Isnin, 12 Oktober 2009

MB PERAK DI BAGAN PINANG.



MB Perak DS Dr Zambry, sebagai mana pemimpin BN yang lain juga telah turut serta turun padang bagi membantu kempen PRK kecil di Bagan Pinang.

Semasa beliau berada di Bagan Pinang penulis dan beberapa lagi blogger iaitu Sekupangdua, Taiping Mali, Apai Ngelai dan blogger Perak telah berpeluang membuat liputan dan sidang media bersama beliau di sebuah resort terkemuka Port Dickson.

Disamping itu kami juga berkesempatan membuat sidang media bersama YB Senator Dato T. Murugiah.

Antara soalan yang sempat diajukan oleh blogger Sekupang dua dan Taiping Mali kepada DS Dr Zambry adalah berkaitan Sidang DUN, JAIP dan PR.

Manakala kepada Dato’ T. Murugiah pula antara soalan yang diajukan adalah perihal kaum India dan Makkal Sakti.

Inshallah pihak kami akan menyiarkan sidang media tersebut dalam sedikit masa lagi.

Selepas program sidang media tersebut pihak blogger tak melepaskan kesempatan untuk mengikuti rombongan MB Perak ke Kem Perak di Taman Sri Pinang Port Dickson untuk meraikan barisan jentera kempen dari Perak dan penyokong BN di sana.

Setibanya di Kem Perak, MB Perak bersama rombongan terus menunaikan sembahyang Ishak dan disusuli majlis tahlil bersama dengan penduduk setempat yang hadir ketika itu.


Selepas majlis tahlil beliau sempat memberikan ucapan sepatah dua kata dan ucapan semangat kepada jentera kempen dan penyokong BN di kem tersebut.


Selesai memberikan ucapan beliau seterusnya menjamu selera dan berbual mesra dengan penyokong dari Perak dan penduduk setempat.


Majlis berakhir dengan penyerahan cenderahati kepada DS Dr. Zambry.

Disini penulis lihat sikap dan sifat pemimpin BN amat disenangi rakyat. Bagi pemimpin BN pula mereka sentiasa mengambil peluang untuk turun padang bagi memudahkan rakyat jelata beramah mesra dan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.

Maka tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa salah satu faktor penyumbang kepada kemenangan besar BN di PRK Bagan Pinang adalah kerana sifat rendah diri yang dimiliki oleh setiap pemimpin BN yang turut sama turun padang.

9 Comments:

PARPUKARI said...

TAHNIAH BRO! HIDUP DS DR ZAMBRY!

ISAC said...

Mudah2an perkara in akan berterusan...Amin.

Umno dahulupun begitu disenangi rakyaat walaupun sesetengah pemimpinnya sebenarnya adalah dari kalangan bangsawan seperti Tunku Abd. Rahman (anak sultan kedah), Dato' Onn Jaafar (anak angkat sultan Johor) dan Tun Razak (keturunan raja Makasar).

Ali Abdullah said...

salam abgtuah,

Kawan lepas balik daripada kem perak tu sakit perut(panas) sampai semalam. Rasa2 Dr.Zambry pun kena sakit perut gak kan? heheh

Tanpa Nama said...

SLM BRO...YEZZZEKKK...DS ZAMBRY IS THE MANNN!!! (PINJAM AYAT PARPU JAP HEHEHE)

Tanpa Nama said...

KAU TGK LEPAS NI BULAN 12 AKAN ADA PILIHANRAYA BARU DI PERAK,SBB RAKYAT PERAK DAH TOLAK ZAMBRI
NAJIB PUN TAK AMBIL DAH DGN ZHAMRI MUGAMBE HUHU

kuntakinte said...

salam, tahniah pada bro dan blogger pembela negara, sikap blogger yg patut di beri pujian kerana turun sendiri melihat peristiwa secara 2 mata dan dapat berita terus menerus.

bukan macam blogger pengkhianat duduk di pejabat buat spekulasi dan andaian sudahnya jadi fitnah.

bravo!!!

Mohammad Roslan said...

Salam, Blogger BPN yang berjuang di PRK Bagan Pinang. Cuma kali kita dapat liputan yang paling bernas..dah awal kita tahu kita akan menang tapi tak sangka pula dengan majoriti yang banyak.Tak pakai undi pos pun kita menang. BPN walau pun ditubuhkan tidak sampai setahun jagung telah mencapai kejayaan yang banyak. Terutama yang berjuang dengan niat dan iktizam yang baik dan kuat. Tahniah kepada blogger yang berjuang untuk UMNO di BP. Sebagai orang tua yang tak mampu kesana kemari Mamak penang ucapkan Tahniah kepada blogger orang muda di BPN. ,Satu Pasukan, satu Wawasan, berjuang untuk Negara dan bangsa melayu untuk maju dan harmoni..syabas!.Wassalam.

AbgTuah said...

SALAM SEMUA..

TERIMA KASIH DIATAS KOMEN YG BERNAS DAN KATA-KATA SEMANGAT DAN DORONGAN SAHABAT SEMUA.

INI TEBTU AKAN MEMBUAT KAMI BPN LEBIH BERSEMANGAT UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN INI..

Hang Jebat said...

Itulah kelemahan orang melayu umno mudah ditipu oleh pemimpin mereka. Pemimpin turun padang kerana ada kepentingan. apa orang kata " belanja teh secawan pun boleh menaang jadi YB. Satu perkara yang orang kampung tak sedar YB umno turun padang bukan pakai duti sendiri pun , semuanya buat tuntutan semula.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online