Jumaat, 1 Januari 2010

TAHUN BARU YANG PILU DAN HIBA.


 KEJAYAAN BESAR SEORANG PEJUANG

HARI INI CUTI TAHUN BARU. PENULIS MENGHABISKAN MASA PERGI KE KENDURI DAN SELEBIHNYA MEMBACA BERITA DAN BLOG DI INTERNET.


ENTAH MENGAPA HARI INI PENULIS SEDIKIT KURANG BERCAKAP DAN DI HATI TERASA AMAT HIBA DAN PILU. TERASA SEAKAN PENULIS TELAH KEHILANGAN SESUATU YANG DI SAYANGI, YANG PENULIS JUNJUNG DAN AGUNGKAN. TAK DAPAT PENULIS SEMBUNYIKAN PERASAAN HIBA INI BILA TERKENANG KALIMAH ALLAH DIBENAR PENGUNAANNYA DIDALAM PERNERBITAN AGAMA LAIN. ENTAHLAH…, TERBAYANG JUGA BAGAIMANA NANTI KALIMAH INI AKAN SEWENANG-WENANGNYA DI KAITKAN DENGAN TRINITI DAN DIGANDINGKAN DENGAN NAMA DAN GAMBAR YESUS DAN MARY DIDALAM PENERBITAN, DI DALAM GEREJA DAN DI RUMAH-RUMAH RAKAN BERAGAMA KRISTIAN.

SATU YANG AMAT PENULIS PELIK, MENGAPA DI MALAYSIA RAKAN KRISTIAN BEGITU BERSUNGGUH HENDAK MENGUNAKAN KALIMAH ALLAH SEDANGKAN PENULIS PERNAH MELAWAT DAN MASUK MELIHAT GEREJA DI VATICAN CITY TIDAK PULA KELIHATAN MEREKA MENGUNAKAN NAMA ALLAH DI DALAM GEREJA MEREKA.


PERASAAN PILU DAN HIBA BEGINI JARANG SEKALI BERLAKU KEPADA PENULIS SEPANJANG PENGALAMAN DI DALAM DUNIA BLOGGING. BANYAK SEKALI PENULIS TERBACA ARTIKEL DAN KOMEN MENGUTUK ATAU MENGHINA BANGSA MELAYU. MEMANG MARAH DAN TERHINA APABILA BANGSA DI KUTUK TETAPI PERCAYALAH PENULIS MASIH MAMPU TERSENYUM MELIHATKAN PERILAKU MEREKA YANG BERMENTALITI RENDAH. TETAPI APABILA IANYA MEMBABITKAN AGAMA DAN KALIMAH YANG PENULIS JUNJUNG, AGUNGKAN DAN SAYANGI DIBENARKAN PENGUNAANNYA KEPADA AGAMA LAIN MAKA PILU, SAYU DAN HIBA DIHATI INI HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG TAHU.

WALAU BAGAIMANA PUN SEBAGAI RAKYAT YANG MENGHORMATI PERLEMBAGAAN BIAR PUN PEDIH, PILU DAN SAYU PENULIS MASIH TETAP AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI NEGARA INI. TETAPI BESARLAH HARAPAN PENULIS SEBAGAI RAKYAT YANG SENTIASA CINTAKAN KEHARMONIAN AGAR KES INI CEPAT-CEPAT DIBUAT RAYUAN SEMULA.

PENULIS TIDAK PERNAH MENULIS ISU-ISU YANG SENSITIF YANG MEMBABITKAN KAUM, BANGSA ATAU AGAMA. TIDAK PERNAH JUGA MENULIS ATAU MEMPERTIKAIKAN SESUATU YANG TELAH TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH NEGARA INI. TAPI KALI INI PENULIS TERPANGGIL BUKAN UNTUK MEMPERTIKAIKAN, TETAPI HATI TERDESAK UNTUK MELUAHKAN KETIDAKSELISAAN JUGA KELUH RESAH, PILU DAN HIBANYA. PENULIS JUGA PERCAYA RAMAI LAGI YANG BERSEPENDAPAT DENGAN PENULIS.

