Khamis, 22 Oktober 2009

DUA PAKAR DUA PENDAPAT BERBEZA.







80 Peratus Kemungkinan Homisid Dalam Kes Teoh

SHAH ALAM, 21 Okt -- Seorang ahli patologi terkenal Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini Rabu bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.
Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Selangor.

Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi.

Pakar berusia 54-tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar-gambar post-mortem yang dibekalkan kepadanya.

Teoh, pembantu politik kepada anggota Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan dalam kes mengenai dakwaan salahguna peruntukan negeri di pejabat MACC Selangor yang terletak di bangunan yang sama.

--BERNAMA


KOMEN PENULIS...

WAHHH..!! MEMANG PAKAR SUNGGUH DR DARI THAI TANPA MELAKUKAN POST MORTEM KEATAS MENDIANG TEOH, BERDASARKAN PADA GAMBAR POST-MORTEM SAHAJA BOLEH DENGAN YAKINNYA MENGATAKAN BAHAWA 80 % KEMUNGKINAN BERLAKU HOMOSID.

PENULIS JUGA HERAN…APAKAH TIADA LANGSUNG KESAN DNA YANG LEKAT DI LEHER MENDIANG SEKIRANYA DIKATAKAN MENDIANG DICEKIK ? MENGIKUT LOGIK AKAL, JIKA SESAORANG ITU DICEKIK DENGAN BEGITU KUAT SEKALI SEHINGGA MENINGGALKAN TANDA LEBAM 'HANDLE BRUISE’ SEDIKIT SEBANYAK KESAN DNA DARI KULIT JARI ATAU KUKU PENCEKIK AKAN LEKAT DI LEHER MANGSA.

JUGA KENAPA DIKATAKAN TIADA KESAN TOMPOKAN ATAU PERCIKAN DARAH DI KARPET DAN DI TINGKAT DIMANA TEOH DIKATAKAN JATUH JIKA DUBORNYA DIKATAKAN TELAH KOYAK AKIBAT TUSUKAN OBJEK KERAS…? SECARA LOGIKALNYA LUKA DI DUBOR TENTU AKAN MENGELUARKAN DARAH YANG BANYAK. JIKA IANYA MENITIS ATAU MENYEMBOR DI KARPET DI KAWASAN TINGKAT DIMANA TEOH DIKATAKAN JATUH TENTU KESAN DARAH TERSEBUT SUKAR UNTUK DIHILANGKAN. JIKA TIDAK DITEMUI KESAN DARAH MAKA DIMANAKAH SEBENARNYA TEOH DIBUNUH..SEKIRANYA BENAR MENDIANG DIBUNUH..? JUGA SEKIRANYA PEMBUNUHAN TEOH BERLAKU DI TEMPAT LAIN KENAPA PERLU DIBAWA SEMULA MAYAT TERSEBUT KE BANGUNAN YANG MENEMPATKAN PEJABAT SPRM..? PELIK BUKAN..?

WELL..JIKA DR THAI INI MENGATAKAN 80% HOMOSID BELIAU JUGA SEPATUTNYA MENAMBAH KENYATAAN BELIAU DENGAN MENGATAKAN KEJADIAN TERSEBUT BERKEMUNGKINAN 80% DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG AMAT PROFESIONAL KERANA TIADA LANGSUNG MENINGGALKAN APA-APA KESAN BAIK DNA ATAU PERCIKAN DARAH.

OH YA…MARI KITA SELIDIK SEDIKIT LATAR BELAKANG DR THAI DAN KENYATAAN-KENYATAAN YANG PERNAH BELIAU KELUARKAN:

Forensic expert Pornthip Rojanasunand called for a full and effective investigation into all deaths without waiting for a request by victims' relatives, as normally happened. There could be no justice if police themselves collected all evidence, investigated and examined the bodies. The investigation had to be done by independent institutes for checks and balances, she said.

http://www.geocities.com/suan_nok/khaothai/2546-04/THAS-ruleoflawgone.html

DARI PETIKAN ARTIKEL GEOCITIES BERTAJUK Thailand's Legal System and Rule of Law Destroyed

KELIHATAN JENIS SANGSI PADA POLIS THAI RUPANYA. DIHARAP JANGANLAH DR THAI NI ADA RASA SANGSI PADA KEWIBAWAAN POLIS DAN SPRM MALAYSIA. BUKAN APA..SANGSI SANA..SANGSI SINI..NANTI KENYATAAN TAK JADI NEUTRAL PULA.

WELL..ENTAHLAH…SEKARANG DIMANA-MANA ADA PIHAK YANG MENJADI PENANTANG PIHAK KERAJAAN. BEGITU JUGA DI THAILAND…MEREKA MEMPUNYAI PAKATAN RAKYAT YANG MENJADIKAN BAJU KUNING SEBAGAI WARNA LAMBANG MEREKA. PENULIS HARAP DR THAI NI BUKAN PARTISAN KEPADA MANA-MANA KUMPULAN DI NEGARANYA.

