NIBONG TEBAL 31 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus menerima tamparan hebat apabila seorang lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di negeri itu secara terbuka mengkritik kepimpinannya yang disifatkan berat sebelah.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, tindak-tanduk Guan Eng yang berasa dirinya sahaja betul telah menimbulkan rasa kurang senang pemimpin pakatan pembangkang di negeri itu sejak awal lagi.
Malah katanya, sikap ala diktator yang ditunjukkan Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan hubungan rakan pakatan pembangkang di Pulau Pinang hanya kelihatan baik secara luaran tetapi 'bergolak' di dalam.
''Keadaan ini menyebabkan Pulau Pinang bukan ditadbir oleh pakatan pembangkang tetapi oleh Guan Eng kerana apa juga teguran tidak diendahkan kerana seolah-olah hanya dia saja yang betul.
''Ramai pemimpin dalam pakatan yang tidak gemar caranya (Guan Eng) tetapi tidak berani menegur kerana akan dilabel sebagai ejen UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini dengan lantang mengkritik kepimpinan Guan Eng yang dilabelnya sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.
Tee Beng berkata, kenyataan Zahrain itu sememangnya dirasai oleh ahli-ahli PKR yang lain tetapi mereka enggan menyuarakannya kerana masih mahu bertolak ansur dan menjaga hubungan baik dengan DAP.
''Tapi ini tidak betul kerana kita perlu memperbetulkan sesuatu yang salah dan bukannya berdiam kerana rakyat pastinya tidak akan percaya pada kita lagi," jelasnya.
Lebih dikesali katanya, Guan Eng hanya mahu dilihat sebagai pemimpin yang ada kredibiliti tetapi 'melarikan diri' setiap kali timbul isu yang menuntut penjelasannya sebagai Ketua Menteri.
''Kalau ada pengumuman yang baik, maka gah membuat sidang akhbar tetapi bila timbul isu yang tidak memihak kepada kerajaan negeri, maka dilepaskan kepada Exco atau timbalannya untuk menjawab.
''Sikap begini sebenarnya akan menyebabkan lagi banyak konflik berlaku (dalam pakatan pembangkang) dan ia tidak membantu langsung untuk memenangi hati rakyat," tegasnya.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya bersikap adil dengan memberi kepercayaan kepada rakan-rakan dalam pakatan pembangkang untuk sama-sama memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Bagaimanapun katanya, Guan Eng bersikap pilih kasih dalam menempatkan ahli-ahli parti dalam syarikat milik kerajaan negeri seperti Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA) dan Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC).
''Apabila dikritik oleh ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), ahli PKR terbabit mahu dipecat. Wajarkah tindakan begini?," soalnya.
utusan
KOMENTAR:
KEH KEH KEH …KHALIFAH OMAR KA..?
KEH KEH KEH …C.A.T KA..?
KEH KEH KEH …MIDDLE MALAYSIA KA..?
AIKKK..TAPI ADA YANG KATA DIKTATOR..
AIKKK..TAPI ADA YANG KATA CHAUVANIST..
AIKKK..ADA YANG KATA TERMINATOR..
AIKKK..TAPI ADA YANG KATA KEMNIST..
TAPI UMNO JUGA YANG DITUDUH DALANG
BERMULANYA LIM MEMBUKA TIRAI LAKONAN SANDIWARA
YANG MENGHIBORKAN..RAMAI KETAWA GIRANG..!!
KINI LIM MEMBUKA TIRAI LAKONAN SANDIWARA
YANG MENGERIKAN RAMAI YANG MENGERANG..!!
P/S: MAU PESAN SIKIT GULA YANG MANIS TU KERAP BAWA MUDHARAT
BN YANG DIKATAKAN PAHIT AKHIRNYA MENJADI UBAT
8 Comments:
ala benda kecik cam ni pun riuh rendah UMNO...UMNO pulak yang sasau dibuatnya...macam ni lah pemimpin yg terpuji, sentiasa terbuka kpd setiap kritikan...mana ada dlm UMNO hatta dlm BN pun wakil rakyat dia,MP dia secara terbuka kutuk Najib dan lain2, dalam akhbar dan TV...semuanya menikus!!! semuanya OK BOSS...Yes Man...no problem boss...hait Boss...semua bagus2 bos...walau pun perbuatannya menekan rakyat...semuanya baik boss...
inilah namanya politik baru yg bebas menerima sbrg kritikan walau dlm "keluarga pollitik" sendiri...
UMNO???...Ampu adalah....cium bontot pun sanggup!!!!gitu sekali lah tahap pemikiran UMNO dan PR...