DISINI PENULIS SERTAKAN PENJELASAN DAN KEWAJARAN LARANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH YANG DIWARTAKAN MENERUSI KEPUTUSAN KABINET YANG BERSIDANG PADA 16 MEI 1986 DAN LARANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM PENERBITAN BUKAN ISLAM, SEBAGAIMANA YANG TELAH DIPUTUSKAN DI DALAM MESYUARAT JEMAAH MENTERI PADA 18 OKTOBER DAN 1 NOVEMBER 2006.

KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA

http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/KALIMAH%20ALLAH.pdf


ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE

http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/isu%20kalimah.pdf

13 Comments:

Tanpa Nama said...

SLM BRO..SEPERKARA LG YG DIORANG KENE AMIK TAU, APABILA ANAK2 CUCU KITA KELAK AKAN BERTANYA KAT KITA. ABAH! KNP ALLAH KITA SAMA DGN ALLAH MEREKA? KITA NK MINTAK DOA DGN ALLAH YG MANE BAH?

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah, beginilah jadinya kalau ada Melayu Islam macam Khalid Samad yang terlalu bernafsu untuk jawatan dan kuasa...... bangsa dan agama akan dipertaruhkan mereka untuk itu....

hanizam said...

yang pasti YB Khalid akan tanggung dosa sebab mamat nilah punca segalanya...dok pergi berceramah dalam gereja, kononnya nak tarik penyokong kafir, sedahnya makan diri sendiri....

samada Yb Khalid insaf @ sebaliknya, nasi dah jadi bubur...tu antara dia dengan tuhan...

berseronoklah ko khalid...sebab dah berjaya mencemarkan kesucian islam...
pemimpin PAS serta YB-YB islam dalam pakatan pun tak berani bagi komen...sebab takutkan DAP...alasan, hormat atas dasar PAKATAN...penipu besar....

Mohammad Roslan said...

Salam,
Mamak pun terasa apa yang Abg. Tuah merasai. Kita blogger selama ini tidak pernah mahu campur hal makamah atau pun perkauman dan isu agama (tidak pernah menyentuh hal kepala lembu, Kes bunuh Teoh, SPRM, Polis atau dll). Tetapi di tahun baru ini dan hari yang mulia bagi umat Islam hari ini terasa dihati ini seperti kehilangan sesuatu. Mamak tertanya-tanya apa kah yang hilang itu?.Berpuluh tahun mamak cuba menegakan Amar Makrof, Nahi Mungkar di negara yang dicintai ini. Pengalaman berpolitik bersama "Singa Utara" di Pulau Pinang sehingga kini tidak dapat lupakan. Berjuang bersama Anwar untuk menegakan Islam tidak terkira waktu. Tetapi umur mamak dah lanjut, kecerdasan otak semakin lemah, rumah kata pii, kubur kata mai...namun cintakan agama dan perjuangan parti yang luhur masih ingin berjuang bersama-sama anak-anak muda yang semakin hari semakin kabur dalam erti perjuanagn UMNO. Perebutan Jawatan, Memperkayakan diri, mencari pengaruh dengan penipuan berlaku di depan mata kepala sendiri sungguh meyayatkan hati. Apa yang berlaku semalam adalah sungguh meyayatkan hati mamak sebagai seorang Muslim yang ingin menghembuskan nafas dengan kalimah laillahaillah...tetapi ada yang ingin jadikan ia sebagai barangan dagangan. Ingin melupakan hal ini tetapi jiwa tak izin buat gitu. Diluar negara apabila kaum muslim minoriti terasa kasih sayang yang begitu akrab bersama saudara Islam kita yang berbagai bangsa. Salam menjadikan roh dihati menjadi kuat namun orang diseberang laut yang bernaung dibawah kerajaan kafir. Baru lagi kemundang "labaik allah Labaik" kini perkataan "Allah" di persendakan di bumi yang majoriti Islam. Ya! Allah berilah kekuatan kepada hamba ini meneruskan perjuangan kamu ya..Allah.Tak ada apa perkataan yang ingin mamak ungkapkan. Abang Tuah, tabahkanlah hati semoga pemimpin kita ada rumusan yang terbaik dari angkara ini. Bagi Parti Pas yang sibuk dengan politicking dan kesombongan dan riak yang lampau! Alah akan membuka topeng Islam kamu satu persatu.Insyallah Parti Pas akan kecundang seperti di PR2004!!!.