TERINGAT PULA DR PRASHANT NARESH SAMBERKAR YANG JUGA SEORANG PENSYARAH FORENSIK PATOLOGI TERKENAL YANG JUGA TELAH MEMBUAT POST-MORTEM KE ATAS MENDIANG TEOH. BELIAU BERKATA TEOH MEMBUNUH DIRI DAN KECEDERAAN YANG DIALAMI OLEH MENDIANG TEOH BERPUNCA DARI KECEDERAAN JATUH DARI BANGUNAN TINGGI.

YANG MANA SATU BETUL NI…DUA PAKAR DUA PENDAPAT BERBEZA DAN AMAT KETARA ? PENULIS HARAP KES NI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN ADIL DAN SECEPAT MUNGKIN DAN JIKA BENAR KENYATAAN DR THAI TU..HARAP SI PERLAKU DI JATUHI HUKUMAN SETIMPAL.

HEHEHEHE…WALAU BAGAIMANA PUN CUBA JUGA BACA DISINI PULA...


DR PRASHANT: THESE INJURIES WERE SUSTAINED AS A RESULT OF THE IMPACT AT THE TIME OF LANDING.

HE ALSO ADDED THE INJURY, WHICH INDICATED A SIMILAR PATTERN, MIGHT HAVE OCCURRED WHEN TEOH’S BUTTOCKS HIT THE EDGE OF THE BORDER AND GUTTER AREA ON THE FIFTH FLOOR CORRIDOR UPON IMPACT.

10 Comments:

C L J said...

Hamba ada terbaca dalam buku The New Barberians oleh Dr Dunegeon satu satu pernyataan oleh pensyarahnya; "...they won't be able to do anything now. We have planted enough imperfect balance already into their systems."
Dan kini dengan keterbukaan kepada pakar pakar yang boleh diundang dari mana mana kita pun terdedahlah dengan ancaman thesis antithesis.
Kepakaran yang kita ada diperlekeh sementara kepakaran luar yang diluar kawalan kita diangkat.
Mashaallah.

Tanpa Nama said...

SLM BRO..MUNGKIN KHALID GAGAP RASA KERAJAAN TIDAK BERTINDAK ADIL DLM KES TBH MAKA DIA PUN MENJEMPUT DOKTOR PORNO YANG BELUM TENTU ADIL TU JADI PIHAK YG BOLEH DI PERCAYAI..ADOIYAIII

Hang Jebat said...

PELIK TAPI BENAR TAPI BO...H.

1. MEMBELA PEMINUM ARAK TAPI YANG PELIKNYA ORANG YANG MINUM NAK DIHUKUM.PUAK2 NI PULAK TAK MAHU HUKUM.
2. BERMATIAN - MATIAN MEMBELA PERASUAH DI B.PINANG DENGAN ALASAN BELIAU SUDAH DIKENAKAN BALASAN DIATAS PERBUATANNYA TAPI PELIKNYA KETUA PEMUDA MEREKA YANG RASUAH PUN DIBELA JUGA, WALAUPUN BELUM MENERIMA HUKUMAN.
3. KALI INI CUBA NAK MEMBELA PEMBUNUH PULAK DAH.. BIARLAH MEREKA MENCARI KEBENARAN. KALAU BENAR BUNUH DIRI. SELESAI MASALAH TAPI BENAR - BENAR DI BUNUH, TAKKAN NAK NAK BELA PEMBUNUH PULAK. BIARLAH MEREKA MENCARI BUKTI UNTUK MEMPERTAHANKAN PENDIRIAN MASING-MASIONG. JANGAN MENDAHULUI MAHKAMAH, DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.ITULAH AKIBATNYA KALAU TAAT MEMBABI BUTA NI, IANNYA AKAN JADI PELIK TAPI BENAR TAPI BODOH.

AbgTuah said...

aikkk..sejak bila Hang Jebat percaya mahkamah..?

Bagus le kalau dah sedar bahawa mahkamah Malaysia ni berintegriti..!!

Tanpa Nama said...

semua ni duit la bro ... duit banyak maka dia pun grab job ni ... entah berapa lim kit siang bayar dia .. hahahaha!

ISAC said...

Sila baca komen saya (posting berjadual pukul 8:00pm) di http://bumiyang.blogspot.com

HANG JEBAT said...

MAHKAMAH ALLAH SAHAJA YANG TAK BOLEH DISANGSIKAN. MAHKAMAH DUNIA, MANUSIA YANG URUSKAN, KEBOLEHJADIANNYA PERBAGAI -BAGAI. JANGAN TUNJUKKAN KEBODOHAN.. PEMIKIRAN ABG BUAH BIARLAH SETARAF DENGAN JAWATAN ABG BUAH DALAM BLOG INI. BARULAH TERJANA IDEA.

P/S : TEGURAN NAMPAK KASAR TAPI JIKA DIAMATI DALAM MAKSUDNYA. HARAP MAAF.

kuntakinte said...

SALAM, BRO BERAPA PULAK LE SI KHALID BAYAR UNTUK FEE YAK... YAK... YEEE...

KALAU NAK LAGI HEBAT TAK PAYAH PANGGIL DARI SIAM...TG RAMBUTAN PUN BERSEPAH.

Tanpa Nama said...

muka macam mona fandey je doktor tu...

CCTV MALAYSIA said...

Kalau itu pendapat pakar dari thailand..Sama taraf dengan nujum no.ekor kat Malaysia..eh eh

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online