Usah kecohlah..itu soal PR, UMNO jgn masuk campurlah...BN pun berserabut jugak...
KEH KEH KEH..
ADA GITU PULA PUSINGNYE..
Untk maklumnan Tanpa Nama sekalian, ini bukanlah BENDA KECIK sptmana yang sdr rasakan. Ianya sangat besar dan mampu melibatkan kesengsaraan rakyat merhain yang menetap hidup di Pulau Pinang khususnya bangsa melayu yang sekian lama diketepikan.
Baginilah nasib kita jika terlalu percayakan seorang manusia yang bersikap ia saja yang betul. Perangai Lim Guan Eng sudah dapat dilihat ketika beliau masih bergelar pembangkang suatu ketika dulu. Apabila beliau mengeluarkan kata-kata, semuanya adalah kritikan yang tidak membina dan tidak berasas. Namun rakyat selalu melihat beliau sebagai hero yang harus diketengahkan. Sekarang nampaknya mereka tersilap penilaian dan jelas sekali Lim Guan Eng bukan manusia yang kita patut angkat sebagai pemimpin.
Pru akan datang beliau hanya layak menjadi Ketua disebuah pulau yang penghuninya adalah kera dan monyet.
Dalam BN mereka tidak membangkang Ketua kerana ketua menjalankan tugas dengan baik dan amanah. Dalam DAP mereka bukan tidak menentang ketua, tetapi takut kerana Ketua bertindak sebagai kuku stainless steel!!!
SLM BRO...TU BKN TARAF KALIFAH LG TP "KAFIR"AH!. APEK NI KE YG ORG MELAYU PENANG SANJUNG2 SKET MASA DULU??. APO NAK DI KATO JANG..NASIK DH JADI BUBOR . YG BAIK DI JADIKAN TAULADAN..YG JAHAT BAIK DI SEPAK MASUK LONGKANG! KEHKEHKEH
Bunga Raya...
"Ianya sangat besar dan mampu melibatkan kesengsaraan rakyat merhain yang menetap hidup di Pulau Pinang khususnya bangsa melayu yang sekian lama diketepikan...."
hah!! baru nak ingat bangsanya Melayu dah lama benar terhimpit dan mundur kat PP...alahai UMNO...mudahnya lupa UMNO ni...kok ye pun PR memerintah baru masuk tahun ke 2 bro!!!!!!!!! selama sebelum PR memerintah, sapa yg perintah PP...hantu kot!!! atau makhluk asing kot!!! atau jin kot!!! atau setan dan iblis kot??? tapi kalau setan/iblis yg perintah sblm PR memerintah aku percaya lah..sebab selama hampr puluhan tahun UMNO/BN kuasai PP...apa yg engko buat?????melayu cam tu gak..makin ketepi, makin ketepi last sekali terjun masuk laut!!!!adakah patut engko nak bandingkan nisbah (50 tahun : 2 tahun)...bodoh betul!!!!
baru skrg nak SEDAR ker UMNO...anda dah terlewat nak SEDAR..makin jelas anda gagal memelayukan bangsa melayu di PP..sebaliknya melayu semakin layu kat PP....menyampah betul bila UMNO kata cam ni...kalau melayu kuat dan hebat di PP masa awak berkuasa dulu, diorg tak pandang yg lain....salah sapa????
Begitulah ceritanya seorang perantau yang baru merasa diri memerintah di Penang setelah dibuang dari Melaka.
Baru 2 tahun memerintah dah rasa megah dan begitu angkuh sekali.
Cara yang dilakukan adalah pembersihan etnik.
Semoga orang Melayu Penang terus sedar apa yang mereka lakukan dan berubahlah demi masa depan anak dan cucu. Takkan selamanya orang Melayu Penang akan redha dengan apa yang terjadi. Fikirlah dengan akal ............
kETIKA umno MEMERINTAH DULU, PEMIMPIN UMNO YANG PALING BESAR DARI PP IALAH DSAI. SEKARANG BELIAU BERADA DALAM PAKATAN PEMBANGKANG. MASIH JUGA GAGAL MALAH LANGSUNG TIDAK BERKESEMPATAN MEMIKIRKAN KEPENTINGAN MELAYU PP.
ORANG MELAYU YANG TINGGAL SEKERAT DIPP ITU ADALAH HASIL USAHA BERTAHAN MELAYU UMNO. JIKA TIDAK AGAKNYA PP DAH SEPERTI SINGAPORE. DAN SEDIKIT MASA LAGI PP SUDAH TENTU MENJADI SPT SINGPORE DIBAWAH PAKATAN RAKYAT.
Post a Comment