Bagi anak-anak muda ini sebenar Parti Pas..sanggup lakukan apa saja demi untuk menang!. Allah akan carikan topeng mereka satu dei satu sehingga mereka bogel dan tak ada tempat untuk berselindung lagi!.

AbgTuah said...

AYUH KITA BERJUANG..KITA PATAHKAN HUJAH KHALID SAMAD.

http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html

Mohammad Roslan said...

Salam Abang Tuah,

Ingat kita pernah belasah orang Pas berkenaan "Bendera Pas di Gereja" di blog pemuda enggang...dan Khalid Samad lawat gereja...dan Gereja berkempen untuk Pakatan rakyat...Kini kita sudah tahu kesimpulannya!!!haha. Kalau Gereja meletakan bendera Pas...maka bererti "Parti Pas ini berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal hilang"!. Fikir-Fikirkanlah.Wassalam.

Anakbukitgantang said...

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/01/penggunaan-nama-allah-hujah-berdasarkan.html

Bila kita berbicara pengunaan nama Allah, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lian telah mengambil sebahagian penyataan artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai dalil menghakimi keputusanya untuk membenarkan Akhbar The Herald bagi menggunakan nama Allah dalam penerbitan ugama kristian kerana "ugama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di Malaysia". Tambah Hakim Lau lagi dibawah artikel (10) Bishop tersebut ada hak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar The Herald kerana "beliau ada hak kebebasan berucap" di Malaysia. Dipetik dari blog Lim Kit Siang di sini http://blog.limkitsiang.com/2009/12/31/court-rules-herald-free-to-use-the-word-allah/

Malang sekali kedudukan ugama Islam sebagai ugama RASMI Malaysia juga dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Malaysia tidak dibacakan bersekali dengan hak kebebasan berugama keatas penduduk bukan Islam! Bahagian 4 dalam perkara artikel (3) Perlembagaan Persekutuan juga menyata bahawa antara perkara yang tertinggi dijulang dalam Perlembagaan Persekutuan adalah kedududukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara! Rujuk artikel penuh di bahagian tepi blog core_ry di sini http://joghomatesuka.blogspot.com/

Malah hujah peguam yang mewakili Kerajaan sebelumnya tidak diambil peduli oleh Hakim bahawasanya Allah adalah nama ekslusif dan kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia wajar dihormati.

Bukti tiada penggunaan nama Allah dalam ugama tauhid terdahulu sama ada dalam kitab Injil mahupun Taurat ialah kerana kedua dua kitab itu diturunkan dalam bahasa selain bahasa Arab! Baca rujukan di sini http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html


Sesungguhnya gerhana bulan malam semalam ibarat gerhana dihati umat Islam yang gagal bersatu ke atas isu utama keberlangsungan umat Islam dan ugama Islam di negara ini iaitu memartabatkan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara seperti yang termaktub dalam artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Saya amat sedeh tatkala umat Islam disuruh bersatu masih ada lagi umat Islam yang berdiam diri hatta kerana taatkan parti. Sedarlah umat Islam semuanya, ini bukan pasal survival party tapi survival akidah Islam, ugama yang Ad-Din!

Bangunlah saudaraku, perjuangan kita sudah bermula!

politik said...

25. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? Mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Alhamdulillah. Tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahuinya. ( Surah Luqman 31:25 )


83. Sesungguhnya telah dijanjikan orang kepada kami dan bapa-bapa kami dahulu, seperti ini. Ini tidak lain, hanya dongeng-dongeng orang dahulu.

84. Katakanlah : Kepunyaan siapakah bumi dan orang yang diatasnya, jika kamu mengetahui ?

85. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu mendapat peringatan ?

86. Katakanlah : Siapa yang mempunyai tujuh langit dan yang mempunyai arasy yang maha besar ?

87. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu takut kepadaNya ?

88. Katakanlah : Siapa yang ditanganNya kepunyaan tiap-tiap sesuatu, sedang Dia memeliharakan dan tiada dipeliharakan, jika kamu mengetahui ?

89. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Mengapa kamu mahu tertipu ?

90. Bahkan Kami telah datangkan kebenaran kepada mereka, tetapi mereka berdusta. ( Surah Al-Mukminun 23:83-90 )

61. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka. Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan, mereka menjawab : Allah. Maka kemanakah mereka berpaling ?

63. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka : Siapakah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu dihidupkanNya bumi yang telah mati, mereka menjawab : Allah. Katakanlah : Alhamdulillah. Tetapi kebanyakan mereka tiada memikirkan. ( Surah Al-Ankabut 29:61 dan 63 )

86. Yang mereka sembah, selain daripadaNya, tiadalah mempunyai syafaat, kecuali orang-orang yang mengaku dengan kebenaran, sedang mereka mengetahui.

87. Demi, jika engkau tanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab, Allah, maka bagaimanakah mereka berpaling ?

88. Dan katanya : Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka ini kaum yang tiada beriman. ( Surah Az-Zukhruf 43:86-88 )

1. Surah Al-Mukminun 23: ayat 84-89
2. Surah Al-Ankabut 29: ayat 61 dan 63
3. Surah Luqman 31: ayat 25
4. Surah Az-Zukhruf 43: ayat 87-88

Penjahanam ubn said...

Patut laaa...

AMENOngoooook rupanya abang tua tuah ni.

Berani siarlah!

kah kah kah kah kah kah

Madey eeeee cakap bukan-bukan dulu tu abang tua tuah tetap nak bela jugak. bagus tu.

Kah kah kah kah

Pembelaan terpilih!

kah kah kah kah

Tanpa Nama said...

SLM BRO..SEPERKARA LG YG DIORANG KENE AMIK TAU, APABILA ANAK2 CUCU KITA KELAK AKAN BERTANYA KAT KITA. ABAH! KNP ALLAH KITA SAMA DGN ALLAH MEREKA? KITA NK MINTAK DOA DGN ALLAH YG MANE BAH?/ quote

Dari nas Al-Quran mana yang mengatakan hal ni????

Jangan buat nas sendiri. nanti tergelincir aqidah!

Tanpa Nama said...

Ini lah PENANGAN 1 MALAYSIA....semua kena sama kan??? org UMNO jgn marah2 plak....kan 1 Malaysia, semua rakyat ada hak utk ada persamaan...?? sepatutnya org pertama komen dan bari reaksi adalah NAJIB...nape Najib senyap menikus jer...nak dengar komen najib plak..nanti dia plak kena taji balik..." hai, kata 1 Malaysia, rakyat semua sama hak, takkan nak guna perkataan ALLAH pun tak boleh ?"....KAH..KAH..KAH... pening Najib nak jawab....itulah dia 1 malaysia hadiah najib...punah ranah...dan si najib makin teraba2 mencari "tune"...tapi makin lesu dan meraban...makin lembik dan tak bermaya....KAH..KAH...KAh...KAH...nak uruskan diri sendiri pun tak boleh, nak jaga agama!!!! huh!!!! lekeh betul

Tanpa Nama said...

Tuah Bahalol,

Bukankah mahkhamah milik UBN yang membuat keputusan. Lagipun apa sangatlah penggunaan perkataan ALLAH nie di mata UBN sedangkan segala perintah ALLAH dipersetankan saja oleh UMNO dan UBN.

Tidak perlu sentimental tak menentu. ISLAM dibawah UMNO dan UBN sudah dicampak ke parit.

-kuda hitam-

Tanpa Nama said...

Salam Abg Tuah..

Lama seri tak respond kat sini..rase terlalu sedih dgn politik Malaysia..

Kenapalah tak fhm2 lagi anon2 kat bawh yg bagi komen mcm setan2 yg lebih dari iblis..ni bukan soal politik lagi lah bodohhhhhhhhhhh

Ini dah melibatkan kesucian Islam dan kekeliruan anak2 org Islam yg bakal membesar...
mereka menggunakan Allah dlm gereja tanpa mengaku
"aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruhnya"

APA MAKNANYANYA (ALLAH) PADA MEREKA KALAU MEREKA TAK PERCAYA DAN YAKIN SIFAT2 ALLAH, TAK PERCAYA YG ISLAM ITU BENAR, DAN TAK PERCAYA YG AL-QURAN ITU KALAM UTUSAN ALLAH YG TERAKHIR UTK PANDUAN UMAT DIDUNIA.

Anon2 ni punya tinggi limu agama tapi otak tersumbat penuh dgn taik.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online