Isnin, 4 Januari 2010

SYABAS NIK AJIS...POWERR PUNYA LIPAT !!


 LIPAT TOK LIPAT...!!

BERKAITAN DENGAN HAL LIPAT-MELIPAT NI PENULIS SEMEMANGNYA MEMPUNYAI RASPEK YANG TINGGI PADA NIK AJIS. DALAM APA HAL PUN..SESUSAH..SEGETIR MANA PUN NIK AJIS DENGAN SELAMBANYA PASTI MAMPU MEMBUAT KONAR LIPATNYA. DERIA BAUNYA SEMEMANG HEBAT BOLEH MENGHIDU SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN ATAU TIDAK...!!

---------------------------------------------------

Nik Aziz tidak setuju


Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di sini hari ini....(...)

.....TERUSKAN  MEMBACA DI Utusan online

8 Comments:

Tanpa Nama said...

Salam Abg tuah..

TGNA bolum kono sorgah dgn DAP laei tu..kang baru DAP bersin cikit..kelam kabutlah org tuo ni buek corner lipat..dah biaso dah dgn corner lipat dio..tp kalau bonarlah itu kenyataan ikhlas dio..harap2 umat2 ISLAM M'sia bole bergabung utk menyelesaikan masalah ini tanpo ideologi politik..
Wallahuaklam

Frodo Baggins said...

hehehhe atok tu ske lipat kain ...

Orang Muda said...

bab tu org ckp dia ni mcm dah nyanyuk..walla hu alam

TAAVEEKUN PERAK said...

kona org yang udah menopose mmg mcm ini.selalu mengejut.jgn sampai mati terkejut udah ler.tak sempat bayar 800 juta nanti bankrap pula kelate.shiaaan org kelate.nasib tgn yg dulu pangkah bulan mcm tu ler.

Malaysian-2Day said...

Salam Abg Tuah, ini perkara biasa, PAS akan cari lubang2 nak dpt sokongan rakyat, tak macam kita, kita perjuangkan yang benar. tak pilih2, salah tetap salah, benar tetap benar. PAS cam lalang ikut mana saja angin bertiup. jangan kita terkejut, PAS haramkan sesuatu hari ini, tapi esok akan halal balik!

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah, satu koner lipat yang memautkan Khalid Samad dan Anwar........

Mohammad Roslan said...

Salam,
Perkara yang salah tetap salah..tak perlu korner sana ..korner sini...rakyat taklah teruk sangat ikut pemimpin membabi buta..pemimpin baik perlu ikut aspirasi rakyat. Jangan syok sendiri..hahaha..terpaksa korner baring sekarang!.

Tanpa Nama said...

bab ni baru dia nak setuju? ngek punya nik aziz... dah kristian mula pijak kepala baru mula nak bantah tindakan mereka? ngek punya nik aziz...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online