Ahad, 29 November 2009

DISAHKAN..KOLONEL MAD ADALAH...??



‘Kolonel Mat’ hanya khayalan Nik Aziz, kata Ibrahim Ali

PETALING JAYA, Nov 29 — Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang kini sudah “memisahkan” diri beliau daripada kerjasama dengan PAS berpendapat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berkhayal dan mereka cerita bahawa wujud konspirasi yang dirancang oleh “Kolonel Mat” untuk menjatuhkannya dan kerajaan PAS negeri.

Justeru kata Ibrahim, Mursyidul Am PAS itu hanya mahu menutup pergolakan yang berlaku dalam PAS Kelantan termasuk isu tajaan haji dan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang disebabkan kelemahan dirinya sendiri.

"Saya melihat dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai khayalan dan rekaan yang dibuat disebabkan pergolakan dalaman sejak akhir-akhir ini yang semakin menonjol," katanya.

Ketika ditemui wartawan di Kota Baru semalam, Ibrahim yang dipetik Mingguan Malaysia berkata, disebabkan terlalu lama berkuasa emosi Nik Aziz sudah bercelaru dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik antaranya menegur Presiden PAS dan mendesak supaya Timbalan Presiden serta Setiausaha Agung digantikan.

Ibrahim yang bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 dengan kerjasama PAS menambah, pelbagai isu yang melanda Nik Aziz pada masa kini adalah disebabkan kegagalan beliau melaksanakan tugas dengan baik dan mula menuding jari kepada orang lain.

Oleh itu kata beliau yang menjadi mangsa adalah pemimpin Umno sedangkan masalah itu adalah dari dalam parti PAS sendiri.

"Dia mula mengeluarkan kenyataan yang karut akhir-akhir ini. Boleh pula suruh orang ramai berdoa musnahkan seseorang atau kumpulan yang bertentangan dengannya.

"Dalam Islam mana boleh seorang pemimpin yang bergelar ulama berdoa untuk hancurkan orang lain, doa hanyalah untuk kebaikan," kata Ahli Parlimen Bebas ini.

Ibrahim menambah langkah Nik Aziz memuji anak didiknya, Datuk Husam Musa bahawa Allah menciptakannya bukan untuk rakyat Kelantan sahaja tetapi bagi Malaysia turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Exco kerajaan negeri yang lain.

"Saya percaya Exco yang lain berasa kecil hati dengan tindakan Nik Aziz memuji 'anak emasnya' itu dan ia menyebabkan ada di antara Exco yang mendesaknya supaya menamakan bakal penggantinya.

"Sebenarnya mereka memberikan tekanan kepada Tok Guru dan menyebabkan Husam terpaksa secara terbuka menolak sekiranya dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/44898-kolonel-mat-hanya-khayalan-nik-aziz-kata-ibrahim-ali


Sementara itu ada yang mendakwa Kolonel Mat adalah ejen UMNO...??? Pelik..lagi pelik...!!

KUALA LUMPUR: Pas mendakwa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah Umno atau ejennya yang cuba mengkucar-kacirkan kepemimpinan Menteri Besar Kelantan dan Pas di negeri itu.

Ahli Biro Politik Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggunakan alasan ia berlandaskan bahawa selama ini Umno adalah parti yang cuba merampas kuasa pemerintahan daripada Pas di Kelantan.

Katanya, semua isu yang timbul di Kelantan sejak akhir-akhir ini juga didalangi Umno dan konco-konconya bagi memberi gambaran negatif terhadap Nik Aziz dan Pas.

"Saya tidak dapat membaca fikiran Tok Guru (Nik Aziz), tetapi pada saya Kolonel Mat yang beliau maksudkan adalah Umno atau ejen parti itu seperti media massa yang dikuasai kerajaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

6 Comments:

Panglima Perang Cyber said...

kickdefella mengaku Kolonel Mat adalah ayahnya..

AbgTuah said...

SALAM PANGLIMA..

BENAR PANGLIMA..KAWAN ADA TERBACA DI BLOG KICKDEFELLA.

SAMPAI HATI KOLONEL MAD SADIST NIK AJIS MENYEBUT KEBURUKAN MEREKA YANG TELAH ARUAH.

Tanpa Nama said...

Salam Abg Tuah,,

NIK AZIZ B NIK MAT....bukan ker dia dari kolonel keturunan mat jugak...hehehehehehehe

HANG JEBAT said...

Salam ....

ULASAN ABG TUAH ...

SAMPAI HATI KOLONEL MAD SADIST NIK AJIS MENYEBUT KEBURUKAN MEREKA YANG TELAH ARUAH.

ulasan Hang Jebat....

MENGAPA ADA MANUSIA YANG TERGAMAK MENGGUNAKAN NAMA AYAH SENDIRI YANG TELAH ARUAH UNTUK MENJADI POPULAR.

Unknown said...

Agaknya Nik Aziz lepas makan semeja dengan Colonel KFC, beliau mendapat idea dan merasa Nik Mat utk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kuntakinte said...

Salam, kolonel mat tu mat MUNGKAR NANKIR, maka ingatlah tok nik putaran alam dah berlaku dari bayi ke kanak ke remaja ke dewasa ke tua berbalik ke budak2kan (nyanyuk) akhirnya alam kubur.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online