Jumaat, 25 September 2009

TUN : SELALUNYA PAKATAN NAK BUAT BENDA TAK BAIK


Terpulang pemimpin Pakatan Rakyat desak Hasan Ali undur: Dr M

BANTING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada pemimpin Pakatan Rakyat sama ada mahu terus mendesak Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meninggalkan pakatan itu jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kalau tak boleh pakat, macam mana nak ada pakatan? Dia kena pakat," katanya ketika ditanya mengenai desakan supaya Hasan berundur dari Pakatan Rakyat berikutan kritikannya terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Dr Mahathir menegaskan masalah pembangkang yang memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ialah mereka hanya menjalinkan kerjasama bersandarkan pakatan, iaitu ikatan tidak rasmi.

"Bagi orang Melayu kalau dia pakat, selalunya pakatan nak buat benda tak baik. Begitulah Pakatan (Rakyat). Setiap mereka ada haluan berbeza. Malangnya, pembangkang bukan pilihan.

"Jadi, adalah satu bencana bagi negara jika pembangkang memenangi (pilihan raya umum) dan membentuk kerajaan. Mereka tidak akan mentadbir negara tetapi akan berbalah antara satu sama lain.

"Pas berbalah dengan DAP... DAP berbalah dengan PKR. Mereka tidak ada idea langsung untuk mentadbir kerajaan," katanya

Ditanya kemungkinan Umno menerima Hasan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu meninggalkan Pakatan Rakyat, Dr Mahathir berkata: "Tidak, bukan Hasan Ali. Saya ada pengalaman dengan lelaki ini.

"Kerajaan sudah belanja RM1 juta untuk dia dapatkan ijazah kedoktoran (PhD), selepas itu dia membangkang kerajaan. Di negara ini, ahli politik tidak pernah tahu untuk berterima kasih."

http://www.bharian.com.my/Friday/Nasional/20090924233125/Article/index_html

KALAU DIKAJI BETUL-BETUL APA YANG DIKATAKAN OLEH TOKOH YANG PALING BERPENGALAMAN DI DALAM ARENA POLITIK NEGARA IAITU YAB TUN DR MAHATHIR DAN DIBUKTIKAN PULA DENGAN KEMELUT DALAMAN POLITIK SILIH BERGANTI YANG DIHADAPI OLEH PAKATAN MAKA SEMEMANGNYA JELAS PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN MAMPU MENTADBIR NEGARA DENGAN BAIK MELAINKAN AKAN MENGHANCURKAN APA YANG TELAH ELOK TERBINA SELAMA INI.

ITULAH DIA PAKATAN RAKYAT…SATU PAKATAN YANG DISUSUN SECARA TERGESA-GESA LAGI TIDAK RASMI SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE 12 TEMPOHARI YANG DILIHAT UMUM HANYA BERTUJUAN CUBA MENYAINGI JUMLAH KUASA YANG DIPEROLEHI OLEH BN.

INIKAH KUMPULAN YANG DI INGINKAN LAGI DIYAKINI OLEH PENYOKONG MEREKA UNTUK MEMERINTAH SEBUAH NEGARA MAJMUK SERBA UNIK SEPERTI MALAYSIA. KATA TUN ADALAH SATU BENCANA PADA NEGARA SEKIRANYA MEREKA MEMERINTAH. PENULIS BERSETUJU DENGAN PENDAPAT TERSEBUT KERANA TAK MUSTAHIL BERLAKU BENCANA SEKIRANYA MEREKA BENAR-BENAR MENDAPAT KUASA MEMERINTAH NEGARA KERANA KETEGANGAN DAN PERSELISIHAN PENDAPAT YANG BERPANJANGAN DIANTARA MEREKA SECARA LANGSUNG PASTI JUGA AKAN MEMPENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT DAN INI ADALAH AMAT TIDAK SIHAT DAN MEMBERIKAN KESAN YANG BURUK PADA PERPADUAN, KEHARMONIAN DAN PEMBANGUNAN DIMALAYSIA.

MEREKA SESEKALI TIDAK AKAN MAMPU MENJADI SEPERTI BN KERANA IKATAN DAN GABUNGAN BN ADALAH BERDASARKAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN. TIDAK UJUD AGENDA TERSEMBUNYI ATAU TIKAM MENIKAM DIANTARA PARTI-PARTI KOMPONEN BN KERANA SEMUA MASALAH YANG TIMBUL PASTI MAMPU DISELESAIKAN DENGAN BAIK DIMEJA PERUNDINGAN. APAKAH RAMUAN DAN RAHSIANYA UTAMA YANG MEMBAWA KEJAYAAN MENGEKALKAN KESEFAHAMAN DALAM BN SELAMA 50 TAHUN MEMERINTAH ?. YA...RAHSIANYA ADALAH KERANA IKATAN BN BERDASARKAN KESEFAHAMAN DAN KEAKRABAN YANG BERSIFAT ASLI LAGI RASMI DAN BERLANDASKAN PULA PERLEMBAGAAN NEGARA, JAUH SEKALI DARI BERGIMIKKAN PELUK CIUM DAN LAKONAN CERIA BERSIFAT PENUH KEPURA-PURAAN DAN KEPALSUAN KETIKA DIHADAPAN MEDIA…KAH..KAH..KAH..!!!

12 Comments:

PENA MINANG said...

Assalamualaikum Mr. Tuah.

Pertama sekali 'rakyat' tak pernah berada dibelakang Pakatan ini.

Pakatan Khawarij ini tertubuh hasil 'influence' dan Idea dari Anwar Ibrahim.

Pakatan Yang Ditubuhkan Secara Tiba-Tiba setelah mendapati beberapa buah negeri jatuh ketangan Mereka.

Pakatan Khawarij ini bukanlah pakatan yang sah, tetapi pakatan Haram dan tidak berdaftar.

ninja said...

Salam...sebut anwar enjin belakang nie sapa x kenal dia.Saya pengundi tetap/asal Parlimen Pmtg Pauh.Untuk jadi no.1 anwar sanggup gadai apa saja.Macam tuelah yang dia buat kat arwah YB Haji Zabibi ( seorang ulama dan juga MP Pmtg Pauh, masa nie parlimen Pmtg Pauh adalah Parlimen PAS ).Anwar yang menyebabkan arwah kalah sebab gila jadi no 1 sedangkan arwah juga adalah guru kpd anwar.Anwar buat pakatan nie sebab gila jadi PM, sebab tuelah sanggup jual Islam dan hak keistimewaan owg melayu walaupun telah dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan.Andainya pakatan menang PRU 13 tunggulah saja kemusnahan Islam dan Ketuanan Melayu.Kepada semua blogger yang sayangkan Islam dan Ketuanan Melayu sama-samalah berusaha menjatuhkan anwar enjin belakang dan pakatan rakyat pada PRU 13.Jatuhkan anwar enjin belakang seperti mana anwar telah menjatuhkan seorang ulama ( arwah YB Haji Zabidi )....salam perjuangan

ninja said...

maaf atas kesilapan taip nama dalam perenggan atas arwah YB Haji Zabidi bukan YB Haji Zabibi...typing error....

Tanpa Nama said...

http://www.youtube.com/watch?v=aX0MXJ-JwwA&feature=channel_page

Admin CCZ said...

Salam Tuah..kalau CCZ jadi Hassan Ali, CCZ nak tunjuk muka pun tak mahu..dianggap tak kenang budi. RM1 juta balasannya dengan cercaan. Macam nilah produk PAS.

YANG GAMBI said...

Salam,

PAS khawarij dan PKR pengkhianat adalah barua DAP komunis, mereka hanya berperanan sebagai pelakon utama untuk menipu umat Melayu dengan upah yang sedikit.......

ISAC said...

Salam semua....

Selamat Hariraya Aidil Fitri & Maaf Zahir & Bathin...

Saya Rakyat Malaysia said...

Selamat Hari Raya Bro.

Kalau mereka dapat memerintah pun, ada hikmahnya. Kita akan dipertontokan dengan drama demi drama. Sampai lah ke pilihan raya yang seterusnya.

Apa pun, kini PAS benar-benar diperturunkan ujian dari Allah. Apakah janji-janji sebelum menang pilihan raya dapat ditunaikan, kononnya ingin memperjuangkan agama Islam.

Saya merasakan PAS boleh sahaja mengugut untuk keluar dari Pakatan, dengan syarat arak tidak lagi dibenarkan dijual di kawasan majoriti orang Islam, kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti orang Islam, dan yang paling penting hukum hudud yang dahulunya kononnya ingin dijalankan kalau menang.

Namun, PAS memilih untuk tunduk dan patuh sahaja kepada DAP dan PKR, PAS hanya bertegas untuk menghalang sebarang konsert daripada diadakan dan yang paling penting tiada seorang pun pemimpin PAS yang sanggup untuk menghulurkan tangan dan menyokong pendirian Hassan Ali.

Sedih dan kasihan tengok PAS.

AbgTuah said...

Salam semua....

Selamat Hariraya Aidil Fitri & Maaf Zahir & Bathin...

Ucapan semuga terus success didalam penghidupan sekelian.

Juga terima kasih yang tak terhingga diatas kesudian singgah dan meninggalkan komentar.

Tanpa Nama said...

hahaha! kelakar plak statement tun mahathir... berpakat sebab nak buat kerja jahat.. hahahhaa! :) i like it!

harimau malaya said...

salam
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua sahabat maya dan juga kaum muslimin dan muslimat tidak kira apa jua fahaman...moga kita keluarga sahabat saudara muslimin dan musimat dan negara berdaulat mendapat kerahmatan di dunia dan akhirat.....

Tok Jerai said...

Assalamualaikum Abang Tuah.

Kesian tengok orang2 PAS, becakap bedegak2, Kerajaan BN tak betoi, UMNO tak betoi, tapai bila dengar ada bantuan daripada UMNO, depalah orang yang terpa dulu, kalau tak dapat marah pulak tu.

Macam kawan kita yang sorang tulah bagi belajar tinggi2, pas tu balek negeri jadi pembangkang, sebabtu le Ilmu dia tak berkat, dok kena peleche ngan orang saja.

Jangan risau Abang Tuah, Abang rebah kanan, Tok Jerai rebah kiri, bejuang tetap bejuang hingga ketitisan dakwat terakhir.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online