APAKAH MENYANJUNG TOKOH ASING YANG TAK PERNAH BERJASA SATU SEN PUN PADA KITA LEBIH MULIA DARI MENGHARGAI PEMIMPIN SENDIRI YANG TELAH BANYAK BERJASA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..?
Nik Aziz sudah terlalu takbur
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
PANDANGAN PENULIS:
BEGITULAH KENYATAAN PENGASAS PONDOK GETING, ABDULLAH SA'AMAH DAN JUGA AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN PONDOK KELANTAN.
KENYATAAN BELIAU KELIHATAN AMAT NEUTRAL DAN DIBUAT DIATAS KESEDARAN UNTUK MEMPERBETULKAN SESUATU KEBATILAN DAN KESILAPAN.
MAKA..TERPULANGLAH SENDIRI KEPADA PAS UNTUK BERFIKIR APAKAH SUARA DAN PENDAPAT SELAIN DARI AHLIL MEREKA SEMUANYA SALAH...!!
12 Comments:
kenapa perlunya teguran terbuka?
adakah elok dan bagus?
teguran terbuka adalah jalan terakhir..kan beliau pernah pergi jumpa sendiri nik aziz dan pernah hantar memorendom ttg segala apa yg pernah dikeluarkan oleh nik aziz,supay lebih berhati² dalam mengeluarkan kenyataan apabila berbaitkan agama jangan guna agama tuk kepentingan diri dan politik...jadi bila semua cara tak di endahkan so jalan terakhir adalah teguran secara terbuka jalan yg terbaik,biar semua orang tau yg mana betul dan yg mana yg harus diperbetulkan......
PAK AJIS RASE SELAGI BELUM ADA MANUSIA LAIN YG MAMPU MEMBERIKAN HUJAH SETANDING DGN FATWA MERAPU DIA ATAU SETANDING DGN AYAH PIN, HJ KAHAR ATAU SEMUA AJARAN SESAT YG ADE KT M'SIA NI SELAGI TU DIA AKAN TETAP PERTAHANKAN AKIDAH SONGSANG DIA BROO!
Salam Abg Tuah..
Cuma satu jer pandangan seri.. Segala kelebihan dan ilmu yg diberikan Allah didunia ini harus dijaga dgn rendah diri & jgn sesekali takbur dgnnya..
Ulamak yg sebenar tidak takbur pada ilmu & kelebihan diri, apa lagi utk mendoakan kehancuran umat Islam yg lain (seperti doa Nik Aziz mendoakan kehancuran UMNO.)
Kerana kata-kata takburlah segala kelebihan Nik Aziz & keberkatan dlm doa-doanya ditarik tanpa syarat oleh Allah SWT.
PAK AJIS RASE SELAGI BELUM ADA MANUSIA LAIN YG MAMPU MEMBERIKAN HUJAH SETANDING DGN FATWA MERAPU DIA ATAU SETANDING DGN AYAH PIN, HJ KAHAR ATAU SEMUA AJARAN SESAT YG ADE KT M'SIA NI SELAGI TU DIA AKAN TETAP PERTAHANKAN AKIDAH SONGSANG DIA BROO!
jika dah sonsang...tangkap jelah masuk penjara sebagaimana pemimpin al-arqam,ayah pin,rasul melayu dll yg (dikatakan sesat) tu...kenapa tak ditangkap?payah sangat ke tangkap dan buktikan nik aziz tu sesat sehingga kanak-kanak melihat orang pakai serban/berjubah jadi bahan hinaan,macian dan kutukan?
Kalau diri dah merasa tinggi melambung sampai sanggup menyamakan dirinya dengan Nabi Muhammad (SAW) itu menunjukkan orang itu dah tersimpang jauh dari ajaran Islam.
Kenapa kita sebagai manusia yang menghirup udara yang sama dan mengamalkan agama yang sama mesti kafir mengkafirkan sesama Islam.
Hidup kita bukannya lama sangat, tiba mana tuhan akan panggil kita.
Jangan ingat kita dah cukup bekalan untuk dibawa ke akhirat, mana tahu amalan kita tidak diterima tuhan akibat kebongkakan kita.
salam..siapa guru pondok ni??apa taraf dia nak tegur TGNA?betul tak penyokong2 PR?
salam buat semua
tak kira la sapa nak tegur ....tak payah nak tanya apa dia punya taraf....janji kalu orang tegur terima je la kalu dah patut ditegur.....kita ni manusia sifat lemah jadi kena la kena tegur dan terima dengan sifat rendah diri....kalu dah tak boleh tegur lansung tu bongkak namanya ego tak tentu hala.....sooooo orang tak boleh tegur tu macam gambaq filem jangan tegur....ye tak bro.....
Salam...
Wah tajuk hangat ni... singgah sekejab.
Ulasan ku :
1.(''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am ) ..
Ini adalah pandangan....peribadi, semua orang boleh memberi pandangan termasuk aku dan abg tuah. Abg tuah pun sama pandangan seperti Tok Guru Haji Lah kepada TGNA. Betul ke tidak.
2.(beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO)
Pada pandangan aku memenga beliau macam ahli umno, buktinya...melalui kata - katanya..
(Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.)
3. ("Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya. )
Namun oleh kerana abg tuah terlalu ghairah nak menjadikan isu ini satu propaganda terlupa nak delete ayat ini. Tok Guru Haji Lah MENGAKUI MEMANG DASAR UMNO ADALAH TIDAK BERLANDASKAN ISLAM.
Waallahualam..
tuan, saya pernah menukilkan kata kata tuan guru haji lah lubuk tapah tentang nik aziz ni.
sila lihat posting saya bertajuk 15 dalil nik aziz tidak layak digelar mursyidul AM pas.
kenyataan tok guru pondok kita sokong..
Saya suka orang yang berimej ISLAMIC ini ditegur secara tidak "terbuka" kerana ia akan membawa imej islam tidak tercalar....
apsal ada yang kata Tok Guru Nik Aziz menyamakan dirinya dgn Muhammad Rasulullah. Beliau hanya mencontohi kepemimpinan Rasulullah...jauh sekali utk menyamakan dirinya dgn Rasulullah.
Astaghfirullah hal adzim...
Post a Comment