comment