Rabu, 20 Januari 2010

SOKONGAN MELAYU KEPADA PEMBANGKANG MEROSOT..?



Nizar Akui Sokongan Melayu Kepada Pembangkang Di Perak Merosot

IPOH: Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

MSTAR


GELI HATI PENULIS..

SI NIJAR BARU TAHU BAHAWA ORANG MELAYU DAH MUAK DENGAN TELATAH PEMBANGKANG. SI NIJAR NI TAK PERNAH TERFIKIR KE BAHAWA PAKATAN MENANG DI BEBERAPA NEGERI TEMPOHARI ADALAH KERANA KESAN PROTES-PROTES SAYANG DAN DARI SEDIKIT PEPECAHAN DALAMAN UMNO.

SEKARANG UMNO KEMBALI PULIH..SIHAT..BERTENAGA. MEREKA-MEREKA YANG PROTES-PROTES SAYANG PUN DAH MENYESAL KERANA BEBERAPA NEGERI TERLEPAS KEPADA PEMBANGKANG. SEKARANG RAMAI BERTEKAD UNTUK MENEBUS KESILAPAN MEREKA DENGAN KEMBALI MENYOKONG DAN MEMULIHKAN UMNO/BN.

AGAKNYA OTAK DIA DAH KEMBALI CERGAS SELEPAS TERBABIT DALAM KEMALANGAN TEMPOHARI.

LAGI BERITA RAKYAT MULA TOLAK PR..


PKR Kuala Selangor dibubar

KUALA SELANGOR 20 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini diumum dibubarkan setelah 13 ahli jawatan kuasanya (AJK) meletak jawatan.

Perletakan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita itu bermula November lalu hingga kelmarin.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar. – Utusan

15 Comments:

10 BUDAK HITAM said...

Salam bro!

Bukan setakat pedalaman je bro,kawasan town seluruh Perak ni pun semua dah beralih ke Barisan.Nizar je yg tak sedar2 lagi.

Insyallah,kalau DS Dr Zambry dapat menggandakan usaha dan perkhidmatan sebelum PRU13 akan datang..rakyat akan lebih buka mata dan menerima MB Perak, DS Dr Zambry untuk menerajui Negeri ini di kempen akan datang.

Tanpa Nama said...

syukurlah ramai orang melayu Perak dah sedar. Bersatulah semua demi ugama, bangsa dan tanah air. Hanya umno saje yang dapat membela orang melayu. Memang tidak dapat dinafikan ramai yang menjadi petualang dalam umno sendiri yang ingin berkuasa cepat dengan pembuatan rasuah. Hinggakan imej umno begitu buruk dikalangan orang melayu yang tidak berparti. Mereka yang berada dalam parti ingatlah jangan sesekali memburukkan nama umno dengan sikap ingat naik cepat. Berjuanglah dengan ikhlas biarlah ahli yang menilai sumbangan kita dalam parti. Semoga DS Zambry dapat memulihkan semula semangat parti umno kembali kepada semangat asal. Begitu juga dengan umno selangor, harap Datuk Nor Omar berusaha menyakinkan orang melayu akan keihlasan perjuangan umno. Biarlah apa orang nak cakap pasal keburukan umno asalkan ahlinya menjaga nama baik parti.

Aspirasi said...

Dah sokongan merosot sokongan tapi masih berlagak lagi... memang dasar iblis si Nizar Boneka DAP ni... sombong... patutlah nikmat jadi MB dah ditarik... asyik bermegah dan lupa tuhan.. kembalilah kepada Islam..

Tanpa Nama said...

SLM BRO..NIZAR KATUN DH KENE DAULAT SULTAN LA TU. DAN DLM MASA YG SAMA KENE BALA DOA PAK AJIS..2 IN 1! KEHKEHKEH

YANG GAMBI said...

Salam Abang Tuah,

Ni lah yang selalu diatakan orang tua-tua, perangai orang Melayu, kalau sekali lalu sudah terpijak duri, dia tidak akan lalu jalan itu buat kali kedua.......

Sekali boleh di tipu, tidak buat kali keduanya.... tunggulah akan kehancuran mereka....InsyaAllah...

Tanpa Nama said...

Sokongan kpd UMNO meningkat???? biar betul bro?..atau aku yg gatal mata membacanya??? oh!! tak mungkin...

Sebenarnya inilah strategi dan taktik UMNO dan perang saraf UMNO saja..saja2 nak gempak dan gembar gembur, konon mrk kuat dan stabil...
mcm contoh la..ada org takut hantu, lalu dikatakan hantu tiada, tapi badan dia dah berpeluh2 dah pun, ketakutan hantu...kira2 macam tu lah..

nak geli ati aku bila kenyataan mengatakan UMNO dah kuat dan kembali diterima...bukannya apa, hakikatnya adalah sebaliknya..biarkan UMNO perasan dgn diri dia sendiri...kita angguk je lah kata2 mrk..tapi percaya lah dia kata gitu nak nyedapkan ati jer...hakikatnya UMNO/BN semakin lemah dan terus lemah...mrk ketakutan utk test power kat Kota SiPuteh Kedah...try la bro kalu kata awak dah kuat...ni kuat cakap degar2 kat dlm Utusan jer wat ke apenya....Utusan pun org dah tak baca dah oii!!!

Admin CCZ said...

Raih simpati tu..Jaga-jaga..

pisau said...

salam abg tuah,

memang sokongan meningkat,contohnya minggu lepas 250 orang dari pkr dan pas lompat parti masuk umno di dun penanti,parlimen permatang pauh.

setakat ni dah dua cawangan pkr dibubarkan. sekarang ahli yang lompat parti giat berkempen tinggalkan pas dan pkr di seluruh dun penanti. rata rata suarakan rasa tertipu dengan pakatan haprak.

tanpa nama in denial tu..biarlah bang tuah.. nanti kita tengok la macam mana..orang jenis macam tu bukan turun bertemu orang ramai pun..apa la sangat yang dia tau..melalak dalam blog boleh la

Tanpa Nama said...

Apa nak heran org Pas,PKR masuk UMNO bro...org UMNO/BN pun ramai gak masuk PR (Pas,PKR)...apa mslhnya? adakah sorang dua masuk parti lain, maka parti asal dia lingkup???? ini namanya politik...dalam politik ada kepentingan..kadang2 org tu dilihat hebat berada di pihak opposit, lepas tu istihar masuk UMNO..semua ni politik yg ada kepentingan peribadi dan bukannya ikhlas nak berjuang ikut parti dia..dia menggunakan kedudukan dalm parti dia utk mendapat faedah dan transit utk ke parti lain dgn mendpt beberapa keuntungan.dan dgn pengaruh dia, akan digunakan pula utk menyerang parti lama dia, walhal dia mendapat nama dan keuntungan hasil dr parti lama dia...org mcm ni nak caya ker??? biasanya org cam ni tak kemana pun, walau kelihatan hebat..sebab bila masuk UMNO cabaran dia lbh dasyat dgn semua ahlinya syak wasangka antara satu sama lain utk survival politik msng2, maka "org baru" hanya diguna utk menjatuhkan parti asal dia saja..tapi org buat tak kisah jer, kerana dah semua org tahu bahawa : MASUK UMNO PASTI DAH DAPAT DAN DIBAYAR PUNYA..ini lah namanya politik...org tak caya dah bro...tak lama lps tu dia pun tenggelam lah...

Tanpa Nama said...

Kalu dah kuat... Dah diterima rakyat.... PR dah ditolak rakyat... Ahhaa apa lagi bubar jer DUN... Ada berani ???

Tanpa Nama said...

bro 13;16

Mana diorg berani nak bubar DUN bro...keputusan mahkkmh pun tangguh punya tangguh..apa ke hal nya???

Umno ni nampak kuat kat utusan dan blog dia jer...kuat sesama dia jer...org dah tak pandang dah UMNO...entah lah..jijik sgt dgr perkataan UMNO ni....selisih malaikat 44...

kot berani sgt istihar jer DUN KOTA SEPUTIH tu pilihan raya...apa bising2...kata awak kuat...tong kosong je UMNO ni...

Tanpa Nama said...

Salam Abg Tuah

Sengkeknye pikiran org PR sbb:-

Nak Bubar Dun:- Ingat Perlembagaan Negara/Negeri ni bapak ko yg pegang ke..kalau berani suruh BAPAK ANGKAT KO NUAR BERAHIM carik 2/3 undi mejoriti DUN utk bubar.. Mase nk naik jadi kerajaan Perak pandai lak gabung utk 2/3 mejoriti DUN..skrg ape takut lak..berani carikkkkkk lahhhhhhh

Utusan Malayu...Ko je yg tk bace.. tp laku mcm goreng pisang panas tk mcm haramkah sejuk mcm air batu beku..camner lah tak haramkah byk sgt iklan ubat>>>>>>>

Tanpa Nama said...

slllm.tahniah UMNO Juara Islam dlm isu mempertahankan Kalimah Allah swt.dlm masa yg sama UMNO JUARA Menghina Melanggar n Pemungkar Hukum2 Allah swt.n UMNO JUARA Mencerca Nabi Muhammad saw.Melayu UMNO Mudah LUPA.Soalan saya adakah mereka2 ini golongan2 Munafik Fasik n Jahil yang byk disebut2 n dinyata dlm ayat2 ALQURAN???.

Tanpa Nama said...

anon 19:39

tepat sekali tembakan anda tepat kena kepala hotak puak2 dogol UMNO cilanat ni...

as-salihin said...

Samada sokongan melayu merosot atau tidak kepada mana-mana parti, kita tengoklah pada pilihanraya akan datang.